Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Aku memang pencinta.....

1/29/08

Kerana aku lelaki, aku juga tertarik denga wanita. Sudah menjadi fitrah hidup manusia dan aku juga tidak boleh melawannya. Bila aku melihat wanita, aku berasa ingin mendekatinya, berkenalan dan beramah mesra, namun itu cuma apa yang aku rasa, tetapi jauh sekali untuk aku melakukannya. Mungkin kenangan lama menakutkan aku, menghantui fikiran dan merencatkan tindakanku. Aku merasa amat dukacita. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Tetapi jika aku berfikir kembali. Aku cuba mengaitkan diriku dengan persekitaranku. Dengan orang sekitarku, dengan mereka yang sangat rapat denganku. Rupanya aku bukan keseorangan. Aku mempunyai keluarga yang sempurna, saudara-mara yang ramai, keturunan yang baik-baik. Aku mempunyai ramai rakan yang selalu berada di sisiku. Maka aku patut merasakan inilah anugerah Allah buatku. Aku mula tersenyum. Aku sudah tahu mengapa Tuhan menetapkan begini untukku. Aku perlu sedar siapa diriku. Apa tanggungjawabku kepada keluargaku. Bila aku memikirkan ibu, aku sedar ada yang belum aku lakukan sebelum memukul tanggungjawab lain. Aku tidak tahu apa akan jadi pada diriku di masa hadapan. Rupanya selama ini aku lupa. Lalai dengan keadaan sekitarku yang sentiasa mengaburiku dengan menatap keindahannya. Rupanya aku serupa dengan yang lain.

Dalam aku mengejar nikmat dunia, aku sering lupa untuk mengutip permata bekalanku ke akhirat. Jadi aku perlu sering mengingatkan diriku. Siapalah aku. Walaupun aku amat hendak menumpukan akhirat, dunia juga ada bahagian untukku. Maka ada yang perlu aku ambil. Tuhan tidak kejam untuk membiarkan hambanya. Aku perlu mengejarnya juga. Cuma apa yang aku takut, aku akan hanyut. Kerana itu aku perlukan persekitaran yang boleh membantuku. Aku hidup secara sederhana. Aku harap akan begitu. Aku mengharap kejayaan akhirat disamping mencari cinta dunia. Ya..Aku juga pencinta wanita. Ibuku, kakakku, adikku, dan......
Posted by Insan Biasa at 2:13 AM  
1 comments
abadan_abada@17 said...

oh.. sungguh terharu mendengar luahan hati seorang sahabat.. bersabarlah.. masanya akan tiba nanti..

January 31, 2008 at 5:41 PM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png