Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Perginya seorang sahabat

6/10/08















Tanggal 8 jun 2008 merupakan hari yang sedih. Perginga seorang anak, teman, sahabat, kekasih, dan hamba menemui TuhanNya tanpa meninggalkan sebarang tanda. Begitu mengejut. Tatkala ini rami yang tertanya-tanya mengapa ini terjadi dan masih ada yang belum dapat menerimanya. Namun kami redha denga ketentuanNya. Pastinya Allah sahaja mengetahui hikmah di sebalik pemergian seorang yang baik dah soleh dan disayangi ramai pihak.

Suhaimi bin Yusof. Walaupun aku belum jelas tentang punca kematian beliau, namun aku perlu sedar dan insaf bahawa hidup banyak berlaku perkara yang langsung tidak disangka-sangka. Datangnya kesedihan dan musibah tanpa memberi tanda untuk manusia bersedia. namun semua itu telah tertulis olehNya dan Dia sahaja yang tahu kemampuan hambaNya menerimanya.

Wahai sahabat, rakan dan teman. Akan kujadikan pengalaman bersamamu satu pengajaran untuk kami yang hidup. Semoga kau ditempatkan di kalangan orang soleh. Semoga mita masih berpeluang berjumpa di tempat yang baik kelak. InsyaALLAH...pergilah. Kelak kami akan mengikutmu.
Posted by Insan Biasa at 7:41 AM  
2 comments
cikgu_eya said...

Memang mengejutkan namun mampu menerima hakikat bahawa setiap yang bernyawa pasti akan kembali ke Tuhannya. Terasa kematian berada di sisi pabila org yg terdekat yang mengalami. haha....
Tak pernah pn mengenang lebih2 tapi bila baca post ko, menitik jugak air mata sebarang setitik dua. ^^

July 10, 2008 at 7:12 PM  
Cikgu Saiyidah said...

mmg xsangka pemergiannya cikgu suhaimi..tp yg pasti kita yg hidup ni perlu redha dgn ketentuan-Nya..

~ sy bekas rexco akademik dbwh pimpinan ckgu suhaimi..last sem arwa sempat mntak tlg sy edarkan survey die tuk asgment alam sekitar..tak sangka die pergi meninggalkan kita semua..semoga rohnya di rahmati..AMIN~

July 26, 2008 at 2:07 PM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png