Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Hasrat yang Besar di Sebalik Jiwa yang Kecil

9/18/08

Aku mahu menamatkan sistem pendidikan sekular di Malaysia. Walaupun sistem ini nampak sistematik, tetapi telah memisahkan agama dengan kehidupan. Agama hanya diajar di kelas pendidikan Islam, kelas fardhu ain dan sebagainya. Semasa belajar sains, matematik, bahasa melayu, dan mata pelajaran lain, jarang sekali dikaitkan dengan agama. Akibatnya masyarakat kini semakin sekular. Islam bukan lagi gaya hidup. Ajaran Islam hanya diamalkan ketika hendak solat, majlis kesyukuran, Majlis kenduri arwah, dan sebagainya. Akibatnya ramailah golongan professional yang nampak hebat, tetapi tidak berguna. Doktor yang mementingan wang ringgit. Bayangkanlah ketika mangsa kemalangan hendak dibawa masuk ke bilik rawatan, sempat lagi bertanyakan kemampuan pesakit. Mampu bayar atau tidak. Ahli politik yang gila wang ringgit. Tidak langsung takut mengambil harta anak yatim dan harta rakyat. Rasuah yang menggila dah sudah menjadi amalan masyarakat. Arkitek yang menggunakan barang murah untuk membina bangunan. Tidak seperti yang dijanjikan. Inilah hasil sistem pendidikan sebelum ini. Pendidikan yang hanya mahu mendidik jasad. Bukan rohani pelajar. Inilah yang perlu diubah. kita sangat berkiblatkan teori-teori tokoh barat yang kebanyakkannya tidak percayakan Tuhan. Maka sedikit sebanyak sebanyak kefahaman mereka menyerap secara senyap kepada kita. Ini sangat merbahaya dan perlu diubah.
Posted by Insan Biasa at 3:59 PM  
1 comments
paatz said...

hmm..syabas la muazin..ada kesedaran nak betulkan n cantumkan kembali apa yang dah dipisahkan oleh mereka2 yang berkepentingan...aku juz nak bg idea,kot2 leh pakai..pekate dalam PNP ko nnt,selitkan set induksi atau latihan assesment yang nak dibuat pada student dengan maklumat agama,ayat dalil2 al-Quran..contoh,bagaimana penciptaan Alam terjadi...unit asas dalam fizik kate la,dari singularity...satu titik.dalam Quran dah sebut awal ttg ni..aku tak ingt ayt pe...haaa..cam g2 la..baru interesting nak ngjo kan?alah...nnt kite same2 bukak konsultan la sng kn...haha!aku bos..ko nak jadi pe..hehe

September 29, 2008 at 12:46 PM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png