Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

SMS berantai..Penyakit yang mengelirukan..Semoga kita dilindungi..

3/11/09

Kini sudah banyak aku dapat mesej2 ugutan yang membimbangkan..Bukan bimbang sebab takut dgn ugutan tu..tapi takut ramai yang percaya benda-benda macam ni..Jadi aku cari sikit kat internet...Jawapan yang mudah untuk difahamkan...Yang utama kita hanya perlu yakin, buruk dan baik adalah datang dari ALLAH Taala..Bukan dengan SMS macam ni..Berikut adalah jawapan ringkas tentang SMS berantai yang aku ambil dari http://soaljawab.wordpress.com/2009/03/08/mesej-berantai-khurafat/...Di harap dapat memuaskan hati pembaca yang keliru dan tidak jelas..kalau nak yang lagi detail cari sendiri kat intenet..Melambak...Teruskan membaca...


Assalamualaikum..

Baru2 ini saya mendapat sms dari sahabat yg berbunyi spt berikut:
- “ALLAH AKU CINTAI KAU DAN AKU PERLUKAN KAU…DATANGLAH KE HATIKU…”" KIRIM PADA 10 ORANG DAN LIHAT KEAJAIBAN MALAM INI, TOLONG JANGAN DELETE. IA BENAR2 TERJADI. INI SMS DARI IBU ALI SAID-JURU KUNCI SAYYIDA MAKKAH YANG BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW. BELIAU BERPESAN: KUATKAN AQIDAH DALAM IBADAH KERANA DUNIA INI SUDAH GOYAH DAN TUA. SEBARKAN SMS INI KE 10 MUSLIM INSYALLAH DLM WAKTU 10 HARI AKANDAPAT REZEKI BESAR DAN JIKA TIDAK DISEBAR TUNGGULAH KESULITAN YANG TIADA HENti”

Minta panel ustaz hurai apa hukum hantar sms seperti ini.

Terima kasih

jawapan:

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

perkara seperti ini dikenali sebagai surat berantai, sebelum orang menggunakan sms mereka menggunakan surat, lalu disuruh fotostat kepada 10 orang, jika dilakukan akan mendapat manfaat, jika tidak lakukan akan berlaku sesuatu mudarat kepada tuannya.

Perkara seperti ini Khurafat bahkan boleh membawa kepada syirik kepada Allah s.w.t. Oleh kerana ianya rekaan manusia maka terdapat perbezaan pada isi kandungan surat ini, cumanya yang sama ialah sebarkan kepada 10 orang ….

surat seperti ini seolah-olah orang yang menyebarkannya mengetahui benda yang ghaib, maka ini merupakan kesesatan yang nyata.

maka penghantaran sms seperti ini HARAM kerana sebab-sebab yang telah dinyatakan. sesungguhnya perbuatan menggalakkan orang untuk melakukan kebaikan merupakan perkara yang disuruh oleh Agama, tetapi hendaklah caranya juga betul dan tidak bercanggah dengan syariat.

Wallahu’alam

Posted by Insan Biasa at 11:50 AM  
0 comments

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png