Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Melayu Mulia Kerana Agamanya - Islam

6/9/09

Hanya Gambar Hiasan


Aku tergerak nak tulis ni sebab dah lama tak luahkan pendapat peribadi. Suka 'copy paste' artikel orang je..Akhirnya aku temui satu tajuk yang best. Sebab kini sudah ramai pejuang bangsa Melayu bangkit untuk memperjuangkan bangsa Melayu. Kerana bukan bumiputra sudah mula menunjukkan taringnya dengan meminta itu dan ini. Dan sedikit semi sedikit hak istimewa orang melayu terhakis. Ya...ini adalah sesuatu yang bagus. Sangat bagus. Kita cintakan bangsa kita. Semangat cintakan bangsa atau nationalisme ini tidak ada salahnya.

Namun dalam semangat ini, kita tidak patut lupa dengan apa yang membuatkan Melayu itu gemilang suatu masa dahulu? Apa yang membuatkan Melayu itu menjadi 'lingua franca' semasa pedagang berdagang ke Tanah Melayu? Apakah sistem yang digunakan oleh Kesultanan Melayu semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu zaman dahulu? Ya..Kita singkap sejarahnya..Kita akan tahu satu jawapan. Islamlah penyebabnya. Melayu tidak dikenali ketika bangsa ini menganut hindu yang menjadi agama kebanyakan sebelum kedatangan Islam. Adakah kerana tulisan rumi itu yang menjadikan Bahasa Melayu menjadi 'lingua franca'? Tidak. Tulisan Jawilah yang membuatkan Bahasa Melayu menjadi 'lingua franca'. Kemana tulisan jawi sekarang? Anak-anak kita pandai baca jawi ke? Kenapa nak jawab soalan pendidikan Islam pon nak tulis rumi? Tulisan rumi adalah tulisan penjajah. Tak salah lagi.

Bangsa Melayu hanya mulia kerana agamanya. Amalan Islam di tanah melayu pada masa lalu menyebabkan orang melayu hidup dengan harmoni dan kuat. Malangnya keadaan ini tidak dapat kita lihat sekarang. Bangsa Melayu tidak lagi dipandang tinggi kerana kelalaian kita sendiri. Meninggalkan Islam sebagai 'way of life'. Silapnya kita mungkin tidak sempat mengamalkan sistem khalifah. Kesultanan Melayu diwarisi kerana pertalian darah dan seperti mana yang kita tahu, iman itu tidak boleh diwarisi. Maka kita kekurangan sesuatu di situ. Hal ini amatlah rugi.

Setelah kedatangan penjajah, mereka telah mula men-sekularkan kita dengan sistem residen. Hal pentadbiran dikawal penjajah dan Sultan hanya berkuasa dalam hal adat dan agama. Di sinilah bermula perpecahan Islam sebagai cara hidup. Sangat menyedihkan. Kita cuba bangkit. Ramai pejuang Melayu muncul dan melawan penjajah. Akhirnya panjajah akur untuk berundur tetapi mereka tetep licik. Mereka tidak berundur sepenuhnya tetapi meninggalkan sesuatu yang membawa kesan jangka panjang. Menggubal perlembagaan kita dengan cara yang paling halus sehingga kita tidak dapat melihatnya langsung. Salah satunya walaupun perlembagaan menyatakan Melayu mesti beragama Islam, kita amatlah bangga. Tetapi kesannya dakwah amat susah untuk dijalankan kepada yang bukan Melayu. Masuk Islam bererti Masuk Melayu. Itulah yang terukir di fikiran bukan Melayu sehingga ke hari ini. Berapa ramai bukan Melayu membatalkan niat memeluk Islam kerana fahaman ini?

Melayu pula sibuk dengan semangat nationalismenya. Nak meningkatkan ketuanan bangsa, tetapi lupa meningkatkan agama. Percayalah, Melayu itu hanya boleh bangkit dengan membangkitkan Islam. Cara hidup Islam. Perjuangan bangsa tidak bermakna jika kita hanya mahu meningkatkan bangsa, tidak agama. Semangat nationalisme atau racist adalah propaganda penjajah agar kita sentisa semangat untuk memperjuangkan bangsa. Menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti dan bertolak ansur dengan bangsa lain. Itu adalah baik tetapi tidak bermakna menghapuskan cara hidup Islam. Tetapi ramai yang lupa. Apabila Islam ditinggalkan, keharmonian itu susah untuk dikekalkan. Zaman kegemilangan Islam menyaksikan pemerintahan khalifah berjaya ditegakkan selama belasan abad. Kita Malaysia sudah hampir 52 tahun merdeka. Masih terlalu awal mengatakan sistem kita sudah berkesan bukan? Mengapa tidak melihat contoh yang telah bertahan belasan abad?

Adalah mulia jika kita mahu memperjuang bangsa, tetapi lebih mulia lagi kita perjuangkan agama bersama, buanglah istilah 'aku hanya perjuang bangsa, hal agama biarlah orang agama selesaikan'. Ini adalah salah kerana semua yang beragama Islam itu terutama Melayu wajib mencegah yang ma'ruf dan meninggalkan yang mungkar. Pemimpin kita semuanya hebat kerana berjaya mengekalkan keamanan Malaysia sehingga ke hari ini. Tetapi mereka akan menjadi lebih hebat jika dapat meningkatkan semula Islam itu sebagai cara hidup. Pemimpin bukanlah orang yang tidak bijak. Mereka nampak semua ini. Hanya menunggu untuk dilaksanakan. Tidak usah tunggu. Laksanakanlah. Pasti akan ramai yang menyokong termasuk aku. Tingkatkanlah ketuanan bangsa bersama agama. Pasti berjaya. Apa kata kita cuba.
Posted by Insan Biasa at 12:37 PM  
0 comments

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png