Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Kata-kata lelaki boleh menelanjangi wanita..selamatkan dirimu puteriku

7/31/09

Tergerak saya menulis sebegini apabila saya sedikit terdedah dengan keadaan semasa yang membimbangkan. Pergaulan kini bukan bermaksud berjumpa dan bertentangan mata, malah pada era internet dan multimedia, pergaulan perlu ditafsir dengan maksud yang lebih luas. Pergaulan yang dimaksudkan adalah pergaulan remaja lelaki dan perempuan. Pada saat ini mereka termasuk saya mungkin memandang penting perhubungan yang belum kita ketahui di mana akhirnya ini. Kini ramaja boleh berhubung melalui pelbagai laman web sosial seperti friendster, myspace, facebook, yahoo messenger, mirc, skype dan banyak lagi. Mereka yang tak tahu salah satu daripada laman ini akan di cop ketinggalan zaman dan dianggap pelik. Kerana perkara seperti ini telah menjadi satu keperluan yang diidam-idamkan oleh remaja untuk mencari pasangan terutama yang berlainan jantina.

Dalam keghairahan melalui zaman emas ini, remaja yang tidak berhati-hati cenderung untuk melakukan perkara yang memalukan dan merosakkan maruah diri. Biarpun tidak bertemu, mms dan email menjadi perantara untuk melihat gambar-gambar yang dikatakan ‘private’. Bagaimana mereka boleh memberikan gambar ’private’ walaupun masih belum berjumpa? Apa yang mereka fikirkan?? Inilah kuasa ayat atau kata-kata yang mampu mengubah persepsi seseorang. Ayat lelaki yang membawa wanita di ambang fantasi yang mereka sangkakan realiti. Tidak keterlaluan jika saya katakan seseorang lelaki diberi anugerah semulajadi untuk memuji dan wanita pula mudah terlalai dengan pujian. Hanyut dengan janji manis yang disangka benar dan seperti berpjak di bumi nyata. Pada awalnya keadaan kelihatan terkawal, tetapi akhirnya kebanyakkannya akan tewas dek kata-kata manis ini. Tidak perlu saya mengungkap bentuk kata-kata ini, mungkin yang membaca boleh membayangkan sendiri atau sudah berpengalaman dengannya. Sememangnya ini telah lama terjadi dan mungkin ini hak individu. Tetapi saya menulis untuk melahirkan rasa kesal dan sedikit hilang keyakinan dengan pemikiran wanita yang mudah dibuai kata-kata.

Mungkin ini salah kaum lelaki, kaum lelaki ghairah memperdayakan wanita dengan kata-kata nista yang menjebakkan diri ke alam fantasi yang tidak langsung boleh diyakini penyudahnya adalah sesuatu yang baik. Ini terjadi apabila ramai yang takut apabila mereka tidak lagi berpasangan. Berpasangan itu dianggap ’wajib’ oleh seseorang dan keadaan akan mendesak untuk mempertahankan hubungan masing-masing. Maka berlakulah ’give and take’ di sini. Pujuk rayu akhirnya dituruti hingga membawa ke arah sesuatu yang tidak patut dituruti. Sememangnya ini biasa berlaku pada remaja kebanyakan dan kita tidak sedar itu adalah salah. Semuanya dilakukan atas nama cinta yang membelenggu leher, dan rimasnya keadaan ini hanya akan dirasai selepas rasa jemu dan kesal. Syaitan itu akan sentiasa ingin menyesatkan anak adam walau terdapat peluang sebesar jarum sekalipun. Menulis kerana pemerhatian terhadap keadaan sekitar. Puncanya telah lama ditemui tetapi tidak mahu dilihat dengan hati. Sejak di bangku sekolah lagi punca ini menjadi salah satu isi penting dalam menulis karangan fakta yang bertajuk ”menangani gejala sosial”....Kurangnya didikan agama...-apalahdayaku

Posted by Insan Biasa at 5:59 PM  
0 comments

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png