Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

"Cikgu..macam mane nak tegur abah tak sembahyang?"

10/29/09


Sewaktu mengajar tajuk "Dakwah tanggunngjawab bersama", terdiam seketika apabila aku ditanya soalan sebegini...Terasa agak lemah apabila tidak mampu membantu pelajar ini. Sungguh sukar keadaannya. Aku mungkin tidak merasainya kerana dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan sembahyang. Kalau belum sembahyang, belum baca Quran, tak boleh tengok TV, tak bolah main, tak boleh jumpa kawan-kawan dan sebagainya. Maka hari ini aku menjadi seperti ini, walaupun belum menjadi muslim yang sempurna mukminnya(sedang berusaha ke arah itu insyaAllah), aku akan risau jika tidak melakukan tuntutan mendirikan tiang agama, bersolat. Tapi untuk budak sekecil ini, yang baru mahu mengerti kepentingan solat itu sendiri, tetapi melihat orang yang ingin mereka contohi mengabaikan solat, tentulah akan berlaku delima dan konflik dalam diri mereka. Sudah tentu dugaan untuknya lebih besar berbanding aku ketika umur sekecil itu. Aku cuma mampu menasihatinya untuk teruskan usaha bersolat dan cuba untuk tidak meninggalkannya. Mudah-mudahan bapanya akan terbuka hati untuk bersolat setelah melihat anaknya sendiri mendirikan tiang agama itu. Kepada yang mempunya idea menarik untuk dikongsi, bagaimana untuk aku menjawab soalan ini, dialu-alukan memberi komen dan pendapat...
Posted by Insan Biasa at 11:43 AM  
6 comments
Abu Khalid said...

Salam

Menyelit, menyibuk dan menambah. Izinkan ya!

1) Dilema

2) Bagusnya, ajar subjek tu pada anak2 murid, tapi Muaz, ana cadangkan lain kali, kasi mereka faham islam betul2 baru ajarkan subjek ni, sebb ia satu topik yang berat (Kalu syllabus sekolah yg suruh, hehe tak reti nak cakap apa la kan)

3) Sokong idea, suruh mereka sembahyang je. Pastu jangan lupa minta mereka kawan dengan kawan2 yang solat. Jgn lupa pula supaya sarankan (dengan cara solat bersama) mereka supaya solat ke surau / masjid. Semoga mereka diberikan hidayah, bukan ilmu semata-mata.

wallahua'lam
Sori terkasar dan terlembut bahasa

October 30, 2009 at 12:40 PM  
Abu Khalid said...

Teruskan perjuanganmu wahai sahabatku.

Semoga lahir dari mulut mereka soalan ini,

"Cikgu.. macam mane nak tegur abah tak gi usrah minggu ni?"

October 30, 2009 at 12:42 PM  
Anonymous said...

mungkin ini dapat membantu...
klik di sini

October 31, 2009 at 1:40 AM  
skyblue said...

salam...
sy tertarik dengan persoalan nie sbb sy dulu pun pernah berlegar-legar soalan tu di kepala...

byk sy minta nasihat dan pendapat daripada org yang tinggi ilmunya drpd sy dan mereka juga menyarankan agar kita teruskan solat agar terbuka hatinya untuk bersolat...
alhamdulillah ada suatu masa tu abah sy berusaha untuk solat dan mmg betul iman itu ada pasang dan surutnya...
entah di mana silapnya abah x solat lg.. sebab sy duk kolej... usaha saya hnya terus berdoa agar ALLAH memberi hidayah kepada orang yang saya syg dan berusaha untuk menjadi muslimah yang beriman agar dosa saya tidak terbeban di bahu abah lagi...

October 31, 2009 at 5:12 PM  
Insan Biasa said...

ya akhi hussaini..memang ni dah jadi silibus...jadi ana ajar se-ringan yang mungkin..agar mereka faham..kadang2 pelajar memang tanye bnyk soalan aqidah yang ana payah nak jwb dgn ayat yg btol..huhu..

November 1, 2009 at 2:47 PM  
Insan Biasa said...

Tahniah skyblue kerana ada usaha anda..teruslah berdoa..kerana doa anak yang solehah(ana rase enti pmpn kn?hehe) akan sampai untuk orang tuanya..InsyaAllah..ini mungkin ujian untuk anda..teruslah berharap pada hidayah Allah dengan sabar..Allah bersama2 org bersabar..

Husaini : budak sek skrg tak paham pon usrah tu camne...tapi harap jugak ek..ke anta yg nak tanye..hehe

November 1, 2009 at 2:53 PM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png