Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Hijrah itu Perlukan Pengorbanan

12/31/09


Perjalanan manusia di alam maya tentunya dihujani dengan pelbagai asam garam yang menjadikan hidupnya indah dan berwarna-warni...Hidup tanpa cabaran cuma tidak akan mengembangkan pimikiran dan tahap survivor manusia..Begitulah manusia boleh hidup maju dan akhirnya membina tamadun yang hebat. Sebagaimana Hebatnya tamadun Islam yang dimulakan oleh seorang manusia agung pilihan Allah. Kisahnya menjadi panduan dan angin tiupan semangat mujahid kini untuk meneruskan usaha dakwah tanpa putus asa hinggalah hari yang dinantikan.

Perjalananku kini bakal berubah..Persekitaran..Tanggungjawab...Matlamat..Pandangan..dan Perasaan juga akan mengalami sesuatu yang baru..Rasa takut dan gerun tidak mungkin dapat dihindar..Melebihi kegembiraan...Semuanya memerkukan pengobanan..Pengorbanan yang disangkakan berat dan besar..Menggusarkan hati dan minda. Sehingga kadangkala menitiskan air mata. Betapa rapuhnya hati ini bila diuji dengan sedikit ujian yang disangka besar untuk dirinya.

Tapi..Hijrah ini bukanlah sebesar Hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabat..

Hijrah terdahulu meninggalkan harta..
Hijrah diri ini untuk mengumpul harta..
Hijrah terdahulu meninggalkan ibu bapa..
Hijrah diri ini tidaklah meninggalkan ibu bapa sepenuhnya..
Hijrah terdahulu meninggalkan saudara mara..
Hijrah diri ini tidak pun meninggalkan saudara..
Hijrah terdahulu sehelai sepinggang..
Hijrah diri ini bawa beg seberat hampir 20kg..
Hijrah terdahulu berhadapan ancaman..
hijrah diri ini dengan aman dan damai..
Hijrah terdahulu perjalanannya berhari2
Hijrah diri ini cuma 2 jam lebih..
Hijrah terdahulu cuma berjalan kaki atau naik unta..
Hijrah diri ini naik kapal terbang..
Hijrah terdahulu kerana agama..
Hijrah diri ini???

Jadi apakah besarnya hijrahku diri ini..Cuma sampah jika dibandingkan dengan pengorbanan Ummat terdahulu..Hanya jiwa yang rapuh dan lemah menganggap ianya sesuatu yang besar..Walaupun hijrah ini tak sehebat hijrah Rasulullah SAW dan Para Sahabat..aku tetap berharap inilah hijrah yang menjadikan aku hamba Allah yang lebih baik..Meniti perjalananku hingga ke hujung hayat...Amin..
Posted by Insan Biasa at 12:16 PM 2 comments  

Haduth Kelapan Belas : Orang Yang Meminum Khamar dan Menanakannya Bukan Khamar

12/14/09


Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan
mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan
bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam
bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".
(Riwayat Ibnu Majah)


Keterangan:
Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'.

Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan. Rasulullah saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi. Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.
Posted by Insan Biasa at 10:47 AM 0 comments  

Cikgu...Macam mana nak buang saka??

12/5/09


Cerita Pertama :

Selepas peperiksaan akhir tahun...Cikgu lebih banyak luang masa 'bermain' atau bergaul dengan murid-murid..Termasuk saya..Kami akan saling bertanya dan bertukar cerita.. Macam biasa..Pelajar penuh dengan sifat ingin tahu tentang banyak perkara yang orang dewasa lakukan. Meraka akan banyak bertanya tentang kelakuan orang dewasa yang masih tidak mencapai tahap pemikiran akal meraka. Ini salah satu soalan pelajar kepada saya..

"Cikgu..macam mana nak buang saka??

Saya tersenyum dah bertanya kembali..
"Kamu ada saka ke?"

Pelajar menjawab

"Ada.."

Saya tanya kembali

"Macam mana kamu tahu kamu ada saka??"

Pelajar tu jawab lagi

Sebab nenek saya ada..Mungkin akan turun pada saya
tapi saya taknak

Cikgu : oooo

Cerita Kedua
Baru2 ni, nenak saya sedang sakit..Jadi ramailah saudara mara akan balik pada hujung minggu...Maka rumah nenek akan penuh dengan kanak2..sepupu saya...Sedang mereka bermain2..salah seorang dari mereka bertanya...

Sepupu : Abang Muaz, wan(panggilan nenek kat kampung) ada saka ke?

Muaz : Saka? Siapa kata?

Sepupu : Ida..Sambil menunjuk kepada sepupu yang satu lagi...

Semuanya ketawa....hahahahaha....

Kedua-dua cerita ini adalah kisah benar..Menunjukkan salah satu perkara yang sering bermain di fikiran kanak-kanak yang sedang dirosakkan dengan cara berfikir yang pelik dan tentunya salah..Mungkin ramai yang akan berkata "alah, budak-budak...biarkanlah..mereka tak tahu apa-apa"...ye..memang benar mereka tak tahu apa-apa...dan mereka sering ingin tahu..Jika mereka tidak mendapat jawapan yang betul, mereka akan membuat kesimpulan yang salah..Ini akan memberi kesan kepada masa depan mereka.

Dari mana mereka dapat semua informasi ni??Ya..dari mana lagi kalau bukan dari skrin..Jin, Hantu, Saka, Pocong, Syaitan, Sihir, Santau, Toyol, dan banyak lagi makhluk yang menakutkan menjadi santapan anak-anak mengalahkan program sepert Al-Kuliyyah dan Forum Perdana..Rancangan ini kebanyakkannya ditayangkan pada waktu perdana..Berbanding rancangan agama yang ditayangkan ketika kanak-kanak keluar bermain atau sedang sibuk hendak ke sekolah..

Lihatlah bagaimana lambakan program berunsur seram ini menjadi satu trend dan tradisi pembuat filem mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesannya pada anak bangsa..mana tidaknya, ustaz berlawan dengan hantu ala "Dragon Ball" sambil mengeluarkan "Ka Me Ha Me Ha"...Kanak-kanak mana tak suka tengok??? Betul ke macam ni nak lawan kuasa Jahat??tak ubah macam anime jepun...

Fahaman salah ini terus berleluasa hingga menyangka makhluk halus ini boleh membunuh...Syaitan boleh membunuh??Cuba tanya budak2 sekarang..Hantu boleh bunuh orang tak??Meraka akan jawab.."Ya..Hantu boleh bunuh kita, hantu akan cekik kita sampai mati, lepastu dia makan organ dalam badan kita.." Tak percaya??pergi tanya..Tengok macam mana filem merosakkan pemikiran mereka...

Satu lagi salah adalah hantu takutkan naskah Al-Quran...Bila seseorang pegang naskah Al-Quran(Walau surah Yasin sekali pon), hantu tak berani dekat..Betul ke??Malah dekat asrama dulu, kawan2 yang takut diganggu hantu akan letakkan surah Yasin bawah bantal...huh...Setahu saya, Syaitan lebih tahu bacaan dalam Al-Quran..malah mereka boleh membacanya juga...Syaitan cuma takut orang yang mengamalkan Al-Quran..Bukan yang hanya pegang Al-Quran..Malah orang yang pegang Al-Quran belum tentu boleh membacanya..Macam ni Syaitan nak takut??takkan lah....

Sememangnya filem berunsur seram ini banyak merosakkan pemikiran kanak-kanak..Meraka disajikan dengan fahaman yang salah tentang makhluk halus ini..Mengakibatkan rasa takut dan tak selamat menyelubungi mereka sejak kecil...Sungguh kasihan.....Filem berunsur seram dan mistik pernah diharamkan oleh ulama Malaysia pada tahun 70-an...Tapi kini selepas meletopnya filem puntianak harum sundal malam...Ramai Producer mengambil kesempatan menyajikan lebih banyak lagi filem berunsur seram..Tanpa memikirkan kesannnya kepada generasi akan datang..Apalagi orang Melayu masih kuat berpegang dengan kepercayaan ghaib. Biarpun tinggal di hutan batu....Atas dasar apa filem ini ditayang??Kesedaran??Penipu..Semuanya atas dasar Keuntungan...Inilah yang dirisaukan para ulama terdahulu..Generasi akan datang akan lebih takutkan Syaitan berbanding Takutkan Allah..Nauzubillah...

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal,ayat 48 yang bermaksud
"Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya.
"

Belum sentuh lagi filem yang menyajikan kesan masalah sosial seperti merempit, pergaulan pergaulan bebas..Para Pengarah akan berkata "Kita buat filem untuk memberi pengajaran kepada masyarakat"...Yang mana lebih banyak diambil..??Pengajaran atau keseronokan bersosial??Untuk mereka yang mahu menggunakan AKAL dengan panduan IMAN....

Sila beri pendapat anda...-Muazzin
Posted by Insan Biasa at 12:14 PM 0 comments  

Hadiyh ketujuhbelas : Harta Riba' Wujud Di Merata Tempat.

12/3/09

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman,
tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak
memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".
(Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan:
Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.

Penulis : Siapa yang ada buat pinjaman PTPTN tau la benda ni...Pinjam 15 ribu kene bayar 17ribu, pinjam 28 ribu kene bayar 32 ribu.. Lagi lewat bayar, lagi banyak hutang. Belum tengok lagi di bank-bank antarabangsa. Mujur sudah banyak sistem perbankan Islam muncul untuk membetulkan keadaan akibat kejatuhan sistem kapitalis yang terang-terang menjadikan riba' sebagai sumber pendapatan.
Posted by Insan Biasa at 1:34 PM 0 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png