Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Berhati-hati dengan penyakit hati....

3/22/10


Bila mana hidup semakin lama(menurut kiraan manusia), kenalan semakin ramai, ilmu semakin bertambah, perlakuan semakin berubah, pemikiran semakin matang, kata-kata semakin petah, penulisan semakin panjang lebar, maka di situ dia akan diuji dengan cebisan pujian yang menjadikan diri besar tanpa menyedari kekerdilan amalan itu berbanding para syuhada' dan mereka yang telah mendapat kedudukan disisi Allah. Sedangkan pujian manusia hanya bersifat prasangka yang masih tidak diketahui niat sebenarnya. Sedar dengan keadaan ini, namun masih lagi wujud rasa ujub dan riya' dalam diri. Betapa sukarnya mahu membuang perasaan ini. Seakan-akan sudah menjadi darah daging yang tertanam dalam hati. Cukup kuat menghasut diri dan berkata "Aku sudah pandai mengambil hati orang". Sungguh aku telah tertipu dengan sekelumit amalan yang menarik minat segolongan individu hingga meratah niat 'kerana Allah' ini kepada niat 'kerana manusia'...Amatlah rugi keadaan ini...

"Kerana biasanya pujian tersebut muncul dari kemunafikan atau pujian itu akan mengakibatkan orang yang dipuji terlena hingga mendorongnya bersikap sombong setelah dirinya membangga diri (Jum'ah Amin, Auraq min Tarikh Al-Ikhwan Al-Muslimun, ms. 289). Pujian yang kita sangkakan, yang kita harapkan dapat 'mengambil hati' sahabat kita yang dicintai, akhirnya memakan dirinya, hingga hilang keikhlasan bertempur melawan dunia. Itulah kunci punca kekalahannya di medan."
Posted by Insan Biasa at 11:33 AM  
1 comments
suriani said...

penyakit hati tue akan ttp ada dalam hati manusia sbb iman manusia bertambah dan berkurang...
kdg2 hati manusia akan lalai, tp apabila tersedar, kita sbg hamba NYA akan kembali kepada Allah.. tiada yg sempurna dalam dunia ni..kdg2 tanpa sedar emosi manusia akan melebihi akal manusia.. mudah2 an kita sentiasa berada dalam rahmatNYA..

March 23, 2010 at 10:13 AM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png