Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Terpulang kepada diri sendiri..???

3/29/10




Jawapan umum dan kononnya selamat kebanyakan manusia untuk lepas dari persoalan hidup yang hakikatnya penuh dengan had dan diberati hukum Tuhan(mukallaf)..Jawapan ini kerap kita akan dengar dalam rancangan seperti Melodi..Dituturkan oleh penghibur yang akhirnya menjadi ikutan pemuja mereka yang setia terutama ketika ber'comment' di facebook...Ungkapan ini hasil penjajahan minda di mana kita sedia maklum berasal dari barat yang bertopengkan prinsip hak asasi manusia...Kononnya manusia mempunyai hak memilih kebahagiaan hidup mereka..biarpun akhirnya pilihan itu melanggar nilai-nilai norma masyarakat dan logik akal...Belum lagi dinilai dari sudut agama yang sentiasa diperlukan oleh akal untuk mentafsir hidup. Ungkapan ini terus digunakan untuk menghalalkan sebilangan perlakuan manusia yang dilihat kecil dan dosanya 'mungkin ' diampunkan Tuhan..Jika sempat bertaubat..Seperti manusia ni tahu bila mereka akan mati..Sungguh menyedihkan...

Bukankah Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.
{Surah Al-Mukminun : Ayat 71}

Maka jelas bahawa jika manusia memulangkan banyak persoalan kepada diri mereka sendiri, pastinya persoalan itu akan dijawab oleh nafsu mereka semata-mata...Jawapan mereka pasti akan menjurus untuk menyelamatkan diri mereka dan cuba membenarkan apa yang mereka sedang lakukan..Jawapan yang ingin merasakan diri mereka selamat dan sedang berada pada landasan kebenaran...Hati mereka terasa tenang pada zahirnya...Padahal jauh di sudut hati mereka tahu itu adalah satu kesalahan..percayalah ini sedang banyak berlaku di sekeliling kita..Jika kita bermuhasabah diri..mungkin perbah berlaku kepada diri ini...Nauzubillah...Perbualan seperti ini baru sahaja dialami oleh saya :

Aku : kenapa kau duduk kat tempat gelap belakang tu dengan die mase orang tengah dgr ceramah satu Malaysia?

Dia : Alah, bosan la kat ceramah tu..lagipon aku bukan beromen dengan dia kat belakang tu...kami berborak je..(sambil tergelak sesama kami)..

Aku : Siapa kate ko beromen, tapi menghampirinya pon dah dilarang..Jangan la buat...

Dia : Alah...setakat macam tu je...dimaafkan lagi....

Aku : Erk..(Terdiam..)

kadangkala kita tak perasan kata-kata kita melambangkan kejahilan diri..Kerana Saidina Ali pernah berkata, 'Semakin banyak ilmu seseorang, semakin kurang kata-katanya'...Jadi jika kita kurang ilmu ukhrawi apalagi untuk mempercayainya, maka banyaklah kata-kata kita akan menjurus untuk mendapat habuan dunia semata-mata..Dan jika itu yang dipinta, memang itulah yang akan didapati..Kejadian dia atas adalah secebis alasan demi alasan untuk kita membenarkan perbuatan salah...Kerana kita seronok dengan itu dan kita sudah melihat itu satu keindahan yang hakiki..Itulah salah satu fungsi syaitan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran:

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” [al-Hijr 15:39]

dan firmanNya lagi :


Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad),lalu syaitan memperindahkan pada (pandangan) mereka akan amal-amal mereka (yang sebenarnya mungkar); maka Dia-lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini (Hari Kiamat) dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nahl 16:63]

Banyak kemungkaran yang berlaku di dunia ini sudah menjadi satu kemestian kepada manusia..Tidak terkecuali orang Islam...Malah kadangkala orang Islamlah yang mempelopori kemungkaran ini...Masalah Riba', kecelaruan jantina, dan percintaan yang membuta tuli, hiburan melampau, adalah antara kemungkaran yang sering dilihat indah di mata manusia..Kita susah untuk menolaknya kerana sudah menjadi 'sistem' dalam suasana 'jahiliah moden' ini...

Apa perlu dilakukan??

1. Teruskan menuntut ilmu agama dalam keadaan formal atau tidak..Kerana agama adalah pembada yang hak dan batil..

2. Sentiasa mencari kebenaran..Jangan sesekali menyangka kita sudah faham sesuatu..Allah akan memberi petunjuk kepada orang yang mencari kebenaran dan Allah suka orang yang memperbaiki amalannya..

3. Agama Islam adalah cara hidup..kaitkan setiap amalan dengan agama...

4. Perbanyakkan amalan sunnat seperti berpuasa, sedekah dan solat sunat...Amalan inilah yang boleh membentuk hati yang tunduk kepada Allah...

5. Bersahabat dengan orang soleh...Kerana dari mereka kita akan mendapat tempias rahmat Allah..

6. Tadabbur Al-Quran...Kerana hati akan lembut jika membaca makna Al-Quran...

7. Muhasabah diri...Cuba faham tujuan kita hidup...dan apa yang kita buat skrg...

Solusinya....

Hidup kita penuh dengan tanggungjawab dan hukum yang perlu dipatuhi...Dunia tempat persinggahan sementara yang akan dinilai setiap perbuatan kita..Manusia secara amnya faham perkara ini..Tapi oleh kerana terkesima dengan pelbagai nikmat yang sebenarnya ujian itu, manusia lupa tempat mereka dikembalikan....Manusia memandang lamanya hidup ini sedangkan jika sudah tua, kita akan menyaksikan hidup ini cuma seperti satu malam...Firman Allah :

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).{Ali Imran: Ayat 14}

Jadi sudah fitrah manusia itu mencintai kesenangan dan itulah sebenarnya ujian buat kita. Ada yang cantik, maka dia akan ditanya bagaimana dia menggunakan kecantikannya untuk mendapatkan redha Allah, ada yang hensem, maka dia akan bertanya bagaimana dia melempiaskan kehensemannya di Jalan Allah..Ada yang kaya akan ditanya bagaimana dia membelanjakan hartanya untuk mencapai mardhatillah...Semuanya akan ditanya...Semuanya akan diuji sesuai dengan janji Allah...kerana syurga itu tinggi nilainya..jadi janganlah sering menyangka kita sudah boleh masuk syurga hanya dengan hidup senang lenang, ada isteri cantik, anak-anak yang berjaya, kerjaya yang bagus akhirnya tua dan mati..kemudian masuk syurga????Firman Allah :

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"{Ali Imran : Ayat 142}

dan firmanNya lagi :

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"{Ali Imran : Ayat 214}

Jelaslah kita tidak boleh memandang remah persoalan hukum dan had yang telah ditetapkan oleh Allah, Dalam sesetengah hal, mungkin ada kelonggarannya, tetapi jangan sesekali mengambil kesempatan dengan kelonggaran ini...Allah itu lebih bersifat Maha Pengampun..Islam itu mudah..tetapi jangan dipermudahkan...jangan berhenti menuntut ilmu agama kerana ilmu itu tiada hujungnya bagi manusia...jangan lepaskan peluang ke program Ilmu dan majlis tarbiah kerana di situ terdapat ramai yang soleh...semoga kita terkesan dengan semangat mereka...jangan merasa diri sudah cukup kerana itulah saat kejahilan terserlah...Jadikan Al-Quran diari yang telah tertulis..hanya untuk mereka yang mahu berfikir....-Insan Biasa
Posted by Insan Biasa at 11:30 PM  
1 comments
Anonymous said...

Ada seorang guru saya(di salah satu sekolah terbaik di Malaysia) berkata:"Saya tak kisah pelajar2 nak bercouple.Mereka remaja. Biarlah mereka merasai zaman remaja mereka".
Saya terdiam. First time dengar ada cikgu yang cakap macam ni. Kat sekolah yg 'terbaik'(aku menyampah betul kalau ada org sebut perkataan tu utk menggambarkan sekolah aku tu) pulak tu. Cikgu2 perlu betulkan diri dulu.

June 5, 2013 at 11:46 PM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png