Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Cabaran pendidikan Iman

4/16/10


Pada pengutusan yang sebelum ini, aku telah luahkan sedikit ketidakpuasan hati tentang pandangan para pemimpin yang mengambil langkah yang mungkin tidak memberi kesan besar kepada masalah pembuangan bayi dan penyakit sosial terutamanya berhubung dengan seks. Mungkin itu cuma satu luahan yang hanya menuding jari kepada pihak pemimpin tanpa memberi solusi dan cadangan untuk membendung masalah ini. Mungkin kerana merasakan tidak mungkin cadangan kita diterima kerana kekerdilan diri dalam sistem masyarakat. Apalahdayaku. Tetapi jika difikirkan kembali, bagaimana cadangan itu akan berkembang jika kita tidak mulakan. Mungkin hanya dengan memberi cadangan bolah menyedarkan segelintir pihak yang inginkan sedikat nasihat yang berkadar sederhana dari tulisan yang sederhana. Maka aku tergerak untuk menulis sesuatu yang aku yakin telah lama difikirkan oleh ramai orang..Tetapi tak ramai yang mampu melakukannnya..

Apa itu iman?

Secara anmya Iman adalah suatu keyakinan, suatu kepercayaan. Kerana itu dalam Islam terdapat 6 Rukun Iman. Iaitu rukun yang wajib dipercayai oleh setiap individu muslim dalam setiap perikalu mereka. Jika keenam-enam atau salah satu rukun ini dilanggar sewenang-wenangnya, maka rosaklah iman seseorang. Contohnya seorang yang beriman tidak akan pecah amanah, kerana dia percaya adanya Allah yang selalu melihatnya, adanya malaikat yang selalu mencatit amalannya, adanya hari akhirat di mana dia akan diazab jika pecah amanah. Inilah yang akan menghadkan segala perlakuan orang yang beriman. Kerana adanya imanlah yang membentuk peribadi seseorang. Kerana adanya imanlah yang akan menambah kemanisan dalam beribadah. Iman akan mententeramkan jiwa ketika ditimpa musibah, kerana keyakinan kepada qada' dan qadar. Iman akan menambahkan kecintaan kita kepada Rasul walaupun kita tidak pernah bertemu dengannya. Iman dkan membuatkan kita rapat dengan Al-Quran, kerana kita percaya akan segala isinya untuk kebaikan penghidupan di dunia dan akhirat.

Memelihara dan memupuk iman.
Setiap individu muslim belum tentu beriman.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?-{Al-Ankabut : Ayat 2}

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar? -{Ali-Imran : Ayat 142}

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.-{Al-Baqarah : Ayat 214}

Iman manusia biasa seperti kita ada turun naiknya. Kadangkala kita suka untuk beribadat, kadangkala kita akan dikuasai rasa malas. Hati manusia tidak tetap sifatnya, selalu berbolak-balik. Maka itu memerlukan latihan berbentuk ibadah. Dan ini memerlukan satu mujahadah yang kuat. Kadangkala kita sudah merazam untuk meninggalkan sesuatu maksiat, tetapi masih melakukannya akibat persekitaran yang kurang membantu. Maka di sini kita perlukan keazaman yang tinggi disamping berdoa Allah mengurniakan kepada kita hati yang kuat, keazaman yang jitu dan persekitaran yang membantu.

Iman pada awalnya dididik oleh ibu bapa, kemudian individu itu sendiri akan mendidik imannya. Mendidik iman perlukan mujahadah dan keazaman yang tinggi dari segi perkataan, perbuatan dan niat. Contohnya untuk menjadikan diri tahan dengan godaan dan penuh dengan sifat sabar, kita diajar untuk banyak berpuasa. Untuk menjaga hati daripada terpaling ketika diuji, kita diajar untuk solat, berzikir dan membaca Al-Quran. Terdapat banyak amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk menjaga dan mendidik iman. Semuanya perlu diamalkan secara konsisten. Kita perlukan persekitaran yang baik untuk melakukannya. Jadi pilihlah rakan yang sesuai..Rakan yang sentiasa boleh mengingatkan kita jika kita sedikit terpesong atau alpa. Hidup keseorangan atau tanpa sahabat yang soleh/solehah akan menjadikan kita hanyut. "Harimau akan menyerang rusa yang tidak bersama kumpulannya". Maka hidup dalam jemaah adalah satu cara yang berkesan dan perlu diamalkan. Selalulah pergi ke program agama seperti usrah, ceramah dan forum yang boleh membuatkan hati kembali lembut dan iman kembali ke paras yang optimum. Syurga itu mahal harganya. Hanya mereka yang benar-benar bersungguh akan dipilih Allah. Semoga kita dalam golongan yang sentiasa mendidik iman.

"Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',"
{Al-Baqarah : Ayat 45}
Posted by Insan Biasa at 11:01 PM  
0 comments

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png