Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Pendidikan Seks dan Pendidikan Iman

4/11/10


Pagi tadi Menteri Bertanggungjawab menekankan bahawa kementerian pendidikan perlu menekankan secara serius tentang pendidikan seks di sekolah agar para pelajar berwaspada dan pergaulan bebas yang sering mengakibatkan aktiviti tidak bermoral dan akhirnya membawa kepada tragedi seperti pembuangan bayi yang tidak terkawal lagi. Pendidikan seks seperti satu kaedah yang berkesan untuk memberi kesedaran dan membendung kes buang bayi dan perlakuan sumbang. Belum dikisahkan lagi dengan kes pelik lain yang melibatkan seks dan perlakuan luar batasan manusia yang membuatkan kita menggaru kepala ketika mendengarnya..Persoalannya...Berkesankah pendidikan seks??

Jika dilihat dari perkataannya.."Pendidikan Seks"..Seperti mahu mengajar para pelajar tentang seks..Suatu ketika dahulu ditentang oleh ramai ibu bapa..Maka cadangan ini terdiam begitu sahaja..Namun jika dilihat dari silibusnya, pendidikan seks lebih kepada pendedahan kepada pelajar tentang akibat beberapa perbuatan yang salah dari segi moral dan agama dan mengakibatkan pelbagai penyakit masyarakat. Maka disini pelajar seperti perlu tahu bagaimena mereka perlu mengelakkan terjadinya kejadian seperti itu...Betul..Ini sesuatu yang baik..

Namun cadangan ini umpama mencantas pucuk pokok..Akan tumbuh lagi pucuk yang lebih banyak..Kerana seks adalah satu keseronokan bagi manusia..Jika ia telah menular dalam suatu sistem masyarakat...Maka ia bukanlah lagi sesuatu yang asing dan tidak lagi dihiraukan oleh orang ramai..Pergaulan bebas dilihat biasa..Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berhati-hati..Jangan sehingga melahirkan anak..Kerana pelajar telah dididik dengan cara ini...Mereka tidak dididik bagaimana cara mengelakkan diri dari perhubungan tanpa ikatan sah..Cuma yang diajar bagaimana menelakkan diri daripada mengandung anak luar nikan..Sedangkan zina tetap berleluasa..

Kini kedudukan sosial manusia telah berubah..Institusi keluarga tidak lagi seperti dahulu..Ibu bapa tidak lagi mampu bersama anak-anak dengan masa yang optimum dan bernilai..Perubahan nilai pemikiran manusia semakin luntur akibat penjajahan pemikiran barat yang meletakkan nilai keseronokan dan kemewahan sebagai nilai material yang mesti dikejar. Pergaulan dengan bukan mahram adalah satu perkara yang biasa..Tidak lagi dilihat salah..malah itulah satu keperluan yang dikatakan 'fitrah' manusia..Perlukan belaian dan kasih sayang..Mereka yang tidak terlibat dalam perkara ini dituduh kolot dan tiada perasaan..

Berbeza apabila kita tidak melakukan sesuatu itu kerana "takut mengandung" dengan "takutkan Allah"..Apa yang dilihat kini lebih kepada pendekatan 'takut mengandung'..Maka manusia akan hanya mengambil lahgkah berjaga-jaga tetapi masih melakukan zina..Jiwa yang takutkan Allah sudah hilang di hati masyarakat kita..Kerana amalan itu sudah tidak lagi dilakukan..Amalan Islami..Dakwah..

Kita hanya belajar tentang Islam di kelas-kelas khas di sekolah..Selepas tamat zaman persekolahan..Ilmu agama tidak lagi dituntut kecuali mereka yang mengambil jurusan agama. Ilmu fardhu ain yang dipelajari di sekolah tidak dijadikan amalan dan cuma diamalkan di majlis-majlis tertentu. Itupun jika rajin pergi ke majlis agama..Akhirnya ilmu cuma tinggal ilmu dan tidak lagi menjadi amalan..Sedangkan hati memerlukan penjagaan dengan amalan yang konsisten..Maka wujudlah Islam yang hanya di amalkan semasa solat 5 waktu, Islam yang cuma diamalkan di masjid-masjid..Islam yang cuma diamalkan di majlis-majlis tertentu..seperti tahlil arwah dan kenduri kesyukuran..itu pun jarang sekali dilihat anak-anak muda mengikutinya..Akhirnya mereka lupa dan tidak nampak kepentingan ilmu agama...Kerana tidak dicari dan tiada yang memberi..

Pendidikan Iman tidak hanya dijalankan dengan ilmu..Tetapi dengan amalan dan peringatan yang tidak boleh dihentikan bagi menjaga ketetapan hati..Amalan dakwah kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran bukanlah tanggungjawab pak ustaz, imam dan tok bilal..tetapi tanggungjawab mereka yang bergelar Muslim..Terjadinya kes-kes pelik melibatkan keruntuhan moral masyarakat kini adalah kerana terhentinya proses dakwah dalam masyarakat, atau hanya sedikit yang memainkan peranan..Kerana keselesaan yang sedang dirasakan kini, ramai yang lupa tentang kefardhuan ini..Maka Allah telah menurunkan pelbagai penyakit masyarakat yang menakutkan dan kita hanya mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang berada di permukaan..

Manusia punya nafsu yang kadangkala boleh menguasai akal. Bukan seperti haiwan yang bernafsu dan nafsunya mungkin boleh dikekang dengan cara tertentu..Nafsu yang menguasai akal akan menjadikan pelbagai masalah yang tidak pernah berlaku sebelumnya..Maka dengan pendidikan iman sahajalah manusia mampu mengekang nafsu..Mengekang kes sosial dengan pendidikan seks adalah sebuah ilusi yang difikirkan perlu oleh pemimpin yang kurang ilmunya untuk menampakkan mereka membuat kerja dan berkhidmat untuk masyarakat..Sedangkan masyarakat sedang sakit dan membutuhkan pemimpin yang berani dan mampu menjalankan dakwah dan mengetepikkan kemewahan dunia untuk kemaslahatan ummat..
Posted by Insan Biasa at 10:27 PM  
2 comments
Abu Khalid said...

Saya suka pendapat untuk menyediakan pusat perlindungan bayi-bayi ini.

Nampak gayanya, dengan ada banyak pusat-pusat sebegini, bayi-bayi tidak akan dibuang lagi.

Selesai masalah. Lega.

April 11, 2010 at 11:10 PM  
Anonymous said...

sedihnya tgk gambar bayi ni..huhu..mcm masih ade tali pusat.. kenapa dibuang bayi2 itu..ramai lagi org yang perlukan anak..huhu

April 11, 2010 at 11:15 PM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png