Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Khutbah hari ini : Sambutan Hari Pahlawan..Realiti pahlawan...

7/30/10

Rupanya 31 Julai adalah hari pahlawan(Aku macam baru tau)...Maka di masjid2 para khatib membaca tentang kepahlawanan mereka yang terdahulu memerdekakan negara dari tangan penjajah. Betapa kita generasi hari ini perlu memelihara keharmonian negara dengan sebaik mungkin demi menghargai jasa pahlawan terdahulu...Mereka sungguh berjasa.

Dulu semasa di sekolah...
Dulu di sekolah yang aku faham tentang pahlawan adalah mereka yang bergelar askar...Memakai baju hijau di dalam hutan dan memegang senjata. Pahlawan ini bertempur dengan askar jepun hingga mereka maut dan akhirnya kita berjaya mencapai kemenangan..Malah di kaca televisyen juga menayangkan pelbagai filem yang menggambarkan kepahlawanan askar seperti filem Leftenen Adnan, Bukit Kepong dan Sarjan Hassan. Mereka sungguh hebat..Sungguh hebat jasa mereka.

Tugu Negara yang menjadi kontroversi..Perlukah berhala ni dibina untuk memperingati pahlawan??

Kemudian di sekolah menengah fikiranku mula berkembang...pahlawan juga gelaran yang diberikan kepada orang kampung seperti Tok Kenali, Tok Janggut, Dato' Bahaman, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi. Mereka ini berjuang memimpin orang kampung menentang penjajahan inggeris dan kebanyakan mereka mati dibunuh. Malah mereka adalah sebenar-benar pahlawan kerana mereka berjuang atas nama Islam.

Di universiti, pemikiran lebih berkembang, Penaksiran pahlawan pada diri semakin luas. Bukan sahaja mereka yang mempertahankan negara, lebih luas lagi adalah mereka yang mempertahankan agama Islam. Hingga hidupku hari ini adalah kerana Islam. Mulia dan hina aku adalah kerana Islam. Maka jasa mereka yang menyebarkan agama ini hingga menumpahkan darah dan syahid adalah yang paling aku kagumi. Perjuangan Rasulullah SAW dan Para Sahabat Radiallahianhum, tabi' dan tabi'in, para salafi dan golongan khalaf. Merekalah pahlawan sebenar yang sangat aku kagumi. Tanpa menafikan jasa para pahlawan lain di perbatasan..Mempertahankan negara.

Peranan generasi hari ini dan akan datang...
Kerana aku adalah muslim..Perjuangan dakwah Rasulullah SAW dan Para Sahabat Radiallahianhum, tabi' dan tabi'in, para salafi dan golongan khalaf adalah perjuangan sebenar yang patut kita contohi. Pahlawan yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT. Dan perjuangan ini tidak berhenti setelah wafatnya mereka, tetapi sentiasa berterusan sehingga manusia seluruhnya menjadikan Allah dan Rasulnya sebagai matlamat. Dan aku sentiasa cuba mahu menjadi sebahagian daripada pejuang itu...Biarpun aku selalu jatuh dek arus duniawi..

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)."
{Al Anfal : Ayat 60}

Posted by Insan Biasa at 9:57 PM  
2 comments
irshadian said...

ni memang keje aku mengomen blog orang. btw kenapa la kerajaan tak dedahkan awal2 pahlawan yg betul, aku ingat lagi dalam buku teks sejarah, ketokohan kamal attaturk plak dimasukkan huhuh

August 1, 2010 at 4:25 PM  
Insan Biasa said...

sebab sejarah tu salah...kite belajar sejarah yang salah...dan disogokkan dengan maklumat yang salah..semua salah dari awal lg..salahhhhh...hee..mengamuk plak..

August 2, 2010 at 11:25 PM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png