Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Bagaimana Jika Ada Yang Mengishtihar Anda Sebagai Musuh?

3/29/11



"Mulai saat ni, aku adalah musuh utama kau"

"Aku akan buat hidup kau sengsara macam yang aku rasa"

"Aku bersumpah atas nama arwah ayah aku, aku akan buat kau hancur, sedikit demi sedikit"

"Aku nak kau masuk neraka sebab kita dan putus silaturrahim. Tak gunalah semua amalan kau"

Bagaimana jika ada seseorang menghantar mesej sebegini kepada anda? Apakah yang anda rasa? Takut? Geram? Sedih? atau sedang ketawa? Inilah satu lagi episod hidup saya.Saya telah dianggap musuh oleh individu yang pada mulanya seorang kawan. Tapi akhirnya berikrar sayalah musuh utamanya kerana gagal mendapatkan apa yang dia mahukan. Sedihnya apabila nilai sahabat itu disandarkan pada rasa ingin dihormati dan semua jasa mahu dibalas dan dihargai manusia. Melahirkan perbuatan tidak pernah ikhlas dan sentiasa mahukan penghargaan dari manusia. Jika itu tidak diperoleh, hati jadi sakit. Sakit yang akhirnya menjadi hasad.

Mungkin saya juga tak mampu memenuhi kehendak semua orang meskipun saya selalu mencuba. Saya menerima kekurangan ini. Pada awalnya saya merasakan saya boleh mengubah seseorang dan terus berusaha, namun hidayah itu milik Allah. Kita hanya berusaha dan menyampaikan, selebihnya Allah yang memberi keputusannya. Rupanya saya yang dikhianati dan di'guna'kan untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Akhirnya saya sendiri yang terkesan dengan tindakannya dan terpaksa menjauhkan diri untuk mengelakkan dari terus di'guna' sebagai perisai semua kisah ciptaannya.

Tindakan saya menjauhkan diri dengan niat mahu dia tahu perbuatannya salah nampaknya tidak berhasil. Malah saya dipersalahkan olehnya kerana tidak mahu lagi menolongnya dan telah membuatkan orang memandang serong kepadanya. Saya dijadikan punca orang lain memandang serong semua perbuatannya. Dia akhirnya menyimpan hasad kepada saya dan mahu melihat saya susah suatu masa kelak. Jika anda di tempat saya, apa yang anda rasa?


Tujuan saya menulis cuma untuk mendapatkan sedikit pandangan pembaca tentang musuh yang sedang saya hadapi. Walaupun saya tidak menganggap dia musuh, tapi nampaknya saya telah dimusuhi dan ada perkara yang mahu diperlakukan. Mungkin anda pernah berhadapan dengan perkara ini. Saya boleh sahaja tidak menghiraukannya. Tetapi mungkin dia masih boleh dibantu atau terus dielak hingga akhir hayat.



"Ketahuilah bahwa sekiranya semua makhluk berkumpul untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, niscaya mereka tidak akan bisa memberikan kamu manfaat kecuali apabila hal itu telah ditakdirkan kepadamu. Dan sekiranya mereka berkumpul untuk mendatangkan suatu bahaya kepadamu, niscaya mereka tidak kuasa mendatangkan bahaya itu kepadamu, kecuali apabila hal itu telah ditakdirkan untukmu."
Posted by Insan Biasa at 10:04 PM  
9 comments
Anonymous said...

1. Bila berbicara selalu bohong.
Orang seperti ini tidak bisa dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Bisa jadi apa yang dibicarakan tidak sesuai dengan hatinya.

2.Bila berjanji, tidak ditepati
Orang munafik sulit untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya

3. Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.
Orang munafik sulit diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dia jaga dengan baik.
Semoga Allah SWT senantiasa melindungi kita dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik

March 30, 2011 at 6:02 PM  
Anonymous said...

bagaimana rasulullah buat apa menghadapi golongan munafik.


Nabi saw tak buat apa cuma melantik Hudzaifah bin Yaman ra sebagai pemegang rekord puak munafik dan ia adalah rahsia antara Hudzaifah dan Nabi sahaja...even sahabat besar pun tak tahu. Nabi cuma monitor atau mengawasi tindak tanduk mereka.

Namun AQ merincikan ciri2 munafik dan Dr Abdul Karim Zaidan mencatat ada 15. Ada kitab yg merincikan sifat mereka ada 30.

March 30, 2011 at 6:10 PM  
Anonymous said...

Try to face that person and explain everything if u really want friendship between both of u be restore...although this seems difficult but i think u don't really want the situation become worse....
If this particular person gives you cold shoulder...Pray to God so that God will lead him toward the right path....

April 5, 2011 at 4:46 PM  
Insan Biasa said...

I have done that..at the end he back step me...and he confess im the one he lie the most...i only can pray to God to give him and me the right path...

April 7, 2011 at 11:58 AM  
Anonymous said...

wooo...so mean..hmm..Don't take what a mean person says personally...it is their problem, definitely not yours! If you have a friend that has a mean streak and tends to say things that hurt you or others, try saying.. "Ouch" out loud and never allow yourself to get sucked into the behavior. Always know it is okay to not continue the friendship. Don't go running away scared from a mean person, walk away with a stronger sense of yourself, knowing that you made a good decision not to get sucked into the negativity!
Have a cheerful weekdays~!

April 10, 2011 at 9:51 PM  
Insan Biasa said...

thanks for the opinion...of coz we hav to choose good friends rite..have a best weekend to..

April 10, 2011 at 11:06 PM  
Shakir said...

eh...sejak bila ko nak face to face dgn aku ni...
aku nak berbaik..ko ungkit benda lama
eh....
come on la...
ko jgn ingat seseorang manusia jahat sangat samapai langsung tak nampak kebaikan orang
itu namaya ko dah label orang
betul org lain ckp
ko kena face to face dgn aku
jom...

April 15, 2011 at 8:17 PM  
Anonymous said...

silent is the best, sarawak election is tomorrow, Be End!

April 16, 2011 at 12:44 AM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png