Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Perbezaan Pendapat Adalah Satu Rahmat

4/7/11


Islam adalah agama yang menyeluruh. Islam mencakupi semua perbuatan kita di dunia. Daripada makan hinggalah cara membasuh najis juga dititikberatkan oleh Islam. Dalam hal ibadah juga Islam menunjukkan cara yang betul dan sesuai dengan fitrah manusia. Namun manusia tak semuanya sama. Allah menganugurahkan pelbagai cara manusia berfikir. Kita semua pasti mempunyai pendapat yang berbeza. Pendapat yang pelbagai ini boleh dikongsi untuk dinilai kebaikan setiap pendapat dan dilaksanakan mana yang lebih baik.

Perbezaan yang melahirkan permusuhan.
Malangnya Islam hari ini berpecah kerana berbeza pendapat. Terutama dalam hal dakwah dan pembinaan daulah. Masing-masing terlalu emosi mempertahankan cara mereka hingga sanggup menuduh saudara seagama sendiri salah dan terpesong. Malah sampai ke tahap mengkafirkan saudara sandiri. Lebih teruk lagi apabila berlakunya pertumpahan darah yang sia-sia kerana terlalu fanatik mempertahankan kefahaman masing-masing. Akhirnya kita sendiri yang rugi dan ketinggalan dalam banyak hal dunia dan hampir semuanya dipelopori oleh orang bukan Islam. Orang Islam dilihat mundur dan hilang kegerunan terhadap mereka.

Method Dakwah Yang Berbeza
Saya tidaklah pandai dalam bidang dakwah. Saya bukan orang yang arif dalam dakwah. Tapi jika ada semboyan yang memanggil untuk memberi tenaga dalam bidang dakwah. Saya akan cuba memberi sepenuh tenaga dan daya saya. Saya melihat ramai para daie yang bergerak dalam jemaah dan cuba mencari kekuatan untuk memberi kefahaman mengikut method dakwah mereka. Para daie mencari ahli dan membuat kumpulan liqa untuk membari kefahaman yang sebenar tentang Islam dan apa yang ummat ini perlu lakukan. Saya sendiri perubah menyertai beberapa jemaah dan Alhamdulillah, saya lihat cara ini boleh sedikit sebanyak mengenalkan saya dengan agama. Tapi tak semua kumpulan jemaah mempunyai method yang sama. Ada yang faham Islam hanya boleh dikembangkan dengan politik. Ada yang faham Islam hanya boleh diperjuang dengan menggulingkan sistem sekarang dan mendaulatkan semula sistem khalifah. Ada yang faham Islam perlu disebarkan dengan mengajak orang lain melakukan dakwah fardhiah. Dan banyak lagi method yang berbeza. Namun malangnya ada di kalangan pendokong Islam ini cuba menenggelamkan jemaah yang lain. Wujud pula situasi persaingan seperti mahu lihat jemaah mana yang lebih hebat. Dan jemaah mana yang paling ramai pengikutnya. Siapakah yang rugi jika ini berlaku??

Bukankah Kita Satu Aqidah?

Bukankah perbezaan ini sesuatu yang sepatutnya baik. Bukan semua orang mempunyai cara yang sama untuk didakwah. Rasulullah SAW pernah menjawab dengan jawapan yang berbeza kepada orang yang berbeza apabila beliau ditanya tentang amalan yang paling afdal. Ini menunjukkan method dakwah tidak semestinya sama. Jadi tidak bolehkah kita menerima method dakwah orang lain kerana mereka juga mengajak orang berbuat kebaikan. Mungkin kita tidak nampak hasilnya seperti yang kita harapkan. Tetapu kesatuan ummah kini adalah satu keperluan yang memuncak. Banyak bala yang menimpa umat Islam kini adalah kerana kita semua berpecah dan sombong dengan cara masing-masing. Akhirnya Islam dipandang serong dan ,menyukarkan dakwah itu sendiri. Bukankah kita satu agama? Adakah kerana berbeza cara kita tidak boleh bersatu. Bukankah kita menyembah Tuhan yang sama? Apakah kerana sedikit berbeza dalam ibadah sunat membuatkan kuta semua bermasam muka. Rugilah kita. Saya masih mentah dalam dakwah. Saya mahu melihat pemimpin dakwah bersatu hati membantu dakwah itu sendiri dan bersama memerangi musuh. Dan saya mahu menyertainya.

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri(pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(Annisa' : Ayat 59)
Posted by Insan Biasa at 11:20 PM  
0 comments

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png