Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Keberangkatan Mak dan Abah ke Makkah

9/24/12

Malam Semalam mak dan abah telah berankat ke Makkah. Tanah Suci yang menjadi tempat idaman semua makhluk hidup. Akhirnya Allah memberi kesempatan kepada mak dan abah untuk hadir sekali lagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim. Melengkapkan rukun Islam yang kelima. Aku sungguh bersyukur dengan perkara ini. Aku juga akan terus memohon agar kelak Allah akan memanggil aku ke sana untuk menjadi tetamu agung. Semoga ada kesempatan.

Maka ramailah yang mengirimkan hajat untuk didoakan di sana. Doa di Masjidilharam adalah kesempatan doa yang tak mungkin dilepaskan oleh setiap orang yang berpeluang ke sana. Tentunya aku salah seorang pengirim doa. Tidak kurang yang meminta di disampaikan salam kepada Rasulullah dan Para sahabat semasa mengunjungi makan mereka. Aku tidak berkesempatan berkata begitu kepada abah. Kerana aku punya pendapat sendiri. Biarpun aku jauh di sini, perasaan cinta akan Baginda nabi tetap dapat kusampaikan dengan amalan sunnah dan selawat ke atas baginda. Allahumma solli ala muhammad. InsyaAllah.

Suasana Di perkarangan rumah






 Azan dilaungkan sebelum jemaah berangkat ke Makkah







 Sengaja Besarkan gambar ni..Sweet





Semoga Mak dan Abah mendapat haji yang mabrur. Aku sempat menitipkan beberapa doa untuk mak doakan kepadaku semasa berhadapan dengan kaabah. Antara Isi doanya adalah seperti berikut.


Ya Allah, aku pohonkan padamu dengan penuh harapan agar kau kabulkan permintaan untuk anakku ini.
  1. Jadikanlah anakku ini seorang yang berguna kepada semua orang di sekitarnya. Jangan kau biarkan dia menyusahkan orang lain. Permudahkanlah urusannya, murahkanlah rezekinya.
  2. Jadikanlah anakku ini seorang yang soleh dan selalu berusaha mengerjakan kebaikan dengan ikhlas untuk mengharapkan keredhaanMu. Jangan kau wujudkan perasaan putus asa dalam dirinya walau sekecil mana pun usahanya.
  3. Berilah kesempatan kepadanya untuk selalu memperbaiki dirinya dalam segala hal. Sesungguhnya dia punya banyak kelemahan dan hanya dengan rahmatMu ya Allah dia akan mampu mengatasi kelemahan ini.
  4. Selamatkanlah dia dari segala tipu daya dunia yang merugikan dan yang boleh menyebabkan dia terjerumus ke dalam kemurkaanMu.
  5. Permudahkanlah urusan jodohnya. Jika dia bertemu jodoh, jadikanlah jodohnya itu mampu mendekatkan dirinya kepadaMu.
  6. Jika sampai ajalnya, matikanlah dia sebagai seorang yang syahid dan dalam keimanan yang tertinggi. Jangan kau matikan dia dalam keadaan bermaksiat dan kufur.
  7.  Jika dia selalu melakukan dosa berulang kali, kasihanilah dia ya Allah. Sentiasalah berikan dia kesempatan untuk memperbaiki diri sehingga dia benar-benar mampu meninggalkan dosa itu.
  8. Jadikanlah di sekelilingnya segala yang baik. Ketemukanlah dia dengan mereka yang mampu membantunya memperbaiki diri. Janganlah kau biarkan dia terpengaruh dengan semua keburukan yang datang kepadanya setiap hari.
  9. Jika kau mahu mengujinya, berikanlah juga dia kekuatan untuk mengetasi ujian itu agar dia tidak hanyut dengan ujian yang kau beri. Bantulah dia menyedari ujian yang sedang dihadapi agar dia selalu bersedia menghadapinya.
  10. Tempatkanlah dia di syurgaMu, dalam lingkungan kasih sayangMu dan keredhaanMu yang berpanjangan bersama maknya Maimon bte Hasim dan abahnya, Mohd Yasin Bin Othman.

Inilah secebis harapanku. Jika aku mati dan semua harapan ini termakbul. Aku amat bersyukur. Aku akan terus memohonnya hingga ke akhir hayatku.
Posted by Insan Biasa at 10:27 PM  
0 comments

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png