Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Showing posts with label Hadith 40 Imam Nawawi. Show all posts
Showing posts with label Hadith 40 Imam Nawawi. Show all posts

HADIS 24 : Hadis Qudsi Tidak menzalimi orang lain

4/21/16



Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman: Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian. Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu. Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku. Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum. Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim.) 

Pengajaran Hadis
Hadis qudsi ini mempunyai banyak pengajaran antaranya:
(1) Zalim adalah suatu sifat keji yang diharamkan Allah SWT ke atas diriNya dan ke atas hambahambaNya. Barangsiapa yang melakukan kezaliman bererti dia telah melampaui batasan yang digariskan oleh Allah SWT.
(2) Semua hamba adalah berhajat dan bergantung penuh kepada kurniaan dan kemurahan Allah SWT. Dialah Tuhan yang memberikan petunjuk, memberikan rezeki, memberi pakaian dan Dia juga Tuhan Yang Maha Pengampun segala dosa hamba-hambaNya. Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa mendahului murkaNya.
(3) Segala permohonan hendaklah hanya diajukan kepada Allah SWT, sama ada permohonan meminta hidayah, rezeki, makanan dan pakaian juga permohonan agar diampunkan segala dosa.
(4) Sesungguhnya Allah SWT Maha Gagah Perkasa. Manusia sekali-kali tidak mampu memberikanNya manfaat dan mudharat.
(5) Segala perbuatan manusia sama ada ketaqwaan atau kejahatan, walaupun pada tahap yang paling maksimum dan paling dahsyat, semuanya tidak akan menambah atau menjejaskan kedudukan Allah SWT walaupun sedikit.
(6) Segala kurniaan Allah kepada seluruh manusia dan jin, biar betapa banyak sekalipun, ia tidak akan mengurangkan apa yang dimilikiNya walaupun sedikit. la hanya umpama air yang terlekat pada sebatang jarum kerdil yang dijunamkan ke lautan luas.
(7) Setiap amalan manusia akan dihitung satu persatu oleh Allah SWT dan Dialah yang akan menyempurnakan pembalasannya, sama ada balasan baik mahupun buruk.

Wallahu a'lam
Posted by Insan Biasa at 3:40 PM 0 comments  

Hadith ke-23 : Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman

1/20/16



Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. 
Hadis riwayat al-lmam Muslim. 

Huraian:
1. Kebersihan sebahagian iman : 
(pendapat ulama’) 
 a) pahala pada kebersihan - berganda sehingga separuh pahala iman. 
 b) yang dikehendaki ialah meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56). Yang dimaksudkan di sini ialah wudhu’. 
 c) bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang dikehendaki iman itu ialah solat. 
 d) yang dimaksudkan dengan bersih itu ialah wudhu’ - menghapuskan dosa-dosa kecil. 

2. Galakkan mengingati Allah ;

 Pengajaran hadis: 
(1) lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman. (2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat mizannya dan sebagainya. 
(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan. 

Sumber :http://www.geocities.com/bahantarbiyyah

Posted by Insan Biasa at 11:40 AM 0 comments  

Hadith ke-22 : Syarat Masuk Syurga

1/10/13



Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما (beliau meriwayatkan):
Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jikaaku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkanperkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apalagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!
Hadis riwayat al-lmam Muslim no.15

Huraian:
makna "mengharamkan yang haram" adalah "menjauhinya". Makna "menghalalkan yang halal" adalah "melaksanakannya" dengan penh yakin akan kehalalannya.

Sahabat yang bertanya kepada Rsulullah SAW ini bernama Nukman Bin QauQal. Pengarang kitab al-Mufhim mengatakan secara umum bahawa Nabi SAW tidak mengatakan dalam hadis ini sesuatu yang bersifat tathawwu'(sunnah). Hal ini menunjukkan bahawa secara umum boleh meninggalkan yang sunnah. Orang Islam hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran asas agama Islam seperti solat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Melakukan yang sunat akan menambah kesempurnaan Islam dan menhampiri diri kepada Allah.

Tiga kategoro orang yang meninggalkan sunnah.
1. Orang yang meningalkan sunnah dan tidak mahu melakukannya sedikit pun, maka tidaklah memperoleh keuntungan yang besar dan pahala yang banyak.
2. Orang yang terus menerus meninggalkan hal-hal yang sunnah. maka dia telah berkurang agamanya dan berkurang pula nilai kesungguhan dalam agamanya.
3. Orang yang meninggalkan sunnah kerana sikap meremehkannya. Maka dia merupakan orang yang fasiq dan patut dicela

Rujukan : Buku Hadis 40 Imam Nawawi karangan Ustaz Zahazan Mohamad dan Usyaz Muhammad Zakaria
Posted by Insan Biasa at 8:52 PM 0 comments  

Hadis ke-21 : Istiqamah dan Iman

1/9/13



Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
"Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagibertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.Kemudian hendaklah engkau beristiqamah."
Hadis riwayat al-lmam Muslim no.38; an-Nasai no 11489 dan ibn Majah no. 3972

Ungkapan "Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu" bermaksud "ajarkan kepadaku satu kalimah pendek, tetapi mengandungi makna yang padat dan berisi tentang pengertian Islam yang mudah difahami, hingga aku tidak perlu lagi penjelasan orang lain untuk menjadi dasar amalan." Maka Rasulullah SAW menjawab : "Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah" ini adalah satu kalimah pendek yang padat yang Allah berikan kepada Rasulullah SAW. Dua kalimah ini telah memberi pengertian iman dan Islam secara utuh.

Beliau menyuruh orang tersebut supaya sentiasa memperbaharui imannya dengan ucapan lisan dan mengingat di dalam hati, serta menyuruh dia secara teguh melaksanakan amal-amal soleh dan menjauhi semua dosa.

Hal ini kerana seseorang itu tidak dikatakan istiqamah jika dia menyimpang walaupun hanya sebentar. hal ini selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
"Sesungguhnya mereka yang berkata 'Allah tuhan kami' kemudian mereka beristiqamah..."(Surah Fussilat: ayat 30)

Beriman kepada Allah semata-mata kemudian hatinya tetap teguh pada keyakinannya dan taat kepada Allah sampai mati.

Umar bin Khaattab ra berkata:
"Mereka(para sahabat) istiqamah demi Allah dalam mentaati Allah dan tidak sedikit pun mereka itu berpaling, sekalipun seperti berpalingnya musang"
Maksudnya, mereka lurus dan teguh dalam melaksanakan sebahagian besar ketaatannya kepada Allah, baik dalam keyakinan, ucapan, mahupun perbuatan dan mereka terus menerus berbuat begitu(sampai mati). Demikianlah pendapat sebahagian besar para mufasir. Inilah makna hadis tersebut, in sya Allah.

Begitu pula firman Allah SWT yang bermaksud, "Hendaklah kamu beristiqamah seperti yang diperintahkan kepadamu"

Abul Qassim al-Qusyairi berkata:"Istiqamah adalah satu tingkatan yang menjadi penyempurnaan dan pelengkap semua urusan. Dengan istiqamahlah, segala kebaikan dengan semua aturannya dapat diwujudkan. Orang yang tidak istiqamah dalam melakukan usahanya, pasti isa-sia dan gagal."
Dia berkata pula:"Ada yang berpendapat bahawa istiqamah itu hanya dapat dijalankan oleh orang-orang besar, kerana istiqamah adalah menyimpang daripada kebiasaan, menyalahi kebiasaan adat seharian, teguh di hadapan Allah dengan kesungguhan dan kejujuran.

Pengajaran.
1. Beriman kepada Allah SWT harus mendahului ketaatan.
2. Amal soleh dapat menjaga keimanan.
3. Melaksanakan iman dan amal soleh harus berjalan serentak.
4. Sifat beristiqmah merupakan darjat yang tinggi.
5. Para sahabat mempunyai keinginan yang kuat untuk menjaga agama dan meningkatkan keimanan.
6. Perintah untuk istiqmah dalam bertauhid dan ikhlas dalam beribadah hingga ke akhir hayat hanya kepada Allah semata-mata
Posted by Insan Biasa at 9:54 PM 0 comments  

Hadith ke-20: Malu Sebahagian Iman

1/7/13



Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari, no. 3296,5769 dan Abu Daud, no. 4796)

Huraian Hadis:
Sabda Rasulullah SAW: "lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu", mengandungi dua maksud:

Pertama:
Bererti ancaman dan peringatan keras, bukan merupakan perintah sebagaimana sabda Baginda: 
"lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu" Yang juga bererti ancaman, sebab kepada mereka telah diajarkan apa yang harus dijalankan adan apa yang harus ditinggalkan.

Demikian juga sabda Naabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menjual khamar(arak), maka hendaklah dia memotong-motong daging babi".

Tidaklah bererti bahawa beliau membenarkan melakukan perbuatan tersebut.

Kedua:
Hendaklah kamu melakukan apa yang tidak malu kamu melakukannya, seperti mana sabda nabi SAW yang bermaksud "Malu itu sebahagian daripada iman"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

maksud malu di sini adalah malu yang dapat mendorongnya berbuat kebaikan dan  menjauhkannya berbuat kejahatan. Demikian juga apabila malu dapat mendorong seseorang meninggalkan perbuatan keji kemudian melakukan perbuatan baik, maka malu seperti ini setaraf dengan iman kerana persamaan pengaruhnya kepada seseorang.

Pengajaran:
1. Malu adalah ajaran yang disepakati oleh para Nabi dan tidak terhapus.
2. Jika seseorang meninggalkan rasa malu, makaa hilanglah kebaikan dari dirinya.
3. malu merupaka landasan akhlak mulia dan selalu berpaksikan pada kebaikan.
4. rasa malu dapat dibentuk, maka sesiapa yang memiliki tangungjawab hendaklah memerhati bimbingan mereka seperti suami, isteri, ibu bapa, majikan dan pemerintah.
5. Jangan pula ada rasa malu dalam mengajar hukum hakam agama serta menuntut ilmu dan kebenaran kerana Allah SWT berfirman "Dan Allah tidak malu daripada kebenaran"(33:53)
6. Antara manfaat rasa malu ialah iffah(menjaga diri dari cela) dan wafa'(menepati janji)
7. Rasa malu adalah salah satu cabang iman yang wajib diamalkan

Sumber : Huraian bergambar Hadis 40 Imam Nawawi Ustaz Zahazan dan Ustaz Muhammad Zakaria
Posted by Insan Biasa at 11:14 PM 0 comments  

Hadith : Jagalah Allah, Nescaya Allah Menjagamu

7/24/12



Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: "Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:
“Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)." 

(Riwayat Ahmad no. 2669, al-Tirmizi no. 2516 dan al-Hakim no. 6302)



Huraian:
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : “Jagalah Allah, niscaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu”, maksudnya hendaklah beramal kerana-Nya dengan penuh ketaatan sehingga Allah tidak memandangmu sebagai orang yang menyalahi perintah-Nya, niscaya kamu akan mendapati Allah menjadi penolongmu di saat situasi sulit, seperti yang pernah terjadi pada kisah tiga orang yang tertimpa hujan lebat lalu mereka berlindung di dalam gua, kemudian pintu gua tertutup batu. Pada saat itu mereka berkata kepada sesamanya : “Ingatlah kebaikan yang pernah kamu lakukan, lalu mohonlah kepada Allah dengan kebaikan itu supaya kamu diselamatkan”. Kemudian masing-masing menyebut kebaikan yang pernah dilakukan, maka batu penutup gua itu kemudian terbuka lalu mereka dapat keluar. Kisah mereka ini popular dan terdapat pada Hadits shahih.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : “Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah”, memberikan petunjuk supaya bertawakkal kepada Allah, tidak bertuhan kepada selain-Nya, tidak menggantungkan nasibnya kepada siapa pun baik sedikit ataupun banyak.

Allah berfirman :
“Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah maka Allah pasti akan memberinya kecukupan”. (QS. Ath Thalaq : 3)

Pengajaran:
1. Sesiapa yang melaksanakan perintah Allah SWT nescaya Allah akan menjaganya di dunia dan akhirat.
2. Beramal soleh serta melaksanakan perintah Allah SWT dapat menghindarkan bencana dan mengeluarkan seseorang itu dari kesulitan.
3. Jangan meminta selain dari Allah SWT.
4. Manusia tidak akan mengalami apa-apa musibah melainkan dengan kebenaran Allah SWT.
5. Kita hendaklah menghormati waktu dan menggunakannya dengan cermat sebagaimana yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW.
6. Pergunakanlah masa mudam untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan.
7. Orang yang bersyukur akan mendapat perhatian, perlindungan dan pertolongan dari Allah SWT.
8. Hanya kepada Allah kita memanjatkan doa dan meminta pertolongan kerana Dia Maha Dekat, Maha Kuat dan merupakan zat yang tidak pernah bosan memberi.
9. Kita hendaklah bersabar dengan musibah. Kesabarann akan diakhiri dengan kemenangan dan ganjaran yang tinggi dari Allah SWT.
10. Kita hendaklah bersabar dalam bidang dakwah terutama dalam medan perang.

Rujukan : Hadith 40 Imam Nawawi, Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Muhmmad Zakaria
Posted by Insan Biasa at 5:36 PM 0 comments  

Hadith ke-18 : Selepas Melakukan Dosa, Lakukan Segera Kebaikan

5/22/12



Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu ‘Abdurrahman, Mu’adz bin Jabal radhiyallahu 'anhuma, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan susullah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik”. 
(HR. Tirmidzi, ia telah berkata : Hadits ini hasan, pada lafazh lain derajatnya hasan shahih)

Huraian Hadis : 
Riwayat hidup Abu Dzar itu banyak. Ia masuk Islam ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam masih di Makkah dan beliau menyuruhnya kembali kepada kaumnya. Namun ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam menyaksikan tekadnya untuk tinggal di Makkah bersama beliau, maka Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam tidak mampu lagi mencegahnya.

Sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam kepada Abu Dzar “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan susullah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskannya”.
Hal ini sejalan dengan firman Allah : “Sesungguhnya segala amal kebajikan menghapus segala perbuatan dosa”. (QS. Huud : 114)

Sabda beliau “bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik” maksudnya bergaullah dengan manusia dengan cara-cara yang kamu merasa senang bila diperlakukan oleh mereka dengan cara seperti itu. Ketahuilah bahwa yang paling berat timbangannya di akhirat kelak adalah akhlaq yang baik. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kamu dan yang paling dekat kepadaku posisinya pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaqnya diantara kamu”.

Akhlaq yang baik adalah sifat para nabi, para rasul dan orang-orang mukmin pilihan. Perbuatan buruk hendaklah tidak di balas dengan keburukan, tetapi dimaafkan dan diampuni serta dibalas dengan kebaikan.

Hadith ke-16 : Janganlah Mudah Marah

4/29/12

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Berilah wasiat kepadaku”. Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Janganlah engkau mudah marah”. Maka diulanginya permintaan itu beberapa kali. Sabda beliau : “Janganlah engkau mudah marah”.
[Bukhari no. 6116]

Huraian hadis:

Pengarang kitab Al Ifshah berkata : “Boleh jadi Nabi mengetahui laki-laki tersebut sering marah, sehingga nasihat ini ditujukan khusus kepadanya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memuji orang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya ketika marah”. Sabda beliau : “Bukanlah dikatakan orang yang kuat kerana dapat membanting lawannya, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya di waktu marah”.

Allah juga memuji orang yang dapat mengendalikan nafsunya ketika marah dan suka memberi maaf kepada orang lain. Diriwayatkan dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau bersabda : “Barang siapa menahan marahnya padahal ia sanggup untuk melampiaskannya, maka kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk, sehingga ia diberi hak memilih bidadari yang disukainya”

Tersebut pada Hadits lain : “Marah itu dari syaitan”.

Oleh kerana itu, orang yang marah menyimpang dari keadaan normal, berkata yang bathil, berbuat yang tercela, menginginkan kedengkian, perseteruan dan perbuatan-perbuatan tercela. Semua itu adalah akibat dari rasa marah. Semoga Allah melindungi kita dari rasa marah. Tersebut pada Hadits Sulaiman bin Shard : “Sesungguhnya mengucapkan ‘a’udzuubillaahi minasy syaithanirrajiim’ dapat menghilangkan rasa marah”.

Kerana sesungguhnya syaitanlah yang mendorong marah. Setiap orang yang menginginkan hal-hal yang terpuji, syaitan selalu membelokkannya dan menjauhkannya dari keredhaan Allah, maka mengucapkan “a’udzuubillaahi minasy syaithanirrajiim” merupakan senjata yang paling kuat untuk menolak tipu daya setan ini.
 

Hadith ke-15 : Etika Orang Beriman

4/19/12


Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.

[Bukhari no. 5672, Muslim no. 47]

Huraian Hadith
Kalimah 1
Kalimat “barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”, maksudnya adalah barang siapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah.

Kalimah 2
Kalimat “maka hendaklah ia berkata baik atau diam” kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu dia takut kepada ancaman-Nya, mengharapkan pahala-Nya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota badannya kerana kelak dia akan diminta bertanggung jawab atas perbuatan semua anggota badannya, sebagaimana tersebut pada firman Allah :
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya”. (QS. Al Isra’ : 36)

dan firman-Nya:
“Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. (QS. Qaff : 18)

Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda:
“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka karena tidak dapat mengendalikan lidahnya”.

Pengajaran
1. Persoalan iman berkait rapat dengan kehidupan seharian.
2. Islam menyeru tindakan yang dapat menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang di kalangan individu dan masyarakat Islam.
3. Termasuk dalam dalam kesempurnaan iman adalah berkata dengan perkataan yang baik atau lebih baik diam dari berkata perkataan yang buruk.
4. Berlebih-lebihan dalam berkata-kata boleh menimbulkan permusuhan, kehancuran dan perkelahian.
5. Islam sangat menekankan tentang adab dalam berbicara agar apa yang dikatakan adalah yang bermanfaan dan tidak sia-sia.
6. Berbuat baik kepada jiran tetangga termasuklah menghormatinya, membantunya, tidak menyakitinya dan membantu menjaga hartanya.
7. Wajib menyuarakan pandangan dann pendapat apabila diperlukan jika bertujuan menerangkan yang haq.
8. Antara tanda kemuliaan akhlak adalah memuliakan tetamu. Rasulullah SAW bersabda, "menjamu tetamu sehari semalam adalah kewajipan begi setiap Muslim"(Riwayat Ibn Majjah)

Rujukan : Hadith 40 Imam Nawawi, Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Muhmmad Zakaria
Posted by Insan Biasa at 9:23 PM 0 comments  

Hadith ke-14 : halalnya Darah Seorang Muslim

4/2/12


Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu, ia berkata : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda : ‘Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan aku adalah utusan Allah kecuali kerana salah satu di antara tiga perkara : orang yang berzina padaha dia telah berkahwin, membunuh orang, dan orang yang meninggalkan agamanya iaitu merosak jama’ah’ )murtad“.

[Bukhari no. 6878, Muslim no. 1676]

Huraian Hadith:
Dalam beberapa riwayat disebutkan :
Kalimah “Tidak halal darah seorang muslim yang telah bersaksi bahawa tiada sembahan yang berhak disembah secara benar kecuali Allah dan sesungguhnya aku adalah rasul Allah" merupakan penjelasan daripada perkataan "seorang Muslim" atau orang Islam.

Kalimat “......serta yang memisahkan diri dari jama’ah” adalah penjelasan dari kata “yang meninggalkan agamanya”. Kalimah ini bermaksud keluar daripada Islam. Inilah yang menyebabkan darahnya dihalalkan. Kalimah 'jemaah' bermaksud kaum Muslimin.

Kalimat “yang meninggalkan agamanya iaitu merosak jama’ah” adalah kalimat umum yang mencakupi setiap orang yang keluar dari agama Islam dalam bentuk apapun, maka ia wajib dibunuh kalau tidak mahu kembali kepada Islam.

Para ulama berkata : “Kalimat tersebut juga mencakupu setiap orang yang menyimpang dari kaum muslim dengan berbuat bid’ah, merosak, atau lainnya”. Wallahu a‘lam.

Secara tersurat, kalimah yang umum tersebut dikhususkan kepada orang yang melakukan penyerangan atau semacamnya terhadap kaum muslim, maka untuk mengatasi gangguannya itu dia boleh dibunuh, kerana perbuatan semacam itu termasuk kategori merosak kaum muslim. Juga yang dimaksud oleh Hadits di atas ialah seorang muslim tidak boleh dengan sengaja dibunuh terkecuali kerana dia melakukan salah satu dari tiga hal di atas

Pengajaran:
1. Tidak boleh membunuh kaum Muslimin sendiri kecuali telah dia telah melakukan 3 perkara iaitu:
a) Berzina(bagi yang sudah berkahwin)
b) Membunuh
c) Keluar dari Islam(Murtad)
2. Islam sangat menjaga kehormatan, agama dan nyawa dengan menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa yang mengganggunya seperti melakukan penzinaan, pembunuhan dan murtad.
3. Agama yang disepakati adalah dalam jemaah Muslimin, wajib berpegang dengannya dan tidak dibenarkan keluar.
4. Hukum jenayah sangat keras tetapi bersifat mencegah dan melindungi.
5. Sebagai pendidikan bagi masyarakat bahawa larangan Allah itu jelas dan harus diawasi dalam keadaan terbuka dan tersembunyi.
6. Penting bagi menjaga kehormatan diri, keluarga dan masyarakat.
7. Sebagai ancaman bagi mereka yang mmbunuh manusia.

Rujukan : Buku Hadis 4o Imam Nawawi oleh Ustaz Zahazan dan Ustaz Muhammad Zakaria
Posted by Insan Biasa at 8:09 AM 0 comments  

Hadith ke-13 : Ukhwah Islamiyyah

3/28/12


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radhiyallahu anhu, pelayan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai milik saudaranya (sesama muslim) seperti ia mencintai miliknya sendiri”.

[Bukhari no. 13, Muslim no. 45 Ahmad no.18076]

Huraian Hadis
Para ulama berkata bahawa “tidak beriman” yang dimaksudkan ialah imannya tidak sempurna, bukan tidak beriman langsung. Maknanya seseorang itu tidak sempurna imannya apabila tidak mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.

Abu Amr bin Salah berkata :"Perbuatan seperti itu terkadang di anggap sukar untuk dilaksanakan seseorang. Sebenarnya tidak demikian, kerana apa yang dimaksudkan ialah iman seseorang tidak sempurna sehingga dia mencintai kebaikan untuk saudaranya sesama Muslim seperti mencintai kebaikan untuk dirinya sendiri".

Perkara ini dapat dilaksanakan dengan melakukan sesuatu hal yang baik bagi dirinya, misalnya:
- Tidak berebut-rebut di tempat orang ramai.
- Tidak berniat untuk menghilangkan nikmat yang dimiliki orang lain.

Perkara in sebenarnya mudah dilakukan oleh orang yang berhati baik, sulat dilakukan oleh orang yang berhati jahat.

Pengajaran
1. Hubungan muslim dengan muslim yang lain seperti satu jasad. Dia mencintai saudaranya seperti mencinta dirinya sendiri.
2. Jauhilah perasaan hasad dengki kerana ia bertentangan dengan kesempurnaan iman.
3. Iman boleh bertambah atau berkurang. Iman boleh bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
4. Kita hendaklah bersatu hati sesama umat Islam.

Rujukan : Buku Hadis 4o Imam Nawawi oleh Ustaz Zahazan dan Ustaz Muhammad Zakaria

Hadith ke-8: Kehormatan Seorang Muslim

11/30/11


"Saya diutus untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka mengerjakan hal itu, bererti mereka telah menjaga darahnya dan hartanya daripadaku, kecuali menurut hukum Islam, dan perhitungan amal mereka terserah kepada Allah SWT" (Riwayat al-Bukhari no.25, Muslim no. 22 dan Ahmad no.68)

Huraian dan Intisari Hadis
Para ulama mentafsirkan hadis ini berdasarkan sejarah. Tatkala Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar al-Siddiq diangkat sebagai khalifah menggantikan Baginda. Sebahagian daripada orang arab menjadi kafir. Abu Bakar bertekad untu memerangi mereka sekalipun antara mereka ada yang tidak kafir tetapi menolak membayar zakat. Abu Bakar mengemukakan alasan perbuatan itu tetapi Umar berkata kepadanya: "bagaimana engkau memerangi manusia sehingga mereka mengucap La ilaha illallah sedangkan Rasulullah SAW bersabda 'Aku memerangi manusia sehingga mereka mengucap La ilaha illallah dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah SWT" Abu Bakar lalu menjawab: 'Sesungguhnya zakat adalah kewajipan yang bersifat kebendaan. Demi Allah, kalau mereka menghalangku daripada mengambil seutas tali unta yang dahulu mereka serahkan sebagai zakat kepada Rasulullah SAW, nescaya aku perangi mereka kerana keenggannya itu'. Kemudia umar mengikut jejak Abu Bakar memerangi kaum tersebut.

Untuk terpeliharanya orang-orang yang seperti itu, tidak cukup dengan hanya mengucap La ilaha Illallah sahaja, kerana sebelumnya mereka sudah mengatakan kalimah tersebut semasa masih sebagai orang yang kafir dan hal itu sudah menjadi keimanannya.

Tersebut juga dalam hadis lain kalimah "...dan sesungguhnya aku adalah Rasul Allah, mereka melaksanakan solat dan menunaikan zakat.

Hukum meninggalkan syahadah, solat dan zakat.
1. Pemerintah dibenarkan melaksanakan hukum bunuh ke atas orang yang mengingkari solat dan menafikan kewajipannya.
2. pemerintah dibenarkan memerangi orang yang membayar zakat.
3. Tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya terhadap harta dan darah kaum muslimin.
4. Pemerintah dibolahkan melaksanakan hukuman mati bagi setiap Muslim yang melakukan perbuatan yang dituntut dijatuhkan hukuman mati seperti; berzina bagi orang yang sudah bernikah(muhsan), membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agama dan jemaahnya(murtad)

Hukum meninggalkan puasa dan haji
Orang yang berpuasa tidak dibunuh tetapi dipenjarakan dan ditahan makan minumnya. Manakala haji pula ialah ibadah yang dapat ditangguhkan.

Rujukan : Buku Hadis 40 Imam Nawawi, Ust Zahazan Mohamad dan Ust Mohammad Zakaria
Posted by Insan Biasa at 9:33 PM 0 comments  

Hadith ke-7 : Agama itu Nasihat

11/28/11


Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:(Maksudnya)"Agama itu nasihat. Kami bertanya:'untuk siapa?' Baginda menjawab, Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum Muslimin dan bagi manusia umumnya"
(Riwayat Ahmad no. 16982, Muslim no. 55 dan Abu Daud no. 4944)

Huraian dan Intipati
Nasihat bermaksud segala hal yang baik. Dalam bahasa Arab tidak ada perkataan lain yang pengertian setara dengan perkataan 'nasihat'.

Sebagaimana disebut oleh para ulama bahasa Arab tentang kata "Al-Fallah" yang tidak mempunyai padanan ketara, yang mencakupi makna "kebaikan dunia dan akhirat".

Kalimah "agama itu nasihat" atau "agama adalah nasihat" bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang dan penyokong agama.

Sebagaimana halnya sabda Nabi SAW yang bermaksud "Haji adalah arafah," yang bermaksud bahawa wuquf di Arafah adalah tiang dan bahagian terpenting dalam ibadah haji.

Menurut Imam Nawawi, nasihat itu adalah wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak diancam. Tanpa syarat ini tidaklah diwajibkan.

Tentang pentafsiran kata "nasihat" dan berbagai cabangnya, Al-Khathabi dan ulama-ulama lain mengatakan:
1. Nasihat Untuk Allah
- Beriman semata-mata kepadaNya
- Menjauhi diri daripada perbuatan syirik dalam iktikad dan ibadat.
- Menjauhi diri daripada sikap ingkar terhadap suruhanNya.
- Mengagungkan Allah dengan sifat-sifat sempurnanya
- MenyucikanNya daripada segala sifat kekurangan.
- MentaatiNya.
- Menjauhi diri daripada perbuatan dosa.
- Mencintai dan membenci sesuatu semata-mata keranaNya.
- Berjihad menghadapi musuh.
- Mengakui dan bersyukur atas semua nikmatNya.
- Ikhlas dalam segala urusan.
- Mengajak manusia melakukan perkara yang baik.
- Bersikap lemah lembut kepada sesama manusia.

Al-Khathabi seterusnya berkata: "Secara prinsipnya, kebaikan daripada sifat-sifat baik tersebut kembali kepada pelakunya sendiri kerana Allah tidak memerlukan kebaikan daripada sesiapa pun"

2. Nasihat untu KitabNya.
- Beriman kepada kitab-kitabNya.
- Beramal mengikut petunjuk dan pengajarannya.
- Dimulia dan ditinggikan kehormatannya dengan memandang keutamaannya
daripada segala kitab lain.
- Yakin pedomannya adalah panduan hidup untuk selamanya di segala tempat dan zaman.
- Membaca ayatnya dengan cara yang betul.
- Memahami maksud ayatnya.
- Mencari rahsia dan memerhati hukumnya.
- Mendalami ilmu pengetahuan tentangnya.
- Berubah untuk menyesuaikan diri dan pengajarannya.

3. Nasihat untuk Rasul-Nya.
- Membenarkan kerasulannya.
- Mempercayai ajaran yang dibawanya.
- Mematuhi suruhan dan meninggalkan larangannya.
- Membnela agamanya.
- Memusuhi siapa yang melawannya.
- mencintai siapa yang mencintainya.
- Menghidupkan perjalanan dan sunnahnya pada diri dan dalam masyarakat.

4. Nasihat untuk para pemimpin Kaum Muslimin.
- Menolong dan menyokong mereka dalam perkara kebenaran dan keadilan.
- Patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan.
- Tegur mereka dengan cara sepontan.
- Mengingatkan mereka ketika mereka lalai daripada kewajipan.
- Jangan menghasut orang ramai untuk berpecah belah.

5. Nasihat untuk manusia umum.
- Memimpin mereka ke jalan yang benar.
- Mengawasi mereka daripada terjerumus ke jalan yang salah.
- Mengajar mereka.
- Belajar daripada mereka.
- Saling menolong antara mereka dalam perkara kebaikan.
- Saling menghormati.
- Saling mencintai.
- Bersama-sama menjaga kemaslahatan hidup dengan menjauhi sifat-sifat
yang membangkitkan fitnah dan permusuhan.
- memahamkan mereka bahawa setiap orang adalah anggota dalam masyarakat.

Rujukan : Buku Hadis 40 Imam Nawawi, Ust Zahazan Mohamad dan Ust Mohammad Zakaria
Posted by Insan Biasa at 2:51 PM 0 comments  

Hadith ke-6: Yang Halal dan Yang Haram.

11/2/11


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Huraian:
Hadis ini merupakan salah satu pokok syariat Islam. Abu Daud Al-Sijistani berkata "Islam bersumber pada empat hadis". Disebutkan antaranya adalah hadis ini. Para ulama telah bersepakat tentang keagungan dan banyaknya manfaat hadis ini.

Yang Hala dan Yang Haram.
Perkara yang halal dan haram dalam syariat adalah amat jelas.
Yang Halal: Tidak dilarang serta terang hukumnya.
  • Makan makanan dari biji-bijian, tumbuh-tumbuhan dan daging haiwan yang halal.
  • Minum air susu dan segala minuman yang tidak dilarang.
  • Memakai pakaian daripada benang dan bulu yang tidak dilarang.
  • Bekerja atau berusaha mencari kehidupan dengan jalan yang tidak dilarang.
Yang Haram : Dilarang serta terang hukumnya.
  • Makan bangkai, darah, daging, tulang, lemak dan sepertinya daripada haiwan yang dilarang.
  • Minum minuman yang memabukkan.
  • Mendedahkan aurat atau memakai sutera bagi lelaki atau memakai pakaian dari sumber yang haram.
  • Mencari rezeki daripada jalan yang haram seperti mencuri, merompak, menipu, riba, judi dan sebagainya.
Syubhah: bererti kesamaran. Hukum perkara yang syubhah tidak dapat dipastikan sama ada halal atau haram.

Sebahagian ulama membahagikan shubhah kepada tiga bahagian.
Pertama : Sesuatu yang sudah diketahui manusia haramnya tetapi orang itu masih lagi ragu-ragu akan keharamannya. Contohnya makan daging haiwan yang tidak diketahui cara penyembelihannya. Makan daging haiwan seperti ini menjadi haram kecuali telah terbukti penyembelihannya mengikut syariat.

Kedua: Sesuatu yang halal tetapi masih diragui kepastian halalnya. Seperti seorang lelaki yang mempunyai isteri tetapi masih ragu-ragu adakah dia telah menjatuhkan talak kepada isterinya itu atau belum. Atau adakah isterinya seorang perempuan hamba atau sudah merdeka. Halal semacam ini pada dasarnya adalah harus sehingga sudah jelas haramnya. dasarnya adalah hadis riwayat Abdullah bin Zaid yang ragu-ragu tentang hadas, padahal sebelumnya dia yakin telah bersuci.

Ketiga: Seseorang itu ragu-ragu sama ada sesuatu itu halal atau haram dan tidak ada apa-apa petunjuk yang menunjukkan perkara itu halal atau haram. Hal semacam ini lebih baik dijauhi sepertimana sabda Nabi SAW apabila menjumoai sebiji kurma yang telah jatuh di rumah baginda. lalu baginda bersabda " Kalau saya tidak takut kurma ini adalah barang zakat, sudah tentu saya memakannya". Adapun orang yang mengambil sikap terlalu berhati-hati yang berlebihan seperti tidak mahu menggunakan air bekas yang ternyata masih suci kerana khuatir telah terkena najis, atau tidak mahu solat di tempat yang terdapat bekas air kencing yang telah kering, atau mencuci pakaian yang masih bersih keran khuatir telah terkena najis dan sebagainya. Sikap seperti ini tidak perlu diikuti kerana berlebih-lebihan adalah tanda was-was. Was-was adalah hasil bisikan syaitan.

Kawasan Larangan:
Jika raja atau tuan tanah telah menetapkan kawasan larangan yang tidak boleh dimasuki oleh manusia lain, Allah SWT juga ada kawasan larangan yang tidak boleh dilalui manusia. Kawasan larangan tersebut adalah segala perbuatan maksiat dan tegahan sama ada yang berkaitan dengan diri mahupun yang berhubung dengan kehormatan dan harta benda seperti seperti pembunuhan, penzinaan, kecurian, penindasan, kezaliman dan bermacam keburukan lain.

Hati:
Hati adalah seketul daging dalam tubuh manusia yang menjadi pembentuk hidup seseorang, menggerak dan mengelokkan, mencederakan dan mengawal tingkah laku seseorang. Hati yang baik adalah hati yang sentiasa ingat kebesaran Allah. Malakukan yang halal, meninggalkan yang haram dan menjauhi yang syubhah, takut jatuh kepada yang haram. Hati yang risak adalah hati yang mudah dipengaruhu nafsu dan hasutan syaitan hingga mudah melakukan maksiat kepada Allah dan meninggalkan suruhanNya.
Posted by Insan Biasa at 10:40 PM 0 comments  

Hadith ke-5: Amalan Yang Tertolak

10/6/11



Ummul Mukminin, Ummu Abdillah, Aisyah r.anha berkata,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa mengada-adakan yang baru(bidaah) dalam urusan(agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak." (Riwayat al-Bukhari no. 2550, Muslim no.4586 dan Abu Daud no.4608)

Huraian dan Intisari Hadis.
Hadis ini merupakan salah satu pedoman penting dalam agama Islam dan kalimah pendek yang penuh pengertian yang dikurniakan kepada Nabi SAW.

Hadis ini dengan tegas menolak setiap perkara bidaah dalam setiap perkara(dalam urusan agama) yang direka dan diada-adakan. Sebahagian ahli usul fiqh menjadikan hadis ini sebagai dasar kaedah bahawa setiap yang dilarang dinyatakan sebagai hal yang merosakkan.

Islam adalah agama yang berdasarkan ittibak ( mengikut berdasarkan dalil) dan bukan ibtidak(mengada-adakan sesuatu tanpa dalil) dan Rasulullah SAW telah bersabda menjaganya daripada sikap yang berlebih-lebihan dan mengada-adakan.

Hadis ini patut dihafal,disebarluaskan dan dan digunakan sebagai bantahan kepada kaum yang ingkar, karana isinya mencakup semua hal. Adapun hal-hal yang tidak merupakan pokok agama sehingga tidak dilarang dalam sunnah, maka tidak tercakup dalam larangan ini, seperti menulis Al-Quran dalam mushaf walaupun Rasulullah SAW tidak pernah menulis Al-Quran.

Begitu juga membukukan pendapat para ahli fiqah yang bertaraf mujtahid yang menerangkan alasan masalah-masalah furuk daripada pokoknya, iaitu sabda Rasulullah SAW.

Demikian juga mengarang kitab-kitab nahu, ilmu kiraan faraad dan sebagainya yang semuanya bersandarkan Rasulullah SAW dan perintahnya. Kesemua usaha ini tidak termasuk dalam ancaman hadis tersebut. Malah sebahagian ulama mengistilahkan ianya sebagai bidaah hasanah.

Oleh itu tidaklah dilarang mengada-adakan apa-apa cara atau peraturan baru yang lebih sesuai dengan zaman kontemporari yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW selagi tidak ada keterangan daripada Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Posted by Insan Biasa at 10:50 PM 0 comments  

Hadith 4: Tahap Penciptaan Manusia, Ketentuan dan Kesudahannya

10/2/11



Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Huraian:
Kalimah 1:
kalimah "...yang jujur, benar lagi membenarkan" bermaksud Rasulullah SAW adalah seorang yang jujur dan benar. Apa yang diturunkan kepada Baginda adalah benar-benar wahyu Allah.
Sebahagian ulama berkata bahawa kalimah "Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibu" ialah pertemuan air mani(sperma) yang terpancar ke dalam rahim, lalu Allah pertemukan dengan telur dalam rahim tersebut selama 40 hari.
Diriwayatkan oleh ibnu Masud bahawa dia mentafsirkan kalimah di atas dengan menyatakan:
Nuthfah yang dipancarkan ke dalam rahim bila Allah mengkehendaki untuk menjadi seorang manusia, maka nutfah itu mengalir dalam seluruh pembuluh darah perempuan hingga sampai kepada kuku dan rambut kepalanya.

Kemudian tinggal selama 40 hari lalu berubah menjadi darah yang terletak didalam rahim. Itulah yang dimaksudkan dengan "..dikumpulkan penciptaan setiap kamu". Setelah 40 hari, nuthfah kemudia menjadi 'alaqah(segumpal darah).

Kalimah 2:
Kalimah "...kemudia diutuskan malaikat untuk diutuskan malaikat kepadanya" ialah malaikat yang mengurus rahim.

Kalimah 3:
Kalimah "...ada seorang antara kamu melakukan amalan syurga" menunjukkan orang tersebut melakukan amalan yang benar dan amalan itu benar-benar mendekatkan pelakunya ke syurga hingga jarak antara orang itu dengan syurga cuma sehasta.Malangnya telah berlaku takdir ke atas dirinya hingga dia melakukan perbuatan ahli neraka. Perhitungan semua amal baik bergantung pada apa yang telah kita lakukan. Akan tetapi apabila ternyata pada akhir tertutup dengan amal yang buruk, naka seperti yang dinyatakan seperti dalam hadis,
"Segala amal perhitungan bergantung pada amal terakhirnya"
maksudnya situasi ini terbatas untuk orang tertentu dan amalan tertentu sahaja.
Adapun hadis yang disebut oleh imam Muslim dalam kitabul iman daripada kitab sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Seseorang melakukan amalan ahli syurga pada pandangan manusia tapi sebenarnya dia ahli neraka"

Ini bermakna perbuatan yang dilakukan orang itu pada dasarnya tidak benar dan dilakukan untuk mendapat pujian dan untuk menjadi terkenal. Hadis tersebut menunjukkan bahawa yang perlu dilihat adalah niat si pelakunya dan bukan zahir perbuatannya. Orang yang selamat daripada rayak adalah semata-mata daripada kurniaan dan rahmat Allah.

Kalimah 4:
Kalimah '..Maka demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, ada seorang antara kamu yang melakukan amalan ahli syurga...lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga dia masuk ke dalamnya" adalah satu kejadian yang jarang-jarang berlaku dan ia bukanlah hal yang umum. Perkara ini adalah disebabkan kemurahan, keluasan dan rahmat Allah kepada manusia hingga apa sahaja perkara buruk yang terjadi kepada manusia menjadi baik. Amat jarang-jarang sekali orang yang baik berubah menjadi tidak baik. Segala puji dan kurniaan adalah milik Allah semata-mata.
Pendirian ahli sunnah wal jamaah tentang takdir Allah ialah "segala kejadian yang berlaku adalah ketentuan Allah dan takdirNya" sama ada dalam hal kebaikan dan keburukan atau dalam keadaan yang bermanfaat dan merbahaya.
firmah Allah:
"Dan Dia(allah) tidak diminta bertanggungjawab atas segala tindakan-Nyatetapi mereka yang diminta bertanggungjawab"
(Surah Al Anbia': ayat 23)

Kita tak dapat memastikan seseorang itu akan masuk syurga atau neraka berdasarkan amalannya didunia ini.
Kita juga tidak boleh berbangga dan terlalu yakin dengan amalan yang kita lakukan di dunia ini kerana kita tidak tahu apakah kesudahan kita kelak.

Rujukan : Buku Hadis 40 Imam Nawawi, Ust Zahazan Mohamad dan Ust Mohammad Zakaria
Posted by Insan Biasa at 9:03 PM 0 comments  

Hadis ke-3 : Rukun Islam yang Lima

9/11/11


"Islam didirikan atas lima perkara iaitu: Bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan ramadhan"
(Riwayat al-Bukhari Kitab Al-Imam no.8 Muslim al-Imam no.16)

Huraian
Islam Ibarat bangunan:
Rasulullah SAW menyamakan Islam umpama bangunan yang kukuh dan tegak di atas tiang-tiang yang mantap.

1. Kalimah Syahadah
Kalimah Syahadah tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya serta membenarkan kenabian Muhammad SAW merupakan hal yang paling asas berbanding rukun-rukun yang lain.

2. Dirikan Solat
Umat Islam dituntut memdirikan solat dengan sempurna dengan syarat dan rukunnya, adab-adabnya dan sunnah-sunnahnya agar dapat merasakan kemanisan buahnya dalam diri seorang Muslim.
3. Keluarkan zakat
Wajib mengeluarkan zakatdaripada harta orang kaya yang telah cukup nisab(kuantiti) dan haul(tempoh) lalu memberikannya kepada asnaf(yang layak menerima)

4. Tunaikan Haji
Wajib menunaikan Haji ke Mekkah bagi yang mampu.

5. Puasa.
Wajib berpuasa pada bulan ramadhan.

Sesiapa yang mengingkari salah satu daripada satu rukun ini, dia bukan dari kalangan seorang Muslim mengikut Ijtimak Ulama.

Sumber Huraian: Hadis 40 Imam Nawawi, Zahazan Mohamed, Muhammad Zakaria
Posted by Insan Biasa at 1:20 PM 0 comments  

Hadith ke-2 : Iman, Islam dan Ehsan

7/29/11


Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Pokok Perbincangan Hadis :
1) Kedudukan hadis ini - ibu kepada hadis-hadis lain.
mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya.
2) Islam - terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/ badani wa maali.
3) Iman - asal iman/ iman dan islam/ qaul - amal juga sebahagian dari iman.
hadis Imatotul atza - tolak pendapat Al Murji’ah. iman kepada qadho’ dan qadar………..
4) Membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk…cth. Ilmu Allah…
5) Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat..
6) Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin) : rupa asal - 2 kali
- tahun ketiga dilantik menjadi rasul - di langit
- semasa isra’ dan mi’raj - mempunyai enam ratus sayap.

Pengajaran hadis:
Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.
Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam. Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah. Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.
llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.
Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.
Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.
Posted by Insan Biasa at 9:50 PM 0 comments  

Hadith 1 : Niat....

5/9/11


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : hadis nombor 1908.

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais

2) Kenapa niat penting :
- untuk bezakan ibadat dengan adat.
- untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.

3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah :
tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat. haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).

4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:
- Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah
panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki)
- Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.
- Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/ tidak melampau/ menepati
syariat.
- Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri -
sprt - tak makan - berdosa.

Antara Pengajaran Hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.
Posted by Insan Biasa at 9:54 PM 0 comments  

40 Hadith Imam Nawawi.....The Next

4/7/11


Satu lagi perkongsian yang akan dimuatkan dalam blog ini. Mudah untuk didapati di mana-mana, tapi saya tetap mahu berkongsi. Sebagai satu penegasan untuk diri terus membaca. Mungkin rakan-rakan telah membacanya, bukan setakat membaca, amalkanlah. Inilah teras pengetahuan aqidah yang mantap dan unggul disusun oleh seorang yang hebat ilmunya. Sesiapa yang mengamalkannya bermakna sudah mengamalkan Islam hampir seluruhnya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada penulisnya. Semoga Allah memberi kefahaman kepada semua yang mahu cuba memahami dan mengamalkannya. InsyaAllah.
Posted by Insan Biasa at 10:58 PM 0 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png