"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Kita sibuk setiap hari berfikir bagaimana untuk menambah harta. Kita sibuk setiap hari berfikir bagaimana untuk naik pangkat lebih cepat. Kita sibuk setiap hari berfikir bagaimana untuk menambat hati orang yang kita sayang. Kita akan berasa sedih dan teramat kecewa lagi marah jika apa yang telah kita rancang dan angan-angankan tidak menjadi dan gagal. Adakalanya kita akan menuding jari e arah orang lain atas kegagalan kita. Kita sangka kita telah melakukan yang terbaik dan layak untuk mendapat apa yang kita idam-idamkan. Maka orang lain akan dianggap penghalang dan ada yang sanggup buat apa sahaja untuk menghilangkan penghalang ini.
Kita selalu lupa untuk melihat apa yang telah kita ada. Kita rasakan apa yang ada di sekeliling kita sentiasa akan kekal menyebabkan kita kurang menghargainya. Kita biarkan apa yang telah ada tanpa cuba untuk memperbaikinya dan menunjukkan penghargaan bahawa kewujudannya di sekitar kita adalah satu rahmat. Akhirnya apabila kita kehilangannya kita akan merasakan jasa dan kekurangan dalam diri kita dan mula berfikir tentang apa yang telah kita lakukan selama dia bersama kita.
Kita selalu berkata ‘ini milikku’ dan menganggap sesuatu barang yang kita beli kepunyaan kita. Adakalanya kita hanya menggunakannya untuk kita sahaja tanpa mahu berkongsi dengan yang lain. Kerana kita menyangka itulah hak kita, maka kita berhak untuk kongsikannya atau gunakannya seorang diri. Ada benarnya dan ada yang tidak benarnya. Kita tidak akan sedar apa sahaja yang ada dalam genggaman kita sekalipun lama kelamaan kita akan penat menggenggamnya lalu kita lepaskan tanpa sedar. Ketika mana apa yang ada di hadapan kita hilang, kita sedikit pun tidak mampu untuk mendapatkannya. Ketika mana apa yang ada di hadapan kita meninggalkan kita, kita takkan mampu untuk menghalangnya pergi dan ia akan tetap pergi. Itulah hakikat semua yang ada pada kita. Maka adakah kita layak berkata ‘ini milikku’?
Orang bijak pandai ada berpesan “Harta letaknya di jantung hati, bukan di tangan”. Pesanan ini untuk mengajarkita jika sesuatu hanya di tangan, kita akan faham satu hari nanti kita perlu melepaskannya kerana kudrat kita takkan mampu memegang apa sahaja selamanya. Maka kita akan mampu menerimanya jika ia meninggalkan kita kelak. Jika kita letakkan sesuatu di jantung hati, kita tidak akan sanggup kehilangannya dan akhirnya akan memberi kesan pada diri jika berlaku kehilangan. Jika kita mencintai seseorang, kita akan menyangka dia adalah milik kita dan diri kita adalah miliknya. Sedangkan kita tahu suatu hari nanti dia akan meninggalkan kita atau kita perlu meninggalkan dia. Maka kehilangan orang tersayang tentunya akan memberi kesan yang besar dalam hidup.
Sifat ingin memiliki dan dimiliki adalah lumrah bagi manusia. Namun kita harus sedar apa sahaja yang kita miliki adalah amanah yang perlu dipelihara dan bersedia kehilangannya suatu masa kelak. Maka kita selalu meletakkan Allah SWT sebagai penghubung segala yang kita miliki. Kerana apa yang kita ada sekarang adalah dariNya dan suatu hari nanti pasti Dia akan mengambilnya tanpa kita punya kuasa untuk menahan. Tanpa kita sedari dan tanpa kita sempat untuk menghargai.
"anak adam(manusia) itu berkata 'hartaku-hartaku'. padahal apa yang sebenarnya menjadi harta milik kamu itu, kecuali apa yang telah engkau makan lalu engkau habiskan dan yang telah engkau gunakan sebagai pakaian lalu engkau rosakkan serta yang telah engkau sedekahkan lalu engkau sempurnakan"-riwayat muslim.
Dari Abu Muhammad, Al Hasan bin ‘Ali bin Abu Thalib, cucu Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kesayangan beliau radhiallahu 'anhuma telah berkata : “Aku telah menghafal (sabda) dari Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu, bergantilah kepada apa yang tidak meragukan kamu “. (HR. Tirmidzi no 2518 dan berkata Tirmidzi : Ini adalah Hadits Hasan Shahih, an-Nasai no.5711,8/327-328, Ibn Hibban dan al Hakim)
Huraian Hadis:
Kalimat “yang meragukan kamu” maksudnya tinggalkanlah sesuatu yang menjadikan kamu ragu-ragu dan bergantilah kepada hal yang tidak meragukan. Hadits ini kembali kepada pengertian Hadits keenam, yaitu sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya banyak perkara syubhat”.
Meninggalkan yang syubahah akan membawa seseorang itu kepada sifat warak. Ia merupakan manfaat umum untuk menjaga diri daripada was-was syaitan.
Timba Bukan Milikku
Ibrahim Adham pernah ditanya,"Kenapa tuan tidak minum air zamzam?"Lalu dia menjawab,"Jika sekiranya aku mempunyai timba, nescaya aku minum, sedangkan timba yang ada adalah timba kerajaan adalah syubahah.
Apabila bertembung yang syak dan yang yakin, kita hendaklah mendahulukan yang yakin dan meninggalkan yang syak. Misalnya seseorang telah mengambil wudhu dengan yakin kemudian timbul syak, adakah wudhunya dikira terbatal? Maka dia dikira orang yang berwudhu.
Orang yang terlibat dengan yang haram tetapi hendak menghentikan yang syubhah terlebih dahulu adalah tidak betul. Tinggalkanlah yang haram dahulu.
Ibn Umar telah berkata kepada penduduk Iraq yang bertanya kepadanya tentang hukum najis darah nyamuk:"Mereka bertanya kepadaku tentang darah nyamuk sedangkan mereka telah membunuh Saidina Hussain. Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud 'kedua-duanya adalah penawar bagiku'
Pengajaran:
1. Meninggalkan perkara syubhah dan mengambil yang halal akan melahirkan sifat warak.
2. Keluar daripada ikhtilaf ulama lebih utama kerana hal tersebut lebih terhindar daripada perbuatan syubhah khususnya jika antara pendapat mereka tidak ada yang dapat dikuatkan.
3. Jika keraguan bertentanga dengan keyakinan, maka ambillah keyakinan.
4. Sesuatu perkara haruslah jelas berdasarkan keyakinan dan ketenangan. Tidak ada harganya keraguan dan kebimbangan.
5. Berhati-hati terhadap sikap meremehkan masalah agama dan ibadah.
6. Siapa yang berjinak-jinak dengan perkara yang syubhah, dia akan berani melakukan perkara yang haram.
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan Allah memerintahkan kepada orang mukmin sebagaimana Dia memerintahkan kepada para Rasul. Allah SWT berfirman 'Hai para Rasul, makanlah segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amal soleh'(Surahal-Mukminun 23:51). Dia juga berfirman:'Hai orang yang beriman, makanlah apa-apa yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kepadamu.'(Surah al-Baqarah 2:172). Kemudian Rasulullah SAW menceritakan perihal seseorang yang menempuh perjalanan yang jauh, rambutnya kusut masai dan penuh debu. Dia menadah kedua-dua tangannya ke langit dan berdoa'Wahai Tuhan! Wahai Tuhan!', sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan perutnya dikenyangkan dengan makanan haram, maka bagaimana akan diterima permohonannya(doanya)?" (Riwayat Ahmad no.8348, Muslim no.1015 dan at-Tirmizi no.2922)
Huraian Hadis: Kata "Thayyib" (baik) dalam hadis ini adalah berkenaan dengan sifat Allah maksudnya "bebas daripada segala kekurangan dan celaan)
Hadis ini merupaka salah satu dasar dan landasan pembinaan hukum Islam. Hadis ini berisi unjuran membelanjakan sebahagian daripada harta yang halal dan melarang membelanjakan harta yang haram. Makanan, minuman, pakaian dan sebagainya hendaklah diperoleh dari sumber-sumber yang halal tanpa bercampur baur dengan yang shubhah.
Orang yang ingin memohon doa kepada Allah hendaklah memperhatikan syarat-syarat yang tersebut dalam hadis ini. Hadis ini juga menyatakan seseorang yang membelanjakan hartanya dalam kebaikan bererti dia telah membersihkan dan menyuburkan hartanya. Makanan yang enak tetapi tidak halal menjadi mala petaka bagi mereka yang memakannya dan Allah tidak akan menerima amal kebajikannya.
Pengajaran: 1. Allah tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. Maksudnya sesiapa yang bersedekah dari sumber yang haram tidak akan diterima. 2. Sesuatu yang disebut baik adalah apa yang dinilai baik di sisi Allah. 3. Berlarut-larut dalam perbuatn haram akan menghalang seseorang dari termakbul doanya. 4. Orang yang melakukan maksiat tidak termasuk dalam golongan yang termakbul doanya kecuali mereka yang Allah kehendaki. 5. Makanan yang haram merosakkan amal kebajikan dan menjadi penghalang penerimaan amal kebajikan. 6. Dianjurkan berinfak dengan sesuatu yang halal dan dilarang berinfak dari sesuatu yang haram. 7. Seseorang akan diberi ganjaran jika memakan sesuatu yang baik dengan maksud agar dirinya diberi kekuatan untuk taat kepada Allah SWT. 8. Sebahagian daripada sebab dimakbulkan doa adalah: a) Sedang bermusafir b) Hati yang sedang mengharap c) Kondisi yang bersahaja dalam berdoa. d) Mengangkat kedua-dua tanga ke langit. e) Merayu dalam berdoa f) Keinginan yang kuat dalam permintaan. g) Memakan makanan dan minuman yang halal. h) Memakai pakaian yang halal.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Abdul Rahman bin Shakhr r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa yang saya larang kamu lakukan maka jauhilah, dan apa yang saya perintahkan kamu lakukan. Maka kerjakanlah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyak pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka(tidak mahu taat dan patuh) (Riwayat Al-Bukhari, no. 6777 dan Muslim no 1337
Huraian Hadith: Hadis ini terdapat dalam kitab Muslim daripada Abu Hurairah r.a dia berkata:"Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami, sabda baginda yang bermaksud:'Wahai manusia, Allah telah mewajibkan kepadamu haji, kerana itu berhajilah. 'Al-Aqra' bin Habis r.a bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah setiap tahun?' Baginda diam, sampai Al-Aqra' bertanya 3 kali, lalu Nabi SAW menjawab:'Kalau aku katakan ya, nescaya menjadi wajib sedangkan kamu tidak akan sanggup melakukannya.'
Kemudian baginda bersabda: 'Biarlah aku dengan apa yang aku diamkan, kerana kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana banyak bertanya dan membangkang nabi-nabi mereka. Maka jika aku perintahkan melakukan sesuatu, kerjakanlah menurut kemampuanmu, jika aku melarang kamu melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah.'
Para ahli usul fiqh mempersoalkan mempersoalkan perintah dalam agama, apakah perintah itu harus dilakukan berulang-ulang atau tidak?
Sebahagian besar ahli usul fiqh dan ilmu kalam menyatakan tidak wajib berulang-ulang. Akan tetapi, yang lain menyatakan setuju atau menolak, tetapi menunggu penjelasan selanjutnya.
Hadis ini dijadikan dalil bagi mereka yang bersikap menanti, kerana sahabat tersebut bertanya:"Adakah setiap tahun?" Sekiranya perintah itu dengan sendirinya mengharuskan pelaksanaan berulang-ulang atau tidak, tentu nabi SAW tidak menjawab dengan kata-kata "kalau aku katakan 'Ya nescaya menjadi wajib dan kamu tidak akan sanggup melakukannya." Bahkan tidak ada gunanya hal tersebut ditanyakan.
Akan tetapi perintah itu mengandungi pengertian tidak perlu dilaksanakan berulang-ulang. Kaum muslimin sepakat bahawa menurut syariat, haji itu hanya wajib dilakukan sekali seumur hidup.
Pengajaran: Jangan membanyakkan pertanyaan atau soalan tentang perkara yang belum pernah terjadi, sukar difahami dan yang menimbulkan masalah yang menyulitkan dan menyempitkan hukum agama.
Sesuatu yang didiamkan itu merupakan rahmat bagi kamu, maka janganlah bertanyakan lagi seperti firman Allah "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang jika dijelaskan kepada kamu akan menyusahkan kamu"(Surah Al-Maidah:ayat 101)
Rujukan: Hadis 40 Imam Nawawi terbitan Telaga Biru
Dalam dunia teknologi maklumat hari ini, internet sedah sebati dalam hidup kita, hampir semua peringkat umur menikmati kemudahan ini hampir di setiap tempat dan hampir di setiap masa. Jika ada yang tidak tahu menggunakan internet akan dianggap ketinggalan zaman dan banyak perkara yang tidak bolah dilakukan akibat tidak cukup maklumat. Maka tidak hairan jika kemudahan internet ini sudah dikuasai oleh seorang kanak-kanak sekolah rendah malah juga kepada kanak-kanak yang belum bersekolah.
Namun pendedahan kepada kanak-kanak nampaknya tidak selari dengan pemantauan oleh penjaga mereka. Kanak-kanak yang biasa menggunakan internet mudah terdedah dengan pelbagai jenis maklumat , tidak terkecuali maklumat yang buruk. Tap pemantauan ibu bapa atau keprihatinan penjaga tentang apa yang dilayari oleh anak-anak mereka di internet dirasakan tidak selari dengan kebebasan yang diberikan. Benar kita perlu percaya kepada anak-anak, tetapi ibu bapa tidak sepatutnya memberikan kepercayaan seratus peratus tentang apa yang dilakukan oleh anak-anak di internet terutama mereka yang di bawah umur. Hal ini kerana kanak-kanak masih kurang arif menillai pelbagai takrif keburukan yang berada di dunia maya yang terlalu luas buat meraka.
Saya ingin melahirkan rasa bimbang tentang penggunaan laman sosial yang menjadi kegilaan anak muda masa kini, tidak terkecuali kanak-kanak sekolah. Malah kanak-kanak sekolah rendah juga sudah pandai membuat ‘akaun’ di laman social ‘facebook’ untuk berinteraksi dengan kawan-kawan mereka. Pada hemat saya, apa yang terdapat di internet adalah terlalu luas untuk dilayari oleh kanak-kanak. Mereka masih mentah untuk menghadkan kemahuan yang yang terlalu mudah diperoleh di internet.
Jika dilihat dari status-status yang kanak-kanak ini tulis kadangkala mengundang rasa sedih dan kecewa kerana status itu tidak patut ditulis oleh seorang kanak-kanak. Malah mungkin juga boleh mengundang rasa marah sesetengah pihak. Kanak-kanak sekolah yang selalu mengikut perasaan akibat marah kepada mana-mana individu seperti rakan-rakan, guru malah ibu bapa seringkali menggunakan medan laman sosial facebook untuk melepaskan kemarahan mereka dengan luahan hati yang bersifat benci, dendam malah ada yang berbentuk ugutan. Hal ini bukanlah sesuatu yang dilihat ‘sihat’ dan layak dilakukan oleh seorang kanak-kanak. Saya juga kurang selesa melihat status cinta yang selalu dikongsi oleh kanak-kanak sekolah bersama-rakan-rakan mereka. Mereka begitu bangga mewar-warkan makwe atau pakwe masing-masing. Malah ada yang meletakkan gambar bersama couple. Bukankah ini tidak manis dilihat dan perlu dihentikan. Malah bagi yang beragama Islam pasti lebih faham tentang budaya ‘tidak sihat’ ini.
Pastikan kebebasan yang diberi selari dengan pemantauan terhadap anak-anak.
Justeru itu bagi ibu bapa, jika mahu membiarkan anak-anak anda terlibat dengan mana-mana laman sosial, pastikanlah apa yang mereka post pada status mereka adalah sesuatu yang sesuai dengan umur mereka. Pastikanlah juga gambar-gambar yang mereka upload adalah gambar yang sesuai dengan akhlak mereka sebagai seorang anak yang anda dambakan. Janganlah biarkan mereka melakukan apa yang mreka suka lakukan kerana dikhiatiri anak-anak cenderung melakukan sesuatu yang di luar batasan kanak-kanak dan mereka tidak tahu itu tidak baik untuk mereka. Ibu bapalah yang perlu membimbing dan memberitahu mereka apa yang patut dan apa yang tidak patut mereka lakukan. Dikhiatiri merekamungkin membuatkan merekamenyesal dan merosakkan masa depan kelak.
Saya tidak menyalahkan semua kanak-kanak. Mungkin sebahagian sahaja yang berkelakuan seperti yang saya nyatakan di atas. Masih ramai kanak-kanak sekolah yang tetap taat dan patuh kepada arahan dan nasihat ibu bapa mereka. Namun kepada ibu bapa atau penjaga, tidak cukup dengan hanya menasihati dan mengingatkan mereka. Kanak-kanak patut dipantau sentiasa dan jika tidak mampu memantau mereka. Teruslah halang mereka menggunakan kemudahan ini hingga sampai masa yang sesuai.
Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Tahrim 66:6)
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud (11)Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis: “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah” (12)Allah berfirman: “Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka ke luarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina” (13).”
(QS.Al-A’raf: 11-13).
Salah satu penyakit jantung hati adalah yang selalu bersarang di jantung hati manusia tapi tak selalu kita sedar kehadirannya adalah perasaan lebih baik dari orang lain. Rasa sombong. Merasakan diri lebih baik dari orang lain akan mengundang keburukan pada diri sendiri. Saat itulah dia akan menjadikan dirinya hina di mata orang lain dan mengundang perasaan tidak enak di kalangan orang sekitarnya. ‘Aku lebih baik dari dia’ akan mewujudkan rasa marah dan geram pada pendengar. Seterusnya mungkin akan mencipta musuh yang tidak disedari.
Kisah kesombongan iblis yang mengakibatkannya tersingkir dari syurga dan menjadi penyebab dendam iblis untuk menyesatkan manusia sudah kita maklum. Namun kita mungkin tak mengambil ibrah daripada kisah ini untuk dijadikan panduan dalam hidup seharian tentang betapa bahayanya rasa ‘aku lebih baik dari dia’. Iblis berasa tidak layak untuk sujud kepada Adam kerana kesombongan dalam dirinya yang diperbuat daripadan api sedangkan adam hanya dijadikan dari tanah hitam. Kesombongan ini mengatasi kepatuhannya kepada perintah Allah dan yang mempunyai kuasa mutlak atas makhlukNya tanpa perlu dipersoal perintahNya. Kelebihan yang iblis rasakan dalam dirinya akhirnya menjadikannya makhluk yang pertama ingkar kepada penciptanya seterusnya menjadikan dirinya hina.
Akibat perasaan sombong sungguh besar kesannya. Kemurkaan Allah kepada iblis menjadi permulaan kisah sengketa antara manusia dan iblis. Hanya Allah SWT yang mengetahui hikmah kejadian ini. Namun sebagai manusia kita wajar menggunakan anugerah akal ini untuk berfikir sedalamnya dan mencari hikmahnya. Kerana hikmah adalah sesuatu yang hilang dari orang mukmin. Dalam hidup ini, individu, masyarakat, pendakwah dan kumpulan politik perlu sedar akibat kesombongan akan menjadikan manusia hidup dalam sengketa, dipandang hina dan hilang kehormatan diri.
Dalam bidang pekerjaan, persaingan adalah sesuatu yang biasa. Untuk naik ke jawatan yang lebih tinggi, pekerja akan bersaing dan menjadikan dirinya kelihatan lebih baik dari yang lain di hadapan majikan. Hal ini juga adalah sesuatu yang biasa. Namun dalam kita mencuba untuk menjadi sesuatu yang terbaik, ada batas-batas yang perlu diambil kira. Rasa sombong akan mewujudkan sifat dendam jika apa yang dihajati tidak diperoleh. Jika kita berasa layak untuk sesuatu jawatan, namun atas sebab yang tidak diketahui ada orang lain yang mendapat jawatan tersebut. Tentulah kita akan berasa kecewa. Lebih mengecewakan apabila orang lain yang dipilih itu kita rasakan tidak layak kerana berasa ‘aku lebih baik darinya’.
Dalam bidang dakwah pula, penulis mendapati terdapat banyak kumpulan yang menggunakan mentod dan pendekatan dakwah yang berbeza, dan pendekatan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Namun malangnya, perasaan ‘aku lebih baik darinya’ menjadikan sesuatu kumpulan itu sombong dan selalu membantah metod kumpulan lain. Lebih malang lagi ada yang taksub dengan murabbi masing-masing hingga enggan menerima nasihat dan selalu mengatakan ‘guru aku lebih baik dari kau’. Kita perlu faham walau sehebat mana pun seorang ‘syikh’ atau ‘tok guru’ itu, beliau tetap seorang manusia yang punya kelemahan dan mungkin boleh melakukan kesilapan.
Merendah dirilah dan terimalah kelemahan diri.
Apabila kita merasakan diri lebih baik dari yang lain, itulah saat kejatuhan kita. Kata orang bijak pandai, ‘jika kamu merasakan dirimu sudah pandai dari yang lain, itulah saat kebodohanmu’. Jadi sebanyak mana pun kita telah belajar, kita perlun sedar masih banyak yang perlu kita ketahui, sehebat mana pun kita dalam sesuatu bidang, kita perlu akui masih ramai yang lebih baik dari kita. Perasaan ini akan melenyapkan perasaan sombong dalam jantung hati dan menjadikan kita mahu lebih berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Benar, kita dituntut berusaha mengatasi kelemahan diri. Namun sebagai manusia yang bersifat lemah, apabila satu kelemahan sudah berjaya diatasi, sedarlah masih terlalu banyak kelemahan yang masih bersarang dalam diri. Kelemahan ini adalah satu tanda kesempurnaan ciptaan Allah yang menjadi tanda kita adalah manusia.
Jika kita berasa lebih baik dari yang lain, kita akan sukar untuk menerima nasihat dari orang yang kurang baik pada pandangan kita. Mungkin orang yang kurang baik pada pandangan kita itu lebih taqwanya pada pandangan Allah. Saidina Umar pernah memanggil seorang budak kecil guru kerana budak itu mengajar beliau sesuatu di luar pengetahuannya. Malah ramai pembesar-pembesar Islam terdahulu memohon golongan rakyat dan para ilmuan lain yang terlihat kesalahan dalam pentadbiran mereka untuk menegur mereka sebagai penampan dalam pentadbiran. Jadi tidak ada ruginya seseorang pemimpin berlapang dada menerima teguran yang benar dari orang bawahan. Hal ini malahan akan menjadikan seseorang pemimpin lebih dihormati oleh rakyatnya.
Kumpulan-kumpulan dakwah juga perlu berlapang dada menerima pendekatan pendakwah yang tidak sealiran dengan mereka. Dalam aspek metodologi dakwah pastinya banyak yang boleh diterima, sekalipun metod itu dilihat kurang berkesan, asalkan ia sesuatu yang baik dan tidak memesongkan aqidah, kita perlu berlapang dada menerimanya.Tidak perlu wujud perkataan ‘cara aku lebih berkesan’ Tentunya pendekatan dakwah Rasulullah SAW yang paling berkesan. Namun atas dasar waqi’ dan budaya sesuatu kawasan, pastinya akan terdapat perbezaan cara dan gaya. Rasulullah SAW juga pernah menjawab jawapan yang berbeza untuk satu soalan yang sama. Ini kerana Rasulullah menjawabnya mengikut individu yang bertanya. Mungkin lain orangnya, lain cara jawapannya. Lain tempatnya, lain pendekatannya. Lain padang, lain belalang.
Sombong adalah perasaan yang menyebabkan tersingkirnya iblis dari syurga. Justeru jika kita masih punya rasa sombong dalam diri, layakkah kita ke syurga? Perasaan sombong wujud dalam jantung hati tanpa kita sedari. Tetapi jika kita sudah menyedarinya, segeralah berbuat sesuatu agar ia tidak menjadi tabiat yang susah untuk dibuang. Merendah diri adalah kunci untuk menyingkirkan perasaan ini. Rasa rendah diri yang sederhana tidak akan menjadikan kita bersifat pesimis, malah akan menjadikan diri lebih berusaha untuk terus cemerlang di dunia, sejahtera di akhirat.
"Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau tiada dapat menembus bumi dan takkan sampai engkau setinggi gunung…." Al-Isra' a: 37.
Dalam hidup ni, kita akan melalui fasa tertentu, fasa bayi, budak, remaja, dewasa dan orang tua. Dalam semua fasa ini menuntut perubahan. Sama ada kita berubah mengikut persekitaran atau kerana kemahuan yang lebih baik. Atau buruk. Orang bijak pandai ada menyebut “Manusia yang berjaya adalah manusia yang memaksa dirinya berubah, bukan yang terpaksa berubah apabila terpaksa”.
Aku kagum apabila melihat orang sekitarku yang mampu berubah. Tentunya kepada perubahan yang lebih baik. Aku dapat melihat bagaimana gigihnya mereka mencuba dan aku dapat melihat bagaimana Allah membantu mereka. Aku selalu melihat mereka sebagai ‘self reflect’ untuk diriku. Bagiku perubahan sungguh sukar. Aku tidak pasti sama ada aku takut untuk berubah atau aku tak punya kegigihan. Namun yang pasti sehingga hari ini aku rasakan perubahan diriku amat sedikit. Malah mungkin masih di takuk lama. Malah mungkin berubah kepada yang lebih buruk. Jika aku selalu fikirkan ini. Aku rasa amat sedih.
“Dari yang kurang baik kepada yang lebih baik” itu lebih baik dari “baik” tanpa peningkatan.
Aku bertuah dilahirkan dalam keluarga yang hebat. Bagiku hebat. Ayahku mengajar agama, ibuku suri rumah sepenuh masa. Semasa kecil mak selalu pesan kepadaku “muaz jangan buat jahat ye..kamu anak ustaz”. Aku selalu ingat itu. Abah pula selalu membawaku ke masjid, kadang-kala aku dipaksa ikut sebab aku sendiri kadang kala malas.
Aku juga bertuah di sekolah rendah aku dikelilingi orang yang hebat. Cikgu selalu puji aku kerana aku bijak baca doa. Selalu dapat markah tinggi terutama dalam subjek pendidikan Islam dan jawi. Di sekolah menengah juga aku bersahabat dengan ‘budak surau’ yang menjadikan aku juga seperti mereka. Di matrikulasi, di universiti. Aku juga berkawan dengan orang yang baik dan banyak membantuku menjadi ‘manusia’. Setelah aku bekerja, aku juga dikelilingi orang baik. Pendakwah, ustaz, dan mereka yang selalu menegurku.
Jika aku melihat kembali kehidupanku, antara kurniaan Allah yang sungguh aku tak mampu untuk syukuri adalah persekitaran yang hebat. Subhanallah. Aku berfikir jika aku diberi persekitaran yang teruk seperti latar belakang mereka yang bermasalah. Mungkinkah akujadi seperti aku. Jika aku menjadi manusia jahat, mampukah aku berubah menjadi lebih baik? Jika bukan kerana belas kasihan Allah, mungkinkah aku di sini?
Di mana-mana sahaja aku berada, hanya dengan kenal namaku, mereka sangka aku ‘baik’. Ya itu aku hargai. Tapi aku sedih kerana aku tahu aku bukan seperti sangkaan mereka. Jika bukan kerana Allah yang menutup aibku, tentulah mereka tidak memandangku begitu. Kerana itu aku selalu cuba untuk jadi lebih baik. Namun aku selalu gagal untuk berubah. Kerana itu juga aku kagum melihat orang sekitarku berubah. Ya, kehidupan mereka sebelum ini kulihat teruk. Tapi sampai satu masa meraka tekad untuk berubah dan mereka mampu melakukannya.
Aku sememangnya begini, sejak dulu aku dididik begini, dan aku masih tidak berubah. Masih lagi dengan apa yang aku ada sejak aku di bangku sekolah. Mereka melihat itu dan mereka sangka bagus dan baik. Hakikat yang aku lalui tidak seperti aku. Masih di takuk yang lama. Aku tidak membuat sebarang peningkatan. Tapi orang lain mampu lakukan. Kenapa aku tidak?
Dahulu aku selalu sangka Allah akan menuntun setiap gerak-geriku. Dengan itu setiap langkahku adalah dalam kemahuan Allah. Tapi aku salah, akulah yang memilih untuk bergerak. Allah Cuma memberikanku pilihan dan melihat sama ada mampukah aku memilih. Ternyata aku banyak salah. Perjalanan hidup ini memberi pelajaran besar bagaimana Allah mahu kita berubah mengikut keinginan kita, mengikut keikhlasan yang ada dalam jiwa kita. Kemudian barulah disertai dengan pertolongan Allah. Aku hanya dapat melihat itu dalam hidup orang lain. Aku masih belum nampak itu dlam hidupku. Tapi aku akan sentiasa mencuba. Seiring perjalanan waktu yang akan mengajarku. Aku harap aku masih sempat. Selagi hayatku terus meningkat. Selagi umurku terus bertambah.
Kekeliruan ini memang berlaku pada kita dan kita tidak selalu mengendahkannya. Hal ini kerana kita berpendapat ia tidak penting dan tidak akan mempengaruhi kehidupan kita. Benar. Tak penting. Hanya masalah istilah dan pemahaman. Namun kepentingan itu adalah sesuatu yang subjektif. Mungkin sedikit informasi ini akan mengubah tanggapan salah yang selalu digunakan oleh kita terutamanya yang selalu menggunakan bahasa melayu. Supaya jelas dengan maksud jantung yang dinyatakan dalam Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
Sebenarnya apakah qalbi yang dimaksudkan oleh Rasulullah ini adalah hati. Hati yang kita bayangkan adalah seperti berikut:
(Gambar Hati)
Atau seperti berikut:
(Gambar Jantung)
Terjemahan bahasa melayu hadis seperti di atas adalah yang biasa kita baca dalam mana-mana buku agama dan majalah yang menjelaskan perihal seketul daging ini. Terjemahan ini adalah salah dari segi bahasa kerana jika diterjemah sebetulnya dari bahasa arab, qalbi bererti jantung sedangkan hati dalam bahasa arab dipanggil kabid.
Kekeliruan ini berlaku kerana penggunaan bahasa yang salah. Akhirnya menjadi budaya dan kesalahan itu dibiarkan hingga berlaku salah faham. Dalam bahasa inggeris, ‘heart’ bermaksud jantung. Ayat ‘you are always in my heart’ jika di terjemahkan dalam ertikata sebenar sepatutnya menjadi ‘kau sentiasa berada dalam jantungku’. Tapi kita tetap menterjemahkannya menjadi ‘kau sentiasa berada dalam hatiku’. Bukankah ini salah? Atau patutkah kita menterjemahkannya dalam bahasa inggeris menjadi ‘you are always in my liver’. Ini akan menjadi lucu, tetapi itulah kebenarannya.
Saya masih ingat filem ‘Heart’ dari Indonesia. ‘Heart’ yang dimaksudkan dalam file mini adalah hati, bukan jantung kerana umum mengetahui ‘heart’ itu adalah hati. Jika umum mengetahui ‘heart’ itu adalah jantung, pasti tajuk filem itu akan ditukarkepada ‘Liver’. Kerana heroinnya mengalami penyakit yang menyebabkan hatinya rosak. Tetapi pelik juga kerana jika disebut ‘heart desease’ atau ‘heart attack’, kita akan merujuk kepada penyakit jantung. Tidak pula penyakit hati. Mungkin kerana kekeliruan ini ada yang menggabungkan jantung dan hati agar tidak terlalu besar kesilapannya seperti perkataan ‘jantung hatiku’.
Maka jelaslah organ ‘seketul daging’ yang di maksudkan oleh hadis di atas bukanlah hati yang dipanggil ‘liver’ dalam bahasa inggeris, tetapi jantung yang dipanggil ‘heart’ dalam bahasa inggerisnya. Jantung adalah organ terpenting dalam tubuh. Umum mengetahui fungsinya mengepam darah ke seluruh inci pelusuk tubuh hingga ke sekecil-kecil sel. Tanpa jantung, pastilah ada sel yang akan mati seterusnya menjejaskan fungsi sesebuah organ.
Malah jantung lebih layak dipanggil ‘seketul daging’, kerana jantung terdiri daripada otot-otot dengan ketebalan tertentu. Sedangkan hati adalah gumpalan darah(benarkah gumpalan darah?) bukannya daging. Tidak dinafikan kepentingan hati yang berfungsi menapis toksin dalam darah, namun hati adalah tempat berkumpulnya kekotoran darah(toksin). Bukankah ini sungguh ironi jika kita mengatakan ‘hati yang bersih’, namun hakikatnya dalam semua badan manusia, hati tempat berkumpulnya benda kotor.
‘Seketul daging’ yang dipanggil jantung ini berfungsi mengikut perasaan manusia, degupan jantung akan laju jika kita cemas, akan perlahan ketika kita sedih. Kita akan berasa sesak nafas jika ditimpa musibah yang berat dan meresahkan. Dada kita akan berasa sempit ketika kita berada dalam kekecewaan. Maka tidak dinafikan, pada jantunglah terletaknya perasaan.
Jantung yang sihat akan melahirkan badan yang sihat. Jantung yang sihat akan mengepam darah ke seluruh badan secara optimum yang membolehkan badan. Berfungsi dengan baik dan bersemangat. Sebaliknya jantung yang selalu sakit tidak mampu mengepan darah sengan baik dan mengakibatkan badan dan organ lain terjejas lalu mewujudkan banyak lagi penyakit dan fenomena kegagalan organ.
Kita juga sering menganggap hati seperti bentuk di atas. Mengapa ya?
Manusia ni selalu ingat dirinya hebat. Baru ada sedikit kelebihan berbanding orang lain sudah rasakan dirinya istimewa. Apabila dirinya mampu buat sesuatu yang orang lain tak mampu buat, dia kagum dengan dirinya. Ujub. Itulah perkataan yang sesuai. Allah uji kita dengan pelbagai perasaan buruk. Hasad dengki, benci, riak, takabbur, bangga diri. Kemudian Allah kurniakan akal dan hati untuk memilih jalan mana yang kita mahu. Lebih cantik lagi apabila akal itu dipenuhi ilmu yang akan membezakan jalan yang dipilih sama ada ranjau berduri atau tasik madu.
Apabila kita punya hajat, kita meminta pada Allah. Ilmu cetek kita berfikir Allah akan mendengar hajat kita dan akan memakbulkannya. Tapi jika hajat itu tak kesampaian, kita akan rasa ingin memberontak dan marah. Kita pinta lagi hajat yang sama, pinta dan pinta lagi, namun masih tak kesampaian. Kononnya kita sedang sabar, ya betul kita sabar. Tapi kita tidak sedar kita sedang memaksa Allah memakbulkan permintaan kita. Kita sedang memaksa Allah memberikan apa yang kita rasa baik untuk diri kita. Kita sedang memaksa Allah? Layakkah kita berbuat demikian? Adakah Allah akan terasa terpaksa apabila kita memaksa? Sudah tentu tidak. Tapi kita masih buat.
Kita berharap Allah bantu kita dalam setiap perbuatan. Kita berharap Allah akan ada untuk menghalang kita melakukan kesilapan yang merugikan diri. Kita berharap Allah boleh menyelamatkan kita ketika kita rasa kecewa, resah dan sedih. Tapi nampaknya tak berlaku seperti itu. Kita akan selalu rasa kecewa, sedih dan resah. Kerana itulah perasaan yang dikurniakan Allah. Dan kita memilih untuk menjadi begitu. Kita selalu melakukan kesilapan yang sama berulang kali dengan memilah jalan yang sama. Dengan perasaan tidak mahu berputus asa. Tidak putus asa melalui jalan yang sama atau tidak putus asa meneruskan perjalanan dengan memilih jalan yang berbeza?
Sedarlah, yang menzalimi diri kita itu kita sendiri. Yang memilih jalan yang salah itu kita. Yang melakukan kesilapan yang sama itu kita. Kerana Allah sudah menyediakan panduan, tapi kita tidak mahu mengikutnya. Allah telah sediakan jalan, sanggupkah kita melalui? Allah telah sediakan pilihan, benarkah pilihan itu? Allah mahu melihat benarkah kita mahu memilih jalanNya. Allah mahu melihat adakah kita sanggup melakukan suruhanNya. Jika kita sudah redha dengan ketentuanNya, bantuan Allah pasti datang dalam jalan yang tidak disangka-sangka. Tenangkanlah diri, fikirlah siapa kita di sisiNya. Allah itu Maha Penyantun pada hambaNya.
"Saya diutus untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka mengerjakan hal itu, bererti mereka telah menjaga darahnya dan hartanya daripadaku, kecuali menurut hukum Islam, dan perhitungan amal mereka terserah kepada Allah SWT"(Riwayat al-Bukhari no.25, Muslim no. 22 dan Ahmad no.68)
Huraian dan Intisari Hadis Para ulama mentafsirkan hadis ini berdasarkan sejarah. Tatkala Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar al-Siddiq diangkat sebagai khalifah menggantikan Baginda. Sebahagian daripada orang arab menjadi kafir. Abu Bakar bertekad untu memerangi mereka sekalipun antara mereka ada yang tidak kafir tetapi menolak membayar zakat. Abu Bakar mengemukakan alasan perbuatan itu tetapi Umar berkata kepadanya: "bagaimana engkau memerangi manusia sehingga mereka mengucap La ilaha illallah sedangkan Rasulullah SAW bersabda 'Aku memerangi manusia sehingga mereka mengucap La ilaha illallah dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah SWT" Abu Bakar lalu menjawab: 'Sesungguhnya zakat adalah kewajipan yang bersifat kebendaan. Demi Allah, kalau mereka menghalangku daripada mengambil seutas tali unta yang dahulu mereka serahkan sebagai zakat kepada Rasulullah SAW, nescaya aku perangi mereka kerana keenggannya itu'. Kemudia umar mengikut jejak Abu Bakar memerangi kaum tersebut.
Untuk terpeliharanya orang-orang yang seperti itu, tidak cukup dengan hanya mengucap La ilaha Illallah sahaja, kerana sebelumnya mereka sudah mengatakan kalimah tersebut semasa masih sebagai orang yang kafir dan hal itu sudah menjadi keimanannya.
Tersebut juga dalam hadis lain kalimah "...dan sesungguhnya aku adalah Rasul Allah, mereka melaksanakan solat dan menunaikan zakat.
Hukum meninggalkan syahadah, solat dan zakat. 1. Pemerintah dibenarkan melaksanakan hukum bunuh ke atas orang yang mengingkari solat dan menafikan kewajipannya. 2. pemerintah dibenarkan memerangi orang yang membayar zakat. 3. Tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya terhadap harta dan darah kaum muslimin. 4. Pemerintah dibolahkan melaksanakan hukuman mati bagi setiap Muslim yang melakukan perbuatan yang dituntut dijatuhkan hukuman mati seperti; berzina bagi orang yang sudah bernikah(muhsan), membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agama dan jemaahnya(murtad)
Hukum meninggalkan puasa dan haji Orang yang berpuasa tidak dibunuh tetapi dipenjarakan dan ditahan makan minumnya. Manakala haji pula ialah ibadah yang dapat ditangguhkan.
Rujukan : Buku Hadis 40 Imam Nawawi, Ust Zahazan Mohamad dan Ust Mohammad Zakaria
Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:(Maksudnya)"Agama itu nasihat. Kami bertanya:'untuk siapa?' Baginda menjawab, Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum Muslimin dan bagi manusia umumnya" (Riwayat Ahmad no. 16982, Muslim no. 55 dan Abu Daud no. 4944)
Huraian dan Intipati Nasihat bermaksud segala hal yang baik. Dalam bahasa Arab tidak ada perkataan lain yang pengertian setara dengan perkataan 'nasihat'.
Sebagaimana disebut oleh para ulama bahasa Arab tentang kata "Al-Fallah" yang tidak mempunyai padanan ketara, yang mencakupi makna "kebaikan dunia dan akhirat".
Kalimah "agama itu nasihat" atau "agama adalah nasihat" bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang dan penyokong agama.
Sebagaimana halnya sabda Nabi SAW yang bermaksud "Haji adalah arafah," yang bermaksud bahawa wuquf di Arafah adalah tiang dan bahagian terpenting dalam ibadah haji.
Menurut Imam Nawawi, nasihat itu adalah wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak diancam. Tanpa syarat ini tidaklah diwajibkan.
Tentang pentafsiran kata "nasihat" dan berbagai cabangnya, Al-Khathabi dan ulama-ulama lain mengatakan: 1. Nasihat Untuk Allah - Beriman semata-mata kepadaNya - Menjauhi diri daripada perbuatan syirik dalam iktikad dan ibadat. - Menjauhi diri daripada sikap ingkar terhadap suruhanNya. - Mengagungkan Allah dengan sifat-sifat sempurnanya - MenyucikanNya daripada segala sifat kekurangan. - MentaatiNya. - Menjauhi diri daripada perbuatan dosa. - Mencintai dan membenci sesuatu semata-mata keranaNya. - Berjihad menghadapi musuh. - Mengakui dan bersyukur atas semua nikmatNya. - Ikhlas dalam segala urusan. - Mengajak manusia melakukan perkara yang baik. - Bersikap lemah lembut kepada sesama manusia.
Al-Khathabi seterusnya berkata: "Secara prinsipnya, kebaikan daripada sifat-sifat baik tersebut kembali kepada pelakunya sendiri kerana Allah tidak memerlukan kebaikan daripada sesiapa pun"
2. Nasihat untu KitabNya. - Beriman kepada kitab-kitabNya. - Beramal mengikut petunjuk dan pengajarannya. - Dimulia dan ditinggikan kehormatannya dengan memandang keutamaannya daripada segala kitab lain. - Yakin pedomannya adalah panduan hidup untuk selamanya di segala tempat dan zaman. - Membaca ayatnya dengan cara yang betul. - Memahami maksud ayatnya. - Mencari rahsia dan memerhati hukumnya. - Mendalami ilmu pengetahuan tentangnya. - Berubah untuk menyesuaikan diri dan pengajarannya.
3. Nasihat untuk Rasul-Nya. - Membenarkan kerasulannya. - Mempercayai ajaran yang dibawanya. - Mematuhi suruhan dan meninggalkan larangannya. - Membnela agamanya. - Memusuhi siapa yang melawannya. - mencintai siapa yang mencintainya. - Menghidupkan perjalanan dan sunnahnya pada diri dan dalam masyarakat.
4. Nasihat untuk para pemimpin Kaum Muslimin. - Menolong dan menyokong mereka dalam perkara kebenaran dan keadilan. - Patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan. - Tegur mereka dengan cara sepontan. - Mengingatkan mereka ketika mereka lalai daripada kewajipan. - Jangan menghasut orang ramai untuk berpecah belah.
5. Nasihat untuk manusia umum. - Memimpin mereka ke jalan yang benar. - Mengawasi mereka daripada terjerumus ke jalan yang salah. - Mengajar mereka. - Belajar daripada mereka. - Saling menolong antara mereka dalam perkara kebaikan. - Saling menghormati. - Saling mencintai. - Bersama-sama menjaga kemaslahatan hidup dengan menjauhi sifat-sifat yang membangkitkan fitnah dan permusuhan. - memahamkan mereka bahawa setiap orang adalah anggota dalam masyarakat.
Rujukan : Buku Hadis 40 Imam Nawawi, Ust Zahazan Mohamad dan Ust Mohammad Zakaria
Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu rakaman video cctv yg menunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak digilis oleh sebuah van dan lori dan di sebuah jalan yg sibuk dilalui manusia. Malangnya bukan sahaja kanak-kanak itu dibiarkan oleh pemandu yg melanggarnya, malah orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu seperti tidak nampak kanak-kanak tersebut sedang menderita kesakitan. 18 orang yang melintasi kawasan berkenaan langsung tidak mengendahkan kejadian itu dan berlalu pergi. Dalam suasana kita di Malaysia,logikkah perkara ini berlaku? Tetapi ini sudah berlaku di China.
Justeru hal ini membawa kita berfikir, mengapa ini berlaku? Apakah yang sedang bermain di fikiran mereka di tempat kejadian hingga sanggup membiarkan kanak-kanak tersebut menggelupur kesakitan seorang diri? Mengapa mereka seperti takut untuk menghulurkan bantuan? Atau adakah benar sudah hilang sifat ingin membantu dan menebalnya sifat pentingkan diri di kawasan itu? Semuanya persoalan ini bermain di fikiran kita. Namun siapakah yang mampu menjawabnya.
Mengikut jawapan mereka yang memahami situasi di China, dengan kepadatan penduduk yang begitu tinggi dan ideologi komunis yang mereka bawa, sesiapa yang membantu seseorang yang tercedera dan membawanya ke hospital, dialah yang akan bertanggungjawab untuk menanggung semua kos perubatan yang tercedera. Jika difikirkan bahawa ideologi komunisme menetapkan harta rakyat adalah hak bersama kerajaan. Maka tidak mustahil situasi ini boleh berlaku,ini bermakna,siapa yang membantu,dia akan lebih mendapat susah.
Kita bersyukur Malaysia adalah negara yang tidak mengamalkan ideologi sesat yang boleh menghilangkan sifat perikemanusiaan manusia. Malah kita masih kuat dengan pegangan agama yang menitikberatkan nilai kasih sayang dan saling menghormati. Rata-rata ramai sahabat yang seperti tidak percaya kejadian ini boleh berlaku apabila menonton video tragis ini di facebook dan youtube. Banyak kekesalan yang di lahirkan. Tidak kurang yang mengutuk dengan penuh emosi.
Sebagai seorang Islam,kita perlu lihat kejadian ini dalam perspektif agama. Apakah yang Allah SWT mahu tunjukkan dari kejadian ini. Kejadian ini seperti sudah dirancang dengan baik kerana berlaku betul-betul di hadapan camera cctv tanpa sedikit cacat pon. Tiada yang terselindung. Semuanya jelas. Inilah yang juga boleh berlaku apabila masyarakat hilang rasa ingin membantu dan bersifat nafsi-nafsi.
Kita tidak boleh memandang ringan hal ini dengan mengatakan ia tak mungkin berlaku di Malaysia. Kita juga secara tidak sedar sedang menuju ka arah itu. Malaysia tadak kurang hebatnya dengan jenayah bunuh dan buang bayi yang semakin tidak terkawal. Jenayah korporat seperti pecah amanah, rasuah dan penipuan semakin berleluasa. Puncanya satu. Manusia mula meninggalkan agama Islam.
Kita sudah tidak mengamalkan budaya Islam. Islam hanya pada nama. Masjid kita banyak tetapi semakin kurang jemaahnya. Kerana hilangnya ruh Islam dalam masyarakat, hilanglah perasaan takutkan Allah dan kita berani berpaling dari perintahnya. Rakaman video tragis kanak-kanak digilis van itu sepatutnya membawa kita berfikir betapa manusia yg pada asalnya sebaik2 kejadian,jika berpaling dari perintah Allah, dia akan menjadi seburuk-buruk makhluk. Nauzubillah. Bersama kita mengambil iktibar tentang perkara ini dan serius dalam menjalankan perintah Allah. Dari seorang pemerintah, ketua kampung, ibu bapa hingga individu sendiri punya peranan dalam agama. Wallahu a'lam.
"sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)" {At-Tin: Ayat 4-5}
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Huraian:
Hadis ini merupakan salah satu pokok syariat Islam. Abu Daud Al-Sijistani berkata "Islam bersumber pada empat hadis". Disebutkan antaranya adalah hadis ini. Para ulama telah bersepakat tentang keagungan dan banyaknya manfaat hadis ini.
Yang Hala dan Yang Haram.
Perkara yang halal dan haram dalam syariat adalah amat jelas.
Yang Halal: Tidak dilarang serta terang hukumnya.
Makan makanan dari biji-bijian, tumbuh-tumbuhan dan daging haiwan yang halal.
Minum air susu dan segala minuman yang tidak dilarang.
Memakai pakaian daripada benang dan bulu yang tidak dilarang.
Bekerja atau berusaha mencari kehidupan dengan jalan yang tidak dilarang.
Yang Haram : Dilarang serta terang hukumnya.
Makan bangkai, darah, daging, tulang, lemak dan sepertinya daripada haiwan yang dilarang.
Minum minuman yang memabukkan.
Mendedahkan aurat atau memakai sutera bagi lelaki atau memakai pakaian dari sumber yang haram.
Mencari rezeki daripada jalan yang haram seperti mencuri, merompak, menipu, riba, judi dan sebagainya.
Syubhah: bererti kesamaran. Hukum perkara yang syubhah tidak dapat dipastikan sama ada halal atau haram.
Sebahagian ulama membahagikan shubhah kepada tiga bahagian.
Pertama : Sesuatu yang sudah diketahui manusia haramnya tetapi orang itu masih lagi ragu-ragu akan keharamannya. Contohnya makan daging haiwan yang tidak diketahui cara penyembelihannya. Makan daging haiwan seperti ini menjadi haram kecuali telah terbukti penyembelihannya mengikut syariat.
Kedua: Sesuatu yang halal tetapi masih diragui kepastian halalnya. Seperti seorang lelaki yang mempunyai isteri tetapi masih ragu-ragu adakah dia telah menjatuhkan talak kepada isterinya itu atau belum. Atau adakah isterinya seorang perempuan hamba atau sudah merdeka. Halal semacam ini pada dasarnya adalah harus sehingga sudah jelas haramnya. dasarnya adalah hadis riwayat Abdullah bin Zaid yang ragu-ragu tentang hadas, padahal sebelumnya dia yakin telah bersuci.
Ketiga: Seseorang itu ragu-ragu sama ada sesuatu itu halal atau haram dan tidak ada apa-apa petunjuk yang menunjukkan perkara itu halal atau haram. Hal semacam ini lebih baik dijauhi sepertimana sabda Nabi SAW apabila menjumoai sebiji kurma yang telah jatuh di rumah baginda. lalu baginda bersabda " Kalau saya tidak takut kurma ini adalah barang zakat, sudah tentu saya memakannya". Adapun orang yang mengambil sikap terlalu berhati-hati yang berlebihan seperti tidak mahu menggunakan air bekas yang ternyata masih suci kerana khuatir telah terkena najis, atau tidak mahu solat di tempat yang terdapat bekas air kencing yang telah kering, atau mencuci pakaian yang masih bersih keran khuatir telah terkena najis dan sebagainya. Sikap seperti ini tidak perlu diikuti kerana berlebih-lebihan adalah tanda was-was. Was-was adalah hasil bisikan syaitan.
Kawasan Larangan:
Jika raja atau tuan tanah telah menetapkan kawasan larangan yang tidak boleh dimasuki oleh manusia lain, Allah SWT juga ada kawasan larangan yang tidak boleh dilalui manusia. Kawasan larangan tersebut adalah segala perbuatan maksiat dan tegahan sama ada yang berkaitan dengan diri mahupun yang berhubung dengan kehormatan dan harta benda seperti seperti pembunuhan, penzinaan, kecurian, penindasan, kezaliman dan bermacam keburukan lain.
Hati:
Hati adalah seketul daging dalam tubuh manusia yang menjadi pembentuk hidup seseorang, menggerak dan mengelokkan, mencederakan dan mengawal tingkah laku seseorang. Hati yang baik adalah hati yang sentiasa ingat kebesaran Allah. Malakukan yang halal, meninggalkan yang haram dan menjauhi yang syubhah, takut jatuh kepada yang haram. Hati yang risak adalah hati yang mudah dipengaruhu nafsu dan hasutan syaitan hingga mudah melakukan maksiat kepada Allah dan meninggalkan suruhanNya.
"Sesiapa yang menjadikan akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang dunia itu menjadi tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan hina)" (riwayat At-Tirmizi dinilai hasan oleh al-Albani)
Al-Quran Al-karim
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak. Seperti hujan yang tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan akhirat(nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari ALLAH taala serta keredhaanNYA. Dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"{Al-Hadid-ayat21)
Hadis
Nabi saw bersbda: "Barangsiapa yg bersikap iffah(tdk meminta-minta) maka Allah akan mnjdknnya org yg bersih. Barangsiapa yg merasa cukup maka Allah akan mnjdknnya kaya dan barangsiapa yg berusaha utk sabar maka Allah akan mnjdknnya seorg penyabar. Tdk ada org yg diberi kurnia yg plg baik dan plg luas drpd kesabaran" (HR Bukhari dan Muslim)
"Maka mengapa tidak ada dari umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerusakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa"{Hud : 116}
Keutamaan Bersesekah
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." {Al-Baqarah : Ayat 261]
Ujian Kesenangan(Istidraj)
"Maka apabila manusia ditimpa bahaya, ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata 'sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku'. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui" {Az-zumar:ayat 49}
Harta bukan milikmu
"anak adam(manusia) itu berkata 'hartaku-hartaku'. padahal apa yang sebenarnya menjadi harta milik kamu itu, kecuali apa yang telah engkau makan lalu engkau habiskan dan yang telah engkau gunakan sebagai pakaian lalu engkau rosakkan serta yang telah engkau sedekahkan lalu engkau sempurnakan"-riwayat muslim.