Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Sudah sekian lama...Inilah aku...

2/16/10



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Sudah lama aku tidak menulis...

Perubahan persekitaran begitu memberi kesan kepada diriku yang mudah hanyut ini.. Terkadang ingin kembali menulis, tapi keinginan itu ditepis dek kemalasan, kesibukan dan halangan internet yang suka mem'block' web blogspot dengan kerana tidak mahu percambahan minda berlaku dalam masyarakatnya. Alasan mengelakkan fitnah sudah sebati dengan kejelekan mereka..Aku marah dan benci keadaan ini...Tetapi undang-undang manusia sangat lemah dan boleh ditembusi oleh manusia juga..Walau bagaimana pandaipun mereka, ada yang lebih pandai..Kini bukan lagi masalah...Menunggu masa dikesan oleh golongan bijak pandai mereka..Jika mereka perasan..

Perpindahan yang penuh dengan hikmah yang sudah dan belum aku nampak..
Aku yakin ada sesuatu yang perlu aku buat disini..Tetapi aku masih belum nampak..Mungkin aku sudah nampak sedikit lubang hikmah itu..Dan sedang berusaha untuk menuju kearahnya..Semoga Dipermudahkan oleh Allah. Perpindahan ke sini telah membuatkan aku berjaya dalam sedikit hal yang aku tidak mampu lakukannya di tempat lama..Sesungguhnya perancangan Allah itu menjangkau pemikiran manusia yang lemah dan hanya boleh berfikir dengan akal yang sempit. Aku sungguh terharu dengan hadiah yang Allah kurniakan ini. Kelihatan sedikit mencabar, tetapi pengakhirannya kuharap dapat memberi sedikit perubahan gambaran dalam kehidupanku yang sementara ini. Hadiah Allah ini mungkin belum penuh..masih banyak yang perlu aku cari disini..Terima Kasih Ya Allah..kaulah sebaik2 perancang...

Mengenal segelintir lagi sikap manusia...
Di sini aku banyak mendapat pertolongan yang diperlukan selaku orang baru..Mereka sangat baik dan murah hati..Sehingga aku berita-cita ingin menjadi sepemurah mereka..Kelihatan mereka dilapangkan oleh Allah dalam segala hal..Suka menjamu tetamu..Ini kelihatan biasa tetapi aku lihat orang sebegini dimudahkan Allah perjalanannya..Aku mahu menjadi seperti itu..Dalam setandan pisang juga ada yanga busuk..Disini aku juga perlu berjaga-jaga dengan kenalan baru yang masih aku tidak tahu telatah mereka. Aku hanya boleh bersangka baik sedangkan ramai yang memberi nasihat supaya berhati-hati..Jangan sampai kebaikan kita dimanupulasi orang yang suka mengambil kesempatan..Tetapi pada aku tidak salah jika terus sahaja berbuat baik..Jika ada yang ingin mengambil kesempatan, aku serahkan kepada Allah untuk menilainya..Diri ini juga banyak silapnya..kadangkala kita nampak kekurangan orang, tetapi buta pada kelemahan sendiri..Aku percaya setiap yang aku lakukan, baik atau buruknya akan kembali kepadaku dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan..Jika ada yang ingin melakukan keburukan kepadaku, mungkin aku pernah melakukan benda yang sama kepada orang lain..Atau mungkin aku perlu bersabar..Allah bersama orang yang sabar..Ya Allah, jadikanlah aku dikalangan hambamu yang sabar..

Aku gembira di sini...
Inilah kesimpulan yang aku dapat buat selepas lebih sebulan disini..Walaupun ada sedikit perkara yang menggusarkan hati, tetapi kebanyakannya terhapus oleh perkara baik yang datang dalam bentuk kelapangan hati dan persekitaran yang sihat. Hikmah yang Allah mahu tunjukkan mungkin masih belum sampai kemuncaknya. Manakan tidak, aku masih perlu menghabiskan banyak masa lagi disini..Jika umurku panjang..Banyak lagi pengalaman yang masih belum kuterokai..Banyak lagi masalah yang belum aku hadapi..Banyak lagi cabaran yang belum aku harungi..Semuanya menanti di hadapan..Dan Allah pastinya telah merancang sesuatu untukku..Walaupun aku dihantar ke sini oleh manusia, tetapi ini bukan perancangan manusia..Semoga Allah akan memberikanku pertolongan diwaktu susah, peringatan dikala alpa, pengajaran dikala leka...Semoga aku akan diberikan yang terbaik dalam segala aspek..Akal lemahku mungkin melihat sesuatu perkara itu buruk..Tetapi mungkin itulah yang terbaik..Allah lebih mengetahui..Aku mohon yang terbaik di dunia..Keluargaku, jodohku, hartaku, ilmuku, amalanku, dan terbaik juga di akhirat iaitu REDHAMU ketika hidupku di dunia...Kepada kawan2 yang membaca, terima kasih..inilah secebis coretan hati ketika aku sedang sedikit susah..semoga aku lebih selesa selepas ini..Aku perlukan doa sahabat..Semoga kita akan berjumpa lagi..Tunggu aku pulang...Jika panjang umur..:-)
Posted by Insan Biasa at 4:59 PM 2 comments  

God is our "CEO"

1/19/10



Jika ditajukan pertanyaan; antara tujuan dan keperluan hidup, yang mana satu yang lebih penting?

Jawabnya ialah tujuan hidup. Mengapa? Sebenarnya, hubungan antara tujuan hidup dengan keperluan hidup adalah ibarat galah dengan buah. Galah penting kerana dengan galah kita mengait buah. Tetapi tentulah buah lebih penting kerana yang yang hendak kita makan ialah buah, bukan galah.

"Senang" itu penting, tetapi "tenang" jauh lebih penting. Apa gunanya kalau kita senang tetapi tidak tenang. Rumah besar, tetapi oleh sebab hati resah, rumah yang lapang terasa simpit dan menghimpit. Kita membina rumah dengan batu, kayu dan konkrit yang mahal, tetapi rumah tangga dibina dengan kasih sayang, kemesraan dan persefahaman. Rumah dibina dengan "keperluan hidup" tetapi rumah tangga dibina berdasarkan "tujuan hidup"

Jadi bekerjalah atas dasar ibadah (tujuan hidup) bukan untuk mendapatkan gaji sahaja (keperluan hidup). Walaupun ikhlas itu tidak menafikan hak kita untuk mendapat gaji (ini termasuk dalam bab muamalat), tetapi itu bukanlah matlamat utama dan pertama kita. Ingatlah, orang ikhlas bekerja untuk Tuhan bukan untuk majikan. Dalam kerja sebagai ibadah, "God is our CEO"

Ada sesuatu yang lebih bernilai dan tinggi untuk dicapai oleh orang2 yang ikhlas yakni keredhaan, pahala dan keampunan Allah. Hanya dengan ini ketenangan dan kebahagiaan sama ada dalam diri, ditempat kerja dan juga dalam keluarga akan dicapai.

Orang2 yang ikhlas didorong "dari dalam ke luar" (inside-out) - kepercayaan kepada Allah dan hari akhirat. Sebaliknya, orang yang tidak ikhlas didorong "dari dalam ke luar" (outside-in) - ganjaran dan hukuman.


Dipetik daripada sebahagian artikel tulisan Pahrol Mohamad Juoi dalam majalah solusi isu no. 11, muka surat 20..Sebagai muhasabah untuk diri dan pembaca apabila memasuki alam pekerjaan yang semestinya menjanjikan pelbagai mehnah dan tribulasi yang akan menggugat hati ini dan terkeluar dari landasan yang sebenar(jauhkanlah ya Allah)..Bayangan gaji, elaun, kereta dan banyak lagi begitu memenatkan otak...Keghairahan untuk menaikkan gred dan dinilai sebagai pekerja terbaik selalu akan mengalihkan niat sebenar perjalanan hidup dunia ini...Sedikit terleka pasti akan merugikan diri untuk merebut hakikat sebenar tujuan kehidupan..Mencari keredhaan Allah...-muazzin
Posted by Insan Biasa at 11:31 AM 0 comments  

Hijrah itu Perlukan Pengorbanan

12/31/09


Perjalanan manusia di alam maya tentunya dihujani dengan pelbagai asam garam yang menjadikan hidupnya indah dan berwarna-warni...Hidup tanpa cabaran cuma tidak akan mengembangkan pimikiran dan tahap survivor manusia..Begitulah manusia boleh hidup maju dan akhirnya membina tamadun yang hebat. Sebagaimana Hebatnya tamadun Islam yang dimulakan oleh seorang manusia agung pilihan Allah. Kisahnya menjadi panduan dan angin tiupan semangat mujahid kini untuk meneruskan usaha dakwah tanpa putus asa hinggalah hari yang dinantikan.

Perjalananku kini bakal berubah..Persekitaran..Tanggungjawab...Matlamat..Pandangan..dan Perasaan juga akan mengalami sesuatu yang baru..Rasa takut dan gerun tidak mungkin dapat dihindar..Melebihi kegembiraan...Semuanya memerkukan pengobanan..Pengorbanan yang disangkakan berat dan besar..Menggusarkan hati dan minda. Sehingga kadangkala menitiskan air mata. Betapa rapuhnya hati ini bila diuji dengan sedikit ujian yang disangka besar untuk dirinya.

Tapi..Hijrah ini bukanlah sebesar Hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabat..

Hijrah terdahulu meninggalkan harta..
Hijrah diri ini untuk mengumpul harta..
Hijrah terdahulu meninggalkan ibu bapa..
Hijrah diri ini tidaklah meninggalkan ibu bapa sepenuhnya..
Hijrah terdahulu meninggalkan saudara mara..
Hijrah diri ini tidak pun meninggalkan saudara..
Hijrah terdahulu sehelai sepinggang..
Hijrah diri ini bawa beg seberat hampir 20kg..
Hijrah terdahulu berhadapan ancaman..
hijrah diri ini dengan aman dan damai..
Hijrah terdahulu perjalanannya berhari2
Hijrah diri ini cuma 2 jam lebih..
Hijrah terdahulu cuma berjalan kaki atau naik unta..
Hijrah diri ini naik kapal terbang..
Hijrah terdahulu kerana agama..
Hijrah diri ini???

Jadi apakah besarnya hijrahku diri ini..Cuma sampah jika dibandingkan dengan pengorbanan Ummat terdahulu..Hanya jiwa yang rapuh dan lemah menganggap ianya sesuatu yang besar..Walaupun hijrah ini tak sehebat hijrah Rasulullah SAW dan Para Sahabat..aku tetap berharap inilah hijrah yang menjadikan aku hamba Allah yang lebih baik..Meniti perjalananku hingga ke hujung hayat...Amin..
Posted by Insan Biasa at 12:16 PM 2 comments  

Haduth Kelapan Belas : Orang Yang Meminum Khamar dan Menanakannya Bukan Khamar

12/14/09


Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan
mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan
bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam
bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".
(Riwayat Ibnu Majah)


Keterangan:
Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'.

Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan. Rasulullah saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi. Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.
Posted by Insan Biasa at 10:47 AM 0 comments  

Cikgu...Macam mana nak buang saka??

12/5/09


Cerita Pertama :

Selepas peperiksaan akhir tahun...Cikgu lebih banyak luang masa 'bermain' atau bergaul dengan murid-murid..Termasuk saya..Kami akan saling bertanya dan bertukar cerita.. Macam biasa..Pelajar penuh dengan sifat ingin tahu tentang banyak perkara yang orang dewasa lakukan. Meraka akan banyak bertanya tentang kelakuan orang dewasa yang masih tidak mencapai tahap pemikiran akal meraka. Ini salah satu soalan pelajar kepada saya..

"Cikgu..macam mana nak buang saka??

Saya tersenyum dah bertanya kembali..
"Kamu ada saka ke?"

Pelajar menjawab

"Ada.."

Saya tanya kembali

"Macam mana kamu tahu kamu ada saka??"

Pelajar tu jawab lagi

Sebab nenek saya ada..Mungkin akan turun pada saya
tapi saya taknak

Cikgu : oooo

Cerita Kedua
Baru2 ni, nenak saya sedang sakit..Jadi ramailah saudara mara akan balik pada hujung minggu...Maka rumah nenek akan penuh dengan kanak2..sepupu saya...Sedang mereka bermain2..salah seorang dari mereka bertanya...

Sepupu : Abang Muaz, wan(panggilan nenek kat kampung) ada saka ke?

Muaz : Saka? Siapa kata?

Sepupu : Ida..Sambil menunjuk kepada sepupu yang satu lagi...

Semuanya ketawa....hahahahaha....

Kedua-dua cerita ini adalah kisah benar..Menunjukkan salah satu perkara yang sering bermain di fikiran kanak-kanak yang sedang dirosakkan dengan cara berfikir yang pelik dan tentunya salah..Mungkin ramai yang akan berkata "alah, budak-budak...biarkanlah..mereka tak tahu apa-apa"...ye..memang benar mereka tak tahu apa-apa...dan mereka sering ingin tahu..Jika mereka tidak mendapat jawapan yang betul, mereka akan membuat kesimpulan yang salah..Ini akan memberi kesan kepada masa depan mereka.

Dari mana mereka dapat semua informasi ni??Ya..dari mana lagi kalau bukan dari skrin..Jin, Hantu, Saka, Pocong, Syaitan, Sihir, Santau, Toyol, dan banyak lagi makhluk yang menakutkan menjadi santapan anak-anak mengalahkan program sepert Al-Kuliyyah dan Forum Perdana..Rancangan ini kebanyakkannya ditayangkan pada waktu perdana..Berbanding rancangan agama yang ditayangkan ketika kanak-kanak keluar bermain atau sedang sibuk hendak ke sekolah..

Lihatlah bagaimana lambakan program berunsur seram ini menjadi satu trend dan tradisi pembuat filem mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesannya pada anak bangsa..mana tidaknya, ustaz berlawan dengan hantu ala "Dragon Ball" sambil mengeluarkan "Ka Me Ha Me Ha"...Kanak-kanak mana tak suka tengok??? Betul ke macam ni nak lawan kuasa Jahat??tak ubah macam anime jepun...

Fahaman salah ini terus berleluasa hingga menyangka makhluk halus ini boleh membunuh...Syaitan boleh membunuh??Cuba tanya budak2 sekarang..Hantu boleh bunuh orang tak??Meraka akan jawab.."Ya..Hantu boleh bunuh kita, hantu akan cekik kita sampai mati, lepastu dia makan organ dalam badan kita.." Tak percaya??pergi tanya..Tengok macam mana filem merosakkan pemikiran mereka...

Satu lagi salah adalah hantu takutkan naskah Al-Quran...Bila seseorang pegang naskah Al-Quran(Walau surah Yasin sekali pon), hantu tak berani dekat..Betul ke??Malah dekat asrama dulu, kawan2 yang takut diganggu hantu akan letakkan surah Yasin bawah bantal...huh...Setahu saya, Syaitan lebih tahu bacaan dalam Al-Quran..malah mereka boleh membacanya juga...Syaitan cuma takut orang yang mengamalkan Al-Quran..Bukan yang hanya pegang Al-Quran..Malah orang yang pegang Al-Quran belum tentu boleh membacanya..Macam ni Syaitan nak takut??takkan lah....

Sememangnya filem berunsur seram ini banyak merosakkan pemikiran kanak-kanak..Meraka disajikan dengan fahaman yang salah tentang makhluk halus ini..Mengakibatkan rasa takut dan tak selamat menyelubungi mereka sejak kecil...Sungguh kasihan.....Filem berunsur seram dan mistik pernah diharamkan oleh ulama Malaysia pada tahun 70-an...Tapi kini selepas meletopnya filem puntianak harum sundal malam...Ramai Producer mengambil kesempatan menyajikan lebih banyak lagi filem berunsur seram..Tanpa memikirkan kesannnya kepada generasi akan datang..Apalagi orang Melayu masih kuat berpegang dengan kepercayaan ghaib. Biarpun tinggal di hutan batu....Atas dasar apa filem ini ditayang??Kesedaran??Penipu..Semuanya atas dasar Keuntungan...Inilah yang dirisaukan para ulama terdahulu..Generasi akan datang akan lebih takutkan Syaitan berbanding Takutkan Allah..Nauzubillah...

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal,ayat 48 yang bermaksud
"Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya.
"

Belum sentuh lagi filem yang menyajikan kesan masalah sosial seperti merempit, pergaulan pergaulan bebas..Para Pengarah akan berkata "Kita buat filem untuk memberi pengajaran kepada masyarakat"...Yang mana lebih banyak diambil..??Pengajaran atau keseronokan bersosial??Untuk mereka yang mahu menggunakan AKAL dengan panduan IMAN....

Sila beri pendapat anda...-Muazzin
Posted by Insan Biasa at 12:14 PM 0 comments  

Hadiyh ketujuhbelas : Harta Riba' Wujud Di Merata Tempat.

12/3/09

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman,
tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak
memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".
(Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan:
Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.

Penulis : Siapa yang ada buat pinjaman PTPTN tau la benda ni...Pinjam 15 ribu kene bayar 17ribu, pinjam 28 ribu kene bayar 32 ribu.. Lagi lewat bayar, lagi banyak hutang. Belum tengok lagi di bank-bank antarabangsa. Mujur sudah banyak sistem perbankan Islam muncul untuk membetulkan keadaan akibat kejatuhan sistem kapitalis yang terang-terang menjadikan riba' sebagai sumber pendapatan.
Posted by Insan Biasa at 1:34 PM 0 comments  

Salam Aidil Adha

11/26/09


Salam Aidil Adha buat semua kawan-kawan. Semoga dalam keadaan sihat dan dalam rahmat Allah SWT....Hari Raya Korban adalah hari untuk memperingati dan menghayati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail dalam mengikuti apa sahaja perintah Allah meskipun mengirbankan anak sendiri. Sebagai seorang hamba marilah sama-sama kita berkorban untuk memahami mengapa kita hidup..Adakah kita hidup untuk dunia atau kita hidup untuk satu lagi kehidupan selepas mati?..Rami yang telah terlupa tujuan ini..Termasuklah diri ini. Justeru aku ingin mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa peka dengan tujuan hidup ini...Salam Aidil Adha dan selamat berkorban pada tempat yang betul...

Filem 2012..Antara kepercayaan dan dongeng sains

11/12/09

Ilustrasi yang menggambarkan kedatangan Planet Niburu yang akan mengganggu sistem bumi dan menjadikan seluruh bumi ditimpa bencana.

Hari ini pelancaran filem 2012. Satu lagi filem aksi barat yang agak hebat grafik dan kesan khasnya. Seterusnya menjadikan khayalan mereka seperti realiti yang menghentam jiwa ketakutan manusia dengan kematian. Bagi mereka yang sedar pasti tidak melayan persaoalan apakah benar 2012 akan terjadinya kiamat? Kerana manusia tidak akan pernah tahu bila akan berlaku hari yang harta benda dan anak pinak tidak akan dapat menolong ini.



Sedutan Filem 2012

Sebagai seorang muslim, percaya kepada hari kiamat adalah salah satu rukun iman yang wajib kita percaya. Bukan sahaja kedahsyatan hari itu, malah perjalanan kita selepas berlakunya 'Jugdement Day' ini. Bagaimana manusia dihisab dengan seadil-adilnya dengan bekalan amalan kita di dunia. Hari kiamat telah dijanjikan oleh Allah SWT dan Allah SWT telah menjanjikan tiada siapa pun yang tahu bila akan terjadinya hari itu. Maka jika ada yang meramal tarikh berlakunya kiamat, tentulah itu satu lagi episod pembohongan yang sedang berlaku. Apatah lagi dalam filem ini tarikh itu ditafsir oleh puak kuno. Mengarut....

Terdapat pelbagai ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang kedatangan kiamat, banyak ayat yang menyatakan Kiamat itu tidak akan datang melainkan dengan tiba-tiba, maksudnya ketika manusia tidak langsung menjangkakan hari itu adalah hari terakhir dunia.

Al Quran : (7) Al A’raaf : Ayat 187

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (QS 7:187)



Al Quran : (47) Muhammad : Ayat 18

Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila Kiamat sudah datang? (QS 47:18)


Al Quran : (12) Yusuf : Ayat 107

Apakah mereka merasa aman dari kedatangan siksa Allah yang meliputi mereka, atau kedatangan kiamat kepada mereka secara mendadak, sedang mereka tidak menyadarinya? (QS 12:107)


Al Quran : (43) Az Zukhruf : Ayat 66

Mereka tidak menunggu kecuali kedatangan hari kiamat kepada mereka dengan tiba-tiba sedang mereka tidak menyadarinya. (QS 43:66)


Al Quran : (22) Al Hajj : Ayat 55

Dan senantiasalah orang-orang kafir itu berada dalam keragu- raguan terhadap Al Quran, hingga datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat. (QS 22:55)


Al Quran : (6) Al An’aam : Ayat 31

Sungguh telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Tuhan; sehingga apabila kiamat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata: “Alangkah besarnya penyesalan kami, terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu!”, sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Ingatlah, amat buruklah apa yang mereka pikul itu. (QS 6:31)

Al Quran : (16) An Nahl : Ayat 1

Telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang) nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. (QS 16:1)

Al Quran : (42) Asy Syuura1 : Ayat 8

Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat meminta supaya hari itu segera didatangkan dan orang-orang yang beriman merasa takut kepadanya dan mereka yakin bahwa kiamat itu adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahwa sesungguhnya orang-orang yang membantah tentang terjadinya kiamat itu benar-benar dalam kesesatan yang jauh. (QS 42:8)



Tidak cukupkah kita sebagai Muslim menjadikan Al-Quran sebagai panduan? Perlukan ada bukti lain yang perlu membuatkan kita percaya dengan kekuasaan Allah SWT? Sesungguhnya banyak lagi tanda yang menunjukkan KekuasaanNya. Tapi manusia itu kebanyakannya tidak menyedari. Tidaklah salah menonton filen 2012 ini. Cuma sebagai Muslim, kita perlu percaya manusia tidak mampu menjangkakan kiamat itu. Manusia tidak mampu membayangkan kedahsyatan hari itu. Apa yang perlu kita lakukan adalah memperbanyakkan amalan yang diredhai Allah untuk bekalan di alam yang kekal kelak. Kepada yang nak menonton filem ini, tengok boleh, percaya jangan. Tapi percayalah kiamat itu pasti tiba dan sangat hampir.

Sumber : ayatquran.wordpress
Posted by Insan Biasa at 9:19 PM 3 comments  

Hadith Keenam Belas : Zaman Orang Tak Peduli Darimana Mendapatkan Harta

11/10/09

Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam; "Akan datang suatu zaman di mana seseorang tidak mempedulikan darimana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal ataupun haram." (HR. Nasa'i)

Keterangan
Zaman sekarang merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu dinilai dengan harta. Manusia cakar mencakar untuk memperoleh sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak mempedulikan darimana datangnya harta yang didapat, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu ataupun untuk mengikuti kemahuan isteri atau anak-anaknya.

Penulis : Terlalu kabur untuk kita menilai adakah kita dalam golongan ini atau tidak. Kerana jika difikirkan dalam-dalam ternyata kita sedang mengumpul harta dunia dengan bersungguh-sungguh. Materialistik menjadi ukuran kekuatan seseorang. Hingga ramai yang tertipu dengan banyak skim-skim yang menjanjikan pulangan yang berganda tanpa kita fikirkan dari mana asal wang itu. Benar, ramai yang telah berjaya menjadi kaya raya. Tetapi adakah itu harta yang halal dan diyakini sumbernya? Sesekali tidak. Harta bukanlah milik kita. Semuanya amanah yang akan dipersoal bagaimana kita menggunakannya. Semakin banyak harta kita, makin berat tanggungjawab kita. Semoga kita dalam golongan yang sedar dan mendapat petunjuk. Sabda Rasulullah: "Jika manusia diberikan segunung harta, dia akan mencari segunung lagi sehingga tanah itu berada dekat dengan mukanya(di dalam lahad)"..
Posted by Insan Biasa at 10:36 AM 0 comments  

"Cikgu..macam mane nak tegur abah tak sembahyang?"

10/29/09


Sewaktu mengajar tajuk "Dakwah tanggunngjawab bersama", terdiam seketika apabila aku ditanya soalan sebegini...Terasa agak lemah apabila tidak mampu membantu pelajar ini. Sungguh sukar keadaannya. Aku mungkin tidak merasainya kerana dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan sembahyang. Kalau belum sembahyang, belum baca Quran, tak boleh tengok TV, tak bolah main, tak boleh jumpa kawan-kawan dan sebagainya. Maka hari ini aku menjadi seperti ini, walaupun belum menjadi muslim yang sempurna mukminnya(sedang berusaha ke arah itu insyaAllah), aku akan risau jika tidak melakukan tuntutan mendirikan tiang agama, bersolat. Tapi untuk budak sekecil ini, yang baru mahu mengerti kepentingan solat itu sendiri, tetapi melihat orang yang ingin mereka contohi mengabaikan solat, tentulah akan berlaku delima dan konflik dalam diri mereka. Sudah tentu dugaan untuknya lebih besar berbanding aku ketika umur sekecil itu. Aku cuma mampu menasihatinya untuk teruskan usaha bersolat dan cuba untuk tidak meninggalkannya. Mudah-mudahan bapanya akan terbuka hati untuk bersolat setelah melihat anaknya sendiri mendirikan tiang agama itu. Kepada yang mempunya idea menarik untuk dikongsi, bagaimana untuk aku menjawab soalan ini, dialu-alukan memberi komen dan pendapat...
Posted by Insan Biasa at 11:43 AM 6 comments  

Gempa bumi, sejadah berdiri dan Beyonce......huhu

10/21/09

Gempa Bumi
Gempa yang menggegarkan negara jiran baru2 ini sungguh menyayat hati dan membuka mata banyak pihak. Ramai yang berduka dan menghulurkan bantuan yang diperlukan. Berduka dengan nasib yang menimpa saudara seagama. Panduan buat yang masih tidak ditimpa malapetaka. Mengakui kekuasaan Allah membinasakan sesiapa yang dikehendakiNya. Ujian untuk ummat Islam di sana. Pengajaran untuk sekitarnya. Namun masih ada suara sumbang yang melihat dengan ilmu buntu tentang kejadian ini. Hingga melibatkan nasib manusia sebagai penyebab segala kejadian. Hilangkah pertimbangan aqidah hingga melihat angka tarikh lahir dan huruf nama manusia sebagai 'malang' dan membawa malapetaka. Bukankah Allah yang menentukan segala sesuatu?Sungguh menyedihkan..

Sejadah Berdiri?
Beberapa hari ini, malah sejak dulu aku pernah terdengar perkara ini. Lazimnya manusia kagum, taksub, dan mengakui kebesaran Allah apabila melihat keajaiban di depan mata..Subhanallah. Namun adakah setelah melihat sejadah berdiri ini baru kita melihat kebesaran Allah.? Dengan melihat sejadah berdiri baru merasa kagum dengan kejadian pelik dan aneh yang berlaku di sekitar kita dengan pelbagai ragam. Jadi di manakan letaknya kekaguman kita pada Al-Quran yang telah lama menjadi kekaguman sejak dahulu lagi. Banyak lagi ayat2 Allah dan hadis2 yang boleh menginsafkan dan menambahkan keimanan manusia. Mengapa perkara ini yang dibesar-besarkan dan menjadi bualan ummat Islam. Jika Allah ktakan 'jadi' maka jadilah ia.. Sungguh pelik manusia. Termasuk diriku.

Konsert Beyonce
Minggu ini akan diadakan konsert makhluk penjajah minda bernama Beyonce. Namun akhirnya terpaksa ditangguhkan kerana alasan beliau(konon). Banyak pihak membantah dan mengadakan pelbagai cara agar beliau tak masuk bumi Malaysia. Alhamdulillah.. Masih ada yang sedar. namun lebih ramai yang menyokong dengan alasan cuma hiburan dan suka2. Dan lebih malang lagi yang menyokongnya adalah yang mempunyai kuasa. Dikala kita patut berkabung dengan penderitaan umat Islam yang ditimpa bencana, ada lagi yang mahu bergembira. Di mana sensitiviti umat Islam tentang saudara mereka? Cuma nak menghormati kaum lain kita sanggup menggadaikan pegangan kita. Di mana kuasa kita sebagai bumiputra Islam??huhu...cuma menyampaikan hasrat hati....untuk mengingatkan diri..-muazzin
Posted by Insan Biasa at 4:03 PM 2 comments  

Hadith Kelima Belas : Dua golongan penghuni neraka.

Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,. ''Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pemah aku lihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok waktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (ponok unta yang condong). Kedua golongan ini tidak akan masuk sorga dan tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum sorga itu sudah tercium dari jarak perjalanan yang sangat jauh, (HR. Muslim)

Keterangan
Kebenaran sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat hari ini. Ada golongan yang seenaknya memukul orang lain dengan cambuk tanpa ditanya, bertindak dengan hukum rimba. Banyak perempuan yang berpakaian tetapi telanjang. Maksudnya, kalau dikatakan berpakaian pun boleh, karana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita katakan bertelanjang pun boleh juga, karena walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain saja. maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun dia berpakaian dengan pakaian yang sangat nipis sehingga memperlihatkan warna kulit dan menampakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil mengayun-ayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti ponok(bonggol) unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau harumnya, walaupun semerbak harumnya telah tercium darij arak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Penulis : Undang-undang rimba=sesiapa yang kuat, dialah yang berkuasa. Boleh memerintah sesuka hati dan menganiaya sesiapa yang dia kehendakai. Kebal dari undang-undang manusia kerana mempunyai harta untuk membeli kekuasaan. Pakaian yang ketat sudah menjadi 'trend' muda-mudi. Perempuan yang memakai jeans biasanya ketat. Kesalahan yang sudah menjadi kebiasaan. Hingga jika ditegur, kita akan dilihat kolot. Semoga jiwa kita sentiasa dalam rahmat Allah.(pesanan untuk diri)
Posted by Insan Biasa at 3:47 PM 2 comments  

Mengapa kamu kata tapi tak lakukan??

10/9/09


Apabila mendapati sahabat dalam kesusahan atau ditimpa musibah, kita cenderung untuk melafazkan kata-kata manis untuk menyedapkan sahabat itu...Ini adalah amalan yang baik dan mulia. Malah, kita juga digalakkan selalu menasihati dan mengingatkan orang lain dan diri sendiri tentang hikmah di sebalik ujian Allah dan bagaimana untuk menenangkan diri apabila diuji. Maka keluarlah kata-kata hikmah dan ayat-ayat yang indah dari Al-quran, hadis dan kata-kata pujangga seperti.

"Allah tak uji kita melainkan apa yang kita mampu"

"Ujian itu adalah untuk orang-orang beriman"

"Hidup orang beriman tidak mungkin tenang, kerana kesenangan untuknya Allah beri di akhirat kelak. Jika dia bersabar"

"Ujian itu penghapus dosa, jika bersabar ganjarannya sangat besar"

"Jika doa tidak dimakbulkan, Allah mahu beri yang lebih baik"

"Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya"

"Ujian itu diturunkan untuk hamba yang Allah peduli"

"Jika kamu telah berdoa tetapi masih tidak makbul, selidiklah amalanmu"

"bersabar, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini"

Sememangnya kita perlu menyokong dan menenteramkan mereka yang menerima musibah. Dan cara terbaik ialah kita bersifat empati atau cuba meletakkan diri di tempat mereka. Merasai derita orang yang ditimpa musibah. Bimbang jika musibah yang sama menimpa kita, adakah kita juga mempunyai kekuatan seperti mereka yang sedang diuji itu. Kerana telah tertulis dalam Al-Quran:-

"Hai orang-orang yang beriman,
mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa
kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.
" {Surah As-Sof : Ayat 2 dan 3}

Aku pernah mendengar kata seorang kakak senior semasa belajar di upsi. Katanya "Kita akan diuji atas apa yang kita perkatakan". Berdasarkan ayat dari Surah As-Sof ini, memang aku sedar setiap kata-kataku mungkin akan diuji Tuhan. Ya Allah..berilah kekuatan kepada aku..Mungkin mudah aku berkata. Tetapi masih banyak yang tidak kulakukan...ampunkan aku...

Ps : Gagal temuduga..Ujian...

Kerosakkan akibat tangan-tangan manusia

10/5/09

gempa bumi di indonesia Pictures, Images and Photos


Kita semua bersedih dan terkejut atas apa yang berlaku di sekitar dunia baru-baru ini. Pelbagai bencana alam berlaku dalam sengga masa yang dekat di pelbagai kawasan. Ribut, gempa bumi, tsunami, hujan batu, dan banjir telah membunuh ribuan nyawa. Terutama apa yang berlaku du Padang, Sumatera yang kita yakin kebanyakkan warga di sana adalah umat Islam. Saudara kita. Sama-sama kita menghulurkan bantuan semampu kita dan mendoakan saudara kita di sana supaya diberikan Allah kekuatan jiwa dan mental dalam menghadapi musibah ini.

Memang mudah untuk kita berkata kepada mereka, "Bersabarlah, pasti ada hikmah di sebalik ini". Tetapi bagi mereka yang melaluinya pastinya lebih berat. Kehilangan tempat tinggal, harta dan keluarga tersayang. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan kesusahan kepada hambanya melainkan apa yang mereka terdaya menerimanya. Dan kesusahan yang ditimpakan itu menandakan Allah masih sayangkan kita dan mahu kita sentiasa beringat akan apa sahaja yang kita lakukan. Mungkin ada kekurangan dalam amal perbuatan ini. Jika kita ditempatkan dalam diri menagsa, apalah yang mampu kita lakukan..Semoga semua ummat mengambil pengajaran. Ya Allah..Ampunkanlah hambamu.....
Posted by Insan Biasa at 6:33 PM 0 comments  

Dear God, Thank you for this friendship..Alhamdulillah,,

9/27/09


Memang seronok mengimbau kembali zaman persekolahan yang indah dan penuh warna-warni...Banyak yang aku dapat di situ..Formal dan tak formal..malah aku dapat rasakan ilmu di sekolah menengah telah banyak membantuku membuat panduan kehidupan..Tempat yang menjadi medan aku mencari identiti..dan itulah yang aku pertahankan hingga hari ini..Meskipun telah banyak berkurangan...Namun akan aku cuba sematkan di hati...Sekuat yang mungkin...

Kawan-kawanlah antara yang banyak membantuku. Dan hingga hari ini masih aku rasakan keakraban kami. Walaupun semua sudah jauh dan dalam proses mencapai cita-cita..Kami masih boleh berjumpa dan bermesra seperti dahulu. Terasa baru semalam aku meninggalkan SMKA Pedas. Cara kami masih tidak banyak berubah. Cuma penampilan...Semoga kita akan terus berhubung dan bertanya khabar..Mudah untuk mengekalkan hubungan ini..Pelbagai laman sosial telah wujud dan mungkin ini yang membuatkan perjumpaan kali ini sangat indah..hehe..jiwangnya ayat aku...


Semoga berjumpa lagi masa akan datang...Teruskan hubungan ini...
Pedasian is da best!!
Posted by Insan Biasa at 3:26 PM 9 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png