Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Apa lagi yang kau mahu.....

1/29/08


"I Felt miserable
when I can't buy
a pair of shoes until
I met a man without Legs"

Bersyukurlah dengan apa yang ada pada dirimu. Kau bukan tidak tahu betapa Tuhanmu membenci orang yang tidak bersyukur. Sesungguhnya kau telah mendapat yang terbaik. Kau lebih bertuah dari mereka yang bernasib malang. Jika kau merasakan dirimu sentiasa kurang, maka ada yang tidak kena pada dirimu. Kembalilah kepada penciptamu. Sesungguhnya siapalah engkau untuk meminta itu dan ini. Selagi kau masih hidup dan pintu taubat masih terbuka, kau patut bersyukur. Dan sememangnya itu bukan perkara yang mudah jika kau tidak mencuba..

Aku memang pencinta.....

Kerana aku lelaki, aku juga tertarik denga wanita. Sudah menjadi fitrah hidup manusia dan aku juga tidak boleh melawannya. Bila aku melihat wanita, aku berasa ingin mendekatinya, berkenalan dan beramah mesra, namun itu cuma apa yang aku rasa, tetapi jauh sekali untuk aku melakukannya. Mungkin kenangan lama menakutkan aku, menghantui fikiran dan merencatkan tindakanku. Aku merasa amat dukacita. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Tetapi jika aku berfikir kembali. Aku cuba mengaitkan diriku dengan persekitaranku. Dengan orang sekitarku, dengan mereka yang sangat rapat denganku. Rupanya aku bukan keseorangan. Aku mempunyai keluarga yang sempurna, saudara-mara yang ramai, keturunan yang baik-baik. Aku mempunyai ramai rakan yang selalu berada di sisiku. Maka aku patut merasakan inilah anugerah Allah buatku. Aku mula tersenyum. Aku sudah tahu mengapa Tuhan menetapkan begini untukku. Aku perlu sedar siapa diriku. Apa tanggungjawabku kepada keluargaku. Bila aku memikirkan ibu, aku sedar ada yang belum aku lakukan sebelum memukul tanggungjawab lain. Aku tidak tahu apa akan jadi pada diriku di masa hadapan. Rupanya selama ini aku lupa. Lalai dengan keadaan sekitarku yang sentiasa mengaburiku dengan menatap keindahannya. Rupanya aku serupa dengan yang lain.

Dalam aku mengejar nikmat dunia, aku sering lupa untuk mengutip permata bekalanku ke akhirat. Jadi aku perlu sering mengingatkan diriku. Siapalah aku. Walaupun aku amat hendak menumpukan akhirat, dunia juga ada bahagian untukku. Maka ada yang perlu aku ambil. Tuhan tidak kejam untuk membiarkan hambanya. Aku perlu mengejarnya juga. Cuma apa yang aku takut, aku akan hanyut. Kerana itu aku perlukan persekitaran yang boleh membantuku. Aku hidup secara sederhana. Aku harap akan begitu. Aku mengharap kejayaan akhirat disamping mencari cinta dunia. Ya..Aku juga pencinta wanita. Ibuku, kakakku, adikku, dan......

Mengapa kita berbeza

1/24/08

Mengapa kita berbeza? Kita boleh lihat bagaimana mereka di sekeliling kita mempunyai pelbagai kemampuan yang adakalanya kita kasihani, dan adakala kita iri hati. Bila memikirkan ini, banyak persoalan yang timbul dalam diri. Janganlah banyak melihat kelebihan orang, kita akan merasakan diri banyak yang kurang. Banyaklah melihat orang yang serba kurang, kita akan rasa bersyukur. Mengapa Tuhan menjadikan kita berbeza, bukan kerana Dia tidak adil. Tetapi menunjukkan hubungan sesama manusia yang saling melengkapi. Sama-samalah kita bersyukur dengan apa yang ada dan menjadikan apa yang ada pada diri kita sebagai kelebihan kepada orang lain.

Aku adalah aku

Luahan pertama. Dari insan bergelar hamba, anak, sahabat, abang, dan adik
Aku hanya manusia biasa. Tidak mampu hidup seorang diri. Aku memerlukan sokongan sekeliling. Seringkali aku tersungkur atas kelalain diri. Memberi peluang musuhku membawa aku dalam kegelapan. Musuh yang nyata mahupun tersembunyi. Adakalanya musuh itu adalah diriku sendiri. Sudah berapa kali aku terjerumus dalam lebah kebinasaan yang hampir membawaku kepada penyesalan hingga mati. Tetapi alhamdulillah. Tuhan masih menyayangiku, memberikanku peluang untuk kembali bangun berjalan menuju ke akhir. Dia mengutuskan bnyak panduan kepadaku, kitabNya, sabda RasulNya, dan orang sekelilingku yang tidak pernah jemu membantu. Aku akan terus berjalan walaupun aku selalu jatuh. Ku tahu, aku akan terus disokong aleh orang sekitarku. Itulah kehidupanku.




Testing My Blog

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png