Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Terpulang kepada diri sendiri..???

3/29/10




Jawapan umum dan kononnya selamat kebanyakan manusia untuk lepas dari persoalan hidup yang hakikatnya penuh dengan had dan diberati hukum Tuhan(mukallaf)..Jawapan ini kerap kita akan dengar dalam rancangan seperti Melodi..Dituturkan oleh penghibur yang akhirnya menjadi ikutan pemuja mereka yang setia terutama ketika ber'comment' di facebook...Ungkapan ini hasil penjajahan minda di mana kita sedia maklum berasal dari barat yang bertopengkan prinsip hak asasi manusia...Kononnya manusia mempunyai hak memilih kebahagiaan hidup mereka..biarpun akhirnya pilihan itu melanggar nilai-nilai norma masyarakat dan logik akal...Belum lagi dinilai dari sudut agama yang sentiasa diperlukan oleh akal untuk mentafsir hidup. Ungkapan ini terus digunakan untuk menghalalkan sebilangan perlakuan manusia yang dilihat kecil dan dosanya 'mungkin ' diampunkan Tuhan..Jika sempat bertaubat..Seperti manusia ni tahu bila mereka akan mati..Sungguh menyedihkan...

Bukankah Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.
{Surah Al-Mukminun : Ayat 71}

Maka jelas bahawa jika manusia memulangkan banyak persoalan kepada diri mereka sendiri, pastinya persoalan itu akan dijawab oleh nafsu mereka semata-mata...Jawapan mereka pasti akan menjurus untuk menyelamatkan diri mereka dan cuba membenarkan apa yang mereka sedang lakukan..Jawapan yang ingin merasakan diri mereka selamat dan sedang berada pada landasan kebenaran...Hati mereka terasa tenang pada zahirnya...Padahal jauh di sudut hati mereka tahu itu adalah satu kesalahan..percayalah ini sedang banyak berlaku di sekeliling kita..Jika kita bermuhasabah diri..mungkin perbah berlaku kepada diri ini...Nauzubillah...Perbualan seperti ini baru sahaja dialami oleh saya :

Aku : kenapa kau duduk kat tempat gelap belakang tu dengan die mase orang tengah dgr ceramah satu Malaysia?

Dia : Alah, bosan la kat ceramah tu..lagipon aku bukan beromen dengan dia kat belakang tu...kami berborak je..(sambil tergelak sesama kami)..

Aku : Siapa kate ko beromen, tapi menghampirinya pon dah dilarang..Jangan la buat...

Dia : Alah...setakat macam tu je...dimaafkan lagi....

Aku : Erk..(Terdiam..)

kadangkala kita tak perasan kata-kata kita melambangkan kejahilan diri..Kerana Saidina Ali pernah berkata, 'Semakin banyak ilmu seseorang, semakin kurang kata-katanya'...Jadi jika kita kurang ilmu ukhrawi apalagi untuk mempercayainya, maka banyaklah kata-kata kita akan menjurus untuk mendapat habuan dunia semata-mata..Dan jika itu yang dipinta, memang itulah yang akan didapati..Kejadian dia atas adalah secebis alasan demi alasan untuk kita membenarkan perbuatan salah...Kerana kita seronok dengan itu dan kita sudah melihat itu satu keindahan yang hakiki..Itulah salah satu fungsi syaitan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran:

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” [al-Hijr 15:39]

dan firmanNya lagi :


Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad),lalu syaitan memperindahkan pada (pandangan) mereka akan amal-amal mereka (yang sebenarnya mungkar); maka Dia-lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini (Hari Kiamat) dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nahl 16:63]

Banyak kemungkaran yang berlaku di dunia ini sudah menjadi satu kemestian kepada manusia..Tidak terkecuali orang Islam...Malah kadangkala orang Islamlah yang mempelopori kemungkaran ini...Masalah Riba', kecelaruan jantina, dan percintaan yang membuta tuli, hiburan melampau, adalah antara kemungkaran yang sering dilihat indah di mata manusia..Kita susah untuk menolaknya kerana sudah menjadi 'sistem' dalam suasana 'jahiliah moden' ini...

Apa perlu dilakukan??

1. Teruskan menuntut ilmu agama dalam keadaan formal atau tidak..Kerana agama adalah pembada yang hak dan batil..

2. Sentiasa mencari kebenaran..Jangan sesekali menyangka kita sudah faham sesuatu..Allah akan memberi petunjuk kepada orang yang mencari kebenaran dan Allah suka orang yang memperbaiki amalannya..

3. Agama Islam adalah cara hidup..kaitkan setiap amalan dengan agama...

4. Perbanyakkan amalan sunnat seperti berpuasa, sedekah dan solat sunat...Amalan inilah yang boleh membentuk hati yang tunduk kepada Allah...

5. Bersahabat dengan orang soleh...Kerana dari mereka kita akan mendapat tempias rahmat Allah..

6. Tadabbur Al-Quran...Kerana hati akan lembut jika membaca makna Al-Quran...

7. Muhasabah diri...Cuba faham tujuan kita hidup...dan apa yang kita buat skrg...

Solusinya....

Hidup kita penuh dengan tanggungjawab dan hukum yang perlu dipatuhi...Dunia tempat persinggahan sementara yang akan dinilai setiap perbuatan kita..Manusia secara amnya faham perkara ini..Tapi oleh kerana terkesima dengan pelbagai nikmat yang sebenarnya ujian itu, manusia lupa tempat mereka dikembalikan....Manusia memandang lamanya hidup ini sedangkan jika sudah tua, kita akan menyaksikan hidup ini cuma seperti satu malam...Firman Allah :

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).{Ali Imran: Ayat 14}

Jadi sudah fitrah manusia itu mencintai kesenangan dan itulah sebenarnya ujian buat kita. Ada yang cantik, maka dia akan ditanya bagaimana dia menggunakan kecantikannya untuk mendapatkan redha Allah, ada yang hensem, maka dia akan bertanya bagaimana dia melempiaskan kehensemannya di Jalan Allah..Ada yang kaya akan ditanya bagaimana dia membelanjakan hartanya untuk mencapai mardhatillah...Semuanya akan ditanya...Semuanya akan diuji sesuai dengan janji Allah...kerana syurga itu tinggi nilainya..jadi janganlah sering menyangka kita sudah boleh masuk syurga hanya dengan hidup senang lenang, ada isteri cantik, anak-anak yang berjaya, kerjaya yang bagus akhirnya tua dan mati..kemudian masuk syurga????Firman Allah :

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"{Ali Imran : Ayat 142}

dan firmanNya lagi :

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"{Ali Imran : Ayat 214}

Jelaslah kita tidak boleh memandang remah persoalan hukum dan had yang telah ditetapkan oleh Allah, Dalam sesetengah hal, mungkin ada kelonggarannya, tetapi jangan sesekali mengambil kesempatan dengan kelonggaran ini...Allah itu lebih bersifat Maha Pengampun..Islam itu mudah..tetapi jangan dipermudahkan...jangan berhenti menuntut ilmu agama kerana ilmu itu tiada hujungnya bagi manusia...jangan lepaskan peluang ke program Ilmu dan majlis tarbiah kerana di situ terdapat ramai yang soleh...semoga kita terkesan dengan semangat mereka...jangan merasa diri sudah cukup kerana itulah saat kejahilan terserlah...Jadikan Al-Quran diari yang telah tertulis..hanya untuk mereka yang mahu berfikir....-Insan Biasa
Posted by Insan Biasa at 11:30 PM 1 comments  

Hadith ke-21 : Ahli Ibadah Yang Jahil Dan Ulama yang Fasiq


Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman
ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Riwayat Ibnu Ady)

Keterangan:
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Sebenarnya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi si jahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan. Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya. Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
Penulis : Semakin tinggi ilmu seseorang, semakin besar tangungjawabnya untuk mengubah masyarakat. Sesungguhnya kefahaman dalam beragama itu adalah kurniaan Allah... Ramai dikalangan 'orang agama' yang sepatutnya faham dengan kewajiban mereka akhirnya tunduk dengan tujuan lain..Seperti ramainya ustaz di sekolah tetapi gagal untuk mewujudkan ruh Islam di sekolah berkenaan...
Posted by Insan Biasa at 8:58 PM 0 comments  

Video Pilihan....Susah nak lakukan..Tapi itulah caranya..

3/25/10

Nasihat ni berguna dikala hati gundah dan risau tentang benda remeh..Jazakallah Akhi Husaini kerana memperkenalkan video ni..Walaupun anta melaram panjang lebar tentang benda yang sama, tapi nak tayang video ni jugak..hehe..


Berhati-hati dengan penyakit hati....

3/22/10


Bila mana hidup semakin lama(menurut kiraan manusia), kenalan semakin ramai, ilmu semakin bertambah, perlakuan semakin berubah, pemikiran semakin matang, kata-kata semakin petah, penulisan semakin panjang lebar, maka di situ dia akan diuji dengan cebisan pujian yang menjadikan diri besar tanpa menyedari kekerdilan amalan itu berbanding para syuhada' dan mereka yang telah mendapat kedudukan disisi Allah. Sedangkan pujian manusia hanya bersifat prasangka yang masih tidak diketahui niat sebenarnya. Sedar dengan keadaan ini, namun masih lagi wujud rasa ujub dan riya' dalam diri. Betapa sukarnya mahu membuang perasaan ini. Seakan-akan sudah menjadi darah daging yang tertanam dalam hati. Cukup kuat menghasut diri dan berkata "Aku sudah pandai mengambil hati orang". Sungguh aku telah tertipu dengan sekelumit amalan yang menarik minat segolongan individu hingga meratah niat 'kerana Allah' ini kepada niat 'kerana manusia'...Amatlah rugi keadaan ini...

"Kerana biasanya pujian tersebut muncul dari kemunafikan atau pujian itu akan mengakibatkan orang yang dipuji terlena hingga mendorongnya bersikap sombong setelah dirinya membangga diri (Jum'ah Amin, Auraq min Tarikh Al-Ikhwan Al-Muslimun, ms. 289). Pujian yang kita sangkakan, yang kita harapkan dapat 'mengambil hati' sahabat kita yang dicintai, akhirnya memakan dirinya, hingga hilang keikhlasan bertempur melawan dunia. Itulah kunci punca kekalahannya di medan."

Ujian Di sebalik kata-kata

3/20/10


Firman Allah dalam Surah As-Soff ayat 2 dan 3

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.

Kadangkala terasa agak berat untuk menentang jahiliah dalam diri. Apabila aku mahu meninggalkannya, dia datang dalam bentuk yang sangat halus, tapi rakus merobek hati ini dan akhirnya tewas dek kehalusan itu. Sungguh licik tipu daya syaitan. tanpa disedari aku telah masuk ke perangkap yang lebar, memungkinkan aku melangkah lebih jauh ke alam jahiliah moden yang sedang dipandang indah di mata orang ramai. Apabila aku menasihati orang jangan buat begitu dan begini, datang satu ujian menjadikan aku lemah dan akhirnya melakukan perkara yang sama.. Pernah seorang kakak berkata kepadaku, "Kita akan diuji dengan apa yang kita cakap, jadi berhati-hatilah". Terutama untuk seorang yang pendakwah yang selalu mencegah kemungkaran, akan datang suatu keadaan di mana dia akan diuji tentang apa yang telah dilarangnya itu...Sama ada dia akan melakukannya juga atau mengelakkannya bergantung kapada keimannanya ketika itu..Ini lah ujian Tuhan..Maka benarlah firman Allah seperti yang diatas..Subhanallah...

Kepentingan hidup berprinsip
Pendakwah perlu mempunyai prinsip..Prinsip yang jelas....Terutama yang melibatkan akidah dan akhlak. Jika itu dikatakan tidak boleh, maka dia tidak melakukannya. Jika itu dikatakan mesti dilakukan, itulah yang dia juga mesti lakukan. Tidak boleh hanya melarang dan akhirnya tewas dengan persekitaran yang selalu mendesak. Seperti air sungai yang mengekalkaln sifat tawar biarpun bertemu dengan air laut yang masin. Begitu juga air laut yang tetap masin biarpun bercampur dengan air sungai yang tawar di muara.. Firman Allah:

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
{Surah Ar-Rahman : Ayat 19 dan 20}

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengokohkan) nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
{Surah An-Naml : Ayat 61}

Maka begitulah dengan para Daie. Hidupnya memang perlukan satu pembeda yang kuat. Kuat untuk menghalang pengaruh sekitarnya. Kuat untuk menjadikan kata-katanya dinilai baik oleh yang mendengar. Kuat untuk membuktikan keimanan apabila sedang diuji. Kuat untuk mengatakan tidak apabila ada yang mengajak untuk berfoya-foya..Kuat untuk mengatakan tidak apabila ada gadis yang mengajak menemaninya makan sehingga lewat malam..Adakah sudah kuat prinsip seperti ini dalam hidup setiap muslim yang mengatakan dia seorang Daie? Aku masih belum..Dan aku akan terus mencari kekuatan itu..Meskipun aku selalu gagal...-muazzin

P/s : Baru sahaja melakukan perkara yang aku tidak sukai..Dan aku pernah melarangnya..

Hadith Kedua Puluh : Hamba Menjadi Tuan dan Terbinanya Banyak Bangunan Pencakar Langit..




Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang),
…………kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah saw., "Maka khabarkan kepada ku
tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih
mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba
khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan
melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang
bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk
membuat binaan". (Riwayat Muslim)

Keterangan:
Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini adalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik. Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.

Penulis : Hadis ini juga dibincangkan dalam Kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi(Hadis Ke-2). Adapun hamba melahirkan tuan itu adalah tanda ramainya anak-anak akan menjadikan ibunya seperti hamba. Perkara ini terjadi tanpa disedari. Ramai ibu bapa dengan membuta tuli mengikut kemahuan anaknya sehingga akhirnya merosakkan anak. Kerana anak-anak hilang sifat berdikari dan mudah memberontak jika keinginan mereka tidak tercapai. Kemudian digambarkan bagaimana orang miskin akan menjadi kaya raya. Keadaan ini juga selalu berlaku. Apabila dasar ekonomi bebas dilaksanakan, semua orang berpeluang untuk mengumpul harta. bangunan tinggi terbina dengan banyaknya. Untuk membangga diri dan menunjukkan kehebatan nagara.
Posted by Insan Biasa at 1:23 AM 1 comments  

Ketakutan itu selalu datang.....menyentap jiwa yang lalai ini..

3/13/10


Takut...Seringkali hadir selepas rasa gembira...

Gembira dengan pergaulan dan senda gurau kawan-kawan sekeliling...
Gembira apabila lawak kita diterima mereka...
Gembira apabila diri ini diterima dalam kalangan itu...

Kemudian...Datang rasa takut...Resah...Betulkah apa yang aku lakukan tadi...Adakah aku benar-benar gembira tadi?...Tidak..Aku cuma menghiburkan diri..untuk waktu yang sangat sementara...Untuk membuatkan diriku wujud dikalangan mereka...

Aku takut...Akan tenggelam dalam lautan LUPA...
Aku takut...Akan tenggelam dalam lautan LEKA...
Aku takut...Akan tenggelam dalam lautan GEMBIRA..
Aku takut...Akan tenggelam dalam lautan NIKMAT...

Sedangkan aku tahu...
Itu bukanlah tujuan hidupku...
Itu bukanlah sealiran dengan fikrahku...
Itu adalah punca kematian hatiku...
Itulah yang aku perlu hindari...

Bagaimana aku boleh hidup dalam arus ini?? Sekitarku kuat menghasut...Sehingga kadangkala jiwaku memberontak...sebahagian diriku mendambakan kemewahan dan kecantikan dunia..Aku melihat indah apa yang mereka lakukan..Sungguh indah hingga timbul rasa inginkannya wujud dalam hidupku...

Sebahagian lagi mahu aku kembali kepada hakikat hidupku yang sebenar...
Sebahagian diriku selalu memukul fikiranku..
Sebahagian diriku selalu memarahiku kerana kealpaan ini...
Sebahagian diriku berkata...

Adalah sesuatu yang silap...
Jika kau melihat indah apa yang mereka lakukan..
Adalah sesuatu yang silap...
Jika kau terasa ingin menyertai mereka...
Adalah sesuatu yang silap...
Jika kau menyokong perlakuan mereka dengan pujian yang meninggi..
Kau hidup di kalangan mereka..
Tapi kau bukan mereka...

Bersabarlah wahai hati...inilah jalan ujian TuhanMu...Terus mencari kebenaran...Kerana kebenaran itu tidak sampai kepadamu sendiri...Dan orang yang mencari kebenaran lebih disukai Allah berbanding orang yang menyangka die telah menemuinya...

Aku perlukan hati yang kuat...Hati yang kuat perlukan amalan yang ikhlas..Amalan yang ikhlas perlukan keredhaan Tuhannya...Ya Allah..kuatkanlah hati ini..-muazzin

Hadith ke sembilan belas : Sedikit Lelaki Dan Banyak Perempuan

Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak
ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak
perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang
lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan." (Riwayat Bukhari & Muslim)


Keterangan:
Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan. Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki. Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.

Penulis : Ini kita dapat lihat di mana-mana...Subhanallah
Posted by Insan Biasa at 9:45 PM 0 comments  

Pengaratan sedang berlaku...Minyak griss masih belum mencukupi..

3/9/10


Tuhan menjadikan manusia dengan pelbagai hikmah yang tak mampu kita bayangkan...Adalah sangat malang jika ada manusia yang menyangka dia dilahirkan sebagai beban dan tidak langsung membawa faedah kepada dirinya mahupun orang lain...Manusia merancang pelbagai cara hidup untuk manjadikan dirinya seorang yang berguna..Namun kekerdilan kita kadangkala teruji dengan sedikit musibah yang menghilangkan semangat yang telah dibina sekian lama..Apa yang diimpikan kadangkala tidak menjadi nyata dan mengundang pelbagai andaian manusia tentang keadilan Tuhan...Seringkali menyalahkan takdir dan hampa dengan apa yang tidak berjaya dicapai...sungguh sempit fikiran manusia...

Namun bagi yang faham betapa musibah itu boleh membina kekuatan dirinya, dia akan melihat betapa besarnya nikmat Allah SWT untuknya di dunia..Biarpun orang melihatnya serba kekurangan..Tetapi keluasan rahmat Allah menjadikannya cukup dalam setiap perkara yang dilakukan...Berbanding dengan segelintir manusia yang kaya-raya tetapi tidak pernah berasa cukup dan hatinya tidak pernah dianugerah ketenangan. Sesungguhnya nilai disisi Allah SWT itu sangat berbeza dengan penilaian manusia yang sentiasa menjadikan angka dan material sebagai kayu ukur sebuah kejayaan...Pandangan manusia sering dijadikan kayu ukur kejayaan sedangkan pandangan Allah sering diketepikan...

Perancangan Allah maha hebat...Melampaui jangkaan manusia...Tidak terfikir oleh akal..Itulah keagungan Allah SWT yang sentiasa dilupakan oleh hambaNya..Manusia mampu menjadi lebih mulia dari malaikat, dan boleh menjadi lebih hina dari binatang..Dan penaksiran mulia dan hina ini tentulah berlaku di sisi Allah SWT yang menjadikan setiap makhluk dengan pelbagai keistimewaan...Kekuatan hadir dari hati-hati yang telah biasa tunduk dan menahan diri..Hati yang dibentuk dengan amalan yang ikhlas untuk mendapatkan keredhaanNya...Hati yang dilembutkan dengan alunan zikrullah lidah, fikiran dan amalan..Hati yang faham tentang hakikat sebenar hidup dan mati...Tarbiah hati ini bukan mengambil masa sehari dua..bukan juga setahun dua..tapi sepanjang hidup manusia...Dan kita sendiri akan menjadi saksi atas segala amalan itu..Bagi yang sedang melalui perjalanan hidup ini, sejarah ummat terdahulu banyak boleh dijadikan iktibar..merekalah orang yang telah mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah..Merekalah yang telah diangkat martabatnya oleh Allah SWT dan nama mereka diingati hingga kini..Merekalah yang hidupnya tidak banyak merasa kesenangan hidup dan sering dipandang hina ketika di dunia...Cukuplah itu sebagai bukti kewibawaan mereka...Hanya untuk yang mahu menggunakan Akal dan berfikir....
Posted by Insan Biasa at 11:43 AM 0 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png