Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

RENUNGAN : BILAKAH KAU AKAN BERTAUBAT??

4/29/10


bahan ini adalah inspirasi daripada kitab Syarah al-Hikam Oleh guru kami Dr Zulkifli bin Muhammad al-Bakri dan sahabat kami Us Gunawan HafizahumalLah penulis kitab Masjid.Kedua-dua kitab ini diterbitkan oleh Telaga Biru sdn Bhd.


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". Surah at-Tahrim ayat 8.

Hayatilah ayat ini, ia adalah perintah daripada al-Haqq. Dia memerintahkan diri kita semua agar kembali kepadanya dengan meninggalkan segala kemaksiatan yang kecil mahupun yang besar. Secara hakikatnya ialah, seolah-olah Dia al-Haqq mengilhamkan dalam sanubari hatimu dengan berkata, “Wahai hambaku, tinggalkanlah pakaian burukmu itu (perbuatan dosa dan maksiat), dan kembalikah mengikat hubunganmu denganKu dengan melaksanakan ketaatan. Tinggalkanlah jalan yang jauh itu dan kemarilah dekat kepadaKu”.

Para ULAMA tazkiyyatunnufus telah menyatakan bahawa, taubat itu perlulah mestilah di dasari dengan ilmu pengetahuan dan keazaman serta usaha agar maksiat ditinggalkanSerta mestilah istiqamah untuk menuju kepada ketaatan melibatkan perilaku atau perbuatan.Perkara ini semuanya berkaitan dengan amalan ataupun routine hariannya. Amalan ini adalah menunjukkan kepada keimanan seseorang hamba.

Mengapakah taubat itu perlu di dasari kepada keimanan?. Ketahuilah bahawa ilmu pengetahuan merupakan dasar yang mengikat iman kepada Allah swt, sedangkan perilaku atau perbuatan merupakan sesuatu yang muncul daripada ilmu pengetahuan. Manakala amalan lahir daripada renungan, penghayatan dalam hati dan anggota badan serta kebiasaan. Oleh itu wahai para sahabat yang mencari jalan menuju kepadaNya, hendaklah dirimu mengenal ilmu pengetahuan tentang hal ini. Hendaklah dirimu mengatahui bahawa, perkara maksiat, derhaka dan lalai dalam laranganNya adalah punca terbesar wujudnya dosa-dosa. Dosa-dosa pula berkaitan dengan perbuatan-perbuatan jahat yang berasal dari pujuk rayu syaitan, dan hawa nafsu yg tidak ditarbiyyah.Yakinlah bahaw kita memiliki Allah yg bersifat dengan sifat alAfuww yang sentiasa memberi kemaafan terhadap hambaNya yang bertaubat kepadaNya. Ini juga disebutkan sebagai Rabbun Ghofurun...

Sumber : Facebook Ustaz Zahazan.

Sebagai perkongsian bagi hamba yang sering melakukan kesilapan akibat selalu lupa dan leka dengan nikmat dunia..Kadangkala merasakan diri ini dekat dengan Allah..Kadangkala merasakan diri ini jauh dan mudah melakukan dosa dan maksiat..Akhirnya penyesalan demi penyesalan timbul dalam diri..sedangkan dosa itu masih berulang..dan berulang..Selalu mempersoalkan bagaimana Allah akan menerima diri ini..Namun sangkaan baik terhadap Allah melenyapkan persoalan ini..Sesungguhnya Allah sayangkan hambaNya yang sentiasa ingin memperbaiki diri dan mencari kebenaran..Meskipun dia kerap tersungkur di lembah kemaksiatan...Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"{An-Nisa'(4): Ayat 110}


Posted by Insan Biasa at 9:25 AM 0 comments  

Cabaran pendidikan Iman

4/16/10


Pada pengutusan yang sebelum ini, aku telah luahkan sedikit ketidakpuasan hati tentang pandangan para pemimpin yang mengambil langkah yang mungkin tidak memberi kesan besar kepada masalah pembuangan bayi dan penyakit sosial terutamanya berhubung dengan seks. Mungkin itu cuma satu luahan yang hanya menuding jari kepada pihak pemimpin tanpa memberi solusi dan cadangan untuk membendung masalah ini. Mungkin kerana merasakan tidak mungkin cadangan kita diterima kerana kekerdilan diri dalam sistem masyarakat. Apalahdayaku. Tetapi jika difikirkan kembali, bagaimana cadangan itu akan berkembang jika kita tidak mulakan. Mungkin hanya dengan memberi cadangan bolah menyedarkan segelintir pihak yang inginkan sedikat nasihat yang berkadar sederhana dari tulisan yang sederhana. Maka aku tergerak untuk menulis sesuatu yang aku yakin telah lama difikirkan oleh ramai orang..Tetapi tak ramai yang mampu melakukannnya..

Apa itu iman?

Secara anmya Iman adalah suatu keyakinan, suatu kepercayaan. Kerana itu dalam Islam terdapat 6 Rukun Iman. Iaitu rukun yang wajib dipercayai oleh setiap individu muslim dalam setiap perikalu mereka. Jika keenam-enam atau salah satu rukun ini dilanggar sewenang-wenangnya, maka rosaklah iman seseorang. Contohnya seorang yang beriman tidak akan pecah amanah, kerana dia percaya adanya Allah yang selalu melihatnya, adanya malaikat yang selalu mencatit amalannya, adanya hari akhirat di mana dia akan diazab jika pecah amanah. Inilah yang akan menghadkan segala perlakuan orang yang beriman. Kerana adanya imanlah yang membentuk peribadi seseorang. Kerana adanya imanlah yang akan menambah kemanisan dalam beribadah. Iman akan mententeramkan jiwa ketika ditimpa musibah, kerana keyakinan kepada qada' dan qadar. Iman akan menambahkan kecintaan kita kepada Rasul walaupun kita tidak pernah bertemu dengannya. Iman dkan membuatkan kita rapat dengan Al-Quran, kerana kita percaya akan segala isinya untuk kebaikan penghidupan di dunia dan akhirat.

Memelihara dan memupuk iman.
Setiap individu muslim belum tentu beriman.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?-{Al-Ankabut : Ayat 2}

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar? -{Ali-Imran : Ayat 142}

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.-{Al-Baqarah : Ayat 214}

Iman manusia biasa seperti kita ada turun naiknya. Kadangkala kita suka untuk beribadat, kadangkala kita akan dikuasai rasa malas. Hati manusia tidak tetap sifatnya, selalu berbolak-balik. Maka itu memerlukan latihan berbentuk ibadah. Dan ini memerlukan satu mujahadah yang kuat. Kadangkala kita sudah merazam untuk meninggalkan sesuatu maksiat, tetapi masih melakukannya akibat persekitaran yang kurang membantu. Maka di sini kita perlukan keazaman yang tinggi disamping berdoa Allah mengurniakan kepada kita hati yang kuat, keazaman yang jitu dan persekitaran yang membantu.

Iman pada awalnya dididik oleh ibu bapa, kemudian individu itu sendiri akan mendidik imannya. Mendidik iman perlukan mujahadah dan keazaman yang tinggi dari segi perkataan, perbuatan dan niat. Contohnya untuk menjadikan diri tahan dengan godaan dan penuh dengan sifat sabar, kita diajar untuk banyak berpuasa. Untuk menjaga hati daripada terpaling ketika diuji, kita diajar untuk solat, berzikir dan membaca Al-Quran. Terdapat banyak amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk menjaga dan mendidik iman. Semuanya perlu diamalkan secara konsisten. Kita perlukan persekitaran yang baik untuk melakukannya. Jadi pilihlah rakan yang sesuai..Rakan yang sentiasa boleh mengingatkan kita jika kita sedikit terpesong atau alpa. Hidup keseorangan atau tanpa sahabat yang soleh/solehah akan menjadikan kita hanyut. "Harimau akan menyerang rusa yang tidak bersama kumpulannya". Maka hidup dalam jemaah adalah satu cara yang berkesan dan perlu diamalkan. Selalulah pergi ke program agama seperti usrah, ceramah dan forum yang boleh membuatkan hati kembali lembut dan iman kembali ke paras yang optimum. Syurga itu mahal harganya. Hanya mereka yang benar-benar bersungguh akan dipilih Allah. Semoga kita dalam golongan yang sentiasa mendidik iman.

"Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',"
{Al-Baqarah : Ayat 45}
Posted by Insan Biasa at 11:01 PM 0 comments  

Hadith ke 24 : Peperangan Demi Peperangan



Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".
(Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan:
Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaan sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibat berlakunya peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri. Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.

Penulis : Peperangan kecil dan besar sudah menjadi lumrah dunia. Kadangkala kita merasa seperti tiada tempat yang selamat. Hanya doa yang mampu dipanjatkan kepada Allah untuk mengelak dari fitnah dan peperangan.
Posted by Insan Biasa at 10:51 PM 0 comments  

Pendidikan Seks dan Pendidikan Iman

4/11/10


Pagi tadi Menteri Bertanggungjawab menekankan bahawa kementerian pendidikan perlu menekankan secara serius tentang pendidikan seks di sekolah agar para pelajar berwaspada dan pergaulan bebas yang sering mengakibatkan aktiviti tidak bermoral dan akhirnya membawa kepada tragedi seperti pembuangan bayi yang tidak terkawal lagi. Pendidikan seks seperti satu kaedah yang berkesan untuk memberi kesedaran dan membendung kes buang bayi dan perlakuan sumbang. Belum dikisahkan lagi dengan kes pelik lain yang melibatkan seks dan perlakuan luar batasan manusia yang membuatkan kita menggaru kepala ketika mendengarnya..Persoalannya...Berkesankah pendidikan seks??

Jika dilihat dari perkataannya.."Pendidikan Seks"..Seperti mahu mengajar para pelajar tentang seks..Suatu ketika dahulu ditentang oleh ramai ibu bapa..Maka cadangan ini terdiam begitu sahaja..Namun jika dilihat dari silibusnya, pendidikan seks lebih kepada pendedahan kepada pelajar tentang akibat beberapa perbuatan yang salah dari segi moral dan agama dan mengakibatkan pelbagai penyakit masyarakat. Maka disini pelajar seperti perlu tahu bagaimena mereka perlu mengelakkan terjadinya kejadian seperti itu...Betul..Ini sesuatu yang baik..

Namun cadangan ini umpama mencantas pucuk pokok..Akan tumbuh lagi pucuk yang lebih banyak..Kerana seks adalah satu keseronokan bagi manusia..Jika ia telah menular dalam suatu sistem masyarakat...Maka ia bukanlah lagi sesuatu yang asing dan tidak lagi dihiraukan oleh orang ramai..Pergaulan bebas dilihat biasa..Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berhati-hati..Jangan sehingga melahirkan anak..Kerana pelajar telah dididik dengan cara ini...Mereka tidak dididik bagaimana cara mengelakkan diri dari perhubungan tanpa ikatan sah..Cuma yang diajar bagaimana menelakkan diri daripada mengandung anak luar nikan..Sedangkan zina tetap berleluasa..

Kini kedudukan sosial manusia telah berubah..Institusi keluarga tidak lagi seperti dahulu..Ibu bapa tidak lagi mampu bersama anak-anak dengan masa yang optimum dan bernilai..Perubahan nilai pemikiran manusia semakin luntur akibat penjajahan pemikiran barat yang meletakkan nilai keseronokan dan kemewahan sebagai nilai material yang mesti dikejar. Pergaulan dengan bukan mahram adalah satu perkara yang biasa..Tidak lagi dilihat salah..malah itulah satu keperluan yang dikatakan 'fitrah' manusia..Perlukan belaian dan kasih sayang..Mereka yang tidak terlibat dalam perkara ini dituduh kolot dan tiada perasaan..

Berbeza apabila kita tidak melakukan sesuatu itu kerana "takut mengandung" dengan "takutkan Allah"..Apa yang dilihat kini lebih kepada pendekatan 'takut mengandung'..Maka manusia akan hanya mengambil lahgkah berjaga-jaga tetapi masih melakukan zina..Jiwa yang takutkan Allah sudah hilang di hati masyarakat kita..Kerana amalan itu sudah tidak lagi dilakukan..Amalan Islami..Dakwah..

Kita hanya belajar tentang Islam di kelas-kelas khas di sekolah..Selepas tamat zaman persekolahan..Ilmu agama tidak lagi dituntut kecuali mereka yang mengambil jurusan agama. Ilmu fardhu ain yang dipelajari di sekolah tidak dijadikan amalan dan cuma diamalkan di majlis-majlis tertentu. Itupun jika rajin pergi ke majlis agama..Akhirnya ilmu cuma tinggal ilmu dan tidak lagi menjadi amalan..Sedangkan hati memerlukan penjagaan dengan amalan yang konsisten..Maka wujudlah Islam yang hanya di amalkan semasa solat 5 waktu, Islam yang cuma diamalkan di masjid-masjid..Islam yang cuma diamalkan di majlis-majlis tertentu..seperti tahlil arwah dan kenduri kesyukuran..itu pun jarang sekali dilihat anak-anak muda mengikutinya..Akhirnya mereka lupa dan tidak nampak kepentingan ilmu agama...Kerana tidak dicari dan tiada yang memberi..

Pendidikan Iman tidak hanya dijalankan dengan ilmu..Tetapi dengan amalan dan peringatan yang tidak boleh dihentikan bagi menjaga ketetapan hati..Amalan dakwah kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran bukanlah tanggungjawab pak ustaz, imam dan tok bilal..tetapi tanggungjawab mereka yang bergelar Muslim..Terjadinya kes-kes pelik melibatkan keruntuhan moral masyarakat kini adalah kerana terhentinya proses dakwah dalam masyarakat, atau hanya sedikit yang memainkan peranan..Kerana keselesaan yang sedang dirasakan kini, ramai yang lupa tentang kefardhuan ini..Maka Allah telah menurunkan pelbagai penyakit masyarakat yang menakutkan dan kita hanya mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang berada di permukaan..

Manusia punya nafsu yang kadangkala boleh menguasai akal. Bukan seperti haiwan yang bernafsu dan nafsunya mungkin boleh dikekang dengan cara tertentu..Nafsu yang menguasai akal akan menjadikan pelbagai masalah yang tidak pernah berlaku sebelumnya..Maka dengan pendidikan iman sahajalah manusia mampu mengekang nafsu..Mengekang kes sosial dengan pendidikan seks adalah sebuah ilusi yang difikirkan perlu oleh pemimpin yang kurang ilmunya untuk menampakkan mereka membuat kerja dan berkhidmat untuk masyarakat..Sedangkan masyarakat sedang sakit dan membutuhkan pemimpin yang berani dan mampu menjalankan dakwah dan mengetepikkan kemewahan dunia untuk kemaslahatan ummat..
Posted by Insan Biasa at 10:27 PM 2 comments  

Hadith ke 23 : Golongan Ruwaibidhah


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan:
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Penulis : pemimpin yang berpura-pura hebat dan menjalankan integriti sedangkan dialah yang melakukan pelbagai penyelewengan..Sungguh menyedihkan.
Posted by Insan Biasa at 9:48 PM 0 comments  

Hakikat sebuah Kejayaan

4/3/10


Kerjaya dalam bidang pendidikan menyaksikan sedikit kecenderungan manusia mengejar sesebuah kejayaan yang satu. PNGK 4.o menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Kegigihan mereka yang inginkan kejayaan terserlah dengan kegigihan mereka bersusah payah datang setiap hari berjumpa pensyarah untuk bertanyalan soalan. Keadaan ini sungguh menyentuh hati. Terkadang meningkatkan semangat pensyarah untuk terus memberikan seberapa banyak ilmunya sehingga di saat akhir. Akhirnya pelajar sebegini akan mendapat apa yang diimpikannya. Tempiasnya kepada pensyarah yang mengajar mereka. Tersenyum lebar dan puas atas penat lelah melayan karenah pelajar sebelumnya. Ini juga sebuah kejayaan bagi seorang pensyarah.

Itulah kejayaan pada manusia. Berjaya mengejar cita-cita. Berjaya mendapatkan kereta idaman. Berjaya menambat hati orang tersayang. Berjaya mengumpul harta. Kejayaan demi kejayaan ditempuhi manusia menjadikannya puas dan bahagia. Bahagia kerana kejayaan ini diperoleh hasil titik peluh dan penat jerih dalam masa-masa tertentu. Kecenderungan kepada nilai material dang angka yang besar menjadi kayu ukur untuk berjaya. Markah yang tinggi, anak yang ramai dan harta yang banyak.

Kejayaan bersifat subjektif. Membawa pengertian yang sangat besar. Allah SWT Maha Adil. Setiap manusia dijadikan dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Dalam bidang yang berlainan dan pelbagai. Tiada yang sia-sia. Firman Allah SWT dalam surah Al Mukminun, ayat 115:


"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia. Biarpun seorang tukang sapu. Betapa bermaknanya mereka. Jika mereka tiada, seluruh tempat akan menjadi kotor. Maka tukang sapu telah berjaya menjadikan banyak tempat bersih. Itulah kajayaannya. Tahniah kepada tukang sapu. Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif masing-masing.

Kejayan Menurut Al-Quran
Kejayaan tercipta setiap hari. Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, kejayaan yang baru bakal muncul. Setelah berjaya, manusia akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam juga menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui yang diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran:

1) Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

2) (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,


3) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,


4) dan orang-orang yang menunaikan zakat,


5) dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,


6) terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.


7) Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.


8) Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.


9) dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.


10) Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,


11) (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

{Al Mukminun : ayat 1-11}

Jelas dalam ayat ini menerangkan hakikat sebenar kejayaan. Iaitu mereka yang akan mewarisi syurga Allah dan kekal di dalamnya. Kerana dunia hanya akan kita rasakan seperti atu kerdipan mata ketika di padang mahsyar kelak. Maka ramailah yang akan tahu betapa mereka telah tertipu dengan kejayaan yang mereka kejar di dunia. Sememangnya beruntunglah mereka yang mengutamakankan uruan akhirat dalam segala hal. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengaitkan kehidupannya dengan dunia yang kekal abadi. Manusia yang selalu lupa akan hakikat ini menyangka semua kejayaan yang dimiliki akan kekal..Sedangkan mereka masih lagi di dunia..Dan dunia bersifat fana(hancur).

Kejayaan bukan hanya dalam pelajaran
Jadi ternyata tidak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tidak semestinya mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa mampu bertahan(survive) dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar. Mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan. Maka tiada kata putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran...Tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu..Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya..Percayalah..Rahmat Allah itu luas..Dan Allah sesekali tidak suka orang yang berputus asa..Walaupun kadangkala hambaNya itu melampaui batas.

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang-
{Az-Azumar : Ayat 53}


P/S : Semoga berjaya untuk palajar Kolej Matrikulasi Labuan..Semoga dapat mencapai apa yang diidam-idamkan..Amin

Hadith ke-22 : Orang yang berpegang pada agamanya ibarat memegang bara api


Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu
zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)

Keterangan:
Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Penulis : Untuk mereka yang selalu terlibat dengan aktiviti dakwah tentunya merasa sedikit sebanyak kebenaran Hadis ini..Kerana kadangkala terasa sukar untuk menjalankan aktiviti kerana tetakan pihak tertentu yang berkepentingan..Tetapi hanya sabar yang boleh mengatasi segala cabaran ini..Hanya sifat sabar yang dapat menundukkan mereka yang membelakangkan agama untuk kepentingan peribadi..Kerana Allah bersama orang yang sabar
Posted by Insan Biasa at 12:30 AM 0 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png