Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Merdekanya Seorang Muslim

8/31/10


Semua orang gembira dengan kemerdekaan..Menyambutnya sebagai satu cara menghargai keharmonian yang sedang dinikmati negara..Bangga dengan pencapaian para pemimpin yang bijak mengemudi negara..Menaikkan taraf hidup rakyat dan ekonomi yang semakin pulih..Alhamdulillah...Kita memang sudah merdeka..Pada mata kasarnya...

Setiap hari kita dengar berita pembunuhan....Jenayah kecurian, ragut, pecah rumah, dan rompak juga disusuri dengan pembunuhan..Nyawa manusia tidak lagi bernilai...Adakah kita sudah merdeka???

Setiap hari kita mendengar berita pembuangan bayi..Malah semakin teruk dan kreatif caranya...Anak luar nikah membanjiri tong sampah, longkang, lombong dan sungai-sungai kecil...Baik sedikit diletakkan di masjid dan rumah perumahan..Adakah kita sudah merdeka??

Aktiviti sumbang remaja yang keterlaluan bercinta menghambakan diri untuk kekasih hati semakin tidak dapat dikawal..Hubungan cinta yang telah menjadi kemestian remaja menjadikannnya sebagai matlamat dan akhirnya terjerumus dalam pergaulan bebas yang menjijikkan dan memusnahkan masa depan diri...Ini masih sedang berlaku dengan giatnya...Adakah kita sudah merdeka????

Saban hari guru berdepan dengan adegan samseng pelajar..Mengugut untuk membunuh dan mencederakan...Pelajar lebih hebat gayanya dan melihat guru lekeh..Rasa hormat hilang...Pelajaran bukanlah keutamaan...Pelajar mendapat kemudahan seperti Handfon, internet, dan komputer dalam sela masa yang tidak sesuai dengan umur mereka..Mudahnya berlaku salah guna dan ibu bapa tidak mampu mengawalnya...Adakah kita sudah merdeka??

Penderaan manusia tanpa rasa kasihan..Anak mendera ibu..Suami medera Isteri...pembantu rumah mendera anak majikan..pembantu rumah didera...Di mana pertimbangan waras manusia..Seperti ada satu tekanan dalam masyarakat kita..Adakah kita sudah merdeka??

Merdeka yang sebenar adalah kejayaan ditempatkan dalam keredhaan Allah..Seterusnya memperoleh syurganya kelak...Merdeka adalah kejayaan membebaskan diri daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah..Merdeka adalah kejayaan mewujudkan masyarakat Islam yang bebas dari belenggu pemikiran barat...Ya..kita belum sepenuhnya merdeka...

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga ’Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah bagi orang yang takut kepada Tuhannya.” (QS al-Bayyinah [98]: 7-8)
Posted by Insan Biasa at 8:42 AM 0 comments  

Hadith ke 28 : Ujian Yang Dahsyat Terhadap Iman

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu
beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang
sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang
dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di
waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual
agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." (Riwayat Muslim)

Keterangan:
Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujian terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.


Posted by Insan Biasa at 6:39 AM 0 comments  

Makna Jihad??

8/27/10



Seorang Teman bertanya tentang Jihad fi sabilillah...Maka inilah jawapan versi muazzin..ada siapa2 mahu tambah atau betulkan..dialu-alukan...


Soalan :

muazn.. apa sebenanye maksud 'jihad fi sabilillah' ?n cane kite nk berjihad di zmn moden ni?heee.. hr tu aku dgr tazkirah kt surau tp ustaz tu xbg cth jihad plak.. xkn nk berperang kot.. alhmdllh kite skng aman je kn xperlu nk perang2..=)


Jawapan :

Untuk kita orang awam ni..lebih mudah faham dengan perkataaan mujahadah..Lebih kurang mengawal keinginan untuk mendapat keredhaan Allah...Itulah Jihad Fi sabilillah(Berjuang di jalan Allah)


Kalau nak kate sekarang tak perlu berperang tak jugak..sampai masa kita perlu berperang...Berperang melawan tentera kufar dengan mata pedang tu pasti akan berlaku nanti..cuma menunggu masa...sebab kekuatan umat Islam sekarang tak cukup nak berperang ke arah tu...kita berpecah2 dan bergaduh sesama sendiri..camne nak menang..


Lepas perang Badar..Nabi pernah bersabda "Kita baru sahaja selesai perang kecil dan akan kembali untuk perang besar"...Menurut ulama..Perang yang besar tu maknenye melawan hawa nafsu..itulah perang yang ramai kita ni kalah..dan kadang2 kita tak sedar pon kita dah kalah oleh hawa nafsu dan keinginan..


Bagi orang awam..Jihad zaman moden ni lebih kepada cuba mengelakkan diri dalam arus jahiliah moden..contohnya hiburan yang melalaikan...pergaulan bebas...tak terlibat dengan korupsi..Penyalahgunaan pangkat...Pemimpin yang zalim dan bnyk lagi la...kalau kita dapat elakkan bende ni semata-mata nak cari keredhaan Allah..itu boleh kira jihad fi sabilillah..


Selain tu..amalan-amalan baik pon boleh kira jihad fi sabilillah..contohnya memberi ceramah, bersedekah, membantu orang susah, fakir miskin, menyebarkan Ilmu Allah dan menyampaikan kebenaran..Tu pon jihad fi sabilillah..


Jihad macam berperang itu pon tak dinafikan hebatnya..Mana tidaknya..Siapa je yang mampu bedepan dengan maut nak pertahankan agama...Malah matlamat berperang tu sama ada menang dan syahid..Hebat sungguh orang terdahulu...Dan nak pupuk semangat jihad bukanlah mudah..Kene ada mujahadah diri dan amalan..Kita ni nak bangun subuh solat berjamaah pon liat...Camne nak pergi berjihad kat medan perang..Tentera Islam dulu tiap2 malam qiamullail...Ilmu masing2 bukan main hebat..sebenarnya kita dah jauh ketinggalan..Tapi dalam proses pemulihan selepas kejatuhan sistem khalifah...Mungkin memakan masa ratusan tahun lagi...Allah pernah berfirman hanya sedikit yang beruntung di akhir zaman...Iaitu mereka yang sentiasa menjalankan amar makruf nahi mungkar...Dan berpesan2 dengan kebenaran..hanya sedikit...Semoga kita di kalangan yang sedikit...


"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}"


Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad* diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar."{Ali Imran : 142}


*Jihad dapat bererti:

1. berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam;
2. memerangi hawa nafsu;
3. mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam;
4. Memberantas yang batil dan menegakkan yang hak.
Posted by Insan Biasa at 9:14 PM 2 comments  

Hadith ke 27 : Tanah Arab yang Tandus Menjadi Subur..

8/24/10


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; "Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai". (Riwayat Muslim)

Keterangan:
Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya. Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.

Penulis : Malah pernah suatu ketika bumi arab dihujani salji...Subhanallah..Sesungguhnya tanda-tanda itu sudah sangat dekat..
Posted by Insan Biasa at 11:57 PM 1 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png