Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

"Cikgu..macam mane nak tegur abah tak sembahyang?"

10/29/09


Sewaktu mengajar tajuk "Dakwah tanggunngjawab bersama", terdiam seketika apabila aku ditanya soalan sebegini...Terasa agak lemah apabila tidak mampu membantu pelajar ini. Sungguh sukar keadaannya. Aku mungkin tidak merasainya kerana dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan sembahyang. Kalau belum sembahyang, belum baca Quran, tak boleh tengok TV, tak bolah main, tak boleh jumpa kawan-kawan dan sebagainya. Maka hari ini aku menjadi seperti ini, walaupun belum menjadi muslim yang sempurna mukminnya(sedang berusaha ke arah itu insyaAllah), aku akan risau jika tidak melakukan tuntutan mendirikan tiang agama, bersolat. Tapi untuk budak sekecil ini, yang baru mahu mengerti kepentingan solat itu sendiri, tetapi melihat orang yang ingin mereka contohi mengabaikan solat, tentulah akan berlaku delima dan konflik dalam diri mereka. Sudah tentu dugaan untuknya lebih besar berbanding aku ketika umur sekecil itu. Aku cuma mampu menasihatinya untuk teruskan usaha bersolat dan cuba untuk tidak meninggalkannya. Mudah-mudahan bapanya akan terbuka hati untuk bersolat setelah melihat anaknya sendiri mendirikan tiang agama itu. Kepada yang mempunya idea menarik untuk dikongsi, bagaimana untuk aku menjawab soalan ini, dialu-alukan memberi komen dan pendapat...
Posted by Insan Biasa at 11:43 AM 6 comments  

Gempa bumi, sejadah berdiri dan Beyonce......huhu

10/21/09

Gempa Bumi
Gempa yang menggegarkan negara jiran baru2 ini sungguh menyayat hati dan membuka mata banyak pihak. Ramai yang berduka dan menghulurkan bantuan yang diperlukan. Berduka dengan nasib yang menimpa saudara seagama. Panduan buat yang masih tidak ditimpa malapetaka. Mengakui kekuasaan Allah membinasakan sesiapa yang dikehendakiNya. Ujian untuk ummat Islam di sana. Pengajaran untuk sekitarnya. Namun masih ada suara sumbang yang melihat dengan ilmu buntu tentang kejadian ini. Hingga melibatkan nasib manusia sebagai penyebab segala kejadian. Hilangkah pertimbangan aqidah hingga melihat angka tarikh lahir dan huruf nama manusia sebagai 'malang' dan membawa malapetaka. Bukankah Allah yang menentukan segala sesuatu?Sungguh menyedihkan..

Sejadah Berdiri?
Beberapa hari ini, malah sejak dulu aku pernah terdengar perkara ini. Lazimnya manusia kagum, taksub, dan mengakui kebesaran Allah apabila melihat keajaiban di depan mata..Subhanallah. Namun adakah setelah melihat sejadah berdiri ini baru kita melihat kebesaran Allah.? Dengan melihat sejadah berdiri baru merasa kagum dengan kejadian pelik dan aneh yang berlaku di sekitar kita dengan pelbagai ragam. Jadi di manakan letaknya kekaguman kita pada Al-Quran yang telah lama menjadi kekaguman sejak dahulu lagi. Banyak lagi ayat2 Allah dan hadis2 yang boleh menginsafkan dan menambahkan keimanan manusia. Mengapa perkara ini yang dibesar-besarkan dan menjadi bualan ummat Islam. Jika Allah ktakan 'jadi' maka jadilah ia.. Sungguh pelik manusia. Termasuk diriku.

Konsert Beyonce
Minggu ini akan diadakan konsert makhluk penjajah minda bernama Beyonce. Namun akhirnya terpaksa ditangguhkan kerana alasan beliau(konon). Banyak pihak membantah dan mengadakan pelbagai cara agar beliau tak masuk bumi Malaysia. Alhamdulillah.. Masih ada yang sedar. namun lebih ramai yang menyokong dengan alasan cuma hiburan dan suka2. Dan lebih malang lagi yang menyokongnya adalah yang mempunyai kuasa. Dikala kita patut berkabung dengan penderitaan umat Islam yang ditimpa bencana, ada lagi yang mahu bergembira. Di mana sensitiviti umat Islam tentang saudara mereka? Cuma nak menghormati kaum lain kita sanggup menggadaikan pegangan kita. Di mana kuasa kita sebagai bumiputra Islam??huhu...cuma menyampaikan hasrat hati....untuk mengingatkan diri..-muazzin
Posted by Insan Biasa at 4:03 PM 2 comments  

Hadith Kelima Belas : Dua golongan penghuni neraka.

Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,. ''Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pemah aku lihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok waktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (ponok unta yang condong). Kedua golongan ini tidak akan masuk sorga dan tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum sorga itu sudah tercium dari jarak perjalanan yang sangat jauh, (HR. Muslim)

Keterangan
Kebenaran sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat hari ini. Ada golongan yang seenaknya memukul orang lain dengan cambuk tanpa ditanya, bertindak dengan hukum rimba. Banyak perempuan yang berpakaian tetapi telanjang. Maksudnya, kalau dikatakan berpakaian pun boleh, karana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita katakan bertelanjang pun boleh juga, karena walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain saja. maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun dia berpakaian dengan pakaian yang sangat nipis sehingga memperlihatkan warna kulit dan menampakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil mengayun-ayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti ponok(bonggol) unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau harumnya, walaupun semerbak harumnya telah tercium darij arak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Penulis : Undang-undang rimba=sesiapa yang kuat, dialah yang berkuasa. Boleh memerintah sesuka hati dan menganiaya sesiapa yang dia kehendakai. Kebal dari undang-undang manusia kerana mempunyai harta untuk membeli kekuasaan. Pakaian yang ketat sudah menjadi 'trend' muda-mudi. Perempuan yang memakai jeans biasanya ketat. Kesalahan yang sudah menjadi kebiasaan. Hingga jika ditegur, kita akan dilihat kolot. Semoga jiwa kita sentiasa dalam rahmat Allah.(pesanan untuk diri)
Posted by Insan Biasa at 3:47 PM 2 comments  

Mengapa kamu kata tapi tak lakukan??

10/9/09


Apabila mendapati sahabat dalam kesusahan atau ditimpa musibah, kita cenderung untuk melafazkan kata-kata manis untuk menyedapkan sahabat itu...Ini adalah amalan yang baik dan mulia. Malah, kita juga digalakkan selalu menasihati dan mengingatkan orang lain dan diri sendiri tentang hikmah di sebalik ujian Allah dan bagaimana untuk menenangkan diri apabila diuji. Maka keluarlah kata-kata hikmah dan ayat-ayat yang indah dari Al-quran, hadis dan kata-kata pujangga seperti.

"Allah tak uji kita melainkan apa yang kita mampu"

"Ujian itu adalah untuk orang-orang beriman"

"Hidup orang beriman tidak mungkin tenang, kerana kesenangan untuknya Allah beri di akhirat kelak. Jika dia bersabar"

"Ujian itu penghapus dosa, jika bersabar ganjarannya sangat besar"

"Jika doa tidak dimakbulkan, Allah mahu beri yang lebih baik"

"Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya"

"Ujian itu diturunkan untuk hamba yang Allah peduli"

"Jika kamu telah berdoa tetapi masih tidak makbul, selidiklah amalanmu"

"bersabar, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini"

Sememangnya kita perlu menyokong dan menenteramkan mereka yang menerima musibah. Dan cara terbaik ialah kita bersifat empati atau cuba meletakkan diri di tempat mereka. Merasai derita orang yang ditimpa musibah. Bimbang jika musibah yang sama menimpa kita, adakah kita juga mempunyai kekuatan seperti mereka yang sedang diuji itu. Kerana telah tertulis dalam Al-Quran:-

"Hai orang-orang yang beriman,
mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa
kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.
" {Surah As-Sof : Ayat 2 dan 3}

Aku pernah mendengar kata seorang kakak senior semasa belajar di upsi. Katanya "Kita akan diuji atas apa yang kita perkatakan". Berdasarkan ayat dari Surah As-Sof ini, memang aku sedar setiap kata-kataku mungkin akan diuji Tuhan. Ya Allah..berilah kekuatan kepada aku..Mungkin mudah aku berkata. Tetapi masih banyak yang tidak kulakukan...ampunkan aku...

Ps : Gagal temuduga..Ujian...

Kerosakkan akibat tangan-tangan manusia

10/5/09

gempa bumi di indonesia Pictures, Images and Photos


Kita semua bersedih dan terkejut atas apa yang berlaku di sekitar dunia baru-baru ini. Pelbagai bencana alam berlaku dalam sengga masa yang dekat di pelbagai kawasan. Ribut, gempa bumi, tsunami, hujan batu, dan banjir telah membunuh ribuan nyawa. Terutama apa yang berlaku du Padang, Sumatera yang kita yakin kebanyakkan warga di sana adalah umat Islam. Saudara kita. Sama-sama kita menghulurkan bantuan semampu kita dan mendoakan saudara kita di sana supaya diberikan Allah kekuatan jiwa dan mental dalam menghadapi musibah ini.

Memang mudah untuk kita berkata kepada mereka, "Bersabarlah, pasti ada hikmah di sebalik ini". Tetapi bagi mereka yang melaluinya pastinya lebih berat. Kehilangan tempat tinggal, harta dan keluarga tersayang. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan kesusahan kepada hambanya melainkan apa yang mereka terdaya menerimanya. Dan kesusahan yang ditimpakan itu menandakan Allah masih sayangkan kita dan mahu kita sentiasa beringat akan apa sahaja yang kita lakukan. Mungkin ada kekurangan dalam amal perbuatan ini. Jika kita ditempatkan dalam diri menagsa, apalah yang mampu kita lakukan..Semoga semua ummat mengambil pengajaran. Ya Allah..Ampunkanlah hambamu.....
Posted by Insan Biasa at 6:33 PM 0 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png