Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Kata-kata lelaki boleh menelanjangi wanita..selamatkan dirimu puteriku

7/31/09

Tergerak saya menulis sebegini apabila saya sedikit terdedah dengan keadaan semasa yang membimbangkan. Pergaulan kini bukan bermaksud berjumpa dan bertentangan mata, malah pada era internet dan multimedia, pergaulan perlu ditafsir dengan maksud yang lebih luas. Pergaulan yang dimaksudkan adalah pergaulan remaja lelaki dan perempuan. Pada saat ini mereka termasuk saya mungkin memandang penting perhubungan yang belum kita ketahui di mana akhirnya ini. Kini ramaja boleh berhubung melalui pelbagai laman web sosial seperti friendster, myspace, facebook, yahoo messenger, mirc, skype dan banyak lagi. Mereka yang tak tahu salah satu daripada laman ini akan di cop ketinggalan zaman dan dianggap pelik. Kerana perkara seperti ini telah menjadi satu keperluan yang diidam-idamkan oleh remaja untuk mencari pasangan terutama yang berlainan jantina.

Dalam keghairahan melalui zaman emas ini, remaja yang tidak berhati-hati cenderung untuk melakukan perkara yang memalukan dan merosakkan maruah diri. Biarpun tidak bertemu, mms dan email menjadi perantara untuk melihat gambar-gambar yang dikatakan ‘private’. Bagaimana mereka boleh memberikan gambar ’private’ walaupun masih belum berjumpa? Apa yang mereka fikirkan?? Inilah kuasa ayat atau kata-kata yang mampu mengubah persepsi seseorang. Ayat lelaki yang membawa wanita di ambang fantasi yang mereka sangkakan realiti. Tidak keterlaluan jika saya katakan seseorang lelaki diberi anugerah semulajadi untuk memuji dan wanita pula mudah terlalai dengan pujian. Hanyut dengan janji manis yang disangka benar dan seperti berpjak di bumi nyata. Pada awalnya keadaan kelihatan terkawal, tetapi akhirnya kebanyakkannya akan tewas dek kata-kata manis ini. Tidak perlu saya mengungkap bentuk kata-kata ini, mungkin yang membaca boleh membayangkan sendiri atau sudah berpengalaman dengannya. Sememangnya ini telah lama terjadi dan mungkin ini hak individu. Tetapi saya menulis untuk melahirkan rasa kesal dan sedikit hilang keyakinan dengan pemikiran wanita yang mudah dibuai kata-kata.

Mungkin ini salah kaum lelaki, kaum lelaki ghairah memperdayakan wanita dengan kata-kata nista yang menjebakkan diri ke alam fantasi yang tidak langsung boleh diyakini penyudahnya adalah sesuatu yang baik. Ini terjadi apabila ramai yang takut apabila mereka tidak lagi berpasangan. Berpasangan itu dianggap ’wajib’ oleh seseorang dan keadaan akan mendesak untuk mempertahankan hubungan masing-masing. Maka berlakulah ’give and take’ di sini. Pujuk rayu akhirnya dituruti hingga membawa ke arah sesuatu yang tidak patut dituruti. Sememangnya ini biasa berlaku pada remaja kebanyakan dan kita tidak sedar itu adalah salah. Semuanya dilakukan atas nama cinta yang membelenggu leher, dan rimasnya keadaan ini hanya akan dirasai selepas rasa jemu dan kesal. Syaitan itu akan sentiasa ingin menyesatkan anak adam walau terdapat peluang sebesar jarum sekalipun. Menulis kerana pemerhatian terhadap keadaan sekitar. Puncanya telah lama ditemui tetapi tidak mahu dilihat dengan hati. Sejak di bangku sekolah lagi punca ini menjadi salah satu isi penting dalam menulis karangan fakta yang bertajuk ”menangani gejala sosial”....Kurangnya didikan agama...-apalahdayaku

Posted by Insan Biasa at 5:59 PM 0 comments  

adakah kau lupa??

7/29/09


Salam...siapa tau nama kumpulan yang nyanyi lagu ni...tolong bagitau..hehe
Posted by Insan Biasa at 2:45 PM 1 comments  

Hadith Keduabelas : Sifat Amanah Akan Hilang Sedikat Demi Sedikit

7/23/09




Dari Huzaifah bin Al-Yaman Ra. katanya: "Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah memberitahu kami dua buah Hadits (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat, sedangkan yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memberitahu bahwasanya sifat amanah itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang tertentu. Kemudian turunlah Al-Qur'an. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui pedoman Al-Qur'an dan mengetahuinya melalui pedoman As-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam; menceriterakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan saja. Kemudian ia tertidur pula,lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gelindingkan dengan kakimu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa." Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menceriterakan Hadits ini beliau mengambil sebuah batu kerikil lalu menggelindingkannya dengan kakinya ..

"Kemudian pagi-pagi (jadilah) orang banyak berjual beli, maka hampir saja tidak ada seorang pun yang mahu menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahwasanya di kalangan Bani Fulan (di tempat tertentu) ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang banyak mengatakan, "Alangkah tekunnya bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tidak ada lagi keimanan sekalipun hanya seberat biji sawi. "

"Maka sesungguhnya telah sampai waktunya, saya pun tidak mempedulikan siapakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya'ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikannya kepadaku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan mengembalikannya kepadaku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan/pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-milikku darinya.) Ada pun pada hari ini, saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu saja)." (HR. Bukhari Muslim)

Keterangan
Hadits ini menunjukkan, sifat amanah akan hilang secara berangsur-angsur dari kalangan kaum Muslimin, sehingga sampai suatu waktu nanti, orang yang dianggap baik untuk menjaga amanah pun telah khianat pula.
Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Banyak di antara kita tertipu oleh seseorang yang kelihatannya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia adalah seorang penipu.

Penulis : Kalau seorang engeneer atau arkitek tu amanah, takkan runtuh stadium tu.. Contoh je..banyak lagi kita boleh lihat bagaimana salah laku seperti rasuah dan pecah amanah selalu dipaparkan di dada akhbar. Rasuah kecil-kecilan juga berlaku seperti satu amalan. Sama-sama kita muhasabah diri..Bimbang kita sebahagian orang yang tidak amanah. Nauzubillah
Posted by Insan Biasa at 5:05 PM 0 comments  

Suka duka kelas pemulihan

7/16/09


Setelah sebulan duduk melepak dirumah, akhirnya aku dapat ngajar di sebuah sekolah menengah..ngajar posisi yang berbeza dengan bidang. English... Subjek yang paling dibenci di sekolah dan tak pernah dapat A sepanjang belajar di sekolah dan mana2 institut dulu..Tapi ajar kelas pemulihan je..So not bad at all la..Broken grammer pun takde orang perasan..hehe..Kelas tingkatan 1 Arif. Ada 14 orang je..5 Melayu, yang lain cina, india dan orang asli..Kelas ni cuma diajar BM dan BI..hanya ada 2 guru..Guru ni pun takda jadual..Jadual dibincang mereka sendiri..Selamba je..Objektif cuma nak bagi mereka pandai mengeja dan membaca hingga akhir bulan Julai ni..BM pun payah..BI apatah lagi..Takpe..Kita usahakan je..




Sungguhpun pada awalnya aku rasa susah nak ngajar budak macam ni..Tapi kadang-kala seronok dan kelakar..Mereka ada otak yang unik dan tak terfikir pon oleh orang pandai..hehe..Mereka agak lambat dalam pelajaran, tapi ada dikalangan mereka yang betul-btul nak belajar. Tak kurang yang hanya ingat nak main je dan langsung tak fikir belajar ni penting..Tapi mereka senang nak dengar cakap..Setengah jam je la..Pastu mula la badan melentok..Masa tu kene la stop dan main..haha..tak kurang juga yang selalu ponteng..Bila tanya kenapa tak datang semalam? jawapan mereka sungguh kelakar dan tak masuk akal..ni antara jawapan mereka:

1) Saya tolong ayah saya petik sawit cikgu..
2) Saya dah datang tadi cikgu...Tapi pintu pagar dah tutup..Saya balik la..
3) Mak minta tolong kupik getah cikgu...
4) Saya pergi pekan, betulkan handset saya..
5) Saya ikut mak shopping kat bahau..
6) Tolong papa kat bengkel cikgu

banyak lagi la jawapan kelakar yang buat aku geleng je..adei...Keadaan sekitar mereka pon tak membantu untuk mereka belajar..Takpe..Just nak jadikan mereka orang yang berguna..Mungkin kepandaian kurang..Tapi tetap boleh menyumbang..Asalkan tak buat benda yang menyusahkan orang....Siapa tahu, mereka boleh berjaya. Orang paling kaya di temerloh pon tak reti baca(kisah benar)..haha..who knows..


Posted by Insan Biasa at 10:32 PM 1 comments  

Hadith Kesebelas : Umat Islam Memusnahkan Orang-orang Yahudi

7/15/09




Dari Abu Hurairah Ra .. bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, "Tidaklah akan terjadi qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, Apabila kaum Yahudi itu bersembunyi di balik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata. “Hai orang Islam. inilah orang Yahudi ada di bela.kang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!, kecuali pohon gharqad (sejenis pohon yang berduri), karena sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya). (HR. Bukhari Muslim)

Keterangan

Hadits ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merencanakan dan berusaha sekuat tenaga untuk membunuh dan menyesatkan Umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan Umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan Umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehingga batu dan pohon kayu pun akan memberi pertolongan kepada mereka.

Penulis : Ini adalah janji Allah. Namun tidaklah patut kita di sini bersenang-lenang sambil berkata 'Alah, nanti kita akan menang juga, Nabi kan dah cakap'... Kita patut terus bersama mengikuti perkembangan saudara kita di Palestin dan memberi seberapa banyak bantuan kepada mereka. Setidak-tidaknya berdoa agar Allah meringankan pendiritaan mereka di sana. Malulah dengan kesenangan yang kita nikmati sedangkan ada saudara kita yang menderita. Gunakanlah kesenangan ini di jalan yang di-redhoi di samping cuba sedaya upaya menghantar bantuan disana..
Posted by Insan Biasa at 8:44 PM 0 comments  

Perginya tokoh Islam tersohor Dr. Fathy Yakan

7/4/09

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

PADA 13 Jun lalu, bukan hanya dunia Islam malah seluruh dunia sebenarnya kehilangan sebutir bintang. Bintang yang sinarnya selama ini tidak sahaja sebagai penghias malam yang kelam malah memberikan banyak panduan terutama dalam menjayakan gerakan dakwah Islamiah dan perpaduan umat Islam.
Bintang tersebut merupakan tokoh besar, Dr. Sheikh Fathy Yakan yang meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah hospital di Beirut, ibu negara Lebanon atas masalah kesihatan pada pagi Sabtu yang hening itu.
Seorang tokoh besar Islam yang tidak asing lagi, terutama hasil karya besarnya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam? Buku itu adalah salah satu daripada 35 penulisan besar Allahyarham yang menjadi rujukan penting kepada kepada dunia.
Dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 1933, Allahyarham banyak memberikan corak baru perjuangan gerakan-gerakan dakwah dan politik Islam yang dapat diterima oleh pelbagai pihak di samping seorang ahli cendekiawan atau ahli akademik muslim yang ternama.
Sejak tahun 1959 lagi beliau mengasaskan gerakan politik di Lebanon sehingga beliau mendapat gelaran Bapa Gerakan Islam Lebanon. Malah, sehingga ke akhir hayatnya, beliau masih menganggotai parlimen di negara asalnya itu.
Dr. Fathy banyak menghasilkan penulisan mengenai aliran politik dari yang moden sehinggalah yang berbentuk ekstremis. Judul yang mendapat sambutan dunia sehingga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa adalah Priorities of Islamic Movements after September 11.
Allahyarhamlah yang paling kerap terpanggil ke serata pelosok tempat untuk menjawab segala tuduhan terhadap Islam sebagai agama keganasan akibat tragedi yang menimpa Pusat Dagangan Dunia New York (WTC) pada tahun 2001 itu.
Dr. Fathy merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Gamaah (Jemaah) Islamiah pada tahun 1960-an dan komitednya beliau dalam pertubuhan itu sehingga pada tahun 1992, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung.
Selepas bersara, beliau menumpukan tugas sebagai Anggota Parlimen berikutan kemenangan dalam pilihan raya.
Pemergian beliau benar-benar satu kehilangan besar kerana jarang kedapatan mana-mana tokoh yang sanggup menghabiskan seluruh hidupnya, fizikal, jiwa dan rohani dengan tertumpu kepada perjuangan Islam.
Allahyarham terkenal kerana menggesa kepada satu gerakan Islam yang moden dengan pemikiran dan aliran yang toleransi terutama kepada golongan yang muda.
Walau dalam keadaan yang uzur, beliau sering berasa bimbang dengan golongan muda yang baginya mudah terpengaruh kepada pelbagai unsur. Adalah penting baginya untuk membentuk golongan ini kepada yang lebih positif namun mencapai kejayaan dalam gerakan yang mereka sertai.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tinal dan dikebumikan di pusara milik keluarganya di Bab Al Raml. Upacara pengkebumian tokoh Islam ini dihadiri oleh beribu-ribu umat Islam dari seluruh pelosok tempat sejurus berita kematiannya tersebar. Sehingga kini ucapan takziah masih mencurah-curah diterima oleh keluarga arwah.
Penulisan terkenal arwah yang menambahkan lagi kekayaan khazanah dan gedung-gedung ilmu, antaranya:
*The Problems of Da'wah and Du'ah,
*How to Call for Islam?
*Towards a Unified International Call for Islam
*What Does My Commitment to Islam Mean?
*Movements and Doctrines in the Balance of Islam
*Comprehension in the Life of Da'wah and Du'ah
*Towards an Islamic Awakening of the Era
*Methods of Islamic Adaptation in the 20th Century
*Islam -Ideology, Movement and Rebellion
*Youth and Change
*Those Left behind on the Path of Da'wah
*The Preliminaries of the Activist Concept in Islamic Work
*Critical Issues in the Islamic Experience.
Mujur kepada umat Islam hari ini kita masih boleh menghayati dan mengambil manfaat hasil-hasil karya besar Dr. Fathy ini walaupun selepas pemergian Allahyarham.
Antara yang sempat diambil dengan kenyataan beliau semasa menjawab soalan para pengunjung laman web terkenal, Islam Online:
"Walau bagaimanapun, kesan dari tragedi serangan 9 September 2001, Islam menjadi tumpuan dan minat kalangan masyarakat Barat untuk mengenali agama itu dengan lebih dekat lagi.
"Statistik terkini menunjukkan minat terhadap Islam telah berkembang berlipat kali ganda dengan berjuta-juta naskhah al-Quran terpaksa dicetak dan begitu juga buku-buku mengenai Islam terjual dengan begitu laris di pasaran.
"Apa yang lebih menakjubkan dari peristiwa yang mengejutkan itu dan dari kempen-kempen anti Islam, lebih 10,000 penduduk United Kingdom memeluk Islam dan begitu juga 3,000 orang dari penduduk Mexico memeluk Islam dan beratus-ratus lagi dari kalangan Hindu dan Buddha juga meninggalkan agama mereka untuk memeluk Islam. Semua ini berlaku selepas kejadian 9/11, Subhanallah," kata Allahyarham.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke arah roh Allahyarham.

Sumber : Utusan

Penulis : Sedihnya..Aku lagi awal tahu tentang pemergian raja pop daripada seorang pendakwah agung..padahal pendakwah ini pergi lebih awal..
Posted by Insan Biasa at 10:18 AM 0 comments  

Transformers, fakta sejarah dan kekuatan Amerika@yahudi


Sebagai peminat filem aksi dan fantasi, aku tak terlepas nak tonton filem ni..Asalnya nak 'download' je..Tapi sejak akhir-akhir ni 'streamyx' yang kata dape punya 'line' hebat sangat tu asyik terputus je..Sakit hati juga..indah khabar dari rupa..Jarang nak tengok filem mat saleh kat wayang..Filem melayu je..sebab susah filem melayu nak 'download' awal..Maklumlah..Nak menyokong industri filem tempatan..hahaha..ye la tu...
Memang filem ni hebat..Dari awal sampai akhir penuh dengan aksi lawan robot je...Filem yang berlabel PG13 ni(ramai je budak kecik dalam panggung tu) memaparkan bagaimana manusia berbincang dengan 'alien robot' untuk selamatkan dunia daripada ancaman "alien robot" lain..Siapa lagi kalau bukan tentera Amerika yang telah memberi tentangan hebat untuk memusnahkan robot jahat ni..Apa yang nak ditonjolkan adalah kehebatan pertahanan bumi yang dipelopori oleh Amerika..Dengan semua senjata mereka gunakan untuk menghalang kemaraan 'decepticon'. Orang sumua kagum je..(termasuk aku)..Mungkin ada yang terfikir.."Hebatnya cara depa berlawan"..Penuh dengan strategi dan teknologi tinggi"..Hehe..Aku tengok je sambil berfikir..Apa masej lain dalam filem ni..Kekuatan ketenteraan yang paling hebat dipamerkan adalah kekuatan udaranya...Hantar ke 10 bijik jet, habis dibom kawasan 'orange smoke'...Hebat..Kita pun takut la ngan amerika..Kene takut ke??haha
Apa yang dkhuatiri adalah pengaruh sejarah dalam filem ini..Mereka kreatif..Tapi 'selambe' je tukar fakta. Yang tonton filem ni pun ramai dikalangan budak sekolah. Mungkin tak nanti mereka jawab dalam ujian sejarah esei tentang asal usal pyramid ni ada kaitan dengan kedatangan 'alien robot'. Bunyi macam kelakar je..Tapi tak mustahil..Tulisan kuno dulu kononnya datang dari planet lain...hehe..Kalau la ada pelajar jawab macam ni...memang berpengaruh la filem ni..Mereka pun mudah terdedah dengan pelbagai fakta yang menipu...Hanya kebijaksanan ibu bapa dan masyarakat buleh mengubah ini..
Dalam filem ni ada menunjukkan korupsi media. Media banyak menyampaikan maklumat yang salah dan mengelirukan..Menunjukkan sesuatu yang berlainan dari keadaan asal..Media yang dikawal oleh kuasa-kuasa besar hingga manusia menjadi buta maklumat dan mudah ditipu...Malam tadi pun ada tengok filem mat saleh bertajuk 'V for Vandeta'. Filem ni juga mengisahkan bagaimana media menyampaikan maklumat palsu yang berlarutan hingga rakyat sudah tahu berita tu palsu..Akhirnya rakyat muak dengan berita macam ni dan berkumpul menghala ke parlimen yang mahu diletupkan oleh seorang wira mereka bergelar 'V'. Keadaan itu terjadi kerana korupsi parlimen mereka dan sikap pemimpin yang hanya mahu mereka dilihat benar oleh rakyatnya..Kita boleh ambil pengajaran dari filem ini..Sungguhpun hollywood tu yahudi punya...mungkin ada dalam masyarakat yahudi di sana yang sedar kejahatan yang sedang mereka lakukan dan ingin dunia melihat sesuatu...Kita boleh menilai keadaan ini..Filem 'kingdom of heaven' pun dari hollywood..ok ape..
Posted by Insan Biasa at 9:24 AM 1 comments  

TENTATIF ISTIADAT KONVOKESYEN KE-11 SIDANG KEDUA 2009

7/2/09

Posted by PENGANALISIS TELUS DAN BENAR on Tuesday, June 30, 2009

Pada awal tahun dahulu, hangat diperkatakan berkenaan tarikh istiadat konvokesyen UPSI ke-11 sidang ke 2. Perkelahian antara pelajar-pelajar kemasukkan Julai 05/06 dan Disember 06/07 menimbulkan pelbagai spekulasi yang mendapat perhatian ramai pihak seperti Bahagian Akademik, MPP 08/09, JHEPA, dan mantan-mantan MPP. Penganalisis juga telah memberi sedikit cadangan dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku ini. Namun kata putusnya terletak pada barisan Senat UPSI dibawah perkenan Y.M Tuanku Bainun.

Istiadat akan berlansung bermula dari 11 hingga 15 Ogos 2009 bertempat di Dewan SITC, UPSI.Berikut adalah sesi pengurniaan Ijazah mengikut program masing-masing sempena

Istiadat Konvokesyen Kesebelas Sidang Kedua 2009:

11 OGOS 2009
SELASA
Sesi 1 (Pagi)
Phd & Sarjana
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian
Sesi 2 (Petang)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian

12 OGOS 2009
RABU
Sesi 3 (Pagi)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian
Sesi 4 (Petang)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian

13 OGOS 2009
KHAMIS
Sesi 5 (Pagi)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) dengan Kepujian
Sesi 6 (Petang)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian

14 OGOS 2009
JUMAAT
Sesi 7 (Pagi)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian
Sesi 8 (Petang)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian (sambungan sebelah pagi)

15 OGOS 2009
SABTU
Sesi 9 (Pagi)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian

Bagi bakal graduan pendidikan sains, walaupun terdapat 3 pengkhususan yg berbeza iaitu Biologi, Kimia dan Fizik, sesi pergurniaannya tetap di bawah satu program iaitu program Pendidikan Sains. Sesi anda akan dimaklumkan dalam surat yang akan diposkan.
Sumber: Unit Pengijazahan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, UPSI
Penganalisis: Maka dengan pewartaan ini, penganalisis berharap agar tiada lagi permusuhan atau bertegang urat berkenaan isu ini. Terimalah seadanya dan hidup di UPSI dalam sejahtera dan saling hormat menghormati seperti mana yang terkandung dalam KONSEP SATU MALAYSIA. Kepada yang masih belajar, teruskan perjuangan dan buktikan anda juga mampu bergraduat seperti senior-senior anda.

Posted by Insan Biasa at 1:18 PM 0 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png