Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Khutbah hari ini : Sambutan Hari Pahlawan..Realiti pahlawan...

7/30/10

Rupanya 31 Julai adalah hari pahlawan(Aku macam baru tau)...Maka di masjid2 para khatib membaca tentang kepahlawanan mereka yang terdahulu memerdekakan negara dari tangan penjajah. Betapa kita generasi hari ini perlu memelihara keharmonian negara dengan sebaik mungkin demi menghargai jasa pahlawan terdahulu...Mereka sungguh berjasa.

Dulu semasa di sekolah...
Dulu di sekolah yang aku faham tentang pahlawan adalah mereka yang bergelar askar...Memakai baju hijau di dalam hutan dan memegang senjata. Pahlawan ini bertempur dengan askar jepun hingga mereka maut dan akhirnya kita berjaya mencapai kemenangan..Malah di kaca televisyen juga menayangkan pelbagai filem yang menggambarkan kepahlawanan askar seperti filem Leftenen Adnan, Bukit Kepong dan Sarjan Hassan. Mereka sungguh hebat..Sungguh hebat jasa mereka.

Tugu Negara yang menjadi kontroversi..Perlukah berhala ni dibina untuk memperingati pahlawan??

Kemudian di sekolah menengah fikiranku mula berkembang...pahlawan juga gelaran yang diberikan kepada orang kampung seperti Tok Kenali, Tok Janggut, Dato' Bahaman, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi. Mereka ini berjuang memimpin orang kampung menentang penjajahan inggeris dan kebanyakan mereka mati dibunuh. Malah mereka adalah sebenar-benar pahlawan kerana mereka berjuang atas nama Islam.

Di universiti, pemikiran lebih berkembang, Penaksiran pahlawan pada diri semakin luas. Bukan sahaja mereka yang mempertahankan negara, lebih luas lagi adalah mereka yang mempertahankan agama Islam. Hingga hidupku hari ini adalah kerana Islam. Mulia dan hina aku adalah kerana Islam. Maka jasa mereka yang menyebarkan agama ini hingga menumpahkan darah dan syahid adalah yang paling aku kagumi. Perjuangan Rasulullah SAW dan Para Sahabat Radiallahianhum, tabi' dan tabi'in, para salafi dan golongan khalaf. Merekalah pahlawan sebenar yang sangat aku kagumi. Tanpa menafikan jasa para pahlawan lain di perbatasan..Mempertahankan negara.

Peranan generasi hari ini dan akan datang...
Kerana aku adalah muslim..Perjuangan dakwah Rasulullah SAW dan Para Sahabat Radiallahianhum, tabi' dan tabi'in, para salafi dan golongan khalaf adalah perjuangan sebenar yang patut kita contohi. Pahlawan yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT. Dan perjuangan ini tidak berhenti setelah wafatnya mereka, tetapi sentiasa berterusan sehingga manusia seluruhnya menjadikan Allah dan Rasulnya sebagai matlamat. Dan aku sentiasa cuba mahu menjadi sebahagian daripada pejuang itu...Biarpun aku selalu jatuh dek arus duniawi..

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)."
{Al Anfal : Ayat 60}

Posted by Insan Biasa at 9:57 PM 2 comments  

Hadith ke-26 : Munculnya Galian-galian Bumi


Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat".

Keterangan

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari kiamat.

Penulis : Di Arab Saudi, walaupun galian di sana diselenggara oleh orang Islam, namun masih tidak boleh digunakan untuk membantu negara Islam yang sedang ditimpa bencana peperangan..Bukan kerana galian itu dikuasai oleh orang asing, tetapi pemikiran pemimpin mereka yang selalu dikuasai oleh orang asing.

Posted by Insan Biasa at 9:46 PM 0 comments  

Khutbah Jumaat hari ni : Hak pengguna

7/23/10

Dengar lagi khutbah yang sungguh menyayat hati..Mengajak manusia berjimat dan mengurangkan pebelanjaan..Di samping merancang perbelanjaan dengan bijak..Ya..Rakyat perlu bijak...Ya..Kami memang bijak...hehe...


Sumber : http://drmaza.com/home/?p=1190
Posted by Insan Biasa at 11:37 PM 0 comments  

Bersyukur dengan perbuatanmu

7/1/10




Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
{Surah Ibrahim : Ayat 7}

Sejak di bangku sekolah selalu dihebohkan dengan ayat di atas...Allah akan menambah nikmat orang yang bersyukur....Dalam Kultim(kuliah tiga minit), usrah, nasihat kawan-kawan, dan ceramah ustaz-ustaz..Mereka menggesa supaya terus memikirkan nikmat Allah..Meskipun sedang susah, sedang gusar, sedang berlapar, nikmat Allah itu sentiasa ada...Bernafas dengan udara pemberiannya...

Kemudian ustaz suruh selalu ucap alhamdulillah bila dapat markah tinggi, bila dapat hadiah, mak ajar cakap terima kasih, cikgu ajar cakap terima kasih banyak2...Kita pon buat..Hingga jadi amalan harian..Menunjukkan rasa bersyukur...Sebagai satu lafaz..

Kini kita sudah faham..Syukur bukan sekadar lafaz alhamdulillah..Kalimah ini sudah tidak boleh dipertikai kemuliaannya..Dan tahap ini adalah masa untuk menunjukkan kesyukuran..Setelah sekian lama melafazkannya...Mempamerkan kesyukuran dengan perilaku yang mulia, dengan amalan yang istiqamah, dengan sikap yang terbuka dan berlapang dada..Masa untuk kita bergerak menunjukkan sifat kita yang selalu bersyukur dengan nikmatnya..Supaya Allah menambah nikmat...Jika bukan berupa harta dan wang ringgit..Lebih baik dalam bentuk hati yang tenang..Dan persekitaran yang indah..itulah nikmat terbaik di dunia..

Nikmat juga berlainan setiap manusia..Pertama ada yang merasai nikmat setelah menerima sesuatu. kedua ada juga yang merasai nikmat setelah memberi sesuatu. Nikmat kedua sukar untuk kita fahami..Kecuali orang2 yang mempercayai satu lagi nikmat yang tiada taranya..Nikmat mendapat redha Tuhannya...Subhanallah

Sekadar muhasabah diri...sejauh mana diri ini bersyukur?...Apa yang perlu dilakukan jika mahu bersyukur? Sedangkan selalunya kita sering mangharap sesuatu yang lebih baik..Dan melupakan adakah kita layak mendapat yang lebih baik? Kerana apa yang dilakukan kini masih di takuk lama..Apa yang sedang diperoleh pun tidak mampu disyukuri...

"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnyanya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). "{Surah Ibrahim : Ayat 34}

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. {Muhammad : Ayat 38}

Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu siarkan.
(Ad-Dhuha : Ayat 11}

Gunakanlah nikmat Allah ke arah kebaikan :-)...Ada duit lebih, sedekahlah, ada kereta, selalulah pergi masjid, ada tangan selalulah menolong orang, ada mulut ucaplah ucapan yang mulia..Allah akan menambah nikmatmu...

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png