Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Politik negara yang membingungkan rakyat..

8/28/08

Semakin hari kita ditekan dengan banyak propaganda politik yang kini menjadi hangat dek kerakusan kuasa dan tamak ideologi manusia tanpa mengira persamaan agama antara mereka. Rakyat yang bingung dan tidak tahu mana yang benar hanya mampu berdoa Tuhan akan menunjukkan kebenaran kelak. Rakyat jugaga jelek dgn kebanjiran iklan politik yang melampau dilakukan oleh pihak media yang sangat berat sebelah. Media yang busuk yang hanya mahukan keuntungan dirinya di dunia. Rakyat bukan bodoh untuk melihat kebenaran. Kelihatan ahli politik ini berpura-pura selamba mengukuhkan kedudukannya yang kian rapuh. Dia masih tidak mahu melihat apa yang diinginkan rakyat. Nampaknya dia hanya melihat apa yang dia ingini..

"Apakah kamu mengaku beriman sedangkan kamu belum diuji"

8/10/08




Kisah ayat-ayat cinta telahpun diterbitkan dalam bentuk filem. Meskipun penulis belum membaca bukunya kerana, menurut rakan, terdapat sedikit perbezaan antara buku dan filemnya. Maklumlah, bila dah difilemkan, tentulah akan ada sedikit perubahan untuk menghidupkan filem ini meskipun kelihatan salah dan memeng salah pun. Moga kita dapat membezakannya. Tetapi apa yang penulis ingin kongsikan di sini adalah keindahan cinta dan pengorbanan yang disertakan dengan roh Islam berjaya diperlihatkan. Masih adakah jejaka sebaik Fahri dan wanita semulia aisyah? Memang susah untuk diduga.

Tetapi yang menarik juga bagaimana pengarang buku ini menunjukkan ujian Allah yang datang kepada orang baik. Penulis berfikir panjang bagaimana perkara sebegini berlaku dalam hidup kita juga. Orang yang baik, selalu mengamalkan yang maaruf, selalu juga mencegah yang mungkar pastinya mendambakan keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Sebenarnya wujud rasa megah kerana diri ini baik dan Allah tentunya akan merahmatinya. Tetapi sebagaimana Fahri dalam kisah ini, Walaupun dia berniat baik, tetapi akhirnya diuji oleh Tuhannya. Walaupun penulis tidak dapat mengingat apa yang di perkatakan oleh sahabat penjara, apa yang pasti penulis tertarik dengan ungkapan 'Allah sedang berbicara denganmu'. Fahri yang berasa dirinya hebat kerana berilmu tinggi dan beramal mulia, apabila diuji, dia seperti hampir gila. Bagaimanakah ilmu yang tinggi dan amalan yang baik boleh membantu kita bila berlaku kejadian seperti ini?

Akhirnya dengan jiwa tenang, Fahri berjaya menempuh ujian ini dengan sabar. Berkat pengorbanan dan kebijaksanaan isterinya yang mengetepikan ego sendiri untuk menyelamatkan suaminya. Subhanallah..Sesungguhnya kita langsung tidak mempedulikan Allah semasa senang. Dan tatkala susah, itulah saatnya kita kembali kepadaNya. Memohon kekuatan dan perlindungan. Itulah kebiasaan manusia. Semoga diri ini sentiasa sedar akan ujian yang akan Tuhan berikan dan bersedia untuk berbicara denganNya. Amin...

Syukurlah segalanya telah selamat....

Menurut apa yang penulis lihat di berita, penulis berasa lega dengan tindakan orang ramai yang mencemuh Majlis Peguam untuk memberhentikan forum terbuka mereka berkenaan dengan masuk Islam..Walaupun mereka berjaya menjalankan majlis yang teruk ini, diharap mereka tidak mendapat kata putus yang memuaskan. Kita semua perlu berhati-hati dengan perkara ini. Apa yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana mereka mengikis sedikit demi sedikat hak warganegara bumiputra kita dengan alasan hak asasi manusia dan kesamarataan hak dalam satu negara. Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh pemimpin negara. Janganlah berlembut dengan orang sebegini. Penulis berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat mendengar komen orang no. 1 negara tentang hal ini. Orang no.2 juga berdiam diri sedangkan mereka adalah orang melayu yang beragama Islam dan mempunyai kuasa paling kuat untuk mengambil tindakan. Kita cuma boleh berfikiran positif. Tetapi tetap tidak puas hati dan sedih.

Rakyat yang tiada kuasa juga yang perlu meninggalkan kerja mereka untuk sama-sama mendesak untuk menyelamatkan hak orang melayu dan kesucian agama Islam sekaligus menjaga perlembagaan negara. Jaminan bahawa majlis peguam tidak mahu menyentuh langsung hal perlembagaan negara langsung tidak masuk akal kerana inilah alasan forum sebegini dijalankan. Mereka mahu mendapat seberapa ramai pengikut yang dengan pengaruh logik mereka untuk sedikit demi sedikit mengikis hal bumiputra dan orang Islam..Sedarlah wahai pemimpinku...Amin...

Majlis Peguam yang 'terlalu bijak'

8/9/08

Hari ini, tanggal 9 ogos 2008 adalah hari yang bakal menyaksikan bagaimana tindak takduk majlis peguam yang berangan-anagn untuk mengadakan forum memeluk islam yang bakal mengundang pelbagai kontroversi. Mereka telah dikecam oleh pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan pusat yang memegang kuat tampuk pemerintahan negara. Namun mereka kelihatan tidak takut dan merasakan perbuatan mereka ini perlu dan bersesuaian dengan hak demokrasi yang sedang diamalkan oleh dasar kerajaan. 'Kebijaksanaan' mereka menggunakan ilmu perundangan tanpa panduan wahyu sememangnya menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka sendiri. Kita amat kecewa juga jika forum ini disokong oleh orang Islam juga. Nauzubillah...Ya Tuhan..Jauhilah hambamu dari kejahilan yang berlarutan.

Kita dapat melihat bagaimana manusia yang bijak tetapi meninggalkan hak agama akhirnya akan dipandang hina dan dicemuh oleh masyarakat. Kita semua sedia maklum, peguam adalah profession yang dipandang tinggi kerana mereka berpelajaran dan berkelulusan. Tetapi akibat sistem sekular yang kita amalkan, kita boleh lihat sendiri hasilnya hari ini. Janganlah generasi akan datang menjadi begini atau lebih teruk dari ini. Semuanya bergantung kepada kesedaran masyarakat dan pemimpin. Bukan hanya mengecam atau mengutuk tindakan salah majlis peguam ini, seharusnya mereka patut turun padang kerana mereka ada kuasa untuk menegakkan kebenaran. Jika ini tidak dilakukan. Apa yang pemimpin akan jawab di akhirat kelak. Fikirkanlah...

Trust no body..Live happily??

8/6/08



Mungkin ade yang menggunakan slogan di atas sebagai falsafah hidup mereka..dulunya penulis pernah juga menggunakan falsafah ini..kadang kala kita ingin berbuat baik kepada orang..Tiba-tiba kita mendapat balasan buruk..Apa yang Allah ak tunjuk sebenarnya??Kadang kala penulis pun bingung menjawab persoalan ini. Tetapi kita hanya kan mendapat jawapan berbekalkan pemikiran yang waras, tenang serta rasional berlandaskan pengetahuan agama..Akhirnya penulis sedar ini ibarat menipu diri sendiri..Tak mungkin kita boleh hidup tanpa percaya kepada sesiapa. Kepercayaanlah yang menyebabkan manusia boleh terus hidup dengan aman. Akibat ketidakpercaan, manusia mudah untuk prejudis lalu memfitnah sesama manusia.

Sepanjang hidup ini, kita banyak mengenal pelbagai ragam manusia selain ragam sendiri yang susah untuk ditafsir. Tetapi secara umumnya kita dapat melihat bagaimana perubahan yang berlaku ke atas diri kita akibat kepercayaan yang sentiasa berubah mengikut persekitaran yang semakin mencabar. Tak sedar pon. Bila dah muhasabah balik barulah kita sedar bagaimana kita sekarang dan bagaimana kita yang dulu. Seringkali penulis mengimpikan kehidupan seperti dulu. Tetapi kita sekarang adalah seperti sekarang. Bagaimana boleh menyamakan cabaran dulu dan sekarang...

Hidup ini perlu banyak berdoa..Itulah yang menunjukkan kita adalah hamba. Biarpun Tuhan tidak memakbulkannya. Kita harus sentiasa berperasangka baik.Justeru amat perlu kita meminta perlindungan Tuhan dari anasir yang kita tak tahu dari mana. Kerana hanya Tuhan tahu yang terbaik tentang hambanya. Maka siapalah manusia yang hanya mempunyai secebis ilmu dan iman senipis kilit bawang. Penulis selalu memujuk diri untuk berfikir begini. Inilah salah satu ubat untuk mengubat pelbagai racun dunia yang kadangkala dicari sendiri. Hiduplah dengan kepercayaan. Yakinlah Janji Tuhan.

Orang yang duduk lebih baik dari orang yang berdiri.

8/3/08

Bismillahir Rohmaanir Rohim

Rasulullah SAW telah menyebutkan segala hal yang akan terjadi. Beliau telahmenyebutkan semua tanda yang akan muncul sebelum kiamat. Beliau berkata kepadapara sahabat, “Aku melihat kesengsaraan datang sebagai suatu malam yang gelap.Pada saat itu orang yang duduk lebih baik dari pada orang yang berdiri, danorang yang berdiri lebih baik dari pada orang yang berjalan. Orang yangberjalan lebih baik dari pada orang yang mengendarai kendaraan.”


Maksud hadis di atas berarti tinggal di rumah dan tidak pergi ke manapun. Jangan pergi ke kafe atau ke pusat perbelanjaan. Tidak masalah bila kalian harus pergi bekerja, tetapi kalian harus berangkat dari rumah ke tempat kerja kemudian dari tempat kerja langsung kembali ke rumah—tidak pergi ke mana-mana lagi.

Kadang-kadang kita terfikir apakah peranan kita di dunia? Apa yang kita perlu lakukan untuk akhirat nanti? Apa yang perlu kita lakukan untuk dunia? Sejauh mana perjalanan kita kelak. Maka ramai yang berkata tentang takdir. Takdirlah yang menentukan segalanya. Semuanya telah tersurat sejak manusia dilahirkan. Bagaimana rezekinya, ajalnya, dan jodohnya. Seringkali kita keliru dengan perkara ini. Maka wujudlah perkataan ’rezeki secupak takkan jadi segantang’. Apa yang terjadi tidak mahu diubah kerana memikirkan keupayaan manusia yang terhad.

Apa yang berlalu mungkin telah tersirat. Tetapi masa hadapan tidak siapa pun tahu. Sesiapa yang berusaha pasti akan mendapat hasilnya. Sesiapa yang percaya dengan kurniaan terbaik Allah pasti akan mendapat balasan yang baik kelak. Balasan yang baik tidak semestinya di dunia. Maka di dunia ini setiap manusia mempunyai fungsinya. Ada yang terlibat dengan politik, ada yang terlibat dengan perniagaan besar, kecil dan sederhana, ada yang menjadi pendakwah, ada yang menjadi pendidik, ada jugalah yang menjadi perosak, maka ada juga yang menjadi pembetulnya. Sesungguhnya tidak sesiapa pun yang boleh berkata kamu lebih baik, aku lebih baik, dia kurang ini dan itu, dia lebih ini dan itu. Sesekali ingin kita menjadi seperti orang itu dan ini, tidak ada salahnya kita mencuba kerana mungkin itu jugalah diri kita yang sebenar. Selagi tidak melampaui syariat agama.

Kadang kala Tuhan menguji hambanya dengan ujian yang menyimpan pelbagai persoalan tentang kepercayaan kepada kasih sayang Tuhan. Sangat pelik setelah penat kita berbuat kebaikan, tetapi mengapa Tuhan masih tidak mahu menolong?? Kita perlu memahami tentang hakikat kefanaan dunia yang bersifat sementara. Pertolongan Allah datang dengan pelbagai bentuk kerana apa yang teruk di sisi kita, mungkin baik di sisiNya. Janganlah berasa rendah diri dengan kemampuan diri kerana tidak semua orang yang kita kagumi kelebihannya merasai kelebihan itu sebagai nikmat. Mungkin keadan anda adalah lebih baik.

Ungkapan yang memalukan



'Sekarang kahwin atau tidak sudah tidak penting..
yang penting adalah bila dah dapat anak..'

Inilah antara salah satu diolog salah satu drama yang sedang hangat ataupun telah hangat di satu slot di TV3...Penulis begitu terjejut mendengar apa yang diungkapkan. Menujukkan betapa mendalamnya pemikiran jahiliah yang diperoleh dari barat dan sedang menular dalam masyarakat secara diam-diam ibarat api dalam sekam. Amat menakutkan jika ada di antara mereka yang berpendapat diolog di atas adalah biasa dan tidak berasa marah. Sungguh menyedihkan....Nauzubillah...

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png