Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Kekuatan Diri

2/25/08

Kenapa sekarang baru aku menesan kekuatan diri..terasa bagai seorang yang lembab..tapi aku patut bersyukur kerana Tuhan masih memberi aku peluang..Selagi aku masih hidup..Aku akan gilap kekuatan ini untuk hari-hari yang mendatang..
Posted by Insan Biasa at 6:29 PM 1 comments  

Buatmu Sahabat dari seorang Sahabat.....

2/11/08

Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Bermulalah pada hari ini, selamilah hati dan perasaannya, pohonkanlah kemaafan daripadanya, bersahabatlah sebagai lambang ukhwah fillah antara kita dengannya...janganlah selalu mengharapkan kebaikan daripada orang lain tanpa kita sendiri tidak pernah melakukan yang terbaik untuk dirinya.....
Renungilah.......

Hati seorang sahabat kepada SEORANG SAHABAT !!!
Posted by Insan Biasa at 12:52 AM 0 comments  

Hakikat hati...

2/9/08




Hati hanyalah organ. Tapi di situ terletaknya perasaan. Allah menciptakan hati besarta sifatnya yang tersendiri. Dalam bahasa arab, hati dipaggil Al-qalbi. Al-qalbi bermaksud keadaan yang berbolak balik atau tidak tetap. Maka sudah sifatnya hati manusia tidak tetap. Sering berubah arah mengikut kemahuannya sendiri. Hari ini suka ini, esok suka itu. Hari ini suka disana, esok suka disini. Semalam benci, hari ini sayang. Sebagai pengguna hati, kita mungkin tidak perasan perubahan hati. Namun akan sedar setelah perubahan besar berlaku. Tidak mengapa jika hati kita berubah arah pada keindahan dunia, walaupun agak kejam. Tetapi adalah malang jika hati berubah dari beriman kepada ingkar akan Tuhan. sama-samalah kita berdoa agar Allah S.W.T. menetapkan hati ini kepadanya. Biarlah Dia mengubah hati yang gelap kepada cahaya, hati yang rosak kepada kebaikan, dan hati yang hina kepada mulia. janganlah berlaku sebaliknya.
Posted by Insan Biasa at 1:26 AM 0 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMm7RX4SI/AAAAAAAAAhA/HjV8wAxl8ng/s1600/welcome_03.png