Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

God is our "CEO"

1/19/10



Jika ditajukan pertanyaan; antara tujuan dan keperluan hidup, yang mana satu yang lebih penting?

Jawabnya ialah tujuan hidup. Mengapa? Sebenarnya, hubungan antara tujuan hidup dengan keperluan hidup adalah ibarat galah dengan buah. Galah penting kerana dengan galah kita mengait buah. Tetapi tentulah buah lebih penting kerana yang yang hendak kita makan ialah buah, bukan galah.

"Senang" itu penting, tetapi "tenang" jauh lebih penting. Apa gunanya kalau kita senang tetapi tidak tenang. Rumah besar, tetapi oleh sebab hati resah, rumah yang lapang terasa simpit dan menghimpit. Kita membina rumah dengan batu, kayu dan konkrit yang mahal, tetapi rumah tangga dibina dengan kasih sayang, kemesraan dan persefahaman. Rumah dibina dengan "keperluan hidup" tetapi rumah tangga dibina berdasarkan "tujuan hidup"

Jadi bekerjalah atas dasar ibadah (tujuan hidup) bukan untuk mendapatkan gaji sahaja (keperluan hidup). Walaupun ikhlas itu tidak menafikan hak kita untuk mendapat gaji (ini termasuk dalam bab muamalat), tetapi itu bukanlah matlamat utama dan pertama kita. Ingatlah, orang ikhlas bekerja untuk Tuhan bukan untuk majikan. Dalam kerja sebagai ibadah, "God is our CEO"

Ada sesuatu yang lebih bernilai dan tinggi untuk dicapai oleh orang2 yang ikhlas yakni keredhaan, pahala dan keampunan Allah. Hanya dengan ini ketenangan dan kebahagiaan sama ada dalam diri, ditempat kerja dan juga dalam keluarga akan dicapai.

Orang2 yang ikhlas didorong "dari dalam ke luar" (inside-out) - kepercayaan kepada Allah dan hari akhirat. Sebaliknya, orang yang tidak ikhlas didorong "dari dalam ke luar" (outside-in) - ganjaran dan hukuman.


Dipetik daripada sebahagian artikel tulisan Pahrol Mohamad Juoi dalam majalah solusi isu no. 11, muka surat 20..Sebagai muhasabah untuk diri dan pembaca apabila memasuki alam pekerjaan yang semestinya menjanjikan pelbagai mehnah dan tribulasi yang akan menggugat hati ini dan terkeluar dari landasan yang sebenar(jauhkanlah ya Allah)..Bayangan gaji, elaun, kereta dan banyak lagi begitu memenatkan otak...Keghairahan untuk menaikkan gred dan dinilai sebagai pekerja terbaik selalu akan mengalihkan niat sebenar perjalanan hidup dunia ini...Sedikit terleka pasti akan merugikan diri untuk merebut hakikat sebenar tujuan kehidupan..Mencari keredhaan Allah...-muazzin
Posted by Insan Biasa at 11:31 AM 0 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png