Perpisahan memang tak dapat dielakkan. Sekalipun kita sayangkan sasuatu, Namun kita tetap meminjamnya dari yang Esa. Kawan-Kawan adalah pinjaman Tuhan yang mempunyai pelbagai nilai. Alangkah malangnya jika kita hanya mampu merasai nilainya semasa dia telah tiada. Sayu rasanya hati mengenangkan perpisahan ini akhirnya sampai pada masanya. Ketika inilah pelbagai kenangan muncul di benak ini. Bagaimana dulu aku boleh mengenalinya. Sungguh pantas masa berlalu dan kini aku akan meninggalkannya. Setiap kata-kata mereka kini sangat bermakna. Senyuman dan tawa cuba dirakam sedaya upaya untuk menjadi memori indah ketika ketiadaannya. Kawan-kawanku, entah bila kita akan bersua kambali. Tiada yang dapat menggantikan tempatmu. Kelak akan muncul lagi kawan yang serupa denganmu, tapi tetap bukan seperi kamu. Kamulah kawan yang punya ciri sendiri. Semoga kita kekal sebagai kawan sehingga hujung nyawa. Sahabat, rakan dan kawan, walaupun ada yang membezakan perkataan ini, bagiku semuanya sama. Bezanya cuma keakraban di satu-satu masa. Aku punya sahabat sejati yang pelbagai. Aku bersyukur bertemu dengan kamu semua. Kelebihan dan kekurangan kita melengkapi antara satu sama lain. Itulah antara keadilan maha Esa yang dapat kulihat di dunia ini..Terima kasih sahabat, rakan dan kawanku..Aku akan merindui kamu...
TOPS: Prof Dr Abdul Fatah El Awaisi
2 years ago