Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Hakikat sebuah Kejayaan

4/3/10


Kerjaya dalam bidang pendidikan menyaksikan sedikit kecenderungan manusia mengejar sesebuah kejayaan yang satu. PNGK 4.o menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Kegigihan mereka yang inginkan kejayaan terserlah dengan kegigihan mereka bersusah payah datang setiap hari berjumpa pensyarah untuk bertanyalan soalan. Keadaan ini sungguh menyentuh hati. Terkadang meningkatkan semangat pensyarah untuk terus memberikan seberapa banyak ilmunya sehingga di saat akhir. Akhirnya pelajar sebegini akan mendapat apa yang diimpikannya. Tempiasnya kepada pensyarah yang mengajar mereka. Tersenyum lebar dan puas atas penat lelah melayan karenah pelajar sebelumnya. Ini juga sebuah kejayaan bagi seorang pensyarah.

Itulah kejayaan pada manusia. Berjaya mengejar cita-cita. Berjaya mendapatkan kereta idaman. Berjaya menambat hati orang tersayang. Berjaya mengumpul harta. Kejayaan demi kejayaan ditempuhi manusia menjadikannya puas dan bahagia. Bahagia kerana kejayaan ini diperoleh hasil titik peluh dan penat jerih dalam masa-masa tertentu. Kecenderungan kepada nilai material dang angka yang besar menjadi kayu ukur untuk berjaya. Markah yang tinggi, anak yang ramai dan harta yang banyak.

Kejayaan bersifat subjektif. Membawa pengertian yang sangat besar. Allah SWT Maha Adil. Setiap manusia dijadikan dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Dalam bidang yang berlainan dan pelbagai. Tiada yang sia-sia. Firman Allah SWT dalam surah Al Mukminun, ayat 115:


"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia. Biarpun seorang tukang sapu. Betapa bermaknanya mereka. Jika mereka tiada, seluruh tempat akan menjadi kotor. Maka tukang sapu telah berjaya menjadikan banyak tempat bersih. Itulah kajayaannya. Tahniah kepada tukang sapu. Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif masing-masing.

Kejayan Menurut Al-Quran
Kejayaan tercipta setiap hari. Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, kejayaan yang baru bakal muncul. Setelah berjaya, manusia akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam juga menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui yang diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran:

1) Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

2) (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,


3) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,


4) dan orang-orang yang menunaikan zakat,


5) dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,


6) terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.


7) Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.


8) Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.


9) dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.


10) Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,


11) (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

{Al Mukminun : ayat 1-11}

Jelas dalam ayat ini menerangkan hakikat sebenar kejayaan. Iaitu mereka yang akan mewarisi syurga Allah dan kekal di dalamnya. Kerana dunia hanya akan kita rasakan seperti atu kerdipan mata ketika di padang mahsyar kelak. Maka ramailah yang akan tahu betapa mereka telah tertipu dengan kejayaan yang mereka kejar di dunia. Sememangnya beruntunglah mereka yang mengutamakankan uruan akhirat dalam segala hal. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengaitkan kehidupannya dengan dunia yang kekal abadi. Manusia yang selalu lupa akan hakikat ini menyangka semua kejayaan yang dimiliki akan kekal..Sedangkan mereka masih lagi di dunia..Dan dunia bersifat fana(hancur).

Kejayaan bukan hanya dalam pelajaran
Jadi ternyata tidak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tidak semestinya mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa mampu bertahan(survive) dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar. Mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan. Maka tiada kata putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran...Tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu..Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya..Percayalah..Rahmat Allah itu luas..Dan Allah sesekali tidak suka orang yang berputus asa..Walaupun kadangkala hambaNya itu melampaui batas.

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang-
{Az-Azumar : Ayat 53}


P/S : Semoga berjaya untuk palajar Kolej Matrikulasi Labuan..Semoga dapat mencapai apa yang diidam-idamkan..Amin
2 comments
Abu Khalid said...

Nak nangis ana mendengarnya...

Teringat zaman mengejar kejayaan di matrikulasi dulu...

April 3, 2010 at 10:24 AM  
Insan Biasa said...

Betul2...sedih kalau terkenang zaman matrik..

April 4, 2010 at 7:29 AM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png