Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Tawakkal yang tak mudah difahami

12/12/12


Tawakkal atau berserah diri mungkin mudah kita faham maksudnya, tapi tak semudah pelaksanaan dalam hidup. Dulu semasa di sekolah, selepas tamat exam, ramai yang cakap "dah usaha, tawakkal je la". Maka dulu maksud tawakkal hanya difahami bila dah usaha. Apabila kononnya dah bertungkus lumus belajar, tiba masa untuk bertawakkal. Tapi setelah kita meningkat dewasa, pandangan kita makin luas, pengertian hidup juga semakin mendalam, saya dapati maksud tawakkal nampaknya lebih dari 'berserah selepas berusaha'.

Baru-baru ini Labuan dikunjungi oleh seorang pendakwah bernama Ust Fadli Yusof. Beliau berkongsi tentang pengalamannya berdakwah di Pensiangan Sabah. Satu kawasan pedalaman yang memerlukan masa 6 jam untuk ke sana dari bandar besar. Sungguh saya kagum dengan kekentalan jiwa pendakwah ini sanggup mengharungi kesusahan untuk menyampaikan risalah Allah. Sungguh Allah telah membekalkan beliau jiwa besar yang sukar saya gambarkan. Dalam mengharungi jalan dakwahnya, ada yang bertanya dari mana beliau dapat sumber kawangan? jawapan beliau mudah, dari sumbangan orang ramai melalui iklan yang beliau buat di facebook dan blog. Selain itu, beliau tiada kerjaya lain. Jadi bagaimana beliau menyara keluarga? Jawab beliau juga melalui sumbangan itu. Pernah juga beliau kekurangan duit tiket flight untuk pulang ke semenanjung.

Saya kembali berfikir tentang diri sendiri. Setiap hari saya bekerja untuk menyimpan wang kononnya untuk kegunaan masa hadapan. Itulah yang sering di momokkan oleh orang sekeliling. Nampaknya Ust Fadli Yusof tidak begitu. Beliau langsung tak risau tentang simpanan wang. Kadang kala saya sendiri ketawa kerana kita selalu kata menyimpan untuk masa depan, tapi kita tak tahu pun esok adakah kita masih bernyawa. Saya selalu teragak-agak untuk menderma, risau jika saya dermakan semua, tiadalah lagi untuk saya. Tapi Ust Fadli Yusof tidak begitu. Beliau tak teragak-agak untuk menggunakan semua miliknya selagi dalam ruang kemampuan beliau.

Selalu saya dan rakan-rakan berborak tentang umrah. Kami berpendapat kalau nak pergi umrah, biarlah kewangan kami kukuh dahulu. Walaupun duit dah cukup, kalau guna semuanya untuk umrah, lepas balik umrah nanti rasa 'sesak'. Maksud sesak itu mungkin kekurangan dalam perbeanjaan. Tapi bila difikirkan dalam diri saya ketika itu wujud rasa tak yakin dengan rezeki yang Allah bagi. Wujud rasa kedekut dengan Allah, yang empunya rezeki. Aduh sungguh kasihan dengan diri sendiri. Adakah Allah akan membiarkan hambaNya yang membelanjakan rezeki pemberianNya untuk ke rumahNya. Sudah tentu tidak!!!

Saya pernah keliru dengan tindakan seorang rakan yang kuat ikut jemaah tabligh. Dia sanggup ke India untuk keluar 40 hari hingga terlepas peluang temuduga guru. Ketika itu saya berpendapat habislah peluang kerjayanya. Tapi akhirnya dia berjaya dalam temuduga kedua dan berjaya menjadi guru. Ketika itu saya dapat sebenarnya rakan saya itu memahami konsep tawakkal yang lebih dalam dan sukar saya fahami.

Jika dilihat dalam sirah. Tawakkal Nabi SAW dan para sahabat juga tiada tolok bandingnya. Menyerahkan segala-galanya untuk agama. Penyerahan mereka secara total menyebabkan mereka tak pernah risau dengan rezeki. Malah sentiasa cukup dengan apa yang telah dikurniakan. Biarpun sedikit, tetap cukup. Berbeza dengan hidup kita hari ini. Biarpun banyak, masih rasa mahu tambah dan tambah, kemudian risau apa yang ada akan hilang. Ya Allah, ampunkanlah kelalaian hambaMu ini.

Seorang tuan haji pernah nasihatkan saya "Tawakkal itu bukan selepas usaha, sebelum usaha lagi dah tawakkal". Sebelum Ust Fadil mengakhiri kuliahnya, beliau sempat berkongsi cerita tentang perihal anaknya yang bertanya "ayah nak pergi jauh-jauh ni ada duit ke?". Beliau bertanya kembali kepada anaknya "kalau ayah suruh kamu pergi kedai beli barang, ayah suruh dengan tangan kosong je ke?Mesti ayah bagi kamu duit kan?". Anaknya mengangguk. "Begitu juga Allah, jika Allah suruh ayah berdakwah, Allah takkan biar ayah pergi dengan tangan kosong, mesti Allah akan bagi bekalan nanti". Begitulah hebatnya tawakkal beliau. Suatu hari nanti aku berharap mampu memahami dan mempraktikkannya dalam hidup ini.
Posted by Insan Biasa at 12:22 AM 1 comments  

"apalahdayaku" diserang 'anti hadis'

11/1/12

Agak memeranjatkan apabila seseorang(anonymous) memberi komen yang menentang hadis secara keseluruhannnya. Ternyata beliau seorang anti hadis. berikut merupakan komen beliau.

Mula

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ 

"But there are among men those who patronize RIDICULOUS HADITHS (لَهْوَ الْحَدِيثِ) without knowledge (thereby) misleading from the Path of Allah and throwing a butt of mockery: for such there will be a humiliating Penalty" (Sura Luqman:6)


PROPHET ORDERED DRINK OF CAMEL'S URINE? 

YOU ARE DISGUSTING AND GOING TO HELL FOR DEFAMING OUR BELOVED PROPHET!!


By Abu Qilaba : Anas said, "Some people of 'Ukl or 'Uraina tribe came to Medina and its climate did not suit them. So the Prophet ordered them to go to the herd of (Milch) camels and to DRINK THEIR milk and URINE (as a medicine). So they went AS DIRECTED and after they became healthy, they killed the shepherd of the Prophet and drove away all the camels. The news reached the Prophet early in the morning and he sent (men) in their pursuit and they were captured and brought at noon. HE (PROPHET) THEN ORDERED TO CUT THEIR HANDS AND FEET (AND IT WAS DONE), AND THEIR EYES WERE BRANDED WITH HEATED PIECES OF IRON, THEY WERE PUT IN 'AL-HARRA' AND WHEN THEY ASKED FOR WATER, NO WATER WAS GIVEN TO THEM." Abu Qilaba said, "Those people committed theft and murder, became infidels after embracing Islam and fought against Allah and His Apostle."; Sahih Bukhari Volume 001, Book 004, Hadith No. 234

Is this what you called authentic? 

One must ask WHOSE AUTHENTICITY is in question here? 

The "PROPHET" or the "PERSIAN HADITH COMPILERS"? 

Upon which verses rests your FAITH or Imaan? 

The "AL-QURAN" or "AL-BUKHARI & OTHER PERSIAN SCHOLARS"? 

OPEN YOUR EYES AND SEE WHAT THE KUFR DID TO OUR BELOVED PROPHET!!

The hadith is the virus to change the Quran, and divided the Muslim Ummah! 


A Study of the Qur’an, Brother Mohammed Abdul Malik: 

To understand the background to the development of Hadith literature one must sift through the history of Islam from about 250 years after the time of our Prophet… during the first century of the Prophet's era no hadiths were written down… Stories circulated by word of mouth but they were never written down ... some 250 years after the fact, Bukhari supposedly managed to trace back to its source (i.e. the Prophet) by establishing all the links in a chain which cannot possibly have been genuinely reconstructed! How he (Bukhari) managed to do this without written records, bridging a gap of about eight generations, and simultaneously establishing not only biographical data but also a compelling analysis of the mental faculties of his subjects defies belief! One can quote several hundred hadiths that not only contradict the Qur’an but also clearly do damage to the Prophet's good name
 

PROPHET LEAVE US THE HADITH?

Narrated By 'Abdul 'Aziz bin Rufai' : Shaddad bin Ma'qil and I entered upon Ibn 'Abbas. Shaddad bin Ma'qil asked him, "Did the Prophet leave anything (besides the Qur'an)?" He replied. "He did not leave anything except what is Between the two bindings (of the Qur'an)." Then we visited Muhammad bin Al-Hanafiyya and asked him (the same question). He replied, "The Prophet did not leave except what is between the bindings (of the Qur'an).";Sahih Bukhari Volume 006, Book 061, Hadith No. 537.


Conspiracies against the Quran
http://www.free-minds.org/sites/default/files/Conspiracies.pdf

http://www.sahih-bukhari.com/Pages/Bukhari_8_82.php 

 Tammat...

Sepertinya beliau hanya meletakkan komen yang sama kepada banyak blog-blog atau laman web yang menghuraikan hadis. Beliau mengemukakan bukti keraguan tentan kewujudan hadis. Beliau mempersoal secara logik bahawa adalah mustahil bukhari mampu mengumpul ribuan hadis dengan menyediakan sanad yang kukuh. Bagi beliau itu adalah mustahil. Apa yang menjadi persoalan yang agak lucu adalah ada juga bukti beliau itu menggunakan bukti yang juga berupa hadis untuk menyokong hujjah beliau. Bagaimana orang yang tak percaya hadis juga menggunakan hadis?

Antara hujjah beliau adalah.

1. Hadis memecahbelahkan ummah.
2. Terdapat hadis yang jumut dan tak masuk akal dalam himpunan hadis sahih.
3. Hadis adalah senjata orang kafir untuk memusnahkan ummah
4. Mustahil bukhari mampu mengumpulkan ribuan hadis beserta sanadnya.

Saya bukanlah pakar hadis, jika dibacakan hadis di hadapan saya, saya takkan mampu menghuraikannya. Apalagi mengatakan kesahihan hadis itu. Apa yang saya sampaikan adalah hadis yang telah benar-benar dibuktikan sahih dan telah dihuraikan oleh ulama-ulama hadis. Bukanlah huraian dari saya.

Adalah sukar untuk membentuk aqidah. Aqidah seperti darah daging yang terbina dari banyak sel dan memakan masa sepanjang umur. Aqidah adalah kefahaman dan apa yang dia yakini. Rasulullah mengambil masa 13 tahun di Makkah untuk membentuk aqidah, kemudian 10 tahun berikutnya tentang ibadah. Sirah telah membuktikan kesukaran Rasulullah membentuk aqidah. Memerlukan kesabaran, tekad, usaha dan kebergantungan pada pertolongan Allah. Akhirnya Allah yang membuka hati bagi mereka yang dipilihNya. Maka untuk mengubah aqidah, memerlukan hidayah dan taufiq dari Allah. Seperti juga mereka yang anti hadis. Ini juga masalah aqidah. Saya bersimpati dan hanya mampu mendoakan mereka dipilih oleh Allah untuk menerima hidayahNya. Juga kepada diri sendiri yang sedang mencari jalan terbaik kepada redhaNya.

Apakah pandangan anda tentang golongan ini??
Posted by Insan Biasa at 2:52 PM 1 comments  

Kehendak Allah dan Kehendak Manusia?

9/30/12


Saya cuma ingin berkongsi pendapat tentang keutamaan hidup kita. Bagi saya dalam apa pon keputusan hidup kita, kita perlu membuat keutamaan berdasarkan apa yang kita fahami dalam hidup. Dan pilihan itu adalah berdasarkan apa yang kita fahami tentang tujuan hidup. Antara dua pilihan atau lebih dari dua pilihan, pilihan yang mana lebih menguntungkan untuk membawa kita ke kehidupan yang lebih baik. Bagi kita ummat Islam tentunya berkaitan dengan hidup di akhirat kelak. maka jika enyentuh tentang kehidupan akhirat tentunya kita mahukan syurga dan jika kita mahukan syurga, pastinya kita hanya mahukan REDHA ALLAH SWT.

Sebenarnya pilihan ini dibuat berdasarkan apa yang telah kita lalui. Pengalaman. Kemudian lihat pula sejauh mana ilmu kita boleh menilai pilihan itu. Kita perlu faham kenapa seseorang penjenayah memilih untuk membuat jenayah. Apakah mereka tidak tahu jenayah adalah satu kesalahan dan dosa? Tapi mereka tetap mahu lakukannya. Ini sangat berkait dengancara kehidupan mereka. Siapa mereka berkawan dan apa yang mereke telah lalui? Dan semua itu adalah di luar pengetahuan saya.

Jadi dalam pilihan kita, apa jenis pilihan pon, kita perlu utamakan pilihan yang mendapat redha dari Allah. Pilihan yang tidak melanggar apa yang ditegahNya. Pilihan yang menjadikan kita lebih dekat dengannya. Selain dari itu adalah pilihan yang salah. Dalam membuat pilihan sama ada untuk menjaga hati manusia atau menjaga Allah, tentulah kita perlu menjaga Allah. walaupun terpaksa menyakitkan hati manusia. Tentulah agama melarang kita menyakiti sesama insan, tetapi yang manakah adalah penting? Redha Allah atau kesenangan hati manusia?

Dalam ketaatan kepada Ibu bapa. Agama meletakkan sempadan dalam mentaati ibu bapa. Ketaatan yang boleh menyebabkan kita melanggar perintah Allah adalah dilarang. Maka seorang anak boleh ingkar jika ibu bapa mereka menyuruh melakukan kemungkaran. Seoarang anak wajib menolak permintaan yang melanggar perintah Allah secara baik dan sedaya upaya memperbetulkan keadaan itu, malah jika keadaan masih lagi di luar kawalannya, ambillah keputusan untuk tinggal berjauhan dan mohonlah pertolongan Allah. Allah pasti membantu hambaNya selalu mengutamakan perintahnya.

Jika seorang lelaki mengajak seorang wanita bercinta seperti yaang berlaku dalam kisah muda-mudi hari ini. Wanita itu akhirnya termakan pujukan si lelaki kerana kasihan dan mahu menjaga hatinya. Adakah pilihan wanita itu betul? Adakah pilihan wanita itu selari dengan apa yang Allah mahu? Akhirnya melahirkan perasaan yang lebih mendalam hingga boleh menjadikan wanita itu melanggar banyak lagi perintah. Adat orang bercinta berdua-duaan. Sama ada secara realiti atau maya. Lumrah nafsu si lelaki akan meminta lebih lagi 'bukti' cinta. Si wanita akan menurut dengan alasan ingin menjaga hati. Namun jelas melanggar apa yang Allah mahu. Tindakan wanita itu mungkin betul jika si lelaki benar-benar mahu mengahwininya pada masa terdekat. Jika tidak, hubungan cinta yang terlalu lama hanya membawa kemungkaran demi kemungkaran dan fitnah yang tidak akan disedari oleh si pelaku. Ini hanya disedari setelah perkara buruk berlaku. Ketika itu penyesalan adalah sia-sia.

Sememangnya banyak pilihan yang berlaku dalam hidup ini membuatkan kita buntu dan keliru dengan kepelbagaiannya. Namun jika kita membuat pilihan yang mengutamakan redha Allah, maka kita tidak mungkin rugi. Lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Banyak pilihan yang menyebabkan kita menyesal di kemudian hari dan sebenarnya kita telah menyedarinya ketika pilihan itu dibuat. Kerana kita berharap pilihan akibat pilihan itu adalah berlainan. Sebenarnya tidak. KITA BOLEH MEMBUAT PILIHAN, TETAPI TIDAK BOLEH MEMILIH AKIBAT PILIHAN ITU. Kita semua memahami hakikat ini jika kita berpijak di bumi nyata.

Keberangkatan Mak dan Abah ke Makkah

9/24/12

Malam Semalam mak dan abah telah berankat ke Makkah. Tanah Suci yang menjadi tempat idaman semua makhluk hidup. Akhirnya Allah memberi kesempatan kepada mak dan abah untuk hadir sekali lagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim. Melengkapkan rukun Islam yang kelima. Aku sungguh bersyukur dengan perkara ini. Aku juga akan terus memohon agar kelak Allah akan memanggil aku ke sana untuk menjadi tetamu agung. Semoga ada kesempatan.

Maka ramailah yang mengirimkan hajat untuk didoakan di sana. Doa di Masjidilharam adalah kesempatan doa yang tak mungkin dilepaskan oleh setiap orang yang berpeluang ke sana. Tentunya aku salah seorang pengirim doa. Tidak kurang yang meminta di disampaikan salam kepada Rasulullah dan Para sahabat semasa mengunjungi makan mereka. Aku tidak berkesempatan berkata begitu kepada abah. Kerana aku punya pendapat sendiri. Biarpun aku jauh di sini, perasaan cinta akan Baginda nabi tetap dapat kusampaikan dengan amalan sunnah dan selawat ke atas baginda. Allahumma solli ala muhammad. InsyaAllah.

Suasana Di perkarangan rumah






 Azan dilaungkan sebelum jemaah berangkat ke Makkah







 Sengaja Besarkan gambar ni..Sweet





Semoga Mak dan Abah mendapat haji yang mabrur. Aku sempat menitipkan beberapa doa untuk mak doakan kepadaku semasa berhadapan dengan kaabah. Antara Isi doanya adalah seperti berikut.


Ya Allah, aku pohonkan padamu dengan penuh harapan agar kau kabulkan permintaan untuk anakku ini.
  1. Jadikanlah anakku ini seorang yang berguna kepada semua orang di sekitarnya. Jangan kau biarkan dia menyusahkan orang lain. Permudahkanlah urusannya, murahkanlah rezekinya.
  2. Jadikanlah anakku ini seorang yang soleh dan selalu berusaha mengerjakan kebaikan dengan ikhlas untuk mengharapkan keredhaanMu. Jangan kau wujudkan perasaan putus asa dalam dirinya walau sekecil mana pun usahanya.
  3. Berilah kesempatan kepadanya untuk selalu memperbaiki dirinya dalam segala hal. Sesungguhnya dia punya banyak kelemahan dan hanya dengan rahmatMu ya Allah dia akan mampu mengatasi kelemahan ini.
  4. Selamatkanlah dia dari segala tipu daya dunia yang merugikan dan yang boleh menyebabkan dia terjerumus ke dalam kemurkaanMu.
  5. Permudahkanlah urusan jodohnya. Jika dia bertemu jodoh, jadikanlah jodohnya itu mampu mendekatkan dirinya kepadaMu.
  6. Jika sampai ajalnya, matikanlah dia sebagai seorang yang syahid dan dalam keimanan yang tertinggi. Jangan kau matikan dia dalam keadaan bermaksiat dan kufur.
  7.  Jika dia selalu melakukan dosa berulang kali, kasihanilah dia ya Allah. Sentiasalah berikan dia kesempatan untuk memperbaiki diri sehingga dia benar-benar mampu meninggalkan dosa itu.
  8. Jadikanlah di sekelilingnya segala yang baik. Ketemukanlah dia dengan mereka yang mampu membantunya memperbaiki diri. Janganlah kau biarkan dia terpengaruh dengan semua keburukan yang datang kepadanya setiap hari.
  9. Jika kau mahu mengujinya, berikanlah juga dia kekuatan untuk mengetasi ujian itu agar dia tidak hanyut dengan ujian yang kau beri. Bantulah dia menyedari ujian yang sedang dihadapi agar dia selalu bersedia menghadapinya.
  10. Tempatkanlah dia di syurgaMu, dalam lingkungan kasih sayangMu dan keredhaanMu yang berpanjangan bersama maknya Maimon bte Hasim dan abahnya, Mohd Yasin Bin Othman.

Inilah secebis harapanku. Jika aku mati dan semua harapan ini termakbul. Aku amat bersyukur. Aku akan terus memohonnya hingga ke akhir hayatku.
Posted by Insan Biasa at 10:27 PM 0 comments  

Futur

9/22/12


Dah lama tidak menulis, nak kata sibuk, memang bukan lah. Perasaan malas sejak akhir-akhir ini begitu membuak-buak menguasai diri. Kemudahan di sekitar banyak tapi selalu diabaikan dan ditangguhkan kegunaannya. Malah kadangkala disalahguna. Adakah ini semulajadi sifat manusia atau aku yang semakin jauh? Semakin jauh dari apa????

Semaki jauh. Nampaknya aku semakin jauh dari realiti persekitaranku. Seakan-akan aku mahu mengejar kehidupan yang lain. Kehidupan orang lain. Kehidupan yang sebenarnya bukan milik aku. Tapi aku mahukannya. Sememangnya aku nampaknya sudah hilang rasa syukur dengan apa yang ku genggam dan mengejar apa yang ada di genggaman orang lain. Aku mahu jadi orang lain. Sesuatu yang bukan diriku.

Semakin jauh. Aku semakin jauh dari rasa gembira. Semakin dekat dengan murung. Apa yang ku kejar adalah hanya khayalan yang aku balut dengan kain kenyataan. Aku sedar hakikat itu tapi hanya membiarkannya demi mengejar nikmat yang sementara. Sampai suatu saat aku akan berasa sangat sedih dengan perbuatan itu dan menyesal. Tetapi selepas beberapa ketika, aku kembali melakukannya. Perasaan murung semakin bertimpa-timpa. Nampaknya aku berjaya membenamnya di dalam diri. Melihatkan diriku seperti orang yang hebat, gembira yan bertuah. Kononnya.

Semakin jauh. Aku semakin jauh dengan Tuhan. Ini nampaknya adalah masalah paling utama. Bagaimana aku boleh rasakan itu? Pernahkah aku dekat dengan Tuhan. Pernahkah stu saat dalam hidupku merasakan kehadiran Allah dalam jiwaku? Ya pernah. Maka aku boleh rasakan kejauhan itu. Hatiku selalu resah. Gelisah. Serba tak kena. Tidak tahu apakah sebenarnya yang aku ingini. Allah tekah berikan banyak tanda kepadaku untuk kembali dekat dengannya. Aku melihat tanda itu dan aku mencubanya. Tapi pada satu ketika aku melepaskannya untuk kembali mengejar nikmat yaang lain. Nikmat yang sebenarnya aku hanya membawa laknat.

Perubahan yang sentiasa aku cuba lakukan selalunya berakhir dengan gagal. Namun bukanlah satu kegagalan yang total. Aku tetap memperoleh sesuatu. Cuma cukup sedikit dari apa yang sepatutnya. Itu sudah dikira gagallah. Kesedihan hanya tinggal kesedihan. Tidak pon memberi kesan. Jika ada pun kesannya hanya bersifat sementara dan tenggelam timbul. Nampaknya aku cuma mengharapkan persekitaran mengubahku sedangkan aku masih 'sayang' untuk meninggalkan keseronokan nikmat yang sentiasa datang meratah imanku.

21/09/2012...Perjalanan Pulang
Posted by Insan Biasa at 11:26 PM 0 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png