Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Futur

9/22/12


Dah lama tidak menulis, nak kata sibuk, memang bukan lah. Perasaan malas sejak akhir-akhir ini begitu membuak-buak menguasai diri. Kemudahan di sekitar banyak tapi selalu diabaikan dan ditangguhkan kegunaannya. Malah kadangkala disalahguna. Adakah ini semulajadi sifat manusia atau aku yang semakin jauh? Semakin jauh dari apa????

Semaki jauh. Nampaknya aku semakin jauh dari realiti persekitaranku. Seakan-akan aku mahu mengejar kehidupan yang lain. Kehidupan orang lain. Kehidupan yang sebenarnya bukan milik aku. Tapi aku mahukannya. Sememangnya aku nampaknya sudah hilang rasa syukur dengan apa yang ku genggam dan mengejar apa yang ada di genggaman orang lain. Aku mahu jadi orang lain. Sesuatu yang bukan diriku.

Semakin jauh. Aku semakin jauh dari rasa gembira. Semakin dekat dengan murung. Apa yang ku kejar adalah hanya khayalan yang aku balut dengan kain kenyataan. Aku sedar hakikat itu tapi hanya membiarkannya demi mengejar nikmat yang sementara. Sampai suatu saat aku akan berasa sangat sedih dengan perbuatan itu dan menyesal. Tetapi selepas beberapa ketika, aku kembali melakukannya. Perasaan murung semakin bertimpa-timpa. Nampaknya aku berjaya membenamnya di dalam diri. Melihatkan diriku seperti orang yang hebat, gembira yan bertuah. Kononnya.

Semakin jauh. Aku semakin jauh dengan Tuhan. Ini nampaknya adalah masalah paling utama. Bagaimana aku boleh rasakan itu? Pernahkah aku dekat dengan Tuhan. Pernahkah stu saat dalam hidupku merasakan kehadiran Allah dalam jiwaku? Ya pernah. Maka aku boleh rasakan kejauhan itu. Hatiku selalu resah. Gelisah. Serba tak kena. Tidak tahu apakah sebenarnya yang aku ingini. Allah tekah berikan banyak tanda kepadaku untuk kembali dekat dengannya. Aku melihat tanda itu dan aku mencubanya. Tapi pada satu ketika aku melepaskannya untuk kembali mengejar nikmat yaang lain. Nikmat yang sebenarnya aku hanya membawa laknat.

Perubahan yang sentiasa aku cuba lakukan selalunya berakhir dengan gagal. Namun bukanlah satu kegagalan yang total. Aku tetap memperoleh sesuatu. Cuma cukup sedikit dari apa yang sepatutnya. Itu sudah dikira gagallah. Kesedihan hanya tinggal kesedihan. Tidak pon memberi kesan. Jika ada pun kesannya hanya bersifat sementara dan tenggelam timbul. Nampaknya aku cuma mengharapkan persekitaran mengubahku sedangkan aku masih 'sayang' untuk meninggalkan keseronokan nikmat yang sentiasa datang meratah imanku.

21/09/2012...Perjalanan Pulang
Posted by Insan Biasa at 11:26 PM  
0 comments

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png