Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

12/29/08

Sekali lagi kita menerima berita sedih tentang kematian ratusan saudara kita di palestin..Kini rejim zionis menunjukkan lai taring, kerakusan, kebinatangan dan ketidakbolehpercayaan mereka pada dunia. Pemimpin dunia semuanya mengecam kekejaman ini..Itulah yang mampu dilakukan. Meskipun palestin berada di tanah arab, tidak ada satu pun negara arab mahu membantu mempertahankan dan membalas kekejaman ini..Mereka juga mengecam..Hanya mengecam..Rejim zionis hanya ketawa dan senyum dengan kecaman tidak bermakna itu..Langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka..Tiada yang berani memenggal orang Israel laknatullah ini...Meskipun mereka berkuasa sepeerti banyak negara arab..Sungguh kesal melihat keadaan ini..Wahai rakyat Palestin yang terkorban, semoga berada di kalangan para syuhada..Mereka yang masih hidup teruslah melawan dengan batu-batu perkasa. Orang melihat mereka yang melontar, tetapi sebenarnya itulah lontaran ALLAH...Teruslah pertahahkan palestin..walau selama manapun, rakyat palestin tidak akan pupus...ALLAH bersama mereka..
Posted by Insan Biasa at 8:52 PM 0 comments  

Menaip jawi dalam words

12/17/08

Hari ni aku dapat exlore satu care nak tambah jawi dalam words..Nak kongsi ngan sume yg tak tau lagi nih..hehehe

Sebenarnya, kalau anda menggunakan windows 2000 dan ke atas, komputer anda telah boleh digunakan bagi menaip arab atau jawi tanpa menggunakan apa-apa program atau software tambahan. Inilah yang dimaksudkan dengan teknologi multi language yang telah tersedia ada dalam program windows itu sendiri. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menaip atau membaca dalam apa sahaja bahasa di dunia ini, samada cina, india, thailand, jepun dan sebagainya. Cuma, sekiranya anda tidak perlu kepada semua itu tidak perlulah anda mengaktifkan penggunaannya pada komputer.

Mengaktifkan bahasa Arab
1. Pergi ke folder ‘COntrol Panel’ dan klik ‘Regional and Language Option’
2. Pilih bar ‘Languages’
3. Dalam kotak ‘Supplemental language support’ ada dua kotak, pilih kotak pertama iaitu ‘Install files for complex script and right-to-left languages (including Thai). Kotak yang kedua itu biarkan tidak bertanda (kalau bertanda sila nyahtandakannya kecuali pada masa yang sama anda juga ingin taip cina, korea atau jepun)
4. Klik ok.

Setelah itu system anda akan meminta driver asal windows yang tersimpan di dalam folder I386 yang ada di dalam CD installer windows (samada yang dibekalkan semasa anda membeli komputer atau dibeli dikedai-kedai software). Anda tunjukkan sahaja kepada system di mana anda telah simpan folder I386 tersebut samada CD, atau dalam drive anda (elok sekiranya anda copy folder I386 ini dan simpan dalam HDD kerana setiap kali anda ingin menambah atau membaiki mana-mana komponen asal windows fail dalam folder ini akan diperlukan)

Setelah itu, sekiranya system meminta anda restart komputer, ikut saja.

Setelah windows anda kembali, ulang semula langkah 1 dan 2 di atas. Kemudian langkah:
3. Dalam kotak ‘Text services and input languages’ anda klik detail.
4. Pada bar ‘Settings’ pilih ‘Add’ dalam kotak ‘Installed services’
5. Pada option ‘Input language:’ sila pilih mana-mana bahasa Arab (biasanya ana pilih Arabic (Saudi Arabia).
6. Klik ok.

Sekarang komputer anda sudah dimaklumi kehendak anda ingin menaip tulisan Arab. Buka sahaja mana-mana software (Microsoft Word, Excel, PowerPoint dll) dan anda sudah boleh manaip Arab.

Menaip Arab/Rumi.
Untuk memudah dan melancarkan proses taipan, anda bolehlah menggunakan shortcut keyboard bagi memilih jenis (input) bahasa samada Arab atau Rumi. Langkah mudah:
1. Tekan ‘Ctrl’ serentak dengan ‘Shift’ sebelah kanan anda bagi memulakan taipan sebelah kanan (untuk menaip jawi atau arab)
2. Tekan ‘Alt’ serentak dengan ‘Shift’ bagi menaip (input) Arab atau Jawi.
3. Tekan ‘Alt’ serentak dengan ‘Shift’ sekali lagi bagi mengembalikan taipan dalam Rumi.

Maksudnya, dengan cara menekan serentak ‘Ctrl’ dan ‘Shift’ tersebut adalah untuk anda memulakan samada menaip dari sebelah kanan atau kiri. Sekiranya ingin mula menaip di sebelah kanan (Jawi dan Arab) tekan ‘Ctrl’ dan ‘Shift’ kanan dan begitulah sebaliknya. Manakala untuk menukar input Rumi atau Jawi anda hendaklah menekan secara serentak ‘Alt’ dan ‘Shift’ setiap kali ingin menukar input keyboard.

Nombor Arab.
Ikuti langkah berikut sekiranya nombor anda tidak mengikut kaedah taipan pilihan. Maksudnya sistem pernomboran adalah sama sahaja walaupun anda menaip Arab.

Inilah antara cara mudah yang boleh kita gunakan..nak bagi kredit sikit kat web rujukan
http://ibnrajab.wordpress.com/2008/01/29/menaip-arab-atau-jawi/
Posted by Insan Biasa at 6:09 PM 0 comments  

Ujian Tuhan Tidak di duga..Semoga sabar menghadapinya

12/6/08


Kita semua telah sedia maklum dengan berita sedih satu lagi tragedi tanah rumtuh yang dahsyat berlaku di sekitar Hulu Klang awal pagi 6 Disember. Semoga ALLAh SWT memberikan kesabaran yang tinggi kepada hamba muslimnya yang diuji ini. Sebagai yang melihat, kita semua harus mengambil iktibar tentang tragedi ini dan menginsafi betapa keagungan Tuhan itu mengatasi segalanya...banglo mewah habis diranapkan dalan sekelip mata..Begitulah kekuasaanNya mengambil kembali apa sahaja harta yang kita miliki jika Dia mahu..Betapa kerdilnya manusia tidak mampu menolak apa yang telah ditetapkan olehNya...Kini ramailah yang tampil memberikan pendapat tentang ketidakstabilan tanah yang diduduki, ramailah yan tampil memberikan pendapat tentang sistem saliran yang teruk, ramailah yang memberi pendapat rentang projek-projek perumahan yang tidak diseliakan, namum semuanya seperti tidak berguna. Segalanya telah terjadi dan faktor yang paling besar adalah sifat manusia itu sendiri yang umumnya tamak, pentingkan diri sendiri, bongkak, dan hanya pandai berkata-kata. Tiada yang akan mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian ini kerana kita tidak langsung mampu memikul bebannya..Memang kita tidak akan sedar, sudah terhantuk baharulah tengadah..Kita hanya mampu bersimpati pada mangsa terutamanya yang kehilangan orang tersayang..Benarlah apa yang dikatakan, "Bencana itu hanya akan datang ketika kita tidak langsung memikirkannya". Seperti tragedi tragis tsunami dahulu, tiada langkah berjaga-jaga dilakukan, ia terjadi dengan dahsyat..Kini pelbagai alat pengesan dicipta, tidak berlaku lagi tsunami...Janganlah kita melupakannya lagi, Jika lupa, pasti terjadi..nauzubillah..Semoga ALLAH SWT memberi ujian yang mampu kita tanggung..Kerana orang beriman itu pasti akan diuji...
Posted by Insan Biasa at 10:23 PM 1 comments  

Kagum pulak dengan anai-anai

12/4/08


Aku baru sahaja memusnahkan sarang anai-anai kat tepi rumah. Bukan ape..Mak suruh. Sbb dekat sangat dgn umah. Nanti merebak sampai ke rumah. Sarang tu takde la besar mane..ade la tinggi empat tayar kereta..Orang kate busut tu berpenunggu..Mula-mula takut gak nak musnahkan. Tapi kite kene la percaya bahawa baik buruk datang dari ALLAH..Bukan makhluk lain. Dengan lafaz bismillah, aku pon 'letupkan' sarang tu dengan cangkul hikmat yang dah nak patah..kat atas memang keras, tapi bila dah sampai tengah sarang tu lembut je..dalam tu aku tgk dengan kagum, berapa banyak lubang yang mereka buat. Aku juga yakin anai-anai tu ingat lubang-lubang yang ada dalam tu. Kat mane lubang ke jalan keluar, kat mane lubang ke tempat telur, tempat simpan makanan, mereka ingat ribuan lubang tu...dan boleh bina tempat yang kukuh. Anai-anai amat hebat, boleh memusnahkan almari dalam diam malah, rumah pon boleh runtuh..Pernah terjadi pada almari rumah jiran, tau-tau almari tu dah reput. Rupanya dalamnya kosong dah dimakan anai-anai. Apalagi kalau rumah tu kayu, mungkin boleh juga dirobohkan.. Pernah gak dengar cerita macam tu..Rumah roboh dimakan anai-anai. Anai-anai ni muncul dari bawah tanah rumah. Malah boleh menembusi lantai simen untuk sampai ke matlamat mereka. Cuba periksa semua perabut anda yang sudah lama tak dialihkan. Mungkin sedang dimakan anai-anai. Walaupun ia makhluk perosak..Mereka amat hebat..Subhanallah..Maafla anai-anai..Buat sarang kat tempat lain ye...hehe
Posted by Insan Biasa at 11:44 AM 1 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png