Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Menaip jawi dalam words

12/17/08

Hari ni aku dapat exlore satu care nak tambah jawi dalam words..Nak kongsi ngan sume yg tak tau lagi nih..hehehe

Sebenarnya, kalau anda menggunakan windows 2000 dan ke atas, komputer anda telah boleh digunakan bagi menaip arab atau jawi tanpa menggunakan apa-apa program atau software tambahan. Inilah yang dimaksudkan dengan teknologi multi language yang telah tersedia ada dalam program windows itu sendiri. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menaip atau membaca dalam apa sahaja bahasa di dunia ini, samada cina, india, thailand, jepun dan sebagainya. Cuma, sekiranya anda tidak perlu kepada semua itu tidak perlulah anda mengaktifkan penggunaannya pada komputer.

Mengaktifkan bahasa Arab
1. Pergi ke folder ‘COntrol Panel’ dan klik ‘Regional and Language Option’
2. Pilih bar ‘Languages’
3. Dalam kotak ‘Supplemental language support’ ada dua kotak, pilih kotak pertama iaitu ‘Install files for complex script and right-to-left languages (including Thai). Kotak yang kedua itu biarkan tidak bertanda (kalau bertanda sila nyahtandakannya kecuali pada masa yang sama anda juga ingin taip cina, korea atau jepun)
4. Klik ok.

Setelah itu system anda akan meminta driver asal windows yang tersimpan di dalam folder I386 yang ada di dalam CD installer windows (samada yang dibekalkan semasa anda membeli komputer atau dibeli dikedai-kedai software). Anda tunjukkan sahaja kepada system di mana anda telah simpan folder I386 tersebut samada CD, atau dalam drive anda (elok sekiranya anda copy folder I386 ini dan simpan dalam HDD kerana setiap kali anda ingin menambah atau membaiki mana-mana komponen asal windows fail dalam folder ini akan diperlukan)

Setelah itu, sekiranya system meminta anda restart komputer, ikut saja.

Setelah windows anda kembali, ulang semula langkah 1 dan 2 di atas. Kemudian langkah:
3. Dalam kotak ‘Text services and input languages’ anda klik detail.
4. Pada bar ‘Settings’ pilih ‘Add’ dalam kotak ‘Installed services’
5. Pada option ‘Input language:’ sila pilih mana-mana bahasa Arab (biasanya ana pilih Arabic (Saudi Arabia).
6. Klik ok.

Sekarang komputer anda sudah dimaklumi kehendak anda ingin menaip tulisan Arab. Buka sahaja mana-mana software (Microsoft Word, Excel, PowerPoint dll) dan anda sudah boleh manaip Arab.

Menaip Arab/Rumi.
Untuk memudah dan melancarkan proses taipan, anda bolehlah menggunakan shortcut keyboard bagi memilih jenis (input) bahasa samada Arab atau Rumi. Langkah mudah:
1. Tekan ‘Ctrl’ serentak dengan ‘Shift’ sebelah kanan anda bagi memulakan taipan sebelah kanan (untuk menaip jawi atau arab)
2. Tekan ‘Alt’ serentak dengan ‘Shift’ bagi menaip (input) Arab atau Jawi.
3. Tekan ‘Alt’ serentak dengan ‘Shift’ sekali lagi bagi mengembalikan taipan dalam Rumi.

Maksudnya, dengan cara menekan serentak ‘Ctrl’ dan ‘Shift’ tersebut adalah untuk anda memulakan samada menaip dari sebelah kanan atau kiri. Sekiranya ingin mula menaip di sebelah kanan (Jawi dan Arab) tekan ‘Ctrl’ dan ‘Shift’ kanan dan begitulah sebaliknya. Manakala untuk menukar input Rumi atau Jawi anda hendaklah menekan secara serentak ‘Alt’ dan ‘Shift’ setiap kali ingin menukar input keyboard.

Nombor Arab.
Ikuti langkah berikut sekiranya nombor anda tidak mengikut kaedah taipan pilihan. Maksudnya sistem pernomboran adalah sama sahaja walaupun anda menaip Arab.

Inilah antara cara mudah yang boleh kita gunakan..nak bagi kredit sikit kat web rujukan
http://ibnrajab.wordpress.com/2008/01/29/menaip-arab-atau-jawi/
Posted by Insan Biasa at 6:09 PM  
0 comments

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png