harta pangkat dan wanita, melemahkan jiwa,
tanpa iman dalam hati, kita kan dikuasai,
>
Demikianlah serangkap lirik lagu yang didendangkan oleh kumpulan hijjaz yang bertajuk fatamorgana, penulis sangat sukakan lagu seperti ini, membawa mesej yang ringkas dan tepat. Kenalah dengan situasi Negara yang sedang bergolak dek arus politik yang membingungkan. Kita mudah untuk menilai manusia, tetapi sellu gagal untuk menilai diri sendiri. Apa yang diharapkan adalah petunjuk Allah kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana jalan yang akan dippilih, Tuhan akan sentiasa menolong manusia yang selalu ingin mengubah dirinya. Sentiasa mencari jalan yang benar. Sentiasa mengaitkan tingkah lakunya dengan agama. Kini kita lihat bagaimana harta dan pangkat memainkan peranan yang sangat hebat dalam diri manusia. Pemimpin sering berbalah sehingga kita lihat di dada akhbar, masalah pemimpin mendahului masalah rakyat. Rakyat pula yang memikirkan masalah pemimpin. Mereka seperti mempunyai dus personaliti. Personaliti di hadapan rakyat dan semasa sesame mereka. Mungkin manusia seperti itu, sangat suka bermuka-muka sehingga amat sukar kita bezakan muka yang sebenar. Mujurlah masih ada yang berfikiran waras dan bijak menghadapi masalah ini, mencari kebebaran hingga ke akar umbi, menyiasat sebelum mengambil keputusan. Semoga akan lahir lagi golongan yang seperti ini, kini anak-anak muda sudah mula sedar, mereka bangkit memperbetulkan kesilapan yang telah lama didiamkan oleh pemimpin sebelum ini, Semoga akan terus dilindungi dan mendapat pertolongan Allah. Merekalah yang tidak terpengaruh dengan fatamorgana dunia. Golongan yang tidak terleka dengan pangkat dan harta. Nasib rakyat akan terbela. Amin….