Kita semua bersedih dan terkejut atas apa yang berlaku di sekitar dunia baru-baru ini. Pelbagai bencana alam berlaku dalam sengga masa yang dekat di pelbagai kawasan. Ribut, gempa bumi, tsunami, hujan batu, dan banjir telah membunuh ribuan nyawa. Terutama apa yang berlaku du Padang, Sumatera yang kita yakin kebanyakkan warga di sana adalah umat Islam. Saudara kita. Sama-sama kita menghulurkan bantuan semampu kita dan mendoakan saudara kita di sana supaya diberikan Allah kekuatan jiwa dan mental dalam menghadapi musibah ini.
Memang mudah untuk kita berkata kepada mereka, "Bersabarlah, pasti ada hikmah di sebalik ini". Tetapi bagi mereka yang melaluinya pastinya lebih berat. Kehilangan tempat tinggal, harta dan keluarga tersayang. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan kesusahan kepada hambanya melainkan apa yang mereka terdaya menerimanya. Dan kesusahan yang ditimpakan itu menandakan Allah masih sayangkan kita dan mahu kita sentiasa beringat akan apa sahaja yang kita lakukan. Mungkin ada kekurangan dalam amal perbuatan ini. Jika kita ditempatkan dalam diri menagsa, apalah yang mampu kita lakukan..Semoga semua ummat mengambil pengajaran. Ya Allah..Ampunkanlah hambamu.....