Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Sudah sekian lama...Inilah aku...

2/16/10



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Sudah lama aku tidak menulis...

Perubahan persekitaran begitu memberi kesan kepada diriku yang mudah hanyut ini.. Terkadang ingin kembali menulis, tapi keinginan itu ditepis dek kemalasan, kesibukan dan halangan internet yang suka mem'block' web blogspot dengan kerana tidak mahu percambahan minda berlaku dalam masyarakatnya. Alasan mengelakkan fitnah sudah sebati dengan kejelekan mereka..Aku marah dan benci keadaan ini...Tetapi undang-undang manusia sangat lemah dan boleh ditembusi oleh manusia juga..Walau bagaimana pandaipun mereka, ada yang lebih pandai..Kini bukan lagi masalah...Menunggu masa dikesan oleh golongan bijak pandai mereka..Jika mereka perasan..

Perpindahan yang penuh dengan hikmah yang sudah dan belum aku nampak..
Aku yakin ada sesuatu yang perlu aku buat disini..Tetapi aku masih belum nampak..Mungkin aku sudah nampak sedikit lubang hikmah itu..Dan sedang berusaha untuk menuju kearahnya..Semoga Dipermudahkan oleh Allah. Perpindahan ke sini telah membuatkan aku berjaya dalam sedikit hal yang aku tidak mampu lakukannya di tempat lama..Sesungguhnya perancangan Allah itu menjangkau pemikiran manusia yang lemah dan hanya boleh berfikir dengan akal yang sempit. Aku sungguh terharu dengan hadiah yang Allah kurniakan ini. Kelihatan sedikit mencabar, tetapi pengakhirannya kuharap dapat memberi sedikit perubahan gambaran dalam kehidupanku yang sementara ini. Hadiah Allah ini mungkin belum penuh..masih banyak yang perlu aku cari disini..Terima Kasih Ya Allah..kaulah sebaik2 perancang...

Mengenal segelintir lagi sikap manusia...
Di sini aku banyak mendapat pertolongan yang diperlukan selaku orang baru..Mereka sangat baik dan murah hati..Sehingga aku berita-cita ingin menjadi sepemurah mereka..Kelihatan mereka dilapangkan oleh Allah dalam segala hal..Suka menjamu tetamu..Ini kelihatan biasa tetapi aku lihat orang sebegini dimudahkan Allah perjalanannya..Aku mahu menjadi seperti itu..Dalam setandan pisang juga ada yanga busuk..Disini aku juga perlu berjaga-jaga dengan kenalan baru yang masih aku tidak tahu telatah mereka. Aku hanya boleh bersangka baik sedangkan ramai yang memberi nasihat supaya berhati-hati..Jangan sampai kebaikan kita dimanupulasi orang yang suka mengambil kesempatan..Tetapi pada aku tidak salah jika terus sahaja berbuat baik..Jika ada yang ingin mengambil kesempatan, aku serahkan kepada Allah untuk menilainya..Diri ini juga banyak silapnya..kadangkala kita nampak kekurangan orang, tetapi buta pada kelemahan sendiri..Aku percaya setiap yang aku lakukan, baik atau buruknya akan kembali kepadaku dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan..Jika ada yang ingin melakukan keburukan kepadaku, mungkin aku pernah melakukan benda yang sama kepada orang lain..Atau mungkin aku perlu bersabar..Allah bersama orang yang sabar..Ya Allah, jadikanlah aku dikalangan hambamu yang sabar..

Aku gembira di sini...
Inilah kesimpulan yang aku dapat buat selepas lebih sebulan disini..Walaupun ada sedikit perkara yang menggusarkan hati, tetapi kebanyakannya terhapus oleh perkara baik yang datang dalam bentuk kelapangan hati dan persekitaran yang sihat. Hikmah yang Allah mahu tunjukkan mungkin masih belum sampai kemuncaknya. Manakan tidak, aku masih perlu menghabiskan banyak masa lagi disini..Jika umurku panjang..Banyak lagi pengalaman yang masih belum kuterokai..Banyak lagi masalah yang belum aku hadapi..Banyak lagi cabaran yang belum aku harungi..Semuanya menanti di hadapan..Dan Allah pastinya telah merancang sesuatu untukku..Walaupun aku dihantar ke sini oleh manusia, tetapi ini bukan perancangan manusia..Semoga Allah akan memberikanku pertolongan diwaktu susah, peringatan dikala alpa, pengajaran dikala leka...Semoga aku akan diberikan yang terbaik dalam segala aspek..Akal lemahku mungkin melihat sesuatu perkara itu buruk..Tetapi mungkin itulah yang terbaik..Allah lebih mengetahui..Aku mohon yang terbaik di dunia..Keluargaku, jodohku, hartaku, ilmuku, amalanku, dan terbaik juga di akhirat iaitu REDHAMU ketika hidupku di dunia...Kepada kawan2 yang membaca, terima kasih..inilah secebis coretan hati ketika aku sedang sedikit susah..semoga aku lebih selesa selepas ini..Aku perlukan doa sahabat..Semoga kita akan berjumpa lagi..Tunggu aku pulang...Jika panjang umur..:-)
Posted by Insan Biasa at 4:59 PM  
2 comments

moga tetap pendirian di sana... teruskan tarbiyah di sana

February 18, 2010 at 12:49 PM  
Anonymous said...

such a touching entry, terbaek!

daripada aku yang malas nak log in

June 20, 2010 at 8:44 AM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png