Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Pengaratan sedang berlaku...Minyak griss masih belum mencukupi..

3/9/10


Tuhan menjadikan manusia dengan pelbagai hikmah yang tak mampu kita bayangkan...Adalah sangat malang jika ada manusia yang menyangka dia dilahirkan sebagai beban dan tidak langsung membawa faedah kepada dirinya mahupun orang lain...Manusia merancang pelbagai cara hidup untuk manjadikan dirinya seorang yang berguna..Namun kekerdilan kita kadangkala teruji dengan sedikit musibah yang menghilangkan semangat yang telah dibina sekian lama..Apa yang diimpikan kadangkala tidak menjadi nyata dan mengundang pelbagai andaian manusia tentang keadilan Tuhan...Seringkali menyalahkan takdir dan hampa dengan apa yang tidak berjaya dicapai...sungguh sempit fikiran manusia...

Namun bagi yang faham betapa musibah itu boleh membina kekuatan dirinya, dia akan melihat betapa besarnya nikmat Allah SWT untuknya di dunia..Biarpun orang melihatnya serba kekurangan..Tetapi keluasan rahmat Allah menjadikannya cukup dalam setiap perkara yang dilakukan...Berbanding dengan segelintir manusia yang kaya-raya tetapi tidak pernah berasa cukup dan hatinya tidak pernah dianugerah ketenangan. Sesungguhnya nilai disisi Allah SWT itu sangat berbeza dengan penilaian manusia yang sentiasa menjadikan angka dan material sebagai kayu ukur sebuah kejayaan...Pandangan manusia sering dijadikan kayu ukur kejayaan sedangkan pandangan Allah sering diketepikan...

Perancangan Allah maha hebat...Melampaui jangkaan manusia...Tidak terfikir oleh akal..Itulah keagungan Allah SWT yang sentiasa dilupakan oleh hambaNya..Manusia mampu menjadi lebih mulia dari malaikat, dan boleh menjadi lebih hina dari binatang..Dan penaksiran mulia dan hina ini tentulah berlaku di sisi Allah SWT yang menjadikan setiap makhluk dengan pelbagai keistimewaan...Kekuatan hadir dari hati-hati yang telah biasa tunduk dan menahan diri..Hati yang dibentuk dengan amalan yang ikhlas untuk mendapatkan keredhaanNya...Hati yang dilembutkan dengan alunan zikrullah lidah, fikiran dan amalan..Hati yang faham tentang hakikat sebenar hidup dan mati...Tarbiah hati ini bukan mengambil masa sehari dua..bukan juga setahun dua..tapi sepanjang hidup manusia...Dan kita sendiri akan menjadi saksi atas segala amalan itu..Bagi yang sedang melalui perjalanan hidup ini, sejarah ummat terdahulu banyak boleh dijadikan iktibar..merekalah orang yang telah mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah..Merekalah yang telah diangkat martabatnya oleh Allah SWT dan nama mereka diingati hingga kini..Merekalah yang hidupnya tidak banyak merasa kesenangan hidup dan sering dipandang hina ketika di dunia...Cukuplah itu sebagai bukti kewibawaan mereka...Hanya untuk yang mahu menggunakan Akal dan berfikir....
Posted by Insan Biasa at 11:43 AM  
0 comments

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png