Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api" (Riwayat Tirmizi)
Keterangan:
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.
Penulis : manusia semakin merasakan diri mereka semakin sibuk..Mereka cuba mengejar masa dengan mencipta pelbagai perlatan yang mempercepatkan tindakan manusia..namun hakikatnya kita semakin tertekan dengan beban kerja yang semakin bertambah dan menghimpit hidup..Manusia merasakan mereka boleh menghitung masa, namun mereka hanya mampu menisbahkan masa dengan putaran planet dan bulan..Masa adalah milik Allah dan setiap orang sebenarnya mempunyai sela masa yang berbeza..Adakala kita hairan melihat orang yang boleh melakukan banyak perkara dalam masa yang singkat..Para ulama contohnya yang mempunyai masa untuk menguasai pelbagai bidang ilmu..Sesungguhnya mereka telah dianugerahkan oleh Allah nikmat dan hikmah yang tidak terjangkau akal..merekalah yang patut kita contohi..