Semua orang gembira dengan kemerdekaan..Menyambutnya sebagai satu cara menghargai keharmonian yang sedang dinikmati negara..Bangga dengan pencapaian para pemimpin yang bijak mengemudi negara..Menaikkan taraf hidup rakyat dan ekonomi yang semakin pulih..Alhamdulillah...Kita memang sudah merdeka..Pada mata kasarnya...
Setiap hari kita dengar berita pembunuhan....Jenayah kecurian, ragut, pecah rumah, dan rompak juga disusuri dengan pembunuhan..Nyawa manusia tidak lagi bernilai...Adakah kita sudah merdeka???
Setiap hari kita mendengar berita pembuangan bayi..Malah semakin teruk dan kreatif caranya...Anak luar nikah membanjiri tong sampah, longkang, lombong dan sungai-sungai kecil...Baik sedikit diletakkan di masjid dan rumah perumahan..Adakah kita sudah merdeka??
Aktiviti sumbang remaja yang keterlaluan bercinta menghambakan diri untuk kekasih hati semakin tidak dapat dikawal..Hubungan cinta yang telah menjadi kemestian remaja menjadikannnya sebagai matlamat dan akhirnya terjerumus dalam pergaulan bebas yang menjijikkan dan memusnahkan masa depan diri...Ini masih sedang berlaku dengan giatnya...Adakah kita sudah merdeka????
Saban hari guru berdepan dengan adegan samseng pelajar..Mengugut untuk membunuh dan mencederakan...Pelajar lebih hebat gayanya dan melihat guru lekeh..Rasa hormat hilang...Pelajaran bukanlah keutamaan...Pelajar mendapat kemudahan seperti Handfon, internet, dan komputer dalam sela masa yang tidak sesuai dengan umur mereka..Mudahnya berlaku salah guna dan ibu bapa tidak mampu mengawalnya...Adakah kita sudah merdeka??
Penderaan manusia tanpa rasa kasihan..Anak mendera ibu..Suami medera Isteri...pembantu rumah mendera anak majikan..pembantu rumah didera...Di mana pertimbangan waras manusia..Seperti ada satu tekanan dalam masyarakat kita..Adakah kita sudah merdeka??
Merdeka yang sebenar adalah kejayaan ditempatkan dalam keredhaan Allah..Seterusnya memperoleh syurganya kelak...Merdeka adalah kejayaan membebaskan diri daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah..Merdeka adalah kejayaan mewujudkan masyarakat Islam yang bebas dari belenggu pemikiran barat...Ya..kita belum sepenuhnya merdeka...
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga ’Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah bagi orang yang takut kepada Tuhannya.” (QS al-Bayyinah [98]: 7-8)