Jadilah Golongan Ini..
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
12/27/10
Kadangkala aku terasa khuatir dengan iman yang ada pasang surutnya ini...Risaunya diri ini diuji tatkala iman sedang jatuh..Pasti aku akan hanyut tanpa aku sedar aku semakin jauh dengan cahaya..Tatlaka syaitan memperindah pandangan ku dengan segala keburukan yang aku lakukan..Dikala itu aku hanya mampu menunggu seseorang yang bolah menarikku kembali ke jalan yang benar...kerana aku sudah hilang upaya untuk membantu diri sendiri..Aku sungguh menyedihkan....
Cuba memujuk diri sendiri..membaca kembali kisah sejarah Nabi dan Para sahabatnya..Ya Allah..jika dibanding dengan masalah yang aku alami..aku tidak mungkin akan dipandang oleh mereka..Masalahku dipandang sangat kecil oleh mereka..Dan aku pula memandang masalahku besar dan tidak mampu menyelesaikannya..Sangatlah jauh taraf kami...Mungkin perbezaan iman dan tawakkal kepada Allah membuatkan aku tidak mampu melihat seperti mereka...Aku tidak mampu melihat setiap hikmah yang Allah telah peruntukkan untukku...Bagaimana mereka mempunyai iman sebegitu hebat??
Kesedaran itu datang..Tapi cuma sekejap..ketidaksedaran lebih banyak merundung diri berbanding kesedaran....ditambah dengan bisikan syaitan dan dorongan nafsu..menjadikan aku hampir lumpuh untuk berfikir secara waras...Sehingga aku sendiri menjadikan maruahku dipijak-pijak..diinjak-injak...Akhirnya menanggung malu yang tak sudah..Kerana apa yang telah berlaku..Tidak mungkin aku boleh menariknya..melainkan dengan membaiki keadaan yang semakin teruk...Dan itulah akibat yang aku perlu lalui..
Setiap perbuatan ada akibatnya..Dan aku sedar perbuatanku juga ada akibat...Yang sedang ditanggung dengan perasaan berat..Melawan kehendak hati yang degil dengan ketentuan Tuhan..Mungkin inilah jihad untukku..Jihad kecil seperti kanak2 yang sedang merangkak cuba berjalan...Jihad kecil yang kulihat besar kerana kekerdilan iman yang baru tumbuh kerana selama ini tidak disemai dengan kemanisan beribadah..Semoga masih ada rahmat dan Kasih sayang Allah untukku...Semoga Allah tahu aku masih cuba mencari redhanya..Walau aku kerap jatuh...Dan jatuh..Dan jatuh...
12/4/10
"Hijrah dari maksiat kepada kebaikan..dan dari kebaikan kepada yang lebih baik"
Apabila menemui jalan buntu..Apabila terasa sempit dalam membuat keputusan..Apabila terasa ketenangan hilang..Apabila kegembiraan datang hanya sementara..Apabila kesedihan sering menguasai diri..Apabila yang harapan selalu didamba kian hilang..Apabila keyakinan kian pudar..Apabila penantian dirasa sia-sia..........
Apa yang perlu dilakukan?? Berhijrahlah...mungkin ada yang tidak kena dengan diri..Mungkin ada kesilapan yang tidak kelihatan..Mungkin kurang muhasabah diri..Ada yang perlu diubah...Berubahlah..Takut untuk berubah??Siapa yang berani??Tapi apa yang mampu kita lakukan??Bukan ini yang diingini...Sesuatu perlu dilakukan..Petunjuk telah kelihatan..Hanya ketakutan yang menguasai diri..Adakah sudah hilang kepercayaan dengan janji Allah untuk mereka yang bersabar..?Di manakah rasa tawakkal pada diri..?
Sekadar ingin berkongsi..Kadangkala terasa jauh...jauh dari kesedaran..Tapi masih tidak mahu tersedar..Lena ini begitu indah...Mimpi itu terasa nikmat...Bangunkanlah aku...
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."Al-imam Ibnu Atoillah As-sakandari menyebut dalam kalam hikmahnya yang ke 6 mafhumnya :
"Janganlah sekiranya lambat kurniaan Allah di dalam doa yang bersungguh-sungguh menyebabkan kamu berputus asa. Allah menjamin kepadamu untuk memperkenan doamu mengikut pilihan Allah untukmu bukan mengikut pilihanmu, mengikut waktu yang dikehendaki oleh Allah bukan mengikut waktu yang kamu kehendaki "
Mutiara Kata
"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS