Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Berhijrahlah...Semoga ada kebaikan yang lebih baik di sana..

12/4/10




"Hijrah dari maksiat kepada kebaikan..dan dari kebaikan kepada yang lebih baik"

Apabila menemui jalan buntu..Apabila terasa sempit dalam membuat keputusan..Apabila terasa ketenangan hilang..Apabila kegembiraan datang hanya sementara..Apabila kesedihan sering menguasai diri..Apabila yang harapan selalu didamba kian hilang..Apabila keyakinan kian pudar..Apabila penantian dirasa sia-sia..........
Apa yang perlu dilakukan??
Berhijrahlah...mungkin ada yang tidak kena dengan diri..Mungkin ada kesilapan yang tidak kelihatan..Mungkin kurang muhasabah diri..Ada yang perlu diubah...Berubahlah..Takut untuk berubah??Siapa yang berani??Tapi apa yang mampu kita lakukan??Bukan ini yang diingini...Sesuatu perlu dilakukan..Petunjuk telah kelihatan..Hanya ketakutan yang menguasai diri..Adakah sudah hilang kepercayaan dengan janji Allah untuk mereka yang bersabar..?Di manakah rasa tawakkal pada diri..?

Sekadar ingin berkongsi..Kadangkala terasa jauh...jauh dari kesedaran..Tapi masih tidak mahu tersedar..Lena ini begitu indah...Mimpi itu terasa nikmat...Bangunkanlah aku...

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

Al-imam Ibnu Atoillah As-sakandari menyebut dalam kalam hikmahnya yang ke 6 mafhumnya :

"Janganlah sekiranya lambat kurniaan Allah di dalam doa yang bersungguh-sungguh menyebabkan kamu berputus asa. Allah menjamin kepadamu untuk memperkenan doamu mengikut pilihan Allah untukmu bukan mengikut pilihanmu, mengikut waktu yang dikehendaki oleh Allah bukan mengikut waktu yang kamu kehendaki "

Posted by Insan Biasa at 12:19 AM  
0 comments

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png