Kadangkala aku terasa khuatir dengan iman yang ada pasang surutnya ini...Risaunya diri ini diuji tatkala iman sedang jatuh..Pasti aku akan hanyut tanpa aku sedar aku semakin jauh dengan cahaya..Tatlaka syaitan memperindah pandangan ku dengan segala keburukan yang aku lakukan..Dikala itu aku hanya mampu menunggu seseorang yang bolah menarikku kembali ke jalan yang benar...kerana aku sudah hilang upaya untuk membantu diri sendiri..Aku sungguh menyedihkan....
Cuba memujuk diri sendiri..membaca kembali kisah sejarah Nabi dan Para sahabatnya..Ya Allah..jika dibanding dengan masalah yang aku alami..aku tidak mungkin akan dipandang oleh mereka..Masalahku dipandang sangat kecil oleh mereka..Dan aku pula memandang masalahku besar dan tidak mampu menyelesaikannya..Sangatlah jauh taraf kami...Mungkin perbezaan iman dan tawakkal kepada Allah membuatkan aku tidak mampu melihat seperti mereka...Aku tidak mampu melihat setiap hikmah yang Allah telah peruntukkan untukku...Bagaimana mereka mempunyai iman sebegitu hebat??
Kesedaran itu datang..Tapi cuma sekejap..ketidaksedaran lebih banyak merundung diri berbanding kesedaran....ditambah dengan bisikan syaitan dan dorongan nafsu..menjadikan aku hampir lumpuh untuk berfikir secara waras...Sehingga aku sendiri menjadikan maruahku dipijak-pijak..diinjak-injak...Akhirnya menanggung malu yang tak sudah..Kerana apa yang telah berlaku..Tidak mungkin aku boleh menariknya..melainkan dengan membaiki keadaan yang semakin teruk...Dan itulah akibat yang aku perlu lalui..
Setiap perbuatan ada akibatnya..Dan aku sedar perbuatanku juga ada akibat...Yang sedang ditanggung dengan perasaan berat..Melawan kehendak hati yang degil dengan ketentuan Tuhan..Mungkin inilah jihad untukku..Jihad kecil seperti kanak2 yang sedang merangkak cuba berjalan...Jihad kecil yang kulihat besar kerana kekerdilan iman yang baru tumbuh kerana selama ini tidak disemai dengan kemanisan beribadah..Semoga masih ada rahmat dan Kasih sayang Allah untukku...Semoga Allah tahu aku masih cuba mencari redhanya..Walau aku kerap jatuh...Dan jatuh..Dan jatuh...