Hari ini, tanggal 9 ogos 2008 adalah hari yang bakal menyaksikan bagaimana tindak takduk majlis peguam yang berangan-anagn untuk mengadakan forum memeluk islam yang bakal mengundang pelbagai kontroversi. Mereka telah dikecam oleh pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan pusat yang memegang kuat tampuk pemerintahan negara. Namun mereka kelihatan tidak takut dan merasakan perbuatan mereka ini perlu dan bersesuaian dengan hak demokrasi yang sedang diamalkan oleh dasar kerajaan. 'Kebijaksanaan' mereka menggunakan ilmu perundangan tanpa panduan wahyu sememangnya menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka sendiri. Kita amat kecewa juga jika forum ini disokong oleh orang Islam juga. Nauzubillah...Ya Tuhan..Jauhilah hambamu dari kejahilan yang berlarutan.
Kita dapat melihat bagaimana manusia yang bijak tetapi meninggalkan hak agama akhirnya akan dipandang hina dan dicemuh oleh masyarakat. Kita semua sedia maklum, peguam adalah profession yang dipandang tinggi kerana mereka berpelajaran dan berkelulusan. Tetapi akibat sistem sekular yang kita amalkan, kita boleh lihat sendiri hasilnya hari ini. Janganlah generasi akan datang menjadi begini atau lebih teruk dari ini. Semuanya bergantung kepada kesedaran masyarakat dan pemimpin. Bukan hanya mengecam atau mengutuk tindakan salah majlis peguam ini, seharusnya mereka patut turun padang kerana mereka ada kuasa untuk menegakkan kebenaran. Jika ini tidak dilakukan. Apa yang pemimpin akan jawab di akhirat kelak. Fikirkanlah...