Bismillahir Rohmaanir Rohim
Rasulullah SAW telah menyebutkan segala hal yang akan terjadi. Beliau telahmenyebutkan semua tanda yang akan muncul sebelum kiamat. Beliau berkata kepadapara sahabat, “Aku melihat kesengsaraan datang sebagai suatu malam yang gelap.Pada saat itu orang yang duduk lebih baik dari pada orang yang berdiri, danorang yang berdiri lebih baik dari pada orang yang berjalan. Orang yangberjalan lebih baik dari pada orang yang mengendarai kendaraan.”
Maksud hadis di atas berarti tinggal di rumah dan tidak pergi ke manapun. Jangan pergi ke kafe atau ke pusat perbelanjaan. Tidak masalah bila kalian harus pergi bekerja, tetapi kalian harus berangkat dari rumah ke tempat kerja kemudian dari tempat kerja langsung kembali ke rumah—tidak pergi ke mana-mana lagi.
Kadang-kadang kita terfikir apakah peranan kita di dunia? Apa yang kita perlu lakukan untuk akhirat nanti? Apa yang perlu kita lakukan untuk dunia? Sejauh mana perjalanan kita kelak. Maka ramai yang berkata tentang takdir. Takdirlah yang menentukan segalanya. Semuanya telah tersurat sejak manusia dilahirkan. Bagaimana rezekinya, ajalnya, dan jodohnya. Seringkali kita keliru dengan perkara ini. Maka wujudlah perkataan ’rezeki secupak takkan jadi segantang’. Apa yang terjadi tidak mahu diubah kerana memikirkan keupayaan manusia yang terhad.
Apa yang berlalu mungkin telah tersirat. Tetapi masa hadapan tidak siapa pun tahu. Sesiapa yang berusaha pasti akan mendapat hasilnya. Sesiapa yang percaya dengan kurniaan terbaik Allah pasti akan mendapat balasan yang baik kelak. Balasan yang baik tidak semestinya di dunia. Maka di dunia ini setiap manusia mempunyai fungsinya. Ada yang terlibat dengan politik, ada yang terlibat dengan perniagaan besar, kecil dan sederhana, ada yang menjadi pendakwah, ada yang menjadi pendidik, ada jugalah yang menjadi perosak, maka ada juga yang menjadi pembetulnya. Sesungguhnya tidak sesiapa pun yang boleh berkata kamu lebih baik, aku lebih baik, dia kurang ini dan itu, dia lebih ini dan itu. Sesekali ingin kita menjadi seperti orang itu dan ini, tidak ada salahnya kita mencuba kerana mungkin itu jugalah diri kita yang sebenar. Selagi tidak melampaui syariat agama.
Kadang kala Tuhan menguji hambanya dengan ujian yang menyimpan pelbagai persoalan tentang kepercayaan kepada kasih sayang Tuhan. Sangat pelik setelah penat kita berbuat kebaikan, tetapi mengapa Tuhan masih tidak mahu menolong?? Kita perlu memahami tentang hakikat kefanaan dunia yang bersifat sementara. Pertolongan Allah datang dengan pelbagai bentuk kerana apa yang teruk di sisi kita, mungkin baik di sisiNya. Janganlah berasa rendah diri dengan kemampuan diri kerana tidak semua orang yang kita kagumi kelebihannya merasai kelebihan itu sebagai nikmat. Mungkin keadan anda adalah lebih baik.