Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Hadith Kedua Puluh : Hamba Menjadi Tuan dan Terbinanya Banyak Bangunan Pencakar Langit..

3/20/10




Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang),
…………kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah saw., "Maka khabarkan kepada ku
tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih
mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba
khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan
melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang
bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk
membuat binaan". (Riwayat Muslim)

Keterangan:
Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini adalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik. Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.

Penulis : Hadis ini juga dibincangkan dalam Kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi(Hadis Ke-2). Adapun hamba melahirkan tuan itu adalah tanda ramainya anak-anak akan menjadikan ibunya seperti hamba. Perkara ini terjadi tanpa disedari. Ramai ibu bapa dengan membuta tuli mengikut kemahuan anaknya sehingga akhirnya merosakkan anak. Kerana anak-anak hilang sifat berdikari dan mudah memberontak jika keinginan mereka tidak tercapai. Kemudian digambarkan bagaimana orang miskin akan menjadi kaya raya. Keadaan ini juga selalu berlaku. Apabila dasar ekonomi bebas dilaksanakan, semua orang berpeluang untuk mengumpul harta. bangunan tinggi terbina dengan banyaknya. Untuk membangga diri dan menunjukkan kehebatan nagara.
Posted by Insan Biasa at 1:23 AM  
1 comments
Anonymous said...

ana minta izin copy mane yg perlu..

March 27, 2010 at 8:34 PM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png