"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
Sebenarnya apakah qalbi yang dimaksudkan oleh Rasulullah ini adalah hati. Hati yang kita bayangkan adalah seperti berikut:
(Gambar Hati)
Atau seperti berikut:
(Gambar Jantung)
Terjemahan bahasa melayu hadis seperti di atas adalah yang biasa kita baca dalam mana-mana buku agama dan majalah yang menjelaskan perihal seketul daging ini. Terjemahan ini adalah salah dari segi bahasa kerana jika diterjemah sebetulnya dari bahasa arab, qalbi bererti jantung sedangkan hati dalam bahasa arab dipanggil kabid.
Kekeliruan ini berlaku kerana penggunaan bahasa yang salah. Akhirnya menjadi budaya dan kesalahan itu dibiarkan hingga berlaku salah faham. Dalam bahasa inggeris, ‘heart’ bermaksud jantung. Ayat ‘you are always in my heart’ jika di terjemahkan dalam ertikata sebenar sepatutnya menjadi ‘kau sentiasa berada dalam jantungku’. Tapi kita tetap menterjemahkannya menjadi ‘kau sentiasa berada dalam hatiku’. Bukankah ini salah? Atau patutkah kita menterjemahkannya dalam bahasa inggeris menjadi ‘you are always in my liver’. Ini akan menjadi lucu, tetapi itulah kebenarannya.
Saya masih ingat filem ‘Heart’ dari Indonesia. ‘Heart’ yang dimaksudkan dalam file mini adalah hati, bukan jantung kerana umum mengetahui ‘heart’ itu adalah hati. Jika umum mengetahui ‘heart’ itu adalah jantung, pasti tajuk filem itu akan ditukar kepada ‘Liver’. Kerana heroinnya mengalami penyakit yang menyebabkan hatinya rosak. Tetapi pelik juga kerana jika disebut ‘heart desease’ atau ‘heart attack’, kita akan merujuk kepada penyakit jantung. Tidak pula penyakit hati. Mungkin kerana kekeliruan ini ada yang menggabungkan jantung dan hati agar tidak terlalu besar kesilapannya seperti perkataan ‘jantung hatiku’.
Maka jelaslah organ ‘seketul daging’ yang di maksudkan oleh hadis di atas bukanlah hati yang dipanggil ‘liver’ dalam bahasa inggeris, tetapi jantung yang dipanggil ‘heart’ dalam bahasa inggerisnya. Jantung adalah organ terpenting dalam tubuh. Umum mengetahui fungsinya mengepam darah ke seluruh inci pelusuk tubuh hingga ke sekecil-kecil sel. Tanpa jantung, pastilah ada sel yang akan mati seterusnya menjejaskan fungsi sesebuah organ.
Malah jantung lebih layak dipanggil ‘seketul daging’, kerana jantung terdiri daripada otot-otot dengan ketebalan tertentu. Sedangkan hati adalah gumpalan darah(benarkah gumpalan darah?) bukannya daging. Tidak dinafikan kepentingan hati yang berfungsi menapis toksin dalam darah, namun hati adalah tempat berkumpulnya kekotoran darah(toksin). Bukankah ini sungguh ironi jika kita mengatakan ‘hati yang bersih’, namun hakikatnya dalam semua badan manusia, hati tempat berkumpulnya benda kotor.
‘Seketul daging’ yang dipanggil jantung ini berfungsi mengikut perasaan manusia, degupan jantung akan laju jika kita cemas, akan perlahan ketika kita sedih. Kita akan berasa sesak nafas jika ditimpa musibah yang berat dan meresahkan. Dada kita akan berasa sempit ketika kita berada dalam kekecewaan. Maka tidak dinafikan, pada jantunglah terletaknya perasaan.
Jantung yang sihat akan melahirkan badan yang sihat. Jantung yang sihat akan mengepam darah ke seluruh badan secara optimum yang membolehkan badan. Berfungsi dengan baik dan bersemangat. Sebaliknya jantung yang selalu sakit tidak mampu mengepan darah sengan baik dan mengakibatkan badan dan organ lain terjejas lalu mewujudkan banyak lagi penyakit dan fenomena kegagalan organ.
Kita juga sering menganggap hati seperti bentuk di atas. Mengapa ya?
References :