3/30/09
Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah pemerintah Islam di zaman Bani Umaiyah. Suatu hari wakil dari setiap jajahan telah menghadap baginda untuk melapurkan keadaan di jajahan masing-masing.
Jajahan Hijaz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya dan diarahkan berucap terlebih dahulu. Setelah melihat wakil itu seorang budak, Khalifah Umar bertanya: "Wahai budak, biarlah orang-orang yang lebih tua berucap terlebih dahulu. "Mendengar teguran Khalifah itu wakil yang masih budak ini lantas menjawab:
"Ya Amirul Mukminin, manusia sebenarnya dipandang dari dua perkara, iaitu hati dan lidahnya. Apabila Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang arif, orang itu lebih berhak bersuara. Jika di pandang dari segi umur, ketahuilah hai Amirul Mukminin! Ada orang yang lebih berhak untuk duduk di atas takhta Paduka Tuan itu."
Khalifah amat terkejut mendengar jawapan itu. Ternyata kata-katanya itu bernas sekali, hingga baginda sedar atas keterlanjurannya: "Benar katamu wahai wakil yang terhormat. Cakaplah bagaimana keadaan negerimu sekarang?"
Ya Amirul Mukminin, yang kami hormati, kami adalah wakil-wakil yang mendapat kebahagiaan, bukannya kecelakaan. Kami mengadap Tuanku bukan kerana hendak mengadu hal negeri kami yang tidak aman, sebaliknya kami telah memperolehi apa yang telah kami mohonkan di bawah naungan Tuanku yang adil." Khalifah Umar r.a. merasa hairan melihat betapa fasih dan bijaknya budak itu berucap, lalu baginda bertanya: "Berapa umurmu wahai wakil yang bijaksana.?" Jawab budak itu: "Sepuluh tahun Tuanku."************************************************************************************
Masa Zaman bani Umaiyah kanak-kanak umur 10 tahun boleh bersuara dgn lantang menzahirkan rasa di hadapan Amirul Mukminin Khalifah Umar Al Khatab.
Zaman Mahathir?
Zaman Pak Lah?
Budak2 10 tahun boleh je nyanyi, menari dengan 'fasih' tanpa sebarang mistake. Tengok Tom-Tom Bak sampai lebam, mak ayah bagi support penuh ala-ala parents yg sporting untuk tunjuk 'bakat' tayang abeh satu Malaysia bangga kembang kempis hidung tengok anak beliau.
Hebat anak-anak.
Wallahualam.
Sumber: http://budakpicisan.blogspot.com/
3/28/09
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini.
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawad dengan sepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: UMNO!
Murid-murid: Keadilan!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata Keadilan salah!
Murid-murid: Kami dengar UMNO betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.
P/S: Kepada guru2, elakkan menyebut perkataan kesat pada pelajar seperti bodoh, kurang ajar, gila, dan yang sama waktu dgnnya...Artikel ini hanya untuk selingan....semoga terhibur...
Sumber : http://aku-sempoi.blogspot.com/2009/03/kata-berlawan.html
3/23/09
Mon | Jun 02, 08 | 1:13:46 pm MYT
Kehadiran nabi-nabi di muka bumi ini, adalah dirancang secara khusus oleh Allah SWT untuk menyelamatkan seluruh bangsa manusia agar melakukan peribadatan hanya kepada-Nya dengan ajaran yang tepat seperti yang diajarkan oleh nabi-nabi Ia bertujuan agar manusia hanya menyembah Tuhan yang sebenar iaitu Allah SWT.
Peranan nabi-nabi bukanlah kecil, memandangkan tugas utama mereka adalah mengajak manusia seluruhnya untuk kembali kepada fitrah asal kejadian mereka iaitu menyembah Allah, maka ia tidak terhenti hanya setakat itu, malah mengajar manusia juga ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tauhid kepada Allah.
Mereka (para nabi) juga terdedah kepada tribulasi yang mengancam kedudukan sebagai nabi. Walau bagaimanapun Allah SWT memelihara mereka bukan sahaja mudah ditimpa musibah yang berat-berat, malah memelihara mereka daripada sebarang unsur yang boleh menjejas nama baik serta harga diri.
Tribulasi, ujian semasa menjalankan tugas dakwah adalah perkara biasa yang mesti dilalui mereka yang bergelar 'pendakwah', ia bagi mematang dan memantapkan kesungguhan mereka ketika berdakwah.
Walau bagaimanapun mereka tetap manusia, ia berhadapan dengan jangka hayat yang telah ditetapkan oleh qada' dan qadar Allah, iaitu menghadapi ujian kematian. Hal ini juga termasuk dalam perancangan Allah kerana bagi-Nya golongan pelapis sudah disediakan.
Ia juga menandakan bahawa manusia tidak selama-lamanya bergantung kepada pihak tertentu seperti pengikut-pengikut para nabi terdahulu, begitu juga para sahabat mesti memikul tanggungjawab menyampaikan Islam sejurus selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w.
Para sahabat memikul tugas menyampaikan ilmu
Setelah kewafatan baginda Rasulullah s.a.w., walaupun dianggap sebagai satu kehilangan besar dalam sejarah tamadun Islam dan manusia, ia segabai satu pemergian yang telah dirancang Allah, agar tugas yang telah disampaikan sebelum ini dapat disambung oleh generasi selepasnya iaitu para sahabat.
Dalam kesibukan mentadbir negara, para sahabat tidak lupa tanggungjawab memberi kesedaran agama kepada rakyat di bawah pemerintahan mereka. Ini jelas berlaku semasa pemerintahan khalifah pertama, Abu Bakar as-Siddiq, ia disambung oleh Sayidina Umar bin al-Khattab dan begitulah seterusnya.
Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka, Mu'az Bin Jabal yang pernah dihantar baginda Rasulullah ke negara Yaman, pernah mengingatkan penduduk negara itu melalui satu ungkapan yang cukup masyhur: "Duduklah bersamaku dan beriman walau sesaat" daripada kehidupan kamu.
Kata-kata Mu�az meninggalkan kesan mendalam pada setiap diri penduduk Yaman, akhirnya menyebabkan mereka rasa bertanggungjawab untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu pengetahuan agama, terutama ilmu akidah, fiqh, sirah, tafsir, hadis dan sebagainya yang dianggap sebagai ilmu-ilmu alat terpenting.
Ini bermakna, para sahabat telah menjalankan tugas dan peranan menyampaikan dakwah dan ilmu-ilmu Islam, hingga mereka juga terpaksa menyahut panggilan Ilahi untuk mengadap-Nya.
Maka tugas besar dan penting itu pula diambil alih oleh golongan Tabi'in yang memperlihatkan kesungguhan mereka berdakwah bagi memastikan kesinambungan ilmu-ilmu Islam dan dakwah diterima oleh generasi berikutnya.
Kegemilangan Islam terserlah pada zaman para ulama terbilang, mahu tidak mahu walaupun berdepan dengan pelbagai kerenah pemerintah dan rakyat yang semakin cenderung kepada kehidupan dunia yang berlebihan, dakwah Islam tetap diutamakan.
Pemerintah bersaing memuliakan ulama
Apabila Islam berkembang pesat dan semakin mendapat tempat di hati umat melalui pengembangan ilmu dan tamadunnya, terdapat para pemerintah dan ketua-ketua negara pada zaman silam, saling bersaing antara satu sama lain pada memuliakan para ulama, sasterawan serta cendekiawan.
Pernah disebut, bahawa suatu hari pada zaman silam, terdapat seorang pemerintah yang dikenali sebagai Khalifah Harun ar-Rasyid sering menjemput ulama ke istananya untuk menyemak sistem pemerintahannya, mereka dimuliakan dengan sebaik-baiknya oleh khalifah dan kemudiannya memberi hadiah atau sagu hati sebagai tanda ingatan.
Begitu juga sikap segelintir pemerintah yang cintakan agamanya, mereka menghantar utusan bagi mendapatkan khidmat para ulama untuk memantau sistem pemerintahan yang mereka jalankan agar selari dengan tuntutan hukum-hukum Islam.
Para utusan dibekalkan surat akuan pemerintah yang ditulisnya sendiri di atas sekeping warkah yang sangat mahal harganya untuk diserahkan kepada mereka agar bersedia untuk menerima jemputan pemerintah berkenaan.
Ia tidak lain adalah untuk menghargai sumbangan ulama dalam memartabatkan Islam sebagai agama yang benar daripada Allah SWT.
Kisah Khalifah Harun dengan guru anak-anaknya
Suatu hari Khalifah Harun menjemput seorang guru kepada anak-anaknya yang dikenali sebagai Kisaie agar datang ke rumahnya untuk menjamu selera bersama keluarganya.
Kisaie seorang guru agama yang semakin kabur penglihatannya, namun kesempatan yang terluang untuk mendapat keberkatan guru diambil oleh Khalifah Harun untuk mencucurkan air ke atas tangan guru berkenaan selepas selesai menjamu selera.
Kisaie kemudiannya menyuruh agar dibawakan kedua belah seliparnya, pada kesempatan itu, kedua-dua anak khalifah iaitu al-Amin dan al-Makmun masing-masing menerjah ke muka pintu untuk mendapatkan selipar gurunya.
Pada saat itulah terjadi perebutan di antara kedua-duanya. Melihat keadaan itu khalifah memerintahkan agar masing-masing anaknya membawa selipar tersebut sebelah sahaja, mereka berdua akur dengan arahan tersebut.
Selepas tuan guru tersebut keluar dari rumah, salah seorang para hadirin telah bertanya kepadanya: Barangkali mungkin tuan guru kenal orang yang telah mencucurkan air ke atas tangan dan meletakkan selipar di hadapan kaki tuan guru tadi.
Kisaie menjawab: Manalah aku tahu semuanya, boleh jadi yang lakukan semua itu khadam, walau apapun semoga Allah sentiasa memeliharanya.
Orang yang bertanya tadi menjelaskan, bahawa sebenarnya yang mencucurkan air ke atas tangan tuan guru adalah khalifah sendiri sementara kedua-dua anaknya yang telah membawakan kedua-dua belah selipar.
Mendengar penjelasan itu, Kisaie segera memanjatkan doa kepada Allah agar kehidupan baginda khalifah sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah, di samping mengangkat taraf martabat dan kedudukan mereka, baik di dunia mahu pun di akhirat.
Allah memuliakan ulama
Allah SWT menegaskan melalui firmannya dalam ayat 122 surah at-Taubah: "Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah)."
Ayat di atas menjelaskan bahawa, menuntut ilmu itu satu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Ulama mesti belajar secara mendalam tentang urusan ilmu agama yang bertujuan supaya menyedarkan kaumnya daripada terjebak dalam melakukan perbuatan atau perkara yang bercanggah dengan nilai-nilai agama.
Jika tugas menuntut ilmu dapat dicapai dengan baik, kemudian dapat pula menyampaikannya kepada umat agar sentiasa berjaga-jaga dan waspada, tidak ada sebab mengapa mereka tidak dimuliakan Allah, itulah yang akan melonjakkan kedudukan sebenar ulama yang sebenar yang mahu dihasilkan oleh Islam.
Seorang tokoh ulama kontemporari, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi ada menjelaskan dalam bukunya 'Rasul dan Ilmu', apabila ulama mampu menjana lima perkara berikut, pasti mereka akan dimuliakan Allah SWT, sekali gus melonjakkan mereka diri sebagai pewaris tugas nabi-nabi:
- Amanah terhadap ilmu yang dipelajari.
- Rasa mendalam terhadap tanggungjawab kepada agama, negara, masyarakat.
- Memilki ciri kemuliaan diri (untuk menyelamatkan agama daripada penyelewengan).
- Memilki ciri tawaduk yang diperlukan.
- Beramal sesuai dengan tahap ilmu di dada.
Ulama yang mendapat kehinaan
Perkara ini telah disingkap Allah melalui firman-Nya ayat 176 surah al-'Araf yang bermaksud: "Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir."
Sesungguhnya Allah umpamakan ulama yang cenderung kepada kehidupan dunia yang berlebihan serta tidak menjalankan tugas menyampaikan Islam ibarat seekor anjing yang hina di sisi Allah SWT.
Kerana ayat tersebut diturunkan ke atas seorang ulama Bani Israil bernama Bal'am Bin Baurak, yang diamanahkan Nabi Musa untuk menyampaikan Islam kepada Firaun memandangkan keilmuannya yang cukup tinggi dibandingkan dengan orang lain pada waktu itu.
Balam bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi sesampainya dia di istana Firaun, dia berpaling tadah tidak mahu menyampaikan tugasnya untuk berdakwah, malah mengikut segala telunjuk Firaun yang menjanjikan pulangan lumayan.
Maka kisah tersebut diabadikan dalam al-Quran sebagai bahan renungan kepada generasi hari ini dan akan datang, agar tidak terperangkap dengan bisik rayu syaitan yang dikutuk Allah sampai hari akhirat. lanh_
Sumber-Harakahdaily...
Ulasan-Ajar kimia pon boleh berdakwah...Memang kimia tu sendiri ilmu ALLAH..-muazzin
3/22/09
Diary YB-ND Lala
DownloadBangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi
Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan
Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang
Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi
Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk
Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola
YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"
Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah
Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan
Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan
Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek
Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi
Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti
"Assalamualaikum YB.."
Pemimpin yang adil-Hijjaz
Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya
Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama
Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya
Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah
Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita
Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini
Amin
3/19/09
Assalamualaikum..
Sejak belajar psikologi pendidikan di UPSI..Sedikit sebanyak aku melihat begitu ramai teori-teori yang dikeluarkan oleh ahli-ahli psikologi ini...Kebanyakannya dari barat dan berfahaman atheis dan komunis..hanya nama Ibnu Khaldun dan Imam Al0-Ghazali sedikit dirujuk...Aku melihat kita selalu taksub dengan cara pemikiran mereka.Secara peribadi aku sedikit tak percaya cara psikologi..Lebih-lebih lagi bila aku belajar bahawa tokoh-tokoh ni menjalankan experimen tentang perilaku manusia, tetapi menggunakan haiwan sebagai bahan experiment....Tu pon aku dah tolak mentah-mentah..mane boleh..Kalau hasil kajian guna haiwan la...Kita pulak buat rujukan kajian dia kemudian serapkan dalam sistem kita..Cuba bayangkan ke arah mana generasi kita kelak..Akhirnya perilaku mereka makin jadi macam haiwan juga..Melihat keadaan sekarang pon kita mungkin boleh mengangguk kepala kan..Namun dalam ilmu psikologi, Islam ada pandangannya sendiri...Islam melihat manusia sebagai subjek yang amat luas dan perilaku mereka tidak boleh diduga..Aku tak pandai nak menulis apa yang ade kat minda ni..Tapi aku jumpa satu web yang hampir sama dengan yang aku fikir,,walaupun dalam bahasa indon..Boleh la nak faham jugak...
By: Prof. Dr. AChmad Mubarok MA
Manusia adalah makhluk yang berfikir dan merasa serta berkehendak dimana perilakunya mencerminkan apa yang difikir, yang dirasa dan yang dikehendakinya. Manusia juga makhluk yang bisa menjadi subyek dan obyek sekaligus, disamping ia dapat menghayati perasaan keIslaman dirinya, ia juga dapat meneliti keberIslaman orang lain. Tetapi apa makna Islam secara psikologis pasti berbeda-beda, karena Islam menimbulkan makna yang berbeda-beda pada setiap orang. Bagi sebagian orang, Islam adalah ritual ibadah, seperti salat dan puasa, bagi yang lain Islam adalah pengabdian kepada sesama manusia bahkan sesama makhluk, bagi yang lain lagi Islam adalah akhlak atau perilaku baik, bagi yang lain lagi Islam adalah pengorbanan untuk suatu keyakinan, berlatih mati sebelum mati, atau mencari mati (istisyhad) demi keyakinan.
Di sini kita berhadapan dengan persoalan yang pelik dan rumit, yaitu bagaimana menerangkan Islam dengan pendekatan ilmu pengetahuan, karena wilayah ilmu berbeda dengan wilayah Islam. Jangankan ilmu, akal saja tidak sanggup mengadili Islam. Para ulama sekalipun, meski mereka meyakini kebenaran yang dianut tetapi tetap tidak berani mengklaim kebenaran yang dianutnya, oleh karena tu mereka selalu menutup pendapatnya dengan kalimat wallohu a`lamu bissawab, bahwa hanya Allahlah yang lebih tahu mana yang benar. Islam berhubungan dengan Tuhan, ilmu berhubungan dengan alam, Islam membersihkan hati, ilmu mencerdaskan otak, Islam diterima dengan iman, ilmu diterima dengan logika.
Meski demikian, dalam sejarah manusia, ilmu dan Islam selalu tarik menarik dan berinteraksi satu sama lain. Terkadang antara keduanya akur, bekerjasama atau sama-sama kerja, terkadang saling menyerang dan menghakimi sebagai sesat, Islam memandang ilmu sebagai sesat, sebaliknya ilmu memandang perilaku keIslaman sebagai kedunguan. Belakangan fenomena menunjukkan bahwa kepongahan ilmu tumbang di depan keagungan spiritualitas, sehinga bukan saja tidak bertengkar tetapi antara keduanya terjadi perkawinan, seperti yang disebut oleh seorang tokoh psikologi tranpersonal, Ken Wilber; Pernikahan antara Tubuh dan Roh, The Marriage of Sence and Soul.(Ken Wilber, The Marriage of Sence and Soul, Boston, Shambala,2000).
Bagi orang Islam, Islam menyentuh bagian yang terdalam dari dirinya, dan psikologi membantu dalam penghayatan Islamnya dan membantu memahami penghayatan orang lain atas Islam yang dianutnya. Secara lahir Islam menampakkan diri dalam bermacam-macam realitas; dari sekedar moralitas atau ajaran akhlak hingga ideologi gerakan, dari ekpressi spiritual yang sangat individu hingga tindakan kekerasan massal, dari ritus-ritus ibadah dan kata-kata hikmah yang menyejukkan hati hingga agitasi dan teriakan jargon-jargon Islam (misalnya takbir) yang membakar massa. Inilah kesulitan memahami Islam secara ilmah, oleh karena itu hampir tidak ada definisi Islam yang mencakup semua realitas Islam. Sebagian besar definisi Islam tidak komprehensip dan hanya memuaskan pembuatnya.
Sangat menarik bahwa Nabi Muhammad sendiri mengatakan bahwa, kemulian seorang mukmin itu diukur dari Islamnya, kehormatannya diukur dari akalnya dan martabatnya diukur dari akhlaknya (karamul mu’mini dinuhu, wa muru’atuhu `aqluhu wa hasabuhu khuluquhu)(HR. Ibn Hibban). Ketika nabi ditanya tentang amal yang paling utama, hingga lima kali nabi tetap menjawab husn al khuluq, yakni akhlak yang baik, dan nabi menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan akhlak yang baik adalah sekuat mungkin jangan marah, ( an la taghdlaba in istatha`ta). ( at Tarhib jilid III, h. 405-406).
Jadi pengertian Islam itu sangat kompleks. Psikologi Islam mencoba menguak bagaimana Islam mempengaruhi perilaku manusia, tetapi keberIslaman seseorang juga memiliki Islam corak yang diwarnai oleh berbagai cara berfikir dan cara merasanya. Seberapa besar Psikologi mampu menguak keberIslaman seseorang sangat bergantung kepada paradigma psikologi itu sendiri. Bagi Freud (mazhab Psikoanalisa) keberIslaman merupakan bentuk ganguan kejiwaan, bagi mazhab Behaviorisme, perilaku keberIslaman tak lebih sekedar perilaku karena manusia tidak memiliki jiwa. Mazhab Kognitip sudah mulai menghargai kemanusiaan, dan mazhab Humanisme sudah memandang manusia sebagai makhluk yang mengerti akan makna hidup yang dengan itu menjadi dekat dengan pandangan Islam. Dibutuhkan paradigma baru atau mazhab baru Psikologi untuk bisa memahami keberIslaman manusia.
Psikologi Barat yang diassumsikan mempelajari perilaku berdasar hukum-hukum dan pengalaman kejiwaan universal ternyata memiliki bias culture, oleh karena itu teori psikologi Barat lebih tepat untuk menguak keberIslaman orang yang hidup dalam kultur Barat. Psikologi Barat begitu sulit menganalisis fenomena Revolusi Iran yang dipimpin Khumaini karena keberIslaman yang khas Syi’ah tidak tercover oleh Psikologi Barat, sebagaimana juga sekarang tidak bisa membedah apa makna senyum Amrozi ketika di vonis hukuman mati. KeberIslaman seseorang harus diteliti dengan the Indigenous Psychology, yakni psikologi yang berbasis kultur masyarakat yang diteliti. Untuk meneliti keberIslaman orang Islam juga hanya mungkin jika menggunakan paradigma The Islamic Indigenous Psychology.
Psikologi sebagai ilmu baru lahir pada abad 18 Masehi meski akarnya menhunjam jauh ke zaman purba. Dalam sejarah keilmuan Islam, kajian tentang jiwa tidak seperti psikologi yang menekankan pada perilaku, tetapi jiwa dibahas dalam kontek hubungan manusia dengan Tuhan, oleh karena itu yang muncul bukan Ilmu Jiwa (`ilm an nafs), tetapi ilmu Akhlak dan Tasauf. Meneliti keberIslaman seorang muslim dengan pendekatan psikosufistik akan lebih mendekati realitas keberIslaman kaum muslimin dibanding dengan paradigma Psikologi Barat. Term-term Qalb, `aql, bashirah (nurani), syahwat dan hawa (hawa nafsu)yang ada dalam al Qur’an akan lebih memudahkan menangkap realitas keberIslaman seorang muslim.
Kesulitan memahami realitas Islam itu direspond The Encyclopedia of Philosophy yang mendaftar komponen-komponen Islam. Menurut Encyclopedia itu, Islam mempunyai ciri-ciri khas (characteristic features of religion) sebagai berikut :
1. Kepercayaan kepada wujud supranatural (Tuhan)
2. Pembedaan antara yang sakral dan yang profan.
3. Tindakan ritual yang berpusat pada obyek sakral
4. Tuntunan moral yang diyakini ditetapkan oleh Tuhan
5. Perasaan yang khas (takjub, misteri, harap, cemas, merasa berdosa, memuja) yang cenderung muncul di tempat sakral atau diwaktu menjalankan ritual, dan kesemuanya itu dihubungkan dengan gagasan Ketuhanan.
6. Sembahyang atau doa dan bentuk-bentuk komunikasi lainnya dengan Tuhan
7. Konsep hidup di dunia dan apa yang harus dilakukan dihubungkan dengan Tuhan
8. Kelompok sosial seiman atau seaspirasi.
Urgensi pendekatan Indigenous Psychology bukan saja karena Islam itu sangat beragam, bahkan satu Islampun, Islam misalnya memiliki keberIslaman yang sangat kompleks. Orang Islam ada yang sangat rational, ada yang tradisional, ada yang “fundamentalis” dan ada yang irational. KeberIslaman orang Islam juga ada yang konsisten antara keberIslaman individual dengan keberIslaman sosialnya, tetapi ada yang secara individu ia sangat saleh, ahli ibadah, tetapi secara sosial ia tidak saleh. Sebaliknya ada orang yang kebeIslamanya mewujud dalam perilaku sosial yang sangat saleh, sementara secara individu ia tidak menjalankan ritual ibadah secara memadai.
Sumber, http://mubarok-institute.blogspot.com
http://pengajian.unsoed.net/?p=134
Wassalam,
agussyafii
Konsep psikologi Islam lebih menjurus kepada perilaku atau hubungan manusia itu dengan Tuhan..Itu aku setuju...Semoga kita mendapat sedikit manfaat..Amin..-muazzin
Alhamdulillah....Blog ni dah sampat hits 1000..Aku namakannya sambutan jubli ferum(besi) sebab bende murah je...Sambutan awal yang kecil dan tidak dipandang kerana ferum terdapat di mana-mana..Tetapi ingatlah unsur inilah satu-satunya unsur yang dinobatkan sebagai salah satu nama surah dalam kitab suci Al-Quran...Banyak makna sambutan ni...Walaupun aku tahu separuh daripada hits tu aku senditi yang buat..sebab selalu nak edit je..tapi ok la tu..Terima kasih kepada sesiapa yang selalu buka blog ni..Semoga memberi sedikit-sebanyak ilmu...Amin..
3/17/09
Assalamualaikum...
Aku baru sahaja buat sikit blog walking...Aku sungguh kagum dengan penulisan saudara-saudara sebayaku(lebey kurang)...Mereka semua menulis dengan penuh ilmiah..Aku hanya mampu tulis benda-benda yang biasa dengan bahasa rojak..heheh..bukan nak kutuk diri sendiri...Tapi tu hakikat ek...takpe...ni mungkin satu permulaan yang baik(positive thinking)....Semoga aku berjaya tulis macam orang lain...Amin..
Assalamualaikum...
Aku tertarik dengan cerita yang aku ambil dari blog
ini. Membuatkan aku tersenyum dengan diri sendiri..Perjuangan itu masih jauh dari aku..Seringkali aku mengejarnya..Namun aku jatuh..Kadangkala aku tersesat dek kejahilan diri..Masih banyak yang perlu aku pelajari..
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. "Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah
dengan suara tersekat-sekat. Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak. "Tak. Maksud saya…" "Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar. "Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa. Dia
sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. "Ada
hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah. Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada
dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua. Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali
dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran
Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah. "Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu. "Sudi," jawab Nusaibah ringkas. "Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin. Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri. "Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu. "Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. "Baiklah," jawab Fikri tersenyum. Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.
Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya. "Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah. "Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu. "Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang
sangat teringin berjumpa dengan madunya. "Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum. "Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang. Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini. "Kita dah
sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta. "Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya. "Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar. Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh
tenang. "Perjuangan, " jawab Fikri. Bila la aku nak kawin dgn perjuangan ni....
Aku pernah dengar jugak ceramah dulu..Kebanyakan agama lain terutama agama samawi seperti yahudi dan kristien memang percaya ALLAH tu wujud dan itulah tuhan mereka..Cuma mereka tidak percaya dengan kerasulan Rasulullah salallah alaihiwasallam..Mengikut kepercayaan masyarakat bukan Islam..Tuhan yang sebenarnya bukan berhala atau sembahan yang bersifat baharu ini tapi semua berhala dan sembahan yang bersifat baharu ini adalah perantara kepada Tuhan Yang Satu..
Jadi apa komen semua tentang ni?
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz berkata penggunaan kalimah Allah ini boleh digunakan oleh semua agama di dunia ini kerana sememangnya Allah itu Tuhan kepada semua makhluk..
Aku lebih cenderung dengan pemikiran ahli agama dan ulama daripada pemikiran ahli politik yang ntah mane datangnye nak cakap pasal agama..Akhir zaman..Akan muncul golongan yang suke berkate-kate tentang sesuatu yang bukan bidangnye.Dan kata-kata mereka akan di angkat..Hanya ilmu kitalah yang boleh membezakannya..Nauzubillah..
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan paparan disini saja?
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (hebahkan)
3. Syaitan - Tak payah
3/16/09
Aku dulu pernah la terbaca artikel ni..Mase tu baru terfikir bahayanya kepada kita..Aku ingat bende ni just main-main je..Di samping kita bersoaial, rupanya ada pihak yang mengambil kesempatan..Dan mereka bukan sahaja berjaya mengaburi kita, malah membutakan mata sesetengan pihak..Aduh..Kita terkena lagi rupanya..Apa pun,,Masih belum terlewat untk buat perubahan...Kebenaran tu akan datang..walaupun ianya lambat...Semoga kita dilindungi...Amin..
Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti Myspace, Friendster, Tagged dan juga
Facebook untuk mencari kawan terutamanya kawan lama di ruangan maya.
Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang ingin dikongsikan. Laman web sosial sekarang tak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapatkan satu akaun bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau
username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Jadi, sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu
FACEBOOK.
Sebenarnya ada sebahagian
DARK SIDE yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di
dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan
apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah lihat dan terus melihat. Juka ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang FACEBOOK? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber
at anytime them want!
Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita...senang dan mudah sikit!". Malang sekali, bukan itu yang berlaku. Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap FACEBOOK, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang FACEBOOK letak dalam web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.
Sama-sama kita renungkan apakah yang diperkatan dalam FACEBOOK's terms of service: ULASAN:
1. Cuba bayangkan! - FACEBOOK yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakkan (mereka yang bukan extreme) mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, Professor, scientist dan yang seumpamanya. Inilah mangsa CIA yang sebenar.
2. Mengapa? - Kerana sama ada kita percaya atay tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butiran mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu kalah dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.
3. Bukankah ianya privacy diri sendiri? - Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?. Semua data dimasukkan adalah data-data mengenai achievement diri dimasukkan. Alamat, no h/p, rumah, pejabat, kerja, pendidikan, daily schedule dan lain-lain dimasukkan. Bayangkan semua ini akan dijadikan sebagai data statistik untuk digunakan pada masa hadapan.
4. Marahkah kita? - Kita marah bila orang mengambil tahu pasal kita, kita marah bila orang mencungkil privacy kita, tapi kita tidak sedar yang kita telah berikan semuanya dalam facebook kita. Kalau nak ikut cakap kasar:
"Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimana golongan bijak pandai di Malaysia ini tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dulu golongan bijak pandai ini, tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun berada dalam tangan mereka"
5. Fakta - FACEBOOK telah ditampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD 12.7 juta telah dilaburkan ke dalam FACEBOOK oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Juka kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG disebalik laman web sosial ini, boleh lihat clip
http://www.youtube.com/watch?v=mCGSYWd1HOI&feature=related .
6. Peranan CIA - Selain daripada menjadikan FACEBOOK sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat, pihak CIA juga merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr. Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari DARK SIDE ini. Dr. Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.
KESIMPULAN:
Bersosial di laman web seperti FACEBOOK ini tidak salah, malah bagus bahkan kita boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan fakta-fakta yang menjadi privasi diri sendiri. Jangan mudah kita memberikan maklumat yang penting. Maklumlah, rakyat Malaysia cepat terpengaruh dengan benda yang PERCUMA sebegini. Bukan nak mengata diri sendiri, tetapi telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah ke laman web Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan Israel itu! Jawapannya mudah ialah Rakyat Malaysia, tidak syak lagi.
APA YANG PERLU KITA BUAT? - Bagi mereka yang sudah menjadi ahli FACEBOOK dan sudah memasukkan data peribadi. Senyum sajalah. Bagi mereka yang belum mendaftar, berhati-hatilah.Rujukan:
http://merobah-massa.blogspot.com/2009/03/cia-dan-facebook.html
3/14/09
Bismillahirrahmanirrahim.................
Isu PPSMI sudah banyak dibincangkan di mana-mana blog...Termasuk la blog ni sekarang..Aku terpanggil untuk menulis tentang ini selepas membaca
web Dr.M tentang PPSMI..Untuk kesenangan diri..Aku sememangnye tak suke BI ni..Pekse tak penah pon dapat A..Kini aku bakal guru Sains. Aku bakal gunakan BI untuk mengajar..Semasa praktikal ni memang mudah untuk menengah atas..tapi agak sukar untuk menengah bawah..tu pendapat je..Mingkin lain tempat lain cara..Sekolah yang aku ajar ni taraf bestari..Masalahnya mungkin tak ketara sebab muridnya 'selected'...Sepanjang praktikal..Rata-rata guru muda tak setuju dgn PPSMI..Aku?? Aku agak pening dengan situasi sekarang..Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak..Ibarat je la..bukan betul2 ye..hm..Aku adalah batch pertama yang merasai pembelajaran dalan BI ni..Batch ujikaji..Kalau la nak di mansuhkan...Tak adil la..Kami dah belajar penat-penat dalam BI sebelum ni..hehe..Kalau nak teruskan pun agak masalah..Sebab dah banyak kerajaan habiskan duit buat ABM BI ni..Bak kene tukar buku teks dalam BM balik pelak..Kroni tertentu jugak yang untung kan...heheh..Apa yang Dr.M katakan memang betul...aku respek jugak dgn dia..respek dgn cara berfikir...bukan semua aku setuju..Ada jugak pro dan kontranya...tapi aku tetap berat pada mansuhkan...hm...heheh...saje tulis post camni..tak ilmiah la...dah la bahasa rojak..maaf...semoga kita diberi petunjuk yang terbaik dalam membuat pilihan...amin...
Assalamualaikum......
Mungkin ramai yang nak cari nasyid dulu-dulu sebab dah bosan dengan nasyid kontemporari yang melemahkan jiwa ni..hehe..aku baru jumpe satu tempat nak download lagu-lagu nasyid klasik lame..Best..Thanks to asyraf dini..Orang yang upload sume lagu-lagu ni terutama lagu-lagu nadamurni..sila klik
di sini...Nasyid minus one pon banyak..Semoga enjoy dgn lagu-lagu ni...Untuk yang tak tau..yang dah tau takpe la...aku nak share je..
3/11/09
Kini sudah banyak aku dapat mesej2 ugutan yang membimbangkan..Bukan bimbang sebab takut dgn ugutan tu..tapi takut ramai yang percaya benda-benda macam ni..Jadi aku cari sikit kat internet...Jawapan yang mudah untuk difahamkan...Yang utama kita hanya perlu yakin, buruk dan baik adalah datang dari ALLAH Taala..Bukan dengan SMS macam ni..Berikut adalah jawapan ringkas tentang SMS berantai yang aku ambil dari http://soaljawab.wordpress.com/2009/03/08/mesej-berantai-khurafat/...Di harap dapat memuaskan hati pembaca yang keliru dan tidak jelas..kalau nak yang lagi detail cari sendiri kat intenet..Melambak...Teruskan membaca...
Assalamualaikum..
Baru2 ini saya mendapat sms dari sahabat yg berbunyi spt berikut:
- “ALLAH AKU CINTAI KAU DAN AKU PERLUKAN KAU…DATANGLAH KE HATIKU…”" KIRIM PADA 10 ORANG DAN LIHAT KEAJAIBAN MALAM INI, TOLONG JANGAN DELETE. IA BENAR2 TERJADI. INI SMS DARI IBU ALI SAID-JURU KUNCI SAYYIDA MAKKAH YANG BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW. BELIAU BERPESAN: KUATKAN AQIDAH DALAM IBADAH KERANA DUNIA INI SUDAH GOYAH DAN TUA. SEBARKAN SMS INI KE 10 MUSLIM INSYALLAH DLM WAKTU 10 HARI AKANDAPAT REZEKI BESAR DAN JIKA TIDAK DISEBAR TUNGGULAH KESULITAN YANG TIADA HENti”
Minta panel ustaz hurai apa hukum hantar sms seperti ini.
Terima kasih
jawapan:
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد
perkara seperti ini dikenali sebagai surat berantai, sebelum orang menggunakan sms mereka menggunakan surat, lalu disuruh fotostat kepada 10 orang, jika dilakukan akan mendapat manfaat, jika tidak lakukan akan berlaku sesuatu mudarat kepada tuannya.
Perkara seperti ini Khurafat bahkan boleh membawa kepada syirik kepada Allah s.w.t. Oleh kerana ianya rekaan manusia maka terdapat perbezaan pada isi kandungan surat ini, cumanya yang sama ialah sebarkan kepada 10 orang ….
surat seperti ini seolah-olah orang yang menyebarkannya mengetahui benda yang ghaib, maka ini merupakan kesesatan yang nyata.
maka penghantaran sms seperti ini HARAM kerana sebab-sebab yang telah dinyatakan. sesungguhnya perbuatan menggalakkan orang untuk melakukan kebaikan merupakan perkara yang disuruh oleh Agama, tetapi hendaklah caranya juga betul dan tidak bercanggah dengan syariat.
Wallahu’alam
3/4/09
Saya terbaca satu artikel yang menyebabkan saya sedih dan terkilan dengan diri sendiri. Betapa kita telah terpedaya dengan mainan yahudi dan mereka jauh lebih kehadapan untuk kita kotak katikkan..bagaimanapun kita tidak boleh berputus asa..Semoga generasi kini menjadi titik perubahan untuk menelusuri kesilapan lalu dan bangkit dengan matlamat yang jelas. Berikut dinyatakan hasil kajian Dr. Stephen Carr Leon, seorang doktor yang membuat latihan amali (housemanship) di Israel sekitar tahun 80an. Sudah tentu artikel asal ditulis dalam bahasa Inggeris, kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh saudara Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir. Terima kasih kepada usaha beliau ini...Semoga kita mengambil pengajaran..Bagi mereka yang mahu berfikir..
Berikut adalah sedikit laporan tesisnya.......Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. Oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan. Saya sedang melatih otak anak saya. Semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau. Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah cara orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka supayaa merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa? Tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ini adalah suatu kewajipan bagi mereka. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap dan difahami oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi. Maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan di dunia. Siapakah yg mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif (bezikir). Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York , Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas. Jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan mereka untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis , Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York . Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak. Dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu gen yang bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 bersamaan dengan RM ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh. Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta , di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok dan harga rokok? Cuma US$0 .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler? Bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan. Dari segi pemakanan, cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi. Pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essei sepanjang 5 muka surat penuh. Essienya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Asri Zainul Abidin’s Notes
http://www.facebook.com/note.php?note_id=62266512832&ref=mf
http://aurakaya.blogspot.com/2009/02/rahsia-kebijaksanaan-dan-kelicikan.html
http://optmal.blog.friendster.com/2009/02/fw-rahsia-kebijaksanaan-yahudi-dr-stephen-carr-leon/
http://aku-sempoi.blogspot.com/2009/03/why-are-jews-so-powerful.html.
3/3/09
Dulu Malaysia bangga, rakyatnya aman. Tidak suka berdemonstrasi. Kita sering paparkan keadaan gawat negara lain semasa bereka bergaduh sesama sendiri. Namun kini kita sama seperti mereka. Dan kita sudah tahu mengapa kita boleh jadi seperti mereka. Akhirnya apa yang di gahkan kini makin lenyap. Keharmonian yang dicapai oleh nenek moyang dahulu tercalar dek kerakusan para pemerintah yang mementingkan peribadi lebih dari kehendak rakyat. Sudah semestinya wakil rakyat dipilih untuk menyuarakan suara hati rakyat, keperluan rakyat, apa yang rakyat mahu...rakyat akan gembira andainya pendapat dan keperluan mereka dipenuhi. Mereka tidak akan rasa tertekan dan marah. Pemimpin mereka sama-sama meresakan keperitan yang mereka alami. Pemimpin mereka selalu hadir untuk melihat sendiri kesukaran yang rakyat alami...Ya...Itu mungkin pernah terjadi DULU...
Akibat ketamakan manusia dengan pangkat dan harta, ada pemimpin yang dihijab dengan perkara ini. Manusia naik dengan memijak orang bawah. Naik untuk mencapai sesuatu darjat yang tinggi. Suara rakyat tidak lagi dipandang melainkan mereka mempunyai salur atau 'cable' dan senjata wang. Yang nak main bersih ni dipandang hina. Di ketepikan...Di fitnah dengan pelbagai tohmahan..Ya ALLAH...ape ni....Akibatnya rakyat hanya melihat satu cara untuk menunjukkan apa yang mereka mahu. Demonstrasi atau menunjuk perasaan...Name pon tunjuk perasaan..Sebab apa??Ya..Sebab pemimpin yang diharapkan menyuarakan perasaan mereka gagal melakukan apa yang mereka mahu..Pemimpin mereka hanyut dengan mainan pangkat dan harta menggunung untuk dibawa ke akhirat(cuba la)..Aduhai...Ramai sebenarnya dapat melihat ini..tapi kita seperti sedah terlambat..Penyakit ini melarat dan memakan kesedaran kita tanpa disedari...Kita di Malaysia sudah melihat keadaan ini. Kta tidak melihat yang lebih teruk lagi dan kita tidak mahu melihatnya..Semua kebenaran sudah terlihat tetapi yang salah tetap diangkat..Yang benar dipijak..Senjata kejahilan menjadi alat yang sangat memainkan peranan..Orang yang jahil bercakap tentang perkara yang dia langsung tak tahu..Dan kata-katanya diangkat lalu dijadikan panduan..maka melaratlah kejahilan ini hingga ke hari ini..Agama sudah dipisahkan dengan masyarakat.
Kita memang sudah teruk, tapi belum terlewat lagi..Kini sudah ramai yang sedar akan permainan kotor ini..Ramai yang cuba membetulkannya..salah satu caranya ialah membawa bersama agama untuk dijadikan panduan..Kirana jika tiada agama, kita sedang di ambang keruntuhan tamadun..
3/2/09
Baru-baru ni aku kemalangan sikit. Fist time jatuh motor..eheh..Sekaligus mencalarkan rekod aku tak penah jatuh...Nak elak orang keluar dari simpang..hehe..Tapi Fikir-fikir balik, banyak pulak bende yang aku rase sangat bernasib baik...Alhamdulillah...Kenape ek...em...
1. Aku selamat. Rasenye bawak dalam 70km/h jugak...Sempat brek sikit-sikit sebelum
terhumban...huhu..Alhamdulillah..
2. Aku jatuh dalam lopak air, impact die kurang la sikit. Tanah pon lembut..Tapi basah kuyup
la..hee..Alhamdulillah..
3. yang ade kat aku tym tu hand fon je..Aku hempap jugak fon tu sebab letak dalam beg kecik
bahagian depan..Alhamdulillah,,satu pon tak rosak.
4. hand fon to tak rosak gak walaupun sume dah belumpur...tak tau la pasni camne..harap ok la
lame-lame...huhu..alhamdulillah..
5. Aku tak bawak laptop. Laptop dalam kete mak induk yang jalan depan aku...Selalunye
memang aku bawak laptop dalam rage motor tu..Kalau bawak la...memang tak hidup laptop
tu..huhu..alhamdulillah
6. Aku eksident dekat dengan taman rumah sedare,, Lepas tu bleh la gi umah die..Mandi.
..huhu..Alhamdulillah
7. Aku jalan dgn mak induk.Selalu jalan sorang-sorang. Sebab hari tu die mintak bawakkan
motor tu balik tempat die. So ade la org nak tolong hantar aku balik lanchang.. Kalo tak
tepakse tipon mak la...huhu.Alhamdulillah
8. Motor yang eksiden tu bukan motor aku..Motor mak induk aku..Die suh bawakkan..So
selamat lagi moto aku..huhu..alhamdulullah..
9. Aku jatuh kat kawasan pekan..Bukan jalan sunyi..sebab jalan yg aku lalu memang banyak
jalan sunyi..takde orang...huhu..Alhamdulullah.
10. Motor tu bleh la idup lagi..just handle dgn lampu depan je teruk sikit..harap-Harap tak teruk
sangat la nak kene bayar..lagipon org yg kuar simpang tu nak tolong bayar sikit
gak..hehe..Alhamdulillah
Hehe..sebenarnye banyak lagi sebab kene bersyukur kan..Tapi saje letak 10..Sebab kalo letak 11 ke..12 ke..tak sedap plak bunyi dei..kui2..ape2 pon..aku ok..so, kepade sume peminat, jangan risau k...hehe..jgn mare...K...jage diri..jage iman..Wassalam..