Selalu dulu-dulu dengar tazkirah, terutama waktu kuliah tiga minit(kultim) yang menjadi pengisian waktu maghrib-isyak. Seorang rakan bercerita tentang iman. Iman ada 3 bahagian. Ada yang sentiasa tetap(constant). Itulah iman para malaikat. Ada iman yang sentiasa meningkat. Itulah iman para nabi, rasul dan hamba terpilih. Ada iman yang sentiasa turun, itulah iman orang kafir, munafiq dan fasiq. Ada iman yang boleh turun naik. Itulah iman orang Islam yang 'biasa-biasa' sahaja. Saya nak meletakkan iman saya pada orang yang 'biasa-biasa' ni. Kenapa? Itu hanya tafsiran saya.
Terasa tenang dan bersemangat. Apa sahaja yang dilakukan menjadi. Saya terasa sangat berguna kepada orang lain. Saya dapat melihat orang lain senang dengan kehadiran saya dan saya rasakan saya diperlukan oleh mereka. Adakalanya saya lebih suka bersendiri dan berfikir tentang apa yang patut saya lakukan di masa akan datang. Apa yang mampu saya lakukan. Waktu ini kepala saya akan selalu berfikir tentang manfaat yang mampu saya lakukan untuk membantu orang lain. Dan biasanya saya mudah untuk melakukannya. Saya selalu akan terfikir jika saya mati sekarang, apa yang saya akan dapat? Seperti banyak persoalan yang saya sedang ajukan pada Tuhan. Dan saya seperti boleh merasakan Tuhan sedang mendengar persoaln saya. Ini akan membuatkan saya lebih sedih dan insaf dengan kesilapan saya yang lalu. Saya akan cuba untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara sia-sia. Keadaan ini sungguh menyenangkan hati saya.
Saya akan rasa 'kosong'. Saya sering buang masa dan tak mampu berfikir secara logik sekalipun. Saya akan banyak tidur dan bermain untuk mengisi kekosongan yang sedang saya rasa. Saya akan banyak buat 'lawak' bodoh untuk menghiburkan kawan-kawan. Saya suka merapu dan adakalanya kata-kata saya boleh menyakitkan hati orang yang mendengar. Solat saya tidak lagi teratur. Tapi saya masih solat. Saya tidak akan pedulikan kerja yang utama kerana saya tidak ada 'mood'. Masa yang ada saya akn gunakan untuk menonton video. Keseronokan yang saya cari biasanya bersifat sementara dan saya akan menyesal selepas berseronok kerana saya tahu dan sedar cara itu salah dan berdosa. Kerana terasa berdosa saya akan merasakan amalan saya yang lain semakin sia-sia dan tidak mahu melakukan apa-apa amalan baik. Akhirnya saya akan semakin hanyut dengan kelalaian dan keseronokan ini hinggalah satu titik saya terasa begitu jauh dengan Tuhan. Seperti ada suara yang memanggil saya kembali.
Saya bimbang kerana waktu iman naik adalah sangat terhad berbanding waktu iman turun. Saya sedar keadaan ini. Saya adalah manusia biasa yang banyak lemah berbanding kekuatan. Saya menerima segala bentuk terguran meskipun pada awalnya saya seperti membantah. Saya sangat terbuka dengan pandangan orang kepada saya. Saya kerap melakukan kesalahan yang berulang kali saya kesali. Saya berharap ketika malaikat maut menjemput saya, saya dalam keadaan iman yang sedang naik.
P/S : Kerana akhir-akhir ini saya rasa begitu lemah dan hampir berputus asa. Mujur masih ada kesedaran untuk kembali dan rakan-rakan yang menasihat. Saya cukup lemah untuk terjerumus ka dalam lembah dosa. Saya perlukan bimbingan. Saya perlu mencarinya walaupun saya kerap jatuh. Anda bantulah saya. Pencari rahmat Allah.
Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.” (QS. Az Zumar: 54)